17 July 2006

:: sengal ::

tengkuk aku rasa sengal-sengal

pinggang pun sama. tangan. kaki. betis. semuanya rasa macam tu. puas aku berfikir. kenapa ar? nak kata salah tidur, macam tak mungkin je. dah lebih 3 minggu aku tidur berlapikkan tilam nipis je kat depan tv. selama ni takde pulak rasa sengal-sengal macam ni.

kenapa?? kenapa?? kenapa??

sedang aku berfikir kenapa tu, terpandang pulak bekas cat tangan aku ni. owhh...dah tau kenapa. ni semua gara-gara mengecat bilik semalam. kerja yang sepatutnya aku buat hari jumaat lepas. (tapi, disebabkan cari tangga tak jumpa, so jumaat dan sabtu tu dihabiskan dengan tidur dan tengok tv). lastly, hari ahad tu aku bertekad jugak nak siapkan cat bilik tu. dan orang kata, kalau nak seribu daya...n akhirnya dapat jugak aku mengecat bilik tu dengan memanjat atas rak tv yang diletakkan kotak yang penuh dengan baju dan timbunan surat khabar atasnya. sampai jugak aku nak cat dinding yang belah atas tu. alhamdulilah... cuma, satu dinding tak dapat nak abiskan cat, sebab cat tak cukup. (petang ni kena gi beli)

satu perkara lagi. pernah tak korang tengok orang cat rumah/bilik hanya dengan memakai bra dan spender je?

aku pernah!!. sumpah. tak tipu ni.


er, sebenarnya entry aku ni nak cerita pasal CT ngan Dato' K. tapi......takpelah. lain kali je aku citre pasal CTkus tu.

No comments: