31 December 2006

:: entry terakhirku ::

untuk tahun 2006 je.. :-)

lagi setengah jam je nak melangkah masuk tahun 2007. serius aku tak perasan. kalau tak sebab nak antar sms kat bawan tadi, memang tak ingat langsung dah masuk tahun baru. lagipun, sambutan tahun baru kali ni rasa cam tak meriah je. ke sebab aku yang tak amik port??

terasa sebak je rasa nak meninggalkan tahun 2006 ni. tahun yang banyak memberikan 1001 kenangan pahit dan manis untuk aku. yang pastinya, semua kenangan manis akan terus aku bawak ke tahun-tahun hadapan sebagai motivasi untuk aku terus gembira. manakala kenangan-kenangan yang pahit akan aku tinggalkan. biarlah ia hilang dimamah usia. ~~~huhu~~~

banyak yang aku pelajari sepanjang tahun 2006 ni. tapi, ade satu perkara..nop...bukan satu perkara..just satu ayat yang dapat dari signature salah sorang forummer cari yang buat aku tersedar. "treat other people like u want to be treated".simple je kan ayatnye. tapi, cukup meninggalkan kesan buat aku.

ape pun, tahun ni aku takde nak buat azam sebab aku takut tak tertunai. lagipun pada aku, azam ni tak semestinya dibuat menjelang tahun baru je. mesti buat setiap hari kalau nak memajukan diri. kepada kawan-kawan semua yang sudi singgah kat blog aku ni, aku ucapkan selamat hari raya aidiladha dan selamat tahun baru. semoga tahun yang akan mendatang ni, memberikan kamu lebih kegembiraan dan kebahagiaan. ~~amin~~

10 December 2006

:: i'm addicted ::

1. Drinks you're ADDICTED to:
- nescafe

2. Food you're ADDICTED to:
- tiramisu kek

3. Websites you're ADDICTED to:
- forum.cari.com.my

4. Things you're ADDICTED to:
- tv n pc

5. Person you're ADDICTED to:
- bawan

6. Habits you're ADDICTED to:
- sleep

7. TV channels you're ADDICTED to:
- tv3, axn

8. Serial tv you're ADDICTED to:
- csi

9. Supermarket you're ADDICTED to:
- jusco

10. Work you're ADDICTED to:
- work???

11. Colors you're ADDICTED to:
- green

12. Places you're ADDICTED to:
- putrajaya

13. Movies you're ADDICTED to:
- ali setan

14. Music you're ADDICTED to:
- indo pop

15. Celebs you're ADDICTED to:
- tom welling

16. Bands you're ADDICTED to:
- greenday

17. Singers you're ADDICTED to:
- MAWI

18. Brands you're ADDICTED to:
- levi's, versace

19. Style you're ADDICTED to:
- sempoi

20. Tell something you're really
ADDICTED to that hasn't been mentioned
above:

- i'm addicted to surf internet

:: back to work ::

kembali bekerja setelah empat hari bercuti...huwaa...malasnye!! pagi tadi liat je rasa nak bangun. tapi, demi kerja..kugagahkan jua....

sampai opis awal pulak hari ni. cam pelik je pagi tadi jalan tak jammed. lupe pulak aku yang hari ni selangor cuti. erm..patutlah. kalau hari-hari camni kan bagus.

opis aku hari ni sunyi je. ramai takde. diorang ade bengkel kat nilai. tengahari baru masuk opis. sib baik aku cuti hari tu. kalau tak, mesti aku yang kena pergi. tapi, kalau pergi pun apa salahnya. boleh aku tenet ngan bawan. hehehe.

ape nak buat ni? nak updet citer pasal kat sabah hari tu malas je.. tapi, gambar sume aku dah upload dalam photo album. ai...mata aku ni nak terkatup je..adeh... cepatlah kul 5....

05 December 2006

:: sabah..bah!! ::

today i am going to sabah!! family vacation..huhu..sonotnye. sib baik bos aku baik hati..bagi aku cuti 4 hari....hehehe


30 November 2006

:: edisi banyak cerita ::

entry lama

tadi aku takde keje, aku baca balik entry² aku yang lama-lama. best pulak rasanya. hehehe. syok sendiri aku ni. rupa-rupanya dulu aku seorang yang rajin updet blog aku. sebabnya aku rasa dalam sebulan tu boleh dikatakan tiap-tiap hari ade entry. cuma dua tiga bulan kebelakangan ni je aku malas nak updet blog. just baca blog kawan-kawan je. ye la, asik-asik nak cerita pasal aku je, kang ade pulak yang muntah darah. sekali sekala nak jugak tau life kawan-kawan. sekarang ni pun, aku tengok ramai kawan-kawan yang dah mula create blog. bagus. boleh nanti share-share cerita kan. well, sharing is caring kan. hehe.

rumah baru??

ape aku nak cerita ni ek? ermm...aku sekarang ni dah pindah rumah. isk, macam orang nomad pulak aku ni. tahun ni je berapa kali pindah. dari persint 9 ke presint 11. pastu dari presint 11 ke seri kembangan. isk, makin lama makin jauh pulak. orang lain, makin lama makin dekat ngan tempat keje. aku je yang terbalik. nak buat macam mana, banyak faktor menyebabkan aku kena pindah. tapi, takpe.. umah yang aku duduk sekarang ni selesa. double storey 4 bilik. sewa pun tak mahal cam umah flat hijo yang kecik dan dipenuhi dengan pendatang asing tuh..(last aku tanya sewa umah kat situ RM 700, tingkat 12 pulak tu!!) umah aku sewa sekarang ni 400 je. dekat ngan jusco, pasar borong (macam ler aku pegi pasar). nak cari tempat makan pun senang. gi keje pun bukannya jauh sangat. kalau tak jammed kat traffic light tu, 15 minit dah sampai opis. pendek kata memang puas hati la. cuma, kalau hawa jadi gi sambung belajar, nampaknya tinggallah aku sensorang kat umah tu. terpaksalah aku kawin cepat-cepat. hehe.. gatalnya aku. takpun, aku ajak je family aku dok ngan aku sekali. pastu biar bapak aku bayarkan sewa umah. muahahahha... bagusnya idea aku ni..

untung ke?

teringat kata-kata sorang pegawai masa aku gi bengkel kat pd hari tu. dia kata budak-budak zaman sekarang ni untung. dah keje pun mak bapak still tanggung lagi. ade yang lagi teruk, dah kawin pun mak bapak hulur duit lagi. siap belikan kereta. takpun bayarkan duit muka kereta. masa dia cakap tu, tetiba je aku terasa. hihi.. maklumlah, aku pun dikategorikan dalam golongan budak-budak yang untung tu. mana taknya, duit keta bapak aku bayar, minyak keta pun dia jugak. keta rosak pun duit dia jugak. aku cuma tau swipe je kedit kad tu. hihihi.. pastu, masa nak pindah umah hari tu, duit deposit dia bayar. nak beli katil, pinjam duit mak aku (tapi, ni kena bayo balik. mak aku kudukut. so, ape yang aku buat ngan duit aku tu? just bayo sewa umah ngan bil tepon je. pastu gi enjoy. tu pun aku still rasa tak cukup. kadang-kadang aku terpikir jugak, duit aku tu memang tak cukup ke atau tak berkat? maklumlah, dok opis pun bukan buat aku wat keje. mengahbiskan harta kerajaan je adalah. tu la pasal agaknya duit gaji aku tak berkat. takpelah, nanti nak masuk tahun baru, aku nak buat azam takmo lagi gunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi? hahahahha...boleh ke??

tahun baru??

cerita pasal tahun baru pulak, nampaknya ade sebulan je lagi nak melangkah ke tahun 2007. amacam? dah ade azam baru tak? ke azam tahun ni lom tertunai?? hihihi. aku le tu. azam aku untuk tahun depan lom pk lagi. nantilah, malam tunggu malam new year tu baru aku pk. hehehhe...

08 November 2006

:: cerita aku bertunang ::

majlis yang sepatutnya diadakan pada hari raya kedua terpaksa ditunda atas alasan 'bapak aku sibuk mengalahkan perdana menteri kartongga'. chait!! tapi, ok gak tunda sebab raya hari tu kitaorang beraya kat umah nenek kat tanjung karang selangor. so, kalau nak wat raya kedua tu pun tak sempat. last-last, family bawan datang beraya je masa raya kedua tu. tu pun aku bagi makan kuih je..hihihi...nak wat cemana, tak sempat nak prepare.

ok, citer pasal majlis aku pulak. disebabkan tak jadi nak wat raya kedua tu, terpaksalah wat minggu kedua raya. tu pun kelam kabut jadinya. sebab minggu tu memang aku bz.. mana nak pindah rumah, nak hantar barang-barang bawan kat nilai.dah le tu, barang nak pindah pun aku lom pack lagi masa tu. baju aku nak pakai masa tunang pun tak siap lagi. haduih..memang tertekan aku dibuatnya.

aku balik kampung hari sabtu. aku plan nak balik hari jumaat. tapi, bos aku yang manjer tu soh datang opis lak hari sabtu tu. sakit tul hati aku. dah le aku tengah kelam kabut macam ni. boleh lagi dia nak soh aku datang hari sabtu. nak je aku tikam bos aku masa tu jugak. tapi, nak wat cemana..aku ni pencacai je. dia tu bos. dah le ari tu dia ugut takmo sign surat confirm aku. nak tak nak terpaksalah aku datang jugak. tu pun aku datang kejap je. kul 2, aku cakap nak balik.

pastu, aku ngan bawan terus gerak balik kampung. singgah kat jusco aye keroh sebab nak beli kek tunang. sekali pegi, secret resipi tu lom bukak lagi.. nak tak nak terpaksalah pergi kat mahkota parade. bawan tu nak kek secret resipi jugak. dia kate dah janji ngan aku nak beli kek tu. ala, aku bukan kisah pun. lagipun nanti bukan aku yang makan kek tu. sure kena kekah nye.. sampai mahkota parede dah kul 5. gedebak gedebuk beli kek bagai, sampai umah dah kul 6. sampai je kat umah, aku tengok umah aku cam tongkang pecah. ok la lagi, sebab majlis aku nanti wat kat umah atok aku. tapi, mak pak aku takde. siap leh pegi beraya lagi. dah le malam tu ade orang nak datang marhaban.. huwaaa.. tensen nya aku masa tu. nasib baik ade cik bedan ngan atok yang tolong masa. kalo tak, ape pun tak jadi. dah le malam tu jugak baru nak wat bunga telur la. nak wat sireh junjung. atok aku soh wat jugak sireh junjung tu. aku manalah tau. ingatkan mende tu sume tak payah. sekali kena marah daa.. atok aku cakap mende tu le yang penting sekali. adat. hmm... sib baik pagi tu sume sempat siap.

cuma aku je yang tak sempat siap. pagi nak bertunang tu, boleh lagi aku bergaduh ngan bawan. puncanya sebab dia tak belikan aku nye skaf nak pakai selendang. geram tul aku. last2, aku pakai bodoh je selendang tu. memang burok giler la. dah le baju pun pakai baju raya. baju yang aku tempah tu, tak sempat nak amik. tu la, suka sangat wat keje last minit. padan muka aku!!

family bawan sampai kul 11.30. aku dah cakap soh datang lambat sket, tapi diorang datang awal pulak. sib baik sempat aku siap. tu pun masa aku ngah mekap, mak dia dah masuk bilik nak sarung cincin. punyelah gelabah, lepas mak dia sarung cincin aku tak salam pun mak dia.. wahahhaha.. ape nye bakal menantu la. bukan aku takmo salam, tapi siyes aku gabra. dah le ramai masa tu. pastu sume berebut-rebut nak amik gambo. lagi kelako, masa sume nak balik tu aku salam sume cium tangan. siap ngan adik dia pun aku salam cium tangan. wahaahhaha... nampak sangat aku gabra. malu siot!! mak aku gelakkan aku. hampeh je!!

ape pun, alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun agak kelam kabut sikit. pasni memang takde la aku nak wat keje last minit. sib baik bertunang je, kalo majlis kawin tak ke haru nanti. sekarang ni tak boleh la aku nak menggatal lagi. hehehhe. dah jadi tunang orang, kena jaga perangai sket. hehe.. ok tak?

gambo masa tunang nanti la aku upload. tak sempat nak amik hari tu sebab lepas majlis je, terus balik putrajaya.. huu..penatnyer!!

03 November 2006

:: sibuk ::

isnin - masih bemalas-malasan di kampung

selasa - pulang dari kampung. pack barang untuk pindah

rabu - teman si dia hantar barang jugak kat nilai

khamis - lori datang angkut barang. saya pindah lagi. adeh ~~

jumaat - tak tau lagi nak wat ape (sedang berpikir)

sabtu - balik kampung. amik baju tempahan. beli kek hantaran

ahad - majlis pertunangan saya.

ai, bz nye saya minggu ni. sampaikan nak tengok tv pun tak sempat. ha'ah la..baru saya perasan. sejak hari selasa lepas, belum ade sekali pun saya berkesempatan menonton tv. adalah sesuatu yang luar biaa bagi television addict seperti saya. opps..entry saya kali ini bukan nak cerita pasal TV. takpe..kita cerita pasal TV hari lain ok. kali ni tentang kesibukan saya. sebenarnya takdelah sibuk mana pun. cuma dah jadi tabiat saya sejak azali yang suka benor tangguh kije. dah last minute baru terhegeh-hegeh nak buat. ape orang kate tu, dah na teberak baru nak gali lubang. tapi, tu orang kate..bukan saya kata. zaman sekarang nak berak dah tak yah gali lubang. boleh pilih nak duduk atau cangkung...heheh...opss..merepek lagi.


16 October 2006

:: kad raya ::

KAD RAYA

petang tadi ketika melihat adik saya sibuk menulis kad hari raya untuk dikirim kepada kawan-kawannya, hati saya terusik sedikit. bukan kerana terharu dengan apa yang dia lakukan, tetapi rasa sedih. sedih kerana sehingga kini, saya masih belum menerima walau sekeping pun kad raya. jangan kata dari teman-teman, dari yang tersayang pun masih belum terima. kesian kan?? bukanlah saya mengharap sangat, cuma rasa terkilan sedikit. mungkinkah dengan adanya teknologi terkini yang serba canggih, maka tradisi mengirim kad raya semakin dilupakan. ya, sekarang dah maju. ucapan selamat hari raya dan meminta maaf hanya dikirim melalui sms, mms ataupun email. tapi, yang peliknya kad raya elektronik saya masih dapat...erm...belum lagi kot..insyaallah adalah tu untuk saya..(mungkin)... lagipun, saya masih belum mengirim kad raya buat sesiapa lagi. jadi, tak adil lah kalau saya mengharap orang akan bagi kad raya untuk saya kan??

kalau dulu, 3-4 tahun yang lepas (zaman saya sekolah-sekolah dulu), belum start puasa lagi, saya dan adik saya dah berebut-rebut beli kad raya. siap buat list nama siapa untuk siapa kad raya tersebut akan dikirimkan. selalunya, kad raya tersebut akan saya hiasi dengan kreativiti saya, especially untuk teman-teman istimewa. dan pada hari puasa yang pertama, saya dan adik saya akan pos kad raya tersebut. lepas tu, tugas kami hanya menanti balasan dan berlumba-lumba siapa yang paling dapat banyak kad raya. tapi, itu cerita 3-4 tahun yang lepas. sekarang ni dah hampir 2 tahun saya tak menerima sebarang kad ucapan hari raya. kad raya terakhir yang sayab dapat adalah pada tahun 2003. dah lama bukan??

saya memang tidak pernah membuang kad kad raya yang pernah saya terima. malah, saya masih menyimpan kesemua dengan baik. kadang-kadang, bila membaca semula kad raya tersebut, saya tersenyum sorang. soalan lazim yang akan ditanya dalam kad ----> "baju raya bape pasang?" "pose penuh tak?" "berapa banyak buat kuih raya? dan kadang-kadang ade juga yang mengirim duit raya. but now, semua tu dah menjadi kenangan sahaja. nak buat cemana, kita kenalah ikut arus kemodenan. kalau tak nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak..hehehe...er, ketinggalan zaman ke kalau kirim kad raya??

03 October 2006

:: hari ini ::

sudah lama saya tidak berblogging. bukan kerana tiada idea. malah sebenarnya begitu banyak cerita yang hendak dikongsikan. bukan juga kerana tiada masa. setiap hari pun masa saya hanya dibazirkan di forum. lantas, ape sebenarnya yang menghalang saya dari berblogging?? soalan yang saya sendiri pun tiada jawapannya......

ini hari dah masuk hari ke berapa ye kita berpuasa? saya sendiri sudah lupa. mungkin kerana saya tidak berpuasa pada hari ini, maka saya tidak berapa peduli akan hari keberapa kita berpuasa dan juga waktu berbuka. tidak seperti selalunya, saya akan kerapkali melihat kalendar dan juga jam tangan sambil mengira-ngira berapa jam lagi nak berbuka. dan selalunya masa terasa begitu lambat sekali berlalu......

puasa kali ini, tak banyak bezanya dengan puasa saya beberapa tahun kebelakangan ni. tarawikh pun langsung tidak pergi. nikmat berpuasa semakin kurang dirasakan. kenapa yer? mungkin tuhan dah tarik kembali nikmat berpuasa. atau itu hanya perasaan normal bagi orang-orang yang sedang meningkat dewasa? isk, ape yang saya merepek ni.....

sebenarnya, saya masih berkira-kira cerita apa yang hendak disampaikan untuk entry kali ini. tapi, sehingga ke perenggan ke empat saya masih belum dapat lagi kisah yang menarik. kalau ikut standard peperiksaan PMR, mungkin karangan saya akan dapat D kerana tiada isi. hehehe. jadi, sebelum saya merepek yang bukan-bukan ada baiknya saya stop dulu untuk entry kali ini.

kepala saya pun sudah terasa pening-pening lalat. alangkah baiknya jika saya dapat berbaring di katil saya sambil menonton tv....~ adeh..!! ~

28 July 2006

:: unsangkarable ::

tadi, tengah aku dok sibuk baca blog-blog member forum cari, aku ter klik la kat satu blog forummer ni. forummer yang memang aku kenal ( kenal dalam forum la ). yang selalu main kuiz sesama kat board ask the woman.

takde lah ape sangat yang menarik kat blog dia tu, tapi bila aku tengok gambar. (gambar dia n wife dia), aku rasa macam kenal je wife dia tu. serius..tak tipu. tapi, aku wat tak tau je. aku baca je blog dia tu. seronok tengok dia citer pasal wife n anak dia.. then, bila dia mention nama ina n ayu kat blog dia tu, lagilah aku terkejut. sah le, memang aku kenal wife dia tu. sedara dua pupu aku rupanya...hmm....keciknya dunia ni. aku pun dah lama tak dengar pasal dia. tup-tup dapat tau dia dah ade baby. tau pun melalui blog husband dia...

seronok tengok kebahagiaan diorang sekeluarga. cam tak percaya je dia dah ada anak. dulu, aku pun sempat nak gi kenduri kawin dia. maklumlah, aku ni ngan sedara mara memang kureng sket. tapi, takdelah sampai tahap tak kenal sedara. still kenal lagi lah.

bila aku fikir-fikirkan balik, rupanya dah lama aku tak jumpa sedara mara aku. sampaikan ade yang dah kawin n dapat baby pun aku tak tau. anak diorang pun aku tak penah tengok rupanya. silap-silap nanti jumpa kat memana, leh tak kenal pulak..hehehe...

bile la aku nak kawin nih??? hehehhee.... (ade kena mengena ke ngan entry aku nih??)

19 July 2006

:: miss someone ::

i really really really miss someone right now..

someone yang pernah jadi kawan baik aku

someone yang selalu tolong aku masa aku susah

someone yang selalu jadi tempat aku luahkan perasaan n ceritakan masalah aku

someone yang selalu sms aku tanya khabar

someone yang pernah tolong aku time kereta aku rosak

someone yang selalu hantar n amik aku gi keje

someone yang selalu temankan aku makan

someone yang selalu jadi mangsa cubitan aku

someone yang betul-betul baik dengan aku

someone yang ta pernah langsung nak amik kesempatan kat aku

someone yang aku boleh berbicara tentang apa sahaja dengan dia

someone yang boleh aku bergurau senda

someone yang pernah aku lupakan

someone yang pernah aku abaikan perasaan dia

someone yang sekarang dah jadi suami orang.....


huwaaaa.......aku betul-betul rindukan dia sekarang. betul la cakap orang "kita tak akan sedar dengan apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya." sekarang ni baru aku terasa.

kalau dulu dialah peneman aku. teman aku makan. teman aku shoping. teman aku lepak-lepak. teman aku gelak. teman aku menangis. pendek kata dia lah segala-galanya.

tapi, sekarang. keadaan dan berubah. takde lagi sms. takde lagi telefon-telefon. takde lagi gurau senda dia yang selalu jadi penghibur aku. takde lagi teman untuk aku berbual. arghhh.... aku rindu dia.


namun....

aku tetap bersyukur. aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah.....

pernah ade teman yang boleh ketawa dan menangis sama-sama dengan aku. teman yang selalu ada waktu untuk aku. dan sekurang-kurangnya aku percaya teman sejati tu wujud.

cuma.....

aku perlu sedar. keadaan dah berubah. dah tak sama macam dulu lagi. dan aku perlu mengikut arus perubahan tu.

walau apapun....

untuk awak yang pernah jadi sahabat saya satu ketika dulu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. terima kasih kerana memberikan saya kenangan indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak memori dan hati saya. dan awak akan selama-lamanya jadi sahabat saya di hati saya. terima kasih untuk awak yang bernama fazli. dan walaupun awak tak pernah tau dan tak mungkin membaca blog saya ni, saya nak katakan di sini that " u're the best friend and nice person that i ever meet "


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

18 July 2006

:: tajul ::

aku nak jadi cam tajul la. tajul dunia baru tu.

nothing is personal. everything is business.

tapi....aku nak ubah sikit.

nothing is personal. everything is money

money....money....money....

huahahhahaha...aku memang mata duitan!!!

so, what??

17 July 2006

:: sengal ::

tengkuk aku rasa sengal-sengal

pinggang pun sama. tangan. kaki. betis. semuanya rasa macam tu. puas aku berfikir. kenapa ar? nak kata salah tidur, macam tak mungkin je. dah lebih 3 minggu aku tidur berlapikkan tilam nipis je kat depan tv. selama ni takde pulak rasa sengal-sengal macam ni.

kenapa?? kenapa?? kenapa??

sedang aku berfikir kenapa tu, terpandang pulak bekas cat tangan aku ni. owhh...dah tau kenapa. ni semua gara-gara mengecat bilik semalam. kerja yang sepatutnya aku buat hari jumaat lepas. (tapi, disebabkan cari tangga tak jumpa, so jumaat dan sabtu tu dihabiskan dengan tidur dan tengok tv). lastly, hari ahad tu aku bertekad jugak nak siapkan cat bilik tu. dan orang kata, kalau nak seribu daya...n akhirnya dapat jugak aku mengecat bilik tu dengan memanjat atas rak tv yang diletakkan kotak yang penuh dengan baju dan timbunan surat khabar atasnya. sampai jugak aku nak cat dinding yang belah atas tu. alhamdulilah... cuma, satu dinding tak dapat nak abiskan cat, sebab cat tak cukup. (petang ni kena gi beli)

satu perkara lagi. pernah tak korang tengok orang cat rumah/bilik hanya dengan memakai bra dan spender je?

aku pernah!!. sumpah. tak tipu ni.


er, sebenarnya entry aku ni nak cerita pasal CT ngan Dato' K. tapi......takpelah. lain kali je aku citre pasal CTkus tu.

:: mind set ::

setiap kali aku bangun tidur pada hari-hari kerja ni, mesti aku dah set kan dalam minda aku..hari ni aku nak gi keje awal. nak buat keje. takmo surf internet. takmo main telefon. takmo main game.. aku nak jadi pekerja yang dedikasi..tapi, apsal tah... sampai je opis, mende pertama yang aku buat, letak beg dalam laci, on pc..pastu check emel, forum n blog aku...arrg...kenapa aku takleh nak wat cam yang aku setkan dalam minda aku tuh.. ke, aku ni dah terkena sindrom gila internet dan telefon?? hadoi...cemana ni..

sib baik la sekarang ni aku dah kurang rasa nak berforum.. kalau dulu tu, sehari tak berforum rasa cam tak lengkap je hidup ni. rasa ade mende kurang je. sekarang ni forum dah kurang, addict kat blog pulak....ade je mende aku nak post..ade je mende aku nak baca. sehari tak post kat blog aku ni, boleh demam rasanya. apesal ar? kekadang tu bukan ade mende pun aku nak citer. takat citer hidup aku yang tak bape nak cemerlang tu. hmm....

cam hari ni, aku sampai opis dalam kul 8. satu lif ngan bos aku pulak tu. selalu datang awal orang tua ni. hari ni lewat pulak. nak kata semalam, malam jumaat tak jugak... ke, aku yang datang awal?? hmm....biarlah..tapi, hari ni yang pasti aku dapat bukak pintu bilik..hehhe..baru le aku rasa cam PA yang sejati...selalunya bos aku yang bukak pintu sendiri... aku lak jadi cam bos...

lepas je on pc, check emel n blog aku, aku terus wat keje. surat melambak-lambak atas meja. maklumler, ari jumaat hari tu, aku cuti. diorang kat sini memang macam tu. kalau sebulan aku cuti, sebulan le surat-surat tu semua tak open. huh, tak boleh diharap langsung. pas habis sume surat aku open n cop, n bos aku pun dah blah..terus aku stick depan pc...surat?? terbiar sepi atas meja...kejap lagi la aku buat..boleh?? hehehe....

apa yang menarik hari ni ye?? oh ya, hari ni cik SITIkus kita tu nak wat pengumuman. pengumuman apa tu tak la pulak dinyatakan. teruja jugak aku nak tau walaupun aku tak lah MINAT sangat ngan dia ni. just suka lagu n tengok muka dia yang comel tu. apa-apa pun, kita tunggu je la kul 12 nanti ye...

11 July 2006

:: friends forever ::

"As we go on we remember
All the times we had together
And as our lives change come whatever
We will still be Friends Forever"



sedih. sedihnya hati aku bile dengar lagu ni. teringat zaman-zaman aku kat poli dulu. zaman aku poyo-poyo dulu. rindunye.!!! ni yang wat aku nak mengenang kembali kenangan lama ni. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak ingatan aku. insyallah.



~ antara kenangan terawal aku masa kat poli. masa ni baru sem 1. semangat nak tengok kumpulan in-team wat show. muka pun nampak inesen je masa tu. layan pun lagu nasyid je. ahaks.. gambar sebelah tu aktivti kitaorang masa dok hostel dulu. lepak kat bilik hana n anis. makan roti sambil buat ketupat..hehehhe



 



~ geng 6 jahanam. kroni aku masa sem 1. zura, anis, roy, banggayah, aku n hana.





~ naik sem 2, aku dah tak dok asrama sebab naka dah kena blacklist. maklumlah, budak jahat. mana leh dok asrama. padan muka aku, zura n hana. terpaksalah cari umah sewa. sib baik dapat umah murah. sewa 300 je. kat ocean view resort. dok bertiga je. punyelah tak campur orang. dah la kat kawasan umah tu kitaorang je yang ade. kalau ade orang lain pun, pakcik guard kat situ. tapi, best gak. seolah-olah tempat tu kami yang punye...





~ gambar paling sweet buat aku. gambar ni kitaorang amik olok-olok je. now, zura dah pregnant betul-betul. aku n hana je yang belum. kawin pun tak tau lagi bile.. (gambar ni kitaorang amik sendiri)





~ gambar tengah study + buat assingment





~ sem 4, aku dah tak dok bertiga. dok reramai. 9 orang. ni le muka-muka housemate aku dulu.. dari kiri : aku, fini, suria, hana, sura, ana, ieza, ieda n....alamak, tak ingat la nama dia..sorry. masa ni kitaorang dok celebrate birthday suria. pakwe dia bagi duit beli kfc. now, suria pun dah kawin.





~ sem 4 ni jugak menyaksikan perkenalan aku ngan bawan. siat kat aku, dah last sem baru dapat pakwe. tu ler, dulu bukan main setia lagi ngan chem tu, last habuk pun tarak. rugi je aku setia. kalau tau, baik aku cari pakwe awal-awal. hehehe... bawan ni kengkawan budak umah atas. kitaorang panggil diorang budak tabligh. sebabnya diorang tu nampak cam alim ulama. pada mulanya..rupanya hampeh...sama je...ni la first gambar aku ngan bawan. banyak lagi sebnarnya, tapi, semua bawan dah buang. bongok betul. sampai sekarang aku dendam ngan dia sebab dia buang semua gambar aku tuh.





~ sebelah tu gambar aku ngan amir. aku admire dia dari sem 1 lagi. masa tu aku tak tau nama dia. aku panggil dia alex yoong je sebab muka dia cam alex yoong. terserampak ngan dia masa kat library. n aku selalu sekodeng dia kat library, sebab dia suka lepak kat situ. lasty, dapat gak aku kawan ngan dia. tak dapat jadi pakwe, jadi kawan pun cukup la... orang hensem cam dia, mana pandang aku nih.....



~ ni pulak antara kenangan-kenangan terakhir aku kat poli. DSK nite. malam "Busana Muslimah". Zura dapat gelaran ratu muslimah...hahahha..muslimah abis....





~ ni pulak lecturer feveret aku. huhu.. aku penah jatoh chenta ngan dia nih. sehari tak tengok muka dia, rasa tak lengkap je hidup ni. n bukan aku sorang je yang suka kat dia.. ramai gile admire dia nih. termasuk la hana...orang sabahan. aku penah main msg ngan dia..tapi, dia tak tau aku yang msg dia..hehhehe...best....





~ n finally...BBQ party sebelum kitaorang exam. seronok sangat. tapi, sebelum party tu start, bawan dah spoil mood haku...menci!!!!! tapi, takpelah....yang penting aku dapat gak join diorang..












:: memilih dan terpilih ::

kisah teladan untuk direnungkan bersama.....

Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu.
Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual bersenda sambil minum kopi sebuah cafe.
Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar
seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus
mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.

Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana.
Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.
Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia
sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia
sangat menyenangkan bila diajakberbicara, selalu menyambung perbualan kami dan
penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu
menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang
saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan
wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik,
pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor.
Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping
hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

Lantas , sergah temannya yang dari tadi tekun
mendengarkan Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna.

Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ... .
Nobody's perfect.
Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat,
Kalau kita nak mencari yang sempurna, check
dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain...

:: Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat ::

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan
tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak
perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula
basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut
telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok
tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk
bertanggung jawab sekiranya hendak mula
mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta
tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa
emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan
enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tem! pat
tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak
pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar
enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah
dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan
memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung
melintas, anda boleh menegur dengan senang hati
dan mempelawa mereka mencuci motor.

Jom, naik motor.....hehehhe

:: 3 sahaja ::

3 lagu kegemaran anda ketika ini

kenangan terindah

pelayaran

jerat percintaan

3 filem kegemaran anda

30 hari mencari cinta

coyote ugly

a walk to remember

3 rancangan tv kegemaran anda

CSI

smallville

my wife n kids

3 benda anda paling sayang

album gambar aku (kalau hilang ni, sure aku sedih sampai tua)

my bebear

henpon aku

3 perkara yang buat anda sedih

tengok citer sedih

hilang barang yang aku sayang

duit gaji tak cukup (nak shopping pun tak bleh tau!!)

3 perkara buat anda gembira

duit banyak (leh shoping..heheh)

balik kampung

tengok citer kelakar

3 perkara anda tak suka buat tapi kena buat jugak

bangun pepagi, kena gi keje

memandu

jawab tepon tuk bos haku (menci taw!!)

3 perkara yang anda suka tapi takleh nak buat

shoping (duit tadek, takleh soping maa)

makan (perut aku kecik, takleh sumbat banyak-banyak)

ape lagi ar???

3 tempat yang anda teringin sangat nak pergi

mesir (aku nak tengok piramid depan-depan mata)

switzerland (manyak bunge...aku suka)

laut mati (nak rasa gak terapung atas air laut)

3 warna kegemaran anda

hijau

hijau

hijau

3 nombor kegemaran anda

21

9

8

3 benda ni kalau takde, anda tak boleh hidup

duit

telefon

internet

3 perkataan yang anda selalu sebut

"hello"

"cam sial"

"asal lak??"

3 impian anda

jadi kaya raya cam bill gates

kawin dengan orang yang aku sayang n dia pun sayang gile kat aku

mengelilingi dunia

09 July 2006

:: 10 Julai 2006 ::

PUAS

puas tul hati aku dapat menjerit malam tadi. rasa hilang semua masalah aku. aku pun tak tau nape aku berkelakuan cam tuh. gila tul la. excited betul aku. ni semua as nye pasal. ikutkan aku memang dah malas nak kuar tengah-tengah malam tu. lagipun balik je jusco, kitaorang dah singgah kat mamak tu. singgah makan. tapi, lepas balik umah, as ajak kuar lagi. tengok bola kat kedai mamak. gila tul pompuan tu. sanggup dia tarik aku sampai aku terbangun. as cakap tengok kat umah tak happening. lagipun world cup ni bukan tiap-tiap tahun ade. 4 tahun sekali beb. erm..bila aku pikirkan balik, betul jugak cakap dia. lagipun, masa ni le aku nak enjoy. kuar ngan kawan-kawan. tengok bola. mungkin lagi 4 tahun aku tak berpeluang buat cam tu kan? who know?? so, ape salahnya aku amik peluang sementara tengah ade ni.

so, kitaorang pun dengan poyo-poyonye kuar la kul 12.45. saje je kuar awal. nak cari port baik. kalau lambat sure takde tempatnya. cam hari tu, masa brazil main, tak dapat nengok sebab sume tempat penuh. hangin je aku. aku cakap ngan as, aku nak tempat tadi. tempat kitaorang dok masa makan tadi. dan, memang nasib kitaorang agaknya, tempat yang kitaorang duduk sebelumnya still kosong. alhamdulilah. dapat gak dok port baik sket. heheheh...

aku sokong itali. as sokong france. ikutkan, aku bukan minat sangat ngan team itali, tapi disebabkan team pilihan (GERMAN) dah out, so pilih la team lain pulak. kenapa aku pilih itali?? hehehe...sebabnya, semua kawan-kawan aku dok sokong france, so aku amik la itali. ikut kata hati aku. hati aku kata, itali memang. tapi. sebenarnya. aku pun tak berapa yakin itali akan menang. kalau nengok kan pada game tu, banyak peluang kat france. tapi, nasib menyebelahi itali. memang aku dah agak kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti. kalau masa game tu, aku leh relax lagi, tapi bila tiba time penalti, memang aku dah takleh nak kontrol. memang berdebar-debar. sebab tu la aku tak berapa suka tengok bola, sebab aku tak suka perasaan berdebar-debar macam tu. takut. seram sejuk je aku rasa. takut team pilihan aku kalah. tapi, nasib baik la itali menang. so, aku menang bet ngan as. huhuhu.. as, jangan lupe langsaikan hutangmu...

apa-apa pun zinedine zidane tetap pujaan hatiku...hehehe...takpe kan...


DEMAM

tekak aku sakit, badan aku seram sejuk, hidung aku sensitif. sikit-sikit nak bersin. batuk tok sah cakap la... rasa cam nak terkeluar jantung aku nih. apsal ek? nak demam ke? hadoi la...seksa tul rasa camni. nak wat keje pun tak boleh. nak makan lagi la. perit je rasa. cemana la nak naik kan berat bedan ni....erm...tension la. nak kata demam bola, WC dah abis. demam ape la pulak ni...? takkan demam rindu kot....erm...apa nak buat? makan ubat loh....

05 July 2006

:: my hero is back ::



semalam pergi tengok SUPERMAN RETURN. komen aku? erm..not bad la ceritanya. nak kata best pun takdelah best sangat. nak kata boring pun tak jugak. ala, citer superman. sama je. tapi, hero kali memang hensem. hensem bangat. teruja aku dibuatnya. hehehe...


tapi, dalam banyak-banyak superman ni, TOM WELLING tetap dihatiku...muahhss... tapi, sayang.. lom penah lagi tom welling pakai uniform superman. teringin gak nak tengok TOM WELLING pakai spender kat luar..hehehe...er, cakap pasal spender ni, korang perasan tak spender superman makin lama makin kecik. ada kemungkinan superman yang akan datang ni, akan pakai G-STRING pulak. hahahah..teruja.teruja. :-D

03 July 2006

:: kenangan terindah ::

Kenangan Terindah
by Samsons

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu, kutemukan hidupku
bagiku, kau lah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

~~ lagu untuk awak lagi....huwaa...sedeynya...!!! ~~

:: hati ::

hatiku..mengapa kau begini?
hatiku bingung
hatiku keliru
arah mana patut dipilih
antara rasa dan pendirian
mengapa jadi begini

hatiku kini bukan padaku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan

hatiku,bantulah aku...
kembalilah padaku jika kau rasa dia bukan untukku
namun,
jika kau rasa dia ditakdirkan bersamaku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..

02 July 2006

:: damai yang hilang ::

Sepi yang mencengkam saban waktu
Membawa aku ke lembah berduri
Yang aku sendiri tidak pasti
Apakah aku dapat mengharungi

serabut. kepala aku serabut. banyak benda nak kena pikir. masalah itu, masalah ini. tak tau la bila semua ni boleh settle. tu la...takde masalah, nak cari masalah. nah, sekarang ni, hambik ko! bak kata seseorang, berani buat, berani tanggung. tadah je la!!

tadah je?? hmm...memang itu yang aku sedang buat sekarang. malas nak pikir banyak. jalan dah ade, aku pun dah pilih. so, lalu je la. jalan tu bengkang-bengkok ke, berlopak-lopak ke, dah nak runtuh ke, itu yang aku pilih. nak tak nak kenalah teruskan jugak. nak patah balik?? macam tak mungkin je. dah jauh sangat aku berjalan. tak larat aku nak reverse.

biar lah...biar lah masa yang menentukan segalanya. kalau baik, baik lah. kalau tak, anggap je tu semua balasan untuk aku. aku terima je.

Siapakah kan datang
Menyudikan dirinya
Menghulur tangan
Membawa ku naik
Ke daratan yang penuh
Debunga wangi

siapa agaknya? ade ke??

29 June 2006

:: 1 new message ::

Awak...saya berjanji atas nama saya, dgn nama yang maha kuasa, sy xkan menginaya awak, xkan mlukakan hati awak...xkan tinggalkan awak...dan orang bejanji akan selalu dan terus menyayangi awak...insyaallah!!

From : _ _ _ _ _

+6014 _ _ _ _ _ _ _

Date : 29/06/2006

Time : 6.37 pm

28 June 2006

:: sunyi..sepi..sendiri ::

Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.

Sunyi.Sepi.Sendiri.

26 June 2006

:: satu penantian ::

Song : Satu Penantian
By : Dwen

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka

:: kembali ::

kembali bekerja lepas 5 hari bercuti. gigil jugak la aku nak mengadap bos aku. tak tau nak bagi reason ape. dalam hati ni dup dap dup dap je. tapi, aku kontrol je. bukan aku wat salah pun. ala, takat tak datang keje 3 hari. takkan dia nak denda aku lari bogel satu opis kot. paling kuat pun, mesti dia tanya je nape. lagipun sebelum ni rekod aku memang bersih. tahun ni lom penah MC, tak penah lagi emergency. kali ni je, memang tak dapat nak elak. terpaksa.. hehe..relax suzan. relax.

sampai je kat parking aku tengok keta bos aku tadek. sah, orang tua ni lom sampai lagi. huhu, selamat aku. (untuk sementara je). pastu dia sms aku kata masuk lambat sket. alhamdulilah.

then, sampai je kat bilik aku, mak oi. penuh atas meja aku ngan surat. tak tau lah surat drpd bila punya tu. hampeh betul PAR kat tempat aku. dah tau aku takde, pendai-pandai la bukak surat tu. takkan nak soh aku jugak. dah tu, kalau seminggu aku takde, seminggu la surat tu tak bukak!! hangin tul aku. nak marah kang, kata aku gila kuasa, berlagak. so, ape yang aku leh buat, diam sambil memaki-maki di dalam hati. huh, pegi-pagi dah tambah dosa. tak memasal je.

disebabkan aku ni malas nak menunjukkan kuasa aku, maka aku pun meneruskan je la keje aku. nak wat cemana, aku pun kuli batak jugak. nak tak nak, kenalah buat jugak.

bos aku masuk dekat 12 tengahari. sampai je kat opis, 2-3 orang dah dok tunggu dia. tak sempat aku mengadap dia. sibuk sangat. kul 4 baru le aku nak jumpa dia. bos aku tanya aku pegi mana 3 hari ni. dia takut aku kena kidnap..hehehe..sayang jugak bos aku kat aku. lama gak la aku berborak ngan dia, dan bermacam-macam ceritera jugak la yang kuar dari mulut haku ni. cerita betul ke tipu, biarlah rahsia. nak hidup kenalah pandai. kan? kan?

24 June 2006

:: kisah klasik untuk masa depan ::

1.Are you a child of the 70s 80s or 90s?
- 80s

2. Where were you born?
- muar, johor

3. If you were born in another country, what age did u move?
- yang pasti bukan singapore

4. What city did you grow up in?
- banyak la..muar, shah alam, gombak, melaka

5. Did you enjoy your childhood?
- tah la..tak pasti

6. When you were a kid what did you want to be when you grew up?
- wartawan

8. Name the first memorable vacation you took as a kid?
- genting

9. What was your first best friend's name?
- cipon, dila, as, ayu, hawa, sotong, nurul

10. Are they still your best friends?
- of course la..

12. How did you meet them?
- dila & ayu: masa form 2, nurul : darjah 5, hawa & sotong :masa kat poli as: kat opis.

13. Can you name all the schools you ever attended?
- lebam kalau nak tulis sume...banyak sangat

14. Who was your first crush?
- faizal hussein

15. Were you a shy quiet kid or a very wild and rowdy kid?
- confirm shy quite kid

16. When you were little what did you do for fun?
- tengok kartun

17. Were you closer to your mum or dad as a kid?
- mom

18. Do you have any embarrassing school stories to share?
- tak ingat dah

19. What was the first record, tape or CD you remember buying?
- slam ~ konsert unplugged

20. How old do you want to be when you get married?
- sebelum 25..insyaallah

21. How old to have kids?
- banyak pun takpe..meriah sket family aku

22. Were you scared of anything?
- tah...

23. What was your favorite class in school?
- pendidikan jasmani

24. Did you buy school lunch or bring your own?
- beli je...tak kose aku bawak bekal..

25. Broke any bones or had any freaky accidents as kid :
- tak penah

26. Were you a meanie head?
- tah...

28. Did you play house or pretend to be a superhero?
- nop

29.Random memory from when you were a kid?
- 10 years old

30. Seriously..are you still just a kid at heart?
- memang pon..

:: hari ini dalam sejarah ::

untuk yang pertama kalinya dalam hidup aku sepanjang 22 tahun ni, aku menerima pemberian bunga dari seseorang.(hinanya, umur 22 tahun baru dapat bunga :-P).aku pun tak sangka ade gak orang nak bagi bunga. siapa yang bagi tu, biarlah rahsia. janji aku happy. dan yang penting pemberian ros merah 3 kuntum tu amat bermakna dalam hidup aku sebab inilah kali pertama dalam hidup aku, aku dapat bunga.

untuk awak yang bagi bunga kat saya tu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. cayang awak!!!


13 June 2006

:: mutiara kata 14 Jun 2006 ::

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita lebih bahagia.

------------------------------------------------------------------------------------

Kehadiran sesetangah orang itu meninggalkan kebahagian, tetapi bagi sesetengah orang, ketiadaannya membawa kebahagian kepada orang lain.

------------------------------------------------------------------------------------

Alangkah baiknya jika kita boleh membuka dan menutup telinga semudah kita membuka dan menutup mata.

12 June 2006

:: lagu dan kehidupan ::

kata p. ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan. kata aku pulak, lagu dan kehidupan tak dapat dipisahkan. kata orang lain..... (tak tau la pulak)
ada dua sebab kenapa seseorang tu boleh suka dengan sesebuah lagu.
pertama, sebab lagu tu memang best.
kedua, lagu tu ade kene mengena ngan orang tu. betul tak?
hehehhe...ni teori aku je.

kadang-kadang lagu ni boleh jugak dijadikan platform untuk kita meluahkan perasaan kita. maklumlah, nak cakap direct, segan. terpaksalah main tuju-tuju lagu. ahaks.tapi, tak salah kan rasanya. janji perasaan kita tu dapat disampaikan. macam mana orang yang ditujukan lagu tu nak mentafsirkannya, terpulang la pada dia. aku. aku memang jenis suka main tuju-tuju lagu ni. ingat lagi dulu, masa zaman cnta monyet aku. masa aku clash ngan pakwe aku, dia bagi aku surat..tebal gile surat dia. dalam tu sume penuh ngan lagu je. takde kata-kata dari dia sendiri. tapi, aku paham la apa yang dia nak sampaikan tu. lagu yang selama ni dia tak suka pun, ade gak dia letak dalam tu. kelakar pun ade masa tu. nasib baik dia tak bagi kaset yang dia nyanyi aku. kalau tak, mau bernanah telinga aku dengar dia nyanyi.

tapi..ade satu lagu yang dia bagi kat aku, yang kalau aku dengar, mesti teringat kat dia. lagu MILIK SIAPAKAH GADIS INI nyanyian sudirman. tapi, tu semua dah lama berlalu. zaman aku bercinta sekolah-sekolah dulu. sekarang ni takde lagi dah. semua tu dah jadi memori je.

cakap pasal memori ni, lagu ni kadang-kadang boleh jugak mengingatkan kita pada sesuatu memori atau kenangan kita. macam aku, dulu masa aku belajar kat poli, sebelum gi kelas tu aku ngan budak-budak rumah aku mesti pasang lagu Hye Hye Bye Bye. maklumlah masa tu lagu tu ngah pemes. member aku siap rakam lagi. so, tiap-tiap pagi sebelum pegi kelas tu, memang wajib le pasang lagu tu. memekak mekak sebelum gi gelas. than, sekarang ni bila aku dengar lagu tu, mesti aku teringat balik kat kenangan masa tu. syahdu je rasa. huhuhu....

untuk masa ni aku suka sangat dengar lagu TAKKAN ADA CINTA YANG LAIN by CT NURHALIZA feat AHMAD DHANI kenapa aku suka lagu ni? hehehehe...sila rujuk sebab yang pertama tadi... :-)

:: jerat percintaan ::

awak.....saya ade lagu untuk awak....


Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya


kenapa saya bagi lagu ni kat awak? erm...ntah la... terpulang pada awak untuk mentafsirkannya....

08 June 2006

:: bosan ::

gile betul lah.. tak pernah seumur hidup aku merasa boring yang semacam ni. dah la bos aku takde, si As pun takde..gi penang. keje pun takde nak buat. nak forum pun takde mood. forum asik nak bergaduh je..malas aku nak join.



aku pun tak tau ape motif aku gi keje minggu ni. sib baik la aku ni jenis setia. bos takde pun, aku setia dok kat opis. takde la aku nak mengulo sana sini. dok je opis ni macam penunggu. hadoi... bosan nya. dah la pc aku ni asik hang je.. tadi pun wat hal jugak.. ngah aku dok mengedit gambo, tetiba je hang.. geram tul haku!! terus aku switch off je pc tu. gi la mampos.. rosak pun rosak la. bukan duit aku pon. duit kerajaan..huhu....jahat tol aku...



hah, sudahlah!! aku nak balik. tido lagi best..!!


05 June 2006

:: 06.06.06 ::

ada apa dengan tarikh 06.06.06.



memanglah takde ape-ape..



tapi, aku pernah bercita-cita nak bertunang pada tarikh ni. hahahaha..kelakar je. jangan kata nak tunang, bayang-bayang orang datang merisik pun takde lagi.



nampaknya terlepas lagi tarikh yang best-best.



tunggu 07.07.07 la pulak..hehehhe


04 June 2006

:: cerpen spontan ::

masuk kali ni dah lima hari berturut-turut aku terima bunga dari seorang yang aku tak kenal. dah la tak tulis ape-ape. main bagi gitu je. aku pun dah naik malas nak tanya budak yang hantar bunga tu. sebabnya bila aku tanya dia akan jawab camnih : "sorry la, kak. saya ni hanya pekerja yang menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi."



huh, mula-mula dengar tu aku nak rasa nak marah pun ade. tapi, bila tengok muka sardin budak tu, terus aku tak jadi marah. nak tergelak pun ade jugak. "macam-macam orang dalam dunia nih"



sekarang ni bilik aku dah penuh dengan bunga. tak larat telinga aku nak tadah perli dari bos aku. penah dia sound aku, " aik, saya ni kat opis ke kat cameroon highland?? " sambil wat muka seposen dia tuh. eleh, bos aku tu. jeles la tu tengok aku dapat bunga. tu la, sape suruh tak bagi aku bunga. kedekut sangat. apalah salahnya sekali sekala bagi bunga kat PA dia yang rajin dan jelita ni. baru la aku rajin nak buat kerja dia. ni tak, nak belanja aku makan tengahari pun tak pernah. haji bakhli betul la bos aku nih. opss...stop cerita pasal bos aku.



berbalik pada kirman bunga yang aku terima sejak akhir-akhir ni. aku ade rasa musykil sikit. nak kata dia suka kat aku macam tak pulak. sebabnya bunga yang dia bagi kat aku berubah-ubah setiap hari. mula-mula dia kasi aku bunga tahi ayam. masa tu memang aku hangin gile. ni mesti ade orang nak kenakan aku ni. dah la seumur hidup aku tak pernah dapat bunga. sekali dapat bunga tahi ayam. malu aku tau. nasib baik la masa tu opis mate aku semua lom sampai lagi. cepat-cepat aku sorokkan bunga tuh. pastu, esoknya dia bagi bunga raya, bunga tulip, bunga orkid n hari ni dia bagi aku bunga telur pulak.



hangin tak hangin la aku. sakit hati pun ade jugak. tah sape la yang nak kenakan aku nih. puas dah aku siasat sape yang berpotensi kat opis aku ni nak buat camtu.



mula-mula opis boy kat tempat aku jadi mangsa siasatan aku. dia ni selalu gak dok kacau-kacau aku. ajak aku kuar makan la, tengok wayang la. tapi, aku tak layan. hee..tak kuasa aku nak melayan. dah la dia lagi muda dari aku, pendek pulak tu. ade hati nak keluar ngan aku yang tinggi 5' 8 ni. tak sesuai dek non!!



selalu gak aku dok sekodeng si fahmi ni. tengok-tengok manalah tau dialah dalang disebalik semua nih. tapi, bila aku selidik punya selidik, aku tak rasa pulak dia orang nya. si fahmi ni manalah tau pasal bunga-bunga semua nih. aku penah dengar dia cakap " aku ni tak main la jiwang-jiwang. nak bagi-bagi bunga kat awek aku. tak rock la beb!! " masa tu aku ngah pasang telinga masa dia dok berborak ngan zahif, opis mate aku yang baru kawin. si zahif ni dok tanya fahmi, kat mana nak beli bunga. dia nak pujuk bini dia yang merajuk sebab satu insiden zahif ni, lom sempat bini dia nak naik motor, dia dah jalan dulu. apa lagi, tergolek la minah tu. aku yang menyaksikan kejadian tu dengan mata kepala aku sendiri, tak taulah nak gelak ke nak simpati. tapi, last-last aku gelak jugak terbahak-bahak. tu pun aku tahan tunggu sampai masuk kereta baru gelak. sampai senak jugak la perut aku tahan gelak. sekarang ni bini si zahif tu ade kat rumah. tak keje. dapat MC seminggu. hahahha..kesian aku nengok kak zila. dapat laki pun sengal.



ok, nampaknya fahmi dengan zahif dah out dari list aku. yang tinggal 4 orang je lagi. bos aku, orang kanan bos, akauntan kat sini ngan pakcik cleanar. kat opis ni tak ramai, maklumlah opis kecik je. bos aku ni bukak pejabat peguam. Ahmad Dhani & Co. logik tak citer aku ni.??



hahahhaha...hentam je la...



tetib aje aku dah tadek idea. to be continue la.....(tu pun kalau aku ade mood nak sambung cerpen sopntan haku ni. ahaks!!)


01 June 2006

:: menanti sebuah jawapan ::

10.30 a.m.



dua jam setengah berlalu sejak aku masuk opis tadi. dan dalam tempoh dua jam ni, satu kerja pun aku tak buat lagi. surat berlambak-lambak atas meja tu, dipandang sepi je oleh aku.



aku tadek mood nak buat kerja hari ni. malas. hari ni aku nak bercerita pasal KAWAN. ya, K.A.W.A.N. cakap pasal kawan ni, macam-macam jenis kawan yang kita boleh jumpa. kawan menangis, kawan ketawa, kawan yang mengata kita di belakang, kawan yang kawan dengan kita sebab nak pinjam keta, pinjam baju, pinjam harta benda, kawan makan kawan, kawan yang merampas suami atau boyfren kita, kawan bergaduh, kawan teman tengok wayang, kawan bila time nak pinjam duit.. dan macam-macam lagi lah yang tak payah la aku nak taip satu-satu. kang panjang pulak entry aku.



tapi, kali ni aku nak bercerita pasal KAWAN SEJATI. tak ramai manusia yang bertuah. yang dapat memilki seorang insan yang boleh dikatakan kawan sejati. aku?? aku pun boleh dikategorikan dalam manusia yang tak betuah tu. huhu. tapi, takpelah... aku pun belum tentu leh jadi seorang kawan sejati.



perkataan KAWAN ni, buat aku belajar banyak perkara.




30 May 2006

:: suratan atau kebetulan ::

aku banyak keje hari ni. bos aku tu dengki tul ngan aku. mentang-mentang la aku cuti isnin hari tu. saje je nak bagi aku keje banyak-banyak. huhu..tensen nya aku!! ~~ tapi, aku malas nak buat. aku tadek mood. takde hati nak wat keje. aku nak dok rumah. melayan perasaan aku. perasaan yang...yang....hmm..entahlah. aku pun tak tau apa perasaan aku tika dan saat ini. (ecece..cam lagu pulak). tetiba je rasa nak menyanyi. lalalalala....



tajuk entry aku kali ni SURATAN ATAU KEBETULAN. apsal tah tetiba je aku nak letak tajuk tu. padahal aku tak tau apa yang aku kata. huahahahha....aku dah semakin tak betul nih. mungkin kesan ke tensenan aku. jiwa kacau. kacau. kacau. kacau.



tapi........



aku suka perasaan ni. walaupun aku tak tau apa sebenarnya perasaan aku. hahahhahaha aku dah gile !! ~~~~


:: demi waktu ::

lagu tema aku untuk kali ini.





DEMI WAKTU by UNGU





aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
yang kini hadir diantara kita
namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
yang slama ini temani hidupku





maafkan aku
menduakan cintamu
berat rasa hatiku
tinggalkan dirinya
dan demi waktu
yang bergulir disampingmu
maafkanlah diriku
sepenuh hatimu
seandainya bila kubisa memilih





kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua takkan seperti ini





dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
membawa aku dalam kehancuran


26 May 2006

:: exboypren haku ::

entah apelah malang nasib haku hari ni, leh pulak terserampak ngan exboypren haku...adeh!! time haku teringin nak terserampak ngan dia, takde pulak dia muncul. time aku tak jangka nak jumpa dia, boleh pulak dia muncul. kambing gurun betul lah....



petang tadi tengah aku dok tertonggeng-tonggeng kat kedai nak beli barang-barang nak wat puding roti, tetiba aku dikejutkan ngan satu suara. terkejut bukan sebab sore dia sedap cam suara mawi, tapi "macam pernah ku dengar suara ini"



aku pon toleh la. sekali....arrrrrr.....chem bongok tu ade kat depan mata aku. tergamam kejap la haku..tapi, aku kontrol jer..wat cam takde pape. (actually aku tak kisah pun jumpa dia ke hape, tapi skang ni dalam keadaan aku tak bersedia).



dia pun dok pandang-pandang haku. aku wat tak tau je. malas aku nak pandang. buang karan je.



then, masa dia nak kuar kedai tu boleh dia cakap kat kawan dia yang baru nak masuk kedai tu macam ni "ko tengok gitar karan aku ade kat dalam. gitar karannn!!" lalalala....  huh, siap menyanyi-nyanyi pulak dia!!



bongok....!!!!!! dia kate aku gitar karan!! tak sedar diri dia tu macam daun kering. dia tu lagi kering dari aku nak banyak cakap pulak. tak sempat aku nak jerit daun kering kat dia, dia cepat-cepat kuar dari kedai. huh, sakit je hati aku.



then, aku tengok dia bawak lori. dah keje la tu. ele, takat bawak lori tu, tak payah le nak berlagak ngan haku. walaupun lori dia tu lagi besar nak dibandingkan ngan kancil 660 aku tuh, aku tak takot la... buwek!~


:: guess warehouse sale ::

berita baik..berita baik untuk mereka yang kaki shoping cam haku ni. 2 sampai 4 jun ni guess ade wat warehou sale. huhu, nampaknya makin nipis le wallet aku yang telah sedia nipis tu. haku pun tak tau le nape tetiba time aku takde duit nih, banyak lak dia wat sale. n aku pun tak tau kenapa dua tiga menjak ni, nafsu shopping aku semakin mebuak-buak. hari tu dah habis beratus hengget kat body shop. ni pun rasanya bakal jugak berhabis RM ratus-ratus nih. gile ah...



tapi, yang menjadi masalahnya cemana la aku nak dapatkan duit beratus-ratus tu? ade ke sesape nak sedekah kat aku tak?? (agaknya dah bape kali aku mintak sedekah kat cnie??) hehehhehehe....



huhu, haku nak pegi gak...nak pegi soping...



nak beli handbag baru. baju baru. huhuhu...cedihnya haku...


22 May 2006

:: berat ::

hari ni, sorang pegawai kat opis aku tanya...



"su, berat badan u berapa"



agaknya die heran tengok badan aku ni sekeping je cam papan lapis. lebih-lebih lagi aku pakai kebaya hari ni.



"er....." lom sempat aku jawab, dia dah jawabkan sendiri soalan tu dengan pertanyaan jugak.



"38 kilo eh? "



aku pun sengih je la. dalam hati "hampeh nye En. Hamzah."



dia tak tau aku dah berjaya pakai jeans size 25 minggu lepas. (terbang duit aku beli jeans baru)










16 May 2006

:: mana bos?? ::



aku sampai opis je, aku tengok keta bos aku dah ade. ala....boringnye. mesti aku busy ari nih..hmm...



tapi, bila aku naik atas aku tengok pintu opis still tertutup. lampu pun lom bukak.  pelik.  biasnya bos aku kalau dah sampai, mesti dia dah open pintu n lampu. 



aku try sms dia " Tuan Haji tak masuk opis ke? "



dia reply balik " I masih di Kuching. Petang baru masuk."



yehaaa.....selamat aku. boleh lah aku mengupdatekan blog aku dan berforum kejap.  macih bos.!!!


15 May 2006

:: lunch ::











ni le makanan aku untuk tengahari ni. dah dua hari ni aku aysik makan free je. sebabnya kat office aku ni ade buat bengkel ape tah, so banyak la makanan lebih. pagi ade bekpes, tengahari ade lunch, petang pulak ade minum petang..huhu..sonoknya kalau hari-hari camnih. pulak tu bilik meeting ni depan je bilik aku, so senang sikit aku nak amik. kalau dia letak jauh-jauh tak kose la aku nak pegi amik. malas nak jalan. hehehe....ini la yang dikatakan rezeki. cam tau-tau je aku ngah sengkek bulan nih....



burp...alhamdulilah!!




:: sedekah ::

kebiasaannya bila ade orang minta derma atau sedekah aku akan bagi je tanpa banyak soal. kalau duit aku tinggal seringgit pun, aku akan bagi 50 sen kat diorang. entahlah, rasa tak sampai hati pulak kalau tak bagi. serba salah pun ada. lagipun aku percaya, lagi banyak kita sedekah lagi banyak rezeki yang tuhan bagi kat kita.



dan memang betul pun. disebabkan aku ni jenis tak kedekut nak keluar duit bila orang minta derma, memang rezeki aku selalu murah. jarang la aku kesempitan duit. tuhan buka rezeki aku selapang-lapangnya. alhamdulilah.



tapi. hari tu. entah kenapa ade orang minta derma, aku langsung tak bagi apa-apa. bukan aku takde duit, tapi mungkin sebab aku bengang dia ketuk pintu rumah aku time aku tengah sedap-sedap tangok tv. memang aku agak marah masa tu. aku pulak memang jenis malas nak bangun kalau dah syok tengok tv. even kalau Bawan telefon masa tu pun, aku akan marah. ni pulak orang ketuk pintu mintak derma. ye la, ketuk pintu macam nak roboh pintu aku. macam along mintak hutang pun ade. tak tau adab ke datang umah orang. patutnya kalau bagi salam 3 kali orang tak jawab tu, paham-paham je la. ni tak... memang aku marah masa tu. dan dek kerana kemarahan aku tu, aku langsung tak bagi walau 50 sen pun kat dia. hahahhaha.....padan muka!



then, lepas budak tu pergi, tiba-tiba aku rasa bersalah sangat. rasa macam tak patut aku buat macam tu. tetiba aku terpikir, mungkin tuhan akan sempitkan rezeki aku sebab perbuatan aku tu.



dan kesannya memang aku rasa sekarang nih. bulan ni betul-betul aku rasa sengkek. rasa cam duit aku tak cukup je. bukan rasa. memang tak cukup pun. (nak beli syampoo botol besar pun kena pikir dua kali..adeh!! hina je rasanya...) aku pun pelik. padahal sebelum ni ok je. bulan ni pulak tiba-tiba jadi macam tu.



n serta merta ingatan aku terbang kat budak yang mintak derma tu. rasanya dah tau kenapa aku rasa macam tu bulan ni..hmm...nak wat cemana kan. terpaksalah bulan nih, aku berjimat cermat. dan lepas ni, kalau ade orang minta derma @ sedekah aku akan bagi je walaupun seposen. takmolah aku jadi hajah bakhil lagi.......serik dowh.....




12 May 2006

:: kecik hati ::

aku tak tau la sama ada aku ni memang jenis orang yang cepat kecik hati ataupun aku memang patut rasa cam tu. ya. aku memang berkecil hati ngan seseorang. siapa orang tu, biarlah aku je yang tau.



aku tak tau la sama ada selama ni dia ade tak anggap aku sebagai kawan baik dia, ataupun mungkin aku ni sekadar kawan bila dia nak gunakan aku. ntah la.... rasa geram pun ade, tapi selebihnya rasa terkilan yang bersarang dalam hati aku nih.. huh, bencinya aku dengan perasaan macam ni...



aku tak tau la kenapa dia nak berahsia sangat ngan aku. kenapa dia tak nak bagi tau aku. padahal aku yang kenalkan dia ngan forum tu. aku yang ajar dia kalau tak tau apa-apa. tapi.....??? then, bila dia dah ada kawan-kawan kat situ, terus lupakan aku..aku bukannya nak menyibuk ke hape.. tapi, at least, bagi lah tau aku. dia tak tau ke aku akan baca jugak mende yang tulis tuh. lainlah kalau memang aku tak tau apa-apa. hmm.....ntahlah....manusia ni memang cepat lupe diri.. ah, entahlah......!!!! sakit hati je rasanya.....



btw, bukan sebab tu je yang aku kecik hati...ade jugak sebab-sebab lain yang tak perlulah aku bagitau.....takpelah, what u give u get back. mungkin hari ni hari kau, esok lusa hari aku. siapa tau kan??