29 December 2005

:: gambar kat pee dee ::

aku sudah upload gambar aku pergi pee dee ari tuh.. kalau nak nengok klik je kat sebelah tu ok...adios...


28 December 2005

:: khamis yang sejuk ::

hujan di pagi hari



skang ni musim hujan.. dah la tu, hujan pagi-pagi lak tuh.. memnag menggugat keimanan aku nak pegi keje. ikutkan hati nak je aku terus berselimut n tido sampai petang. tapi, apakan daya..



bilik opis aku



skang ni aku dah boleh tarik nafas lega sebab bilik opis aku yang dulunya penuh dengan tah hape-hape barang dah clear skang. pegawai aku dah amik mende tu sume untuk diedarkan. baguslah.. takdelah nampak bilik aku ni macam stor simpan barang..



famous amos??



aku pun heran kenapa biskut pemes emes ni mahal nak mampus.. nak kata sedap sangat takdelah pon.. biasa je aku makan. macam biskut raya yang makcik aku buat. aku memang tak penah makan biskut ni sebelum ni. selalunya kalau lalu kat alamanda tu amik bau je. tapi, tak dapat dinafikan la, bau memang menusuk kalbu. membuatkan sesape saja rasa nak beli walaupun harganya mahal nak mampos.. RM 6.90 untuk 100 gram.. 100 gram tu adelah dalam 15 ketul.. nasib baik ade orang nak belanja.. kalau aku nak beli sendiri memang takdelah.. baik aku makan prosperity burger..



simpan duit pon kena charge ke?



simpan duit RM 18,000 kena charge RM 5.40.. gilak ke ape? alasannya sbbnya akaun yang aku nak simpan duit tu branch segamat. hampes sungguh. lain branch pon kena charge ke.. hampes nye Bumiputa Commerce..



akhirnya..



yang ditunggu pun tiba.. ala, bukan tggu ape pon. tggu buku yang aku order online ari tuh... agak lambat jugak la sampai. budak tu pos ari selasa mggu lepas, ari khamis mggu ni baru dapat.. hampes sungguh.. aku pun tak baca lagi isi kandungan buku tu..tapi, nampaknya macam best je..



tajuk buku : jiwa kacau



terbitan : mak itam network enterprise



genre: tak tau nak cakap, lom baca lagi.. tapi buku ni himpunan dari pengendali weblog2 kat mesia ni..nampak cam best je buku ni.. sesuai untuk mereka yang jiwanya kacau macam aku



harga : RM 23.00



Jiwakacau_2























                 


26 December 2005

:: tanak boh tajuk, boleh?? ::

keje yang membosankan..



keje..keje..keje... huargh...bosan siot... ditambah pulak lepas cuti 3 hari nih. makin bertambah tambah la tahap kemalasan aku nih.. dah la kat opis aku nih, owang sume tadek.. sunyi sepi cam baru dilanda tsunami.. agaknya sume nak abiskan cuti ujung tahun kot. mgkin nak buat persiapan untuk anak-anak diorang kot..erm..org bujang cam haku ni tak payah le nak mengabiskan cuti.. dok umah pon bukan buat ape.. baik aku datang opis. boleh gak guna internet pree..heheh..



cuti 3 hari gi mane??



huhu, ahad hari tu aku pegi pee dee ngan nurul n as.. saje je nak buang masa.. nak balik kampung dah tak boleh..dah kena buang daerah..nak wat camno.. so terpaksalah mengisi aktiviti ujung mggu aku ngan mende yang berpaedah..aku memang dah lama plan nak pee dee..saje je nak mengimbau kenangan lama kat pee dee.. rindu siot..lama tak mandi pantai.. aku dah nekad dah hari tuh, kalau tadek sape nak ikut aku, aku gi sorang je.. hati kering je la.. tapi, nasib baik ade org nak ikut.. so, pegi le kami bertiga ke pee dee..



aku sampai kat teluk kemang kul 10 lebih... humang ai..ramai gilers orang.. lupe plak aku ahad tu krismas...ditambah pulak ngan cuti sekolah..patot ler ramai.. tak besh langsung.. nak mandi pun tak best...dah le aku ngan as tak pandai berenang.. mandi le kami kat tepi-tepi pantai tu dibantu dengan pelampong..hahaha..tu ler, dulu tak nak belajo berenang.. skang dah menyesal...



tak lama gak la aku mandi laut tuh.. bukan ape, aku tak nak kulit aku sunburn.. sayang woo.. as je yang beria nak mandi lelama.. then lepas mandi tu kitaorang jenjalan jap kat dataran teluk kemang tuh.. pastu gi kat pantai purnama... huhu, memang rindu gilers kat pantai nih.. kat pantai ni ler dulu tempat aku dating.. tempat aku buang masa ngan kawan-kawan aku.. memang kalau gi pee dee aku mesti singgah kat pantai nih.. cantik pon cantik..



fazley??



lepas puas bergambo, kami pun nak bergerak pulang la.. masa nak balik tu aku nampak le sorang mamat tu muka cam fazley.. aku cakap as.. "weh, muka mamat tu cam fazley la.." as pun balas balik "haah la".. pastu kitaorg pun wat bodoh je.. masa nak masuk keta tuh si as nih terjerit-jerit panggil aku..aku ingatkan ape bende lah.. ropenye dia nak bagitau aku mamat yang aku nengok muka cam fazley tu memang fazley pon...ala, fazley anak datuk yaacob tuh.. yang nyanyi lagu kerna asmara tuh.. ikutkan aku bukan nya minat sangat pun kat dia.. tapi lepas jumpa dia depan-depan, terus jatoh chenta..huhu..(aku ni memang pantang jumpa mamat hensem..mesti jatoh chenta punye la..) memang lain la fazley nih.. dalam tv nampak tak hensem.. sekali tengok sikit punya hensem.. dah le putih.. kulit dia putih kemerah-merahan.. fullamak.. kalah kulit aku.. mesti lembut kan.. rasa nak pegang je.. ahaks.. (miangnye aku masa tuh).. sib baik la dia nih tak sombong.. dapatlah aku bergambar sedas dua.. adik dia pun hensem gak.. erm..bukana dik dia je kot, krew-krew dia yang datang ngan dia tu pun aku nengok hensem-hensem belaka.. nasib baik la aku ni masih ade ciri-ciri gadis timur yang pemalu.. kalau tak mesti penuh contact number aku dalam phone tuh...hahaha...



politeknik port dickson...



lepas dah puas bergambar ngan fazley, kitaorg pun bertolak balik.. sebelum balik, sempat gak aku singgah kat poli.. nak menunaikan impian aku sekian lama aku pendam.. nak tau hape..?? sepanjang dua tahun aku kat poli, aku tak penah berkesampatan nak amik gambo aku depan pintu masuk poli tuh.. so, kali ni aku pun tak melepaskan peluang.. sib baik pak cik guard soprting.. huhu, dapat gak aku bergambo kat ctu.. baru puas hati aku.. baru la leh balik ngan senang hati..



jammed..



sampai putrajaya kul 9 lebih.. sebabnya jalan jammed dari nilai sampai kl.. aku pon tak tau kenapa.. sebabnya aku kuar ikut nilai.. pastu sesat jalan.. sib baik tak jauh.. penat + stressed sebab jalan jammed..hampes sungguh...ape pun aku kira puas hati gak dapat gi pee dee.. walaupun pegi bertiga je.. janji happy kan...kan..kan...



gambo??



nanti lah aku upload.. skang ni aku tadek mood.. pc aku wat hal.. asik hang cam sial je..



Graphic1_1


22 December 2005

:: HuKuM KL ::

kalau lu olang pegi mana-mana tempat ramai olang ar, tak kisah la mana mana pun.. shopping kompleks ka, panggung wayang, konsert ka, tempat makan ka atau di mana-mana sahaja. lu olang akan jumpa beberapa spesis di bawah ini...



awek cun + balak hensem



ini couple rileks sahaja. tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. olang lain pun sinang melihat meleka.



awek cun + balak tak hensem



kebanyakan awek yang cun mesti mendapat balak tidak hensem. sila perhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja) selalunya juga, itu balak mempunyai dompet yang tebal.



awek tak cun + balak hensem



lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. wa pun tak tau apa hat. public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek cun mesti kasik jelingan maut telhadap itu amoi cun. selupa mau makan olang woo.. inseculity ploblem.



awek tak cun + balak tak hensem



ini couple talak siapa pedulik punya...no komen..



group of girls + 1 guy



selalunya berlaku di kedai makan.seolang lelaki dikelilingi kawan-kawan pelempuannya. sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan mereka. lu akan pelasam, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka. (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)



awek cun berpakaian seksi



akan lamai olang melihat awek ini. tapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat epnadangan seperti itu. awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dadanya , atau pusatnya di khalayak ramai kelana dia tau badannya ada power!! seperti juga lu ada keleta cantik ka, lumah besar ka, jam balu ka, mesti aksi orang tengok, so boleh pelasaan ada happy. selupa juga ini awek maa...



awek tak cun berpakaian seksi



hoiyooo...ini manyak keji punya pompuan. lu balang talak cantik kasih tutup mahh..jangan bikin olang lain sakit mataa..ini spesis jugak suka menipu dili sendili dengan mengatakan "i wear seksi and i feel good" ataupun "i have the right to wear anything i want".. sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka lagi lawa. wa tidah lasa begitu. huduh akan tetap huduh. cantik akan tetap cantik (macam itu vouge girl!!??hahahah). tapi jiaklau huduh & seksi?? hahah..wa tamau cakap lagi woo....



huhu, are u agree??



[ credit to bloxxzone ]



Special_day3


21 December 2005

:: interesting ::

cool!! [klik here]


:: dload lagu [part 2] ::

kali ni aku nak kongsi ngan korang lagu-lagu omputih pulak.. ok, enjoy!!



----------> credit to jiwang.



Kelly Clarkson album [Part 1]



Kelly Clarkson album [Part 2]



GrEaTest LoVe SonG



ade lagu:-



  • whitney houston - i will always love you


  • micheal learns to rock - that's why you go away


  • chicago - hard to say i'm sorry


  • air supply - all out of love


  • george micheal - careless whisper


  • phill collins - againts all odds


  • tony braxton - unbreak my heart


  • mariah carey - hero


  • foreigner - i want to know shat love is


  • westlife - my love


  • celine dion - my heart will go on


  • all 4 one - i swear


  • christina aguilera - i turn to you


  • micheal bolton - how am i supposed to live




  • Aaa1hp
























                                                                              

















01. (03:39) Marilyn Manson - Irresponsible Hate Anthem (Venus Head Trap Mix)
02. (03:28) The Used - Sound Effects And Over Dramatics
03. (03:33) Mudvayne - Forget To Remember
04. (03:38) Bloodsimple - September
05. (02:56) Papa Roach - Blood
06. (04:47) Puscifer - Rev 22:20 (Rev 4-20 Mix)
07. (03:06) Sevendust - Pieces
08. (05:00) Skinny Puppy - Rodent (Ken Hiwatt Marshall Remix)
09. (03:04) Queens Of The Stone Age - Burn The Witch (Unkle Variation)
10. (03:43) A Band Called Pain - Holy
11. (03:00) Buckethead And Friends - Three Fingers (Feat. Saul Williams)
12. (04:10) The Legion Of Doom - Home Invasion Robbery
13. (04:28) Revolting Cocks (Feat. Giby Haynes & Al Jourgensen) - Caliente (Dark Entries)
14. (03:24) Opiate For The Masses - Step Up
15. (05:00) Charlie Clouser - Don't Forg et The Rules (Score)



donload here



part 1



part 2



part 3


:: narnia ::

Thechroniclesofnarnia_bigearly_3











      aku baru je nengok citer nih malam tadi... memang best la bagi penggemar cerita-cerita Fantasy Odyssey cam aku nih... orang yang tak minat citer macam ni memang dia kata TAK best.. cerita ni mengisahkan empat kanak-kanak yang terpaksa berpisah ngan mak pak diorang sbb perang dunia kedua kat jerman. diorang berempat ni kena hantar kat kawasan desa sbb nak bagi perlindungan. kat desa tu diorang diletakkan kat rumah seoarng professor.. then, masa diorang berempat ni main hide n seek adik bongsu diorang secara tak sengaja terjumpa jalan masuk ke alam Narnia. apa berlaku seterusnya?? gi la tengok wayang.. malas aku nak taip daa....








:: kecil @ besar?? ::

situasi pertama



seorang isteri yang baru tau suaminya ada hubungan telah bertanyakan kepada suami tentang hal tersebut...



" abang cakap betul-betul ngan saya, betul ke abanga de hubungan ngan makcik cleaner kat tempat keje abang tuh? " - isteri (sambil bercekak pinggang)



"mana awak tau nih...ni mesti ade owang wat pitnah nih...hinss..memang nak kena nih" - suami



" ala bang... dunia ni kecik..saya nampak abang tengah kuar makan dia tadi" - isteri



situasi kedua



si isteri telah melarikan diri selepas peristiwa itu. then, mak bapak si isteri ni pun soh la si suami ni cari balik anak diorang tuh..



" ni sume ko punye pasal. menantu tak sedar diuntung.. dah ler kawin pree ngan anak aku, pastu ada hati pulak nak berbini dua.. tak sedo diri "<--------- [ayat penyedap cerita] - mak bapak



" bapak ni pon satu la...kat mana saya nak cari dia? dunia ni kan besar " - suami



pokoknya: dunia ni besar ke kecik ar?? apa pendapat korang??



moral disebalik kisah nih: ntah la..aku pon tak tau.. korang pk la sendiri..


20 December 2005

:: wayang kita?? ::

narnia @ king kong?? narnia @ king kong?? narnia @ king kong??



king kong @ narnia?? king kong @ narnia?? king kong @ narnia??



huhu, ni hari wa mau pegi tengok wayang - aku



ek ele, nak pegi tengok wayang pun nak heboh - nyah



wa punye suka la... - aku



hee...tak kose mak, nyah!! - nyah



k la pondan, wa chow dulu.. - aku



amboi mulut!! takde insurans ke?  - nyah



jangan beromen dalam panggung!! - nyah lagi!!


19 December 2005

:: jom dload lagu ::

ari nih aku tak tau nak letak ape dalam blog aku nih.. so, aku ingat nak share lagu la ngan korang.. korang leh dload lagu tu sume.. tapi, yang takde winrar sila dload winrar dulu yer..



WiNRaR



pastu boleh la korang dload lagu-lagu kat bawah nih... buat masa ni aku letak lagu-lagu band indon je...



PeTeR PaN OST AleXanDria [part 1]  password: sp4wn_bgr



PeTeR PaN OST AleXanDria [part 2]  password: sp4wn_bgr



OST JaNJi JoNi AlBuM



ShEiLa On 7 KoMpiLatioN



PaS BaNd KoMpiLasi (Parti pas ke hape Nih??)



RaDja BaNd



RaDja - JuJuR



EleMenT - Ku Persembahkan NirVana



DeWa 19



DeWa AlbuM - ForMat MaSa dePan



DeWa AlbuM - CiNtaIlah CinTa



ok la..takat tu je untuk kali nih... kalau nak lagi pegilah ke kedai lagu, beli album...hauahhaha...






18 December 2005

:: secret admire?? huhu ::

bukan aku nak perasan atau bangga tapi, sejak dua tiga hari ni aku dihujani dengan sms tah dari sesape kata nak berkenalan ngan aku.. konon admire kat aku.. asik teringatkan raut wajah aku la, teringin nak mengenali dengan lebih dekat la..hahahha...harkk..tui... geli pulak tekak aku membacanya... aku bukan ape, kalau betul nak kawan ngan aku takpelah.. aku takut ade sindiket nak kenakan aku je nih.. manalah tau kot-kot ade orang saje je nak kenakan aku... nak bagi aku perasan lebih..

mula-mula aku dapat sms tu aku bajet-bajet ade lah sorang mamat nih.. sbb aku rasa no pon tu cam familiar je ngan aku... memang aku dah agak mamat tu, so aku pun layan je la.. tapi, bila aku tanya dia memacam, aku rasa cam dah salah org je.. tah le.. tah sape agaknya.. dia cakap dia dok s.alam.. pastu dia kata penah nampak aku kat s.alam... hadoi..konpius aku.. tah bile le aku jumpa org kat s.alam.. memang lah aku ade pegi s.alam tapi setau aku, aku dok je kat umah member aku..tadek pulak gi kuar memana... hmm...misteri.. pulak tu kata dpt no pon aku dr opis mate aku..opis mate??? hahahhha...aku rasa memang sah ade owang nak kenakan aku nih... takpe...takpe..aku akan siasat....

citer pasal secret admire nih, korang penah tak admire kat owang? bukan setakat admire biasa-biasa..ni admire luar biasa punye.. minat gile-giler la owang kata... sampai termimpi-mimpi.. sampai owang kata boleh bawak gaduh la...mesti penah kan? aku?? aku memang selalu admire kat owang..tapi yang betul aku admire gile-gile adalah dalam 3 kali kot.. first time aku admire kat owang masa aku pom 1.. huhu.. form 1 pun dah pandai nak minat-minat kat owang...hahha..tau tak aku minat kat sape.. mestilah kat cikgu aku. cikgu anuar..muka memang hensem...cam rosyam nor sesikit..tapi, dia lagi hensem.. memang angau gile kat dia.. masa tu dia ajar aku bm ngan pjk.. masa tu aku kengkonon cakap kat member aku "ek ele, asik-asik muka cikgu nih..cam tadek orang lain..." ahaks... padahal masa tu jantung aku dah laju cam keretapi, pastu badan pun dah naik miang..hahaha...tapi, malangnya naik form 2 aku kena pindah johor.. so, selamat tinggal romeo la kat cikgu tu...isk..isk..sedih je aku masa tuh...

then kat sekolah menengah aku tadek pulak admire kat sesape.. mase aku belajar kat poli ade minat seseorang..eh, bukan seseorang.. ade 2 orang sebenarnya.. takpe, aku citer satu-satu.. masuk je sem 1...bukan sem 1 tapi start aku lapor diri hari pertama tu, mata aku dah aim seseorang..hahahhah...miangnya aku masa tuh.. fisrt time aku terpandang muka dia, aku rasa mata aku terus memancarkan api cinta... suasana memang feeling masa tu, diiringi pulak dengan lagu kuch kuch hota hai...fullamak...romantik abis... tapi rupanya imaginasi aku je.. ceh!!

then masa suaikenal tu aku selalu je perhatikan dia..owang kata bagi panahan cinta.. bagi dia sedar kewujudan aku.. macam-macam aku buat.. buat-buat tanya itu la, ini la... masa tu aku tak tau pun dia tu sape... lepas abis suaikenal tu barulah aku tau tau dia tu lecturer kat situh... jadik lecturer aku pulak tuh...huhu...makin angau le aku dibuatnya.. bayangkanlah aku punyelah minat gile babeng kat lecturer aku tuh sampai aku sanggup curi no pon dia.. pastu main-main sms ngan dia.. aku wat taktik lama..kengkonon salah no la..pastu terus nak berkenalan.. yang bestnya tu lecturer ni pun melayan jugak.. boleh tahan ko nye miang ye nyah!!.. lama gak la aku ber sms ngan dia..and lama jugak la aku angau kat dia...sampaikan kalau tak dapat tengok dia satu hari rasa tak bermaya je aku nak pegi kelas.. dapat nengok moto pun jadik la..hehehe...skang ni kalau jumpa dia aku dah tadek perasaan ape pon...

last aku admire tahap dewa kat orang masa aku sem 2 kat poli jugak la.. aku ingat lagi first time aku jumpa mamat yang hensem ni kat library.. masa tu aku ngah beratur nak fotostat.. pastu ade la satu mamat ni beratur depan aku.. then, tetiba mamat tu toleh belakang..aku yang kat belakang dia ni pun apalagi..cinta pandang pertama untuk kali yang keberapa aku pon tak tau.. yang pasti masa tu memang aku tergamam la..kali ni bukan lagu kuch kuch hota hai lagi..haku pon tak tau lagu ape..yang pasti aku berada di awangan..ceit!! aku tak tau pon ape nama mamat tu masa tu.. tapi, aku panggil dia alex yoong je sbb aku rasa muka dia cam alex yoong tapi dia lagi hensem.. hahaha...pastu malam-malam aku dihiasi mimpi-mimpi indah aku ngan alex yoong aku tuh...wakakkaka...hark..tuih...

pastu risik punya risik aku dapat tau member aku kenal member dia.. apelagi aku pun menggunakan kesempatan ni nak tau pasal alex yoong aku yang misteri nih.. risik punya risik aku dapat tau la nama dia (terpaksa dirahsiakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu..hehe), dapat tau dia amik course ape..tapi tak dapat tau no pon dia.. yang aku dapat no pon kawan dia.. takpe la, member pun member la.. yang tak boleh tahan tuh, aku penah soh member aku jadi posmen bagi surat kat dia.. aku buat surat tu pon sesaje je..tak terpikir pon nak bagi kat dia.. tapi, kebetulan pulak aku terserempak ngan dia kat library jugak..so, tak pasal-pasal member aku kena jadi posmen....pastu penah gak buat date ngan mamat ni tapi dia tak datang..hampes sungguh.. start dr situ aku pun dah malas.. lagipun naik sem 3 aku praktikal.. dia pulak last sem.. so, memang tak jumpa lagi la.. satu sem je dapat jumpa dia.. tapi, aku PEnah gak antar kad raya kat dia...ade respon...hehhe..dia balas kad raya aku.. 6 sekaligus.. pastu first date aku masa dia konvo..erm.. tu je la kot.. tapi, aku still kawan ngan dia lagi... kawan je la.. nak wat cemana.. "cintaku bertepuk sebelah tangan"..huhuhu...takdelah... aku just minat je.. takdelah pulak jatuh cinta tahap gaban..

15 December 2005

:: tutorial [part 2] ::

untuk tutorial kali ni, aku nak ajar cemana nak masukkan lagu blog yang kedekut nak mampus tuh. mesti korang nak tau kan? mana yang dah tau tu, tak yah ler baca ok..



kita mulakan kelas kita dengan ummul kitab...



ok start step by step



1. korang pegi kat blog korang. pastu klik kat update blog



2. then, kat atas tu korang akan jumpa BLOGS, PHOTO ALBUM, TYPELIST n CONTROL PANEL.  Klik kat TYPELIST tu.



3. pastu kat tepi belah kanan tu ade box. kat box tu dia tulis 'create a new typelist'.



4. kat list type tu korang pilih music



5. pastu kat list name tu korang boh le ape yang korang nak letak. contoh macam aku, aku letak Currently Listening.



6. pastu klik kat box 'create a new list' kat bawah tuh.



7. then akan kuar satu window. ade satu box tu dia tulis: your new list has been create. Add this to your blogs. ha, klik kat situ.



8. pastu kuar satu window kecik. tandakan kat box kecik tu. then save change. pastu close.



9. pastu kat window yang tadi tuh, yang ade add this to your blog tu, korang klik kat add a anew item.



10. then akan kuar lagi satu window kecik.



11. pastu kat box song tu korang letak le code lagu yang macam aku dah ajar kat tutorial sebelum nih. kat box artis ngan album tu suka ati korang le nak boh ke tak nak.



12. pastu save item.



ha, dah siap.. boleh la nengok korang nye blog tuh. jadik ke idak. aklau tak jadik tu, ade la something wrong. kena teliti balik tutorial aku tuh. sebarang persoalan sila letak kat komen yer..



sekian, terima kasih




:: jujur ::

Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya



Download this song



-------> Radja - JuJuR


14 December 2005

:: tutorial ::

ari nih aku nak share sikit pengetahuan yang aku ada tentang html n css nih.. sebabnya ade orang tanya aku macam mana nak upload lagu, cemana nak edit profile, macam mana nak wat blog jadik cenggitu..so, bila aku pikir balik, eloklah aku share kat blog aku nih.. so, sume org leh baca, jadikan rujukan... bukan nak riak atau menunjuk..aku pun bukan nya pandai sangai.. sikit-sikit tu boleh la..tapi just nak share je pengetahun aku.. orang kata ilmu ni tak baik kedekut..



oklah, kita start ngan macam mana nak upload lagu dalam page



1. pegi kat profile korang. Pilih edit profile



2. then clik kat customize



3. pastu kat add music, video, etc... tu korang masukkan mende nih : <embed src="url_of_song" autostart="true" loop="true" width="0" height="0"></embed>



4. pastu save...ok dah siap...



ade orang tak tau macam mana nak cari url of song tu.. ok la kat bawah ni aku ajarkan cara-caranya...



1. korang pegi la kat mana-mana laman web mp3.. contohnya www.mp3int.com , www.winmx.com ataupun mana-mana la..



2.pastu search lagu yang korang nak tuh..then right klik kat lagu tuh. pilih properties. pastu copy the url/address



Contoh: http://the.host.site.and.your.username/music.file.mp3



3. pastikan url lagu tu last dia mesti ade tulis .mp3 atau .wav atau.wma atau .midi atau .rm atau .ram dan yang sewaktunya...



oklah setakat tu je untuk kali nih... nanti ade masa aku sambung lagi ok.. kalau ade pertanyaan sila message aku...



sekian, terima kasih.


08 December 2005

:: delete ::

aku rasa cam nak delete je blog aku nih... aku pun heran naper sejak akhir-akhir ni aku asik merepek je dalam blog nih... tah hape-hape tah...



emosi lak tak stabil...hurm...ntah la.. tak tau nak buat ape... bosan la..   aku rasa hidup aku ni membosankan.. banyak yang aku plan untuk hidup aku nih tapi, cam biasalah sume tak menjadi.. bak kata lecturer aku masa kursus smlm, kalau kita plan A jadi B takpe lagi.. ni plan A jadi 1...  nak wat camno?



hari ni majlis kawin kawan aku kat terengganu.. tak dapat nak pergi.. bukan tak nak pergi, tapi dia pun wat ari jumaat.. dah tentu la wilayah hari jumaat kene kerja.. terengganu lain la..jumaat cuti.. isk, terkilan rasanya tak dapat pergi...sob..sob..sob... sedih... nanti aku kawin dia pulak tak datang..huhu..lagi lah aku sedih...tapi, takpelah..doa aku mengiringi perkahwinan dia.. amin...



hari ni pun aku tadek mood nak buat kerja.. bukan hari ni je, hari-hari pon sama.. bosan la... keje ni sebenarnya tak sesuai ngan jiwa raga aku... aku nak keje yang tak perlukan aku ke tempat keje, tak perlu nak bangun pagi-pagi rush masa, tak perlu nak pakai lawa-lawa, tak perlu nak mekap-mekap.. kalau boleh aku nak wat keje yang boleh aku wat dimana saja.. atas katil, atas kusi, ruang tamu ???   Thinking....jangan pikir lain pulak... maksudnya aku nak keje yang tak terikat ngan peraturan.. owang kata ade keje, adelah duit...  ha, kan best camtu... ikut suka hati je... tapi, rasanya lagi best kalau dok umah goyang kaki layan internet je.. hmm.. camtuh, terpaksalah kawin ngan dato' yang kaya-kaya...



hmm..ape aku merepak lagi nih?? ntahlah.....





30 November 2005

:: anda fobia?? ::

adakah kamu tergolong dalam kategori ini? berikut diberikan 17 jenis fobia aneh yang mungkin ada dalam diri kamu...



  • KERAOPHOBIA         - Takut pada petir



  • GAMAPHOBIA          - Takut pada perkahwinan



  • KONIPHOBIA            - Takut pada debu



  • GYNEPHOBIA           - Takut pada wanita



  • LEUKOPHOBIA         - Takut pada warna putih



  • ALIUMPHOBIA          - Takut pada bawang putih



  • LATROPHOBIA         - Takut berjumpa doktor



  • MISOPHOBIA            - Takut pada kotoran



  • PEDICULOPHOBIA     - Takut pada kutu



  • PELADHOPHOBIA      - Takut pada orang botak



  • PENTHERAPHOBIA    - Takut pada ibu mertua



  • KLAUSTROPHOBIA    - Takut pada ruang tertutup



  • AILUROPHOBIA        - Takut pada kucing



  • ACHLUOPHOBIA       - Takut pada tempat gelap



  • AKROPHOBIA           - Takut pada tempat tinggi



  • BATHONOPHOBIA     - Takut pada kedalaman



  • ANOPHOBIA             - Takut pada segalanya


nampaknya aku ade dua jenis phobia.... AKROPHOBIA ngan KERAOPHOBIA..



tapi setakat ni KERAOPHOBIA aku tu dah kurang sket kot...



dulu, masa aku kecik-kecik tiap kali ujan kalau ade petir ngan guruh,



mesti aku nyorok dalam selimut... konon-konon dah abis selamat tuh... ceh!!



korang lak cemana? ade ke phobia ngan ape-ape?








28 November 2005

:: new ::

dah dekat seminggu aku ngan bos baru.. setakat ni ok la..tapi, tak sama la macam bos lama aku dulu.. bos aku dulu jenis wat kerja sendiri..pastu pendiam.. bos aku la ni pulak, peramah sikit... suka panggil aku...kejap kejap kang, su... kejap-kejap kang, su... pastu dia ni rajin cari aku time aku takde.. rajin pulak tu tepon aku.. bos aku dulu, mana penah nak cari aku.. nak tepon jauh sekali.. tapi, ok je la takat ni.. takdelah garang or menyusahkan aku...

hari ni aku tak tau nak makan ape..pagi tadi ngan tengahari dah makan free... tengahari tadi kekononnya aku ngan as nak gi makan kat treasury.. kebetulan la pulak kat situ ade wat jamuan hari raya..ape lagi.. aku ngan as pun dengan selambanya terus join..hahahha...tak malu betul... ala, lagipun jabatan aku kira bawah kementerian kewangan tu jugak.. so, ape nak kisah... jimat duit makan aku untuk hari nih...

ape la sebenanrnya yang aku merepek ni..aku ni sebenarnya dilanda keboringan yang amat nyata... nak wat keje takde mood.. nak berforum, server lak cam hampeh..hangin je aku.. emel aku pon dah beratus dalam inbox tu..takde masa la nak check..sejak akhir-akhir ni bz sket ...

ape lagi aku nak merepek.. ha...minggu depan start 5 sampai 8 haribulan aku kene gi kursus.. ala, bukan jauh pun..kat opis aku ni je.. ni pun satu perkara yang memboringkan aku.. ape nak buat.. nasib badan....


14 November 2005

:: kempunan ::

ari ni opis aku ade wat majlis sambutan hari raya.. tapi, cam hampeh.. makanan ta cukup... banyangkanlah kate majlis start kul 1.00 tengahari.. aku pun ngan poyo-poyo turun le dalam kul 1.15... ingatkan aku le antara owang yg terawal... ropanya.........tidak............. dah ramai manusia manusia yang kebulur tuh kat bawah... aku bukan kisah orang ramai ke hape... yang aku hangin ni, bile aku nak amik makanan sume dah habis... kempunan aku nak makan lemang, sate ngan ketupat... hampagas sungguh... dah la tu, jemputan VIP sampai dalam kul 2.. patutnya VIp datang dulu baru start majlis.. ni tak, VIP datang, diorg tengah berkemas... ade ke patut.. memalukan sungguh... bongok betul... kata majlis dari kul 1 sampai kul 5... kul 5 kebendanya..  belum pukul 2 orang sume dah lengang..tinggal le VIP VIP tu yg baru terhegeh-hegeh nak makan.. dah le jemput menteri... tak beretika langsung la diorg nih... bongok...!!! hangin tul aku...hnsfffff!!!!! tensen pun ade....huaghhhh!!!!


13 November 2005

isnin datang lagi...

akhirnya hari yang paling membosankan dalam hidup aku muncul lagi...  apsal ek sejak akhir-akhir ni rasa malas je nak pegi keje... nak buat keje pun takde mood.. tak taulah kenapa... mungkin masih dalam mood raya kot... ataupun suasana kat opis ni yang wat aku takde mood.. ataupun mungkin sebab aku ni memang orang yang cepat boring... erm..banyak sangat mungkin nye... tapi, aku rasa memang ye pun... aku ni mana boleh wat keje yang sama je tiap hari.. bosing tau tak... BOSING = bosan + boring... (harap maklum)



pastu pulak aku dengar bos aku dah nak naik pangkat... maknanya tak lama lagi dapat bos baru le aku jawabnya.  walaupun tak confirm lagi, tapi aku rasa betul la kot. bukan khabar-khabar angin lagi nih.. tah cemana le rupe bos baru aku nanti yek.. gemuk ke, kurus ke, botak ke, pendek ke, garang ke....erm..ntahlah...redha je la...ececece... kalau dapat cam bos aku yang skang ni ok gak la.. baik je..tak penah nak marah-marah...tapi, tak taulah kalau dia pendam je dalam hati.. boleh jadi jugak kan...erm..biarlah...yang penting aku buat je keje aku... tak kisah la cemana rope bos aku tu pun... takkan selamanya nak bos yang baik je kan... ;-)



ape nak cakap lagi ek?  aku pun heran apsal sejak akhir-akhir ni aku takde mood je nak update blog aku nih..bukan blog je.. myspace ngan frenster pun tak update.. takde mood la.. aku skang ni sibuk nak belajar photoshop nih.. tapi, takde sape lah nak ajar aku.. pening pulak kepala aku.. dah le internet kat opis banyak tak boleh bukak..tah hape-hape tah...hangin tul aku.. pastu pc asik hang je... nak check emel pun tak boleh.. error la...haduih...hangin... emel aku pulak tu dah beratus-ratus..tak larat aku nak bukak..bio je la terperap dalam inbox aku tuh... aku pun malas nak bukak emel tuh...banyak sangat...hmmm....entahlah...



boring!!



Emo_2


08 November 2005

malasnye aku!!

Malasnye….malasnya aku nak balik putrajaya nih… plan nak balik pegi-pagi ni kononnya..tapi, tah la..bangun pun dah kul 10.. dah la tuh..barang ape sume lom kemas lagi..keta pun tak basuh lagi….hadoi…..malasnye haku…tensen….



Ikutkan hati aku nak je sambung cuti sampai jumaat ni.. boleh la lepak kat kampung lama sket… tapi, rasa tak best la pulak.. bos aku pun cuti dua hari je.. aku je cuti lebih-lebih… heheheh… ala, kat opis pun bukan ade keje… dok melanguk je ngadap computer… bosan gak aku…





Dok kampung ni pun aku bukan nye wat ape-ape… dok mengadap pc, ngadap tv sampai lebam… nak pegi beraya pun malas… tahun ni aku langsung tak pegi beraya umah sedara mara aku.. bukan tak nak pegi… tapi, ntah la… malas je nak berjalan.. umah member-member aku ade la 5-6 umah yang sempat aku pegi.. tu pon sbb si zura tu yang rajin nak mengajak aku.. kalau ikutkan aku, memang tak beraya la...





Hmmmmm...ape la yang aku nak buat nih... blur la... nak keje pun malas.. aku rasa nak berebti keje pastu dok lepak-lepak je kat umah... mungkin aku kena cari suami yang kaya.. so, tak payah la aku susah-susah nak keje... takpun cari keje yang suka suka aku je bila nak keje.. rasa malas tak payah pegi.. kalau rajin pegi.. ade ke keje cam tuh? Hmm..kenalah bukak kompeni sendiri.. tu pun kalau camtuh peel aku, lingkup la kompeni aku tuh...





Hmmm…ntah la… ha, tu je la yang aku tau.. ntah la, lantak la, biarlah.... ape lah nak jadi... wake up!! Wake up!!....pegilah kemas barang ko apa yang patut… pegilah balik putra tuh… esok nak keje…



Ye, keje….keje….keje….keje...keje…keje…..boring......zzzzzzzzzzzzzzz ….





6916102351


20 October 2005

:: untitled ::

huhu...lama sungguh rasanya aku tak update blog aku nih... bukan takde mende nak citer, tapi aku je yang malas.. sepanjang tempoh ni, macam-macam berlaku kat aku.. tak tau la nak kata.. samada aku yang memang bernasib malang ataupun sume ni dugaan bulan pose...entah lah...  yang pasti sume tu berlaku masa bulan pose nih...cobaan!!

hari ketiga pose, umah aku kena masuk pencuri... dah la curi duit aku, pastu sempat lak nak mencabul kehormatan aku..cilakak punya pencuri.. masa tu aku ngah tido, pastu tetiba aku rasa cam ade org baring sebelah aku.. aku pon pusing la..terkejut beruk aku, tengok seorang lelaki yang tidak dikenali.. pastu aku nampak lelaki tu terus kuar dari bilik aku.. aku pun mamai lagi masa tu.. so, aku ingat aku mimpi la..terpinga-pinga jugak aku masa tuh..tak lama lepas tu housemate aku balik, bising-bising kate pintu umah terbukak..aku yang dengar pun trekejut beruk la.. sah bukan mimpi..masa tu tak pasan lagi wallet aku ilang..masa nak gi keje tu, aku cari-cari hanbeg aku takde..cari-cari ada kat depan.. pelik!! aku rasa memang tak penah aku letak hanbeg aku kat depan. memang dah jadi tabiat aku lepas balik keje, henbeg terus simpan dalam bilik.. pastu nengok dalam henbeg tu wallet aku dah takde..sah!! memnag kena curi...hampes betul.. pagi tu aku gi wat report.. pastu tengahari polis pun datang umah aku buat siasatan... yang pelik tu, lepas je polis blah..boleh pulak pencuri sialan tu pulang balik sume kad-kad bank ngan ic ngan lesen aku..
siap letak dalam sampul surat..pastu letak bawah pintu umah aku...pastu, siap letak note kat situ dalam bahasa indon..eleh, saje le tu nak alihkan perhatian polis...dia ingat polis tu bodoh agaknya. nampak sangat org terdekat yang amik...aku syak org-org blok aku jugak la.. mesti dah lama dia aim umah aku...then,esoknya pulak ade org msg aku, kata nak berkenalan.. aku tanya mana dapat no phone, dia kata akwan dia bagi.. kawan dia dok kat blok D jugak..serta merta aku teringatkan pencuri tu.. memnag dalam wallet aku tuh, aku ade letak no phone aku..maybe dia kot yang bagi no phone tu.. aku agakk la... tapi, aku tak gi lak wat report..malas la pulak...takpelah, anggap je la aku tekde rezeki kan..

lepas kejadian tu pulak, aku konflik pulak dengan housemate aku...biasalah dok seumah ramai-ramai ni, mesti la ade yang tak sebulu kan? nak wat cemano??

pastu baru-baru ni pulak, keta aku kena langgar dari belakang.. remuk jugak la bumper keta aku tuh.. cam sial betul...dah la langgar keta aku, pastu tak nak bayar ganti rugi pulak... cibai betul!! (ha, kan dah kurang pahala pose aku)... mentang-mentang la aku ni nampak macam budak-budak, dia ingat dia boleh buat sesuka hati je kat aku??!! eleh, setakat tua setahun je dari jangan nak berlagak la.. tu la dia, baru dapat lesen agaknya...bawak keta pun tak reti..lain kali kalau tak confident nak bawak keta, jangan bawak...menyusahkan org je bodoh!! tu la, asik beromen je dalam keta, sampai langgar keta org lain... bodoh punya jantan!! makwe dia pun sama bangang!!
padan la muka lesen kena gantung... tak silap aku kalau P lagi, kalau eksiden kena 15 point kot.. hahahahhah...padan muka...saman dah tentu kena 300..lesen pun kena gantung.. tu la, bodoh sangat...kalau ko ganti je keta aku tu, tak sampai pun 300... lesen ko pun tak kena gantung bodoh!! tu la, bodoh piang!!! dah la masa cakap ngan aku tu, gigil-gigil...nama je jantan..telor pun takde.. bodoh punya jantan!!! nampak sangat takut...aku tak kira..kalau aku jumpa keta proton plet
 PCH 3178, memang aku pecah-pecahkan cermin keta dia.... korang kalau nampak keta ni, bagitau aku!! hadoi...memang menguji tahap kesabaran aku betul.....!! cobaan!!!

dah le gaji kuar lambat...aku nak gi shopping raya pun tadek duit... hadoi...cobaan lagi!!
bile le cobaan hidup aku ni berakhir??!!

p/s: semalam datin seri hendon meninggal... innalillahiwainalillahirrojiun.... al-fatihah.....takziah untuk pak lah sekeluarga


28 September 2005

:: perasaan @ perasan?? ::

_p4






apsal ek?
tetiba je jantung aku laju..
cam baru lari 100 meter..
badan pulak seram sejuk jer...
menggigil...
tu baru je dia lalu...
agaknya kalau dia pegang tangan aku, mau pengsan aku...

apsal nih?
apsal aku ade perasaan nih...
cis...hampes sungguh!!

heeee...tolonglah...
tolonglah pergi jauh-jauh..
nyah kau dari sini!!


26 September 2005

:: berkira @ tak kisah?? ::

aku nak tanya korang la...
korang ni jenis yang berkira @ jenis yang tak kisah..
kebanyakan orang yang aku tanya, mesti jawab diorang jenis yang tak kisah..



tapi kan, aku rasa
sebelum korang wat kenyataan yang korang berkira @ tak kisah,
apa kata korang kaji sikit-sikit situasi kat bawah nih...



  1. korang baru je beli baju. memanglah baju tu tak mahal, tak lebih pon RM 10. tapi masalahnya korang lom pakai pun baju tu lagi, baru lagi beb..bau kedai pon tak ilang lagi.. tetiba member korang dah pakai baju tu. dah la pakai baju baru korang, bagitau pun tidak masa nak pinjam tu.. dah la tu, lepas tu korang dah tak boleh pakai lagi baju tu sebab dah kembang.... apa perasaan korang? suka tak?


  2. korang beli la jajan (makanan ringan cam twisties ke, potato chip ke)..pastu korang tak sempat la nak makan sebab keluar gi memana ke..then, bila korang balik..konon-konon nak mengunyah la sambil-sambil tengok malaysian idol..cari nye cari, jumpalah..... kat dalam tong sampah...tinggal plastik jer...amacam, best tak perasaan tu


  3. jadual dah buat. hari ni sape buang sampah, sape sapu lantai.. memanglah berkesan penggunaan jadual tu, tapi untuk tempoh 2 bulan pertama je. lepas tu masing-masing wat lupe..(aku pon same)..erm, takpe lagi..maybe tak sempat..atau maybe tggu hujung minggu nak kemas....tapi, bila hujung minggu sume takde, sume keluar.. tinggallah korang sorang-sorang terkontang kanting wat keje umah..sapu lantai, mop lantai, buang sampah, susun kasut, buang sawang kat kipas, buang habuk, basuh pinggan..bla..bla..bla.. tiap-tiap minggu pulak tu (time baik kampung tu, tak kiralah). padahal, bukan korang yang wat sepah tu sume memandangkan korang ni jenis dok dalam bilik je.... so, apa yang bermain kat pikiran korang masa korang wat keje tu sume? happy? seronok?


  4. korang pegi makan sesama @ member pesan belikan barang. ayat yang selalu kuar "pakai duit ko dulu la, kang aku bayo balik".. erm, ok la..korang kan jenis tak berkira, maka korang bayokanlah dulu untuk member tuh.. then, dari sehari ke sehari sampailah hari yang 30, tak bayo-bayo jugak.. korang pun dah mula lah rasa tak best.. nak mintak segan, tak mintak kang, tadek duit pulak..kalau singgit dua takpelah jugak, kalau 20 30 hengget, cemana? leh beli top up tu dek non oi... (singgit dua pun, kalau sepuluh kali kena, dah berapa ek?) so, apa yg korang rasa? masih leh kata "ala, tak kisah la...kawan-kawan..apa salahnya.."  duit ko kan duit aku gak....ahaks...


  5. korang nak keluar ni. masa ngah mandi tu korang pun berangalah nak pakai baju ape, suar ape..pas mandi, korang pun carilah baju yang nak pakai tu.. cari nye cari takde. pelik, rasanya korang takde pulak pakai baju tu atau basuh ke. nak kata org pinjam, takde pulak cakap. erm..takpe lagi..pastu carilah suar korang..ajaib...suar korang elok tergantung sebelum ni pun, takde jugak... erm..takpe...sabo..sabo...walaupun dah terasa sepihan api kuar melalui lobang hidung nih...n finally masa korang nak melangkah kuar, selipar korang pun takde jugak....hwuahwhawhaa...rasa nak ketawa sampai kuar air mata.. so, korang, boleh ke lagi kata "ala, takpe...aku kan tak kisah"..


  6. korang masak sorang-sorang, makan ramai-ramai...hahahah...sekali dua takpe, tapi rasanya setiap kali pun cam tuh... tak kisah jugak ke?? ataupun, korang rasa dah malas nak masak..?? hehehe...


so, macam mana? kalau sume situasi ni berlaku kat korang dan korang masih boleh kata tak kisah, memang aku salute habis la.. tak sume la situasi ni berlaku kat aku.. tapi, aku memang tak boleh la nak kata aku tak kisah kalau sume ni dah terjadi kat aku. tak kisah tak kisah aku pun, terpaksa gak jadi orang yang berkira..demi kepentingan sendiri...selfish?? mungkin....



ada masa kita kena jadi selfish. cuba letakkan kita dalam situasi mangsa, dan bukannya pemangsa...seronok tak??



setiap perubahan yang aku buat, ada sebabnya musababnya..tapi, tak penah orang tanya kenapa.. yang selalu berlaku,orang buat kesimpulan dan andaian sendiri...nak wat cemana kan??



setiap orang ada tahap kesabaran memasing. malangya, tahap kesabaran aku tak setinggi tahap kesabaran korang. mungkin tahap kesabaran aku cuma 10%....so, korang...pikir-pikir kan lah.. tepuk dada tanya selera...



p/s: ade sesape nak tambah ape-ape ke?
kalau nak tambah, leh tambah kat comment k..
adios...


21 September 2005

:: masalah ::























Bearsleep_4cakap pasal masalah ni, sape yang takde masalah?
ade sape berani cakap yang dia takde masalah?
orang yang takde masalah pun boleh dianggap masalah jugak kan.
aku cukup tak suka bila ada masalah.
sebabnya aku ni dah la jenis pemikir.
kang macam-macam yang aku pikirkan.
yang bukan-bukan pulak tu.
pastu pulak, aku ni dah la jenis emosi.
sikit-sikit nak emo.
bila dah ade prob, ha mulalah muka aku ni nak monyok je.
mulut pulak rasa berat je nak bercakap.
kang mulalah orang disekeliling aku pulak terasa.
kata aku tak nak bercakap ngan dia lah,
kata aku wat muka la.
hadoi, lantak korang la.
malas aku nak pikir mende remeh temeh ni.
masalah aku ni lagi berat nak difikirkan.



macam mana ek nak hilangkan stress?
nak ilangkan masalah?
pegi bercuti?
ye...bagusnya ide tu.
ade sesape tak nak sponsor aku pergi bercuti?
hahahha...mestilah takde kan..
ngok tul la aku nih..



dah la aku ngah frust duit elaun aku lom masuk lagi.
gi tanya kat cc, dia kata bulan depan.
hangin jer aku.
bajet-bajet dapat la bulan ni.
siap dah senarai dah nak beli ape.
last-last takde..
frust menonggeng aku dibuatnya.
takpelah kan, bukan rezeki aku kot bulan ni.
manalah tau kot-kot masuk bulan depan ngan bonus sekali.
hahahah...doakan la yea...
amin...


20 September 2005

:: tertekan, tension, sakit hati ::

jiwa aku kacau lagi...
hati aku sakit...
kenapalah aku dapat pakwe macam ni...
meyakitkan hati...
kalau tak buat aku tertekan, tension, tak boleh ker????
bagilah aku hidup aman sikit...

plz la....
i can't take it anymore!!!!!!
hidup sorang-sorang lagi bagus...!!!


19 September 2005

::kenapa ::

sebelum ku kenalimu
hidupku cukup ngan suka duka
tak pernahku sangka semuanya akan berubah
dikau bagai cahaya, bagi jiwaku ini
tak mungkinku lupa katamu kan sentiasa di sisi



bagaikan satu kisah cinta kita berdua kemana
asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan
apa terjadi, diriku ni masih tertekan
hati dilukai setelah janji ditunaikan



tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
dikau punca pedihku, tiada baik darimu
tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu



kenapa harus ku bercinta
kenapa ku begini
kenapa harus ku tanggung semua
kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kenapa aku diperbodohi kasih



tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang yang kan dalami jiwa
siang malam termenung, sedih memakan hati
tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini
namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu
ku tahu kau begitu
malas ku nak rayu, buang tenagaku
kau takkan mendengarku
selamat tinggal oh kasih
janganlah iri hati
hidup baru kan mula bila terbitnya mentari



kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kenapa harus ku diperbodohkan
kenapa harus ku merayu
kenapa ku percaya
kenapa harus ku dikecewakan kasih



kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kanapa harus ku diperbodohkan
kenapa harus ku merayu
kenapa ku percaya
kenapa harus ku pegang janjimu



sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
baru kini tuk mengatakan oh gadis
dikau punca segala, kepedihan di hatiku
tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku...





15 September 2005

:: warkah berlagu pilu ::

FELIX - WARKAH BERLAGU PILU

padamu kuutuskan
kalimah penuh perasaan
untuk ku menyatakan
apa yang tersirat dihatiku
dalam tidak kau sedari
kau hanya menyintaiku
sedang ku mencuba
melangkah pergi dari hidupmu
kau yang sering membahagiakan
di kala ku kesedihan
tak mungkin dapat ku lupakan
ku hanya ingin kau mengerti
apa yang ku miliki
cuma harapan yang silam
lupakan la semua kenangan
yang bisa buat kau bersedih
sampai di sini saja cinta yang dipertahankan
anggaplah ini suratan satu perpisahan
maafkan andainya hatimu terluka


tak taulah kenapa aku suka sangat lagu nih...
feeling je bila dengar lagu felix nih...




14 September 2005

:: kejam ::

aku semakin kejam...
hauhahahahhaha...
apsal ek aku jadik camtuh?
kejam dan pentingkan diri sendiri...
mungkin...masa merubah segalanya...
atau faktor sekeliling yang menjadikan aku macam tuh...
entahlah....aku pon tak paham kenapa ngan aku nih...
jiwa kacau lagi...


13 September 2005

kursus..kursus..

alkisahnya, tanggal 8-12 september ari tuh aku telah pergi ke langkawi atas urusan kursus BTN. memula tu memang aku tak nak pergi, tapi memikirkan bila lagi nak pegi, aku redah je. perasaan aku? best ada, tak best pun ada. biar aku citer yang TAK BEST dulu k..

+ pegi ngan kenderaan jabatan, so tak dapat la nak claim.
+ kalau pergi naik bas takpe la jugak, ni dia bagi nye coster je.. pada yang tak tau coster tu hape, meh sini aku kaborkan.. coster tu sama jenis ngan van, tapi dia besar sikit malah lebih buruk dari van.. malu tau tak aku.. orang dari stesen lain sume naik bas beso-beso, dari ibu pejabat je naik coster.. hahpeh sungguh.. tapi, boleh dimaafkan jugak la sebab dia bagi bas coster yang cantik sket.. tapi, nak patah jugak la pinggang dok dalam tu.
+ aku tak dapat nak shoping kat langkawi. faktor tak cukup masa n tadek duit. nak pegi langkawi ni pun kena loan dari bapak aku. nasib le bapak aku nak bagi. kalo tak, mampos aku.
+ tak sempat nak jenjalan kat sana. sebab tak cukup masa.
+ gambar kenangan pun tadek aku nak tunjuk kat korang, sebabnya aku tak bawak kamera.. tak dapat la aku nak mengabadikan "kenangan pertama kali aku di Langkawi"..huhuhu..

yang BEST nya pulak :

+ ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi langkawi. akhirnya sampai jugak aku ke Langkawi nih.. teruja jugak la...hahah
+ sume perserta kursus orang jabatan aku. spesel case..tak campor ngan jabatan lain. so, senang sikit hati aku. aku ni bukan jenis yang mudah berkawan ngan owang lain.
+ peraturan kat sana takdelah ketat sangat. kiranya takde la menyusahkan aku sangat.

pendek citer, aku rasa ni la kursus yang paling best pernah aku pergi setakat ni. kepada korang yang belum pergi BTN tu, pergi le cepat-cepat. best tau.

tapi, best macam mana pon kat sana..aku rasa dok opis lagi best. kat opis ni boleh la aku menggunakan internet dengan sewenang-wenangnya...huahahhah...opss...
k la..tu je yang aku nak citer untuk hari nih...
adios..


06 September 2005

:: wut would u do if..... ::

1. marah ngan seseorang tapi tak boleh nak luahkan. sebabnya...tak tau la nape.. mungkin sebab nak jaga hati, tak nak keruhkan keadaan, tak nak bergaduh, takut, ataupun korang rasa korang pun tak cukup bagus nak sound orang??... agak-agaknya bape lama korang leh tahan ngan keadaan memendam rasa macam tuh??

2. korang dapat tau, ade member korang kutuk-kutuk korang, pastu dia cakap kat orang lain, kita pulak yang kutuk dia...

3. korang sebenarnya tak penah pun nak menyibuk hal orang lain, tapi orang tu leh cakap lak korang nih menyibuk hal orang lain?? cemana yang dikatakan menyibuk tu pun korang tak tau.. padahal sebelum ni orang tuh nak kemana, nak buat apa, nak tergolek, nak mampus ke korang tak penah peduli...tup..tup..kata korang menyibuk pulak...

4.  hajat di hati korang sebenarnya tak nak masuk campur hal orang, tak nak peningkan kepala ngan masalah orang lain, tapi dituduh pulak pentingkan diri sendiri...


apa yang korang nak buat?

sebenarnya banyak persoalan yang bermain kat fikiran aku sekarang...tapi, entahlah...
dah petang-petang camni, otak pun dah jammed...paler pun dah pening...


26 August 2005

:: berjalan + tidur ::

pernah tak korang dengar ade orang tengah berjalan pastu dia tido masa berjalan tuh sebab dah tak tahan ngantuk yang teramat sangat....
aku rasa macam tuh je yang bakal berlaku kat aku kejap lagi..
aku ngantuk giler nih..
mata aku ni macam dah tak larat je nak bukak...
asik nak terkatup je..
best kalau dapat landing kat atas katil nih...
Zzzzzzzz.....


24 August 2005

:: johorean ::

Johor20_jpg_3sape kat sini orang johor? angkat tangan...hehehe..saje je tanya sebab kali ni aku nak cerita pasal keunikan orang-orang johor ni. jangan tak tau orang johor banyak keunikan dan keistimewaannnya kalau nak dibandingkan ngan orang-orang negeri lain. tak kiralah dari segi bahasa, makanan atau cara hidup sekalipun. kat bawah ni aku senaraikan apa yang aku tau pasal orang johor ni..
 
1. orang johor panggil nenek as atok. kalau datuk pulak dipanggil atok abah. that mean kalau sebut atok tu, maknanya atok pompuan la. member-member aku selalu konpius. penah sekali tu, aku cakap kat member aku, atok aku kalau kat umah dia suka berkemban. terkezut monyet la member aku tu kejap. dia ingat aku cakap atok abah aku yang berkemban...hahahha..
Rolly 1





2. kebanyakan ayat orang johor diakhiri dengan 'ekk'.. contoh ayat yang selalu kita dengar "kenapa ekk??" atau "best ek"..kalau tak percaya cubalah dengar linda onn bercakap. takpun korang dengar la dejay-dejay best 104 cakap. mesti ade lah terselit perkataan 'ekk' tu..   Teethy 




3. orang johor pronounce muar as muor. bukan muor je, kebanyakan perkataan yang akhirnya AR mesti digantikan ngan OR. macam selipo (selipar), ulor (ular), lapo (lapar), penampo (penampar).
teringat aku satu kisah mak aku penah citerkan kat aku. masa tu aku kecik lagi kot. mak aku ni orang banjar. orang banjar ni pulak, lain sket loghatnya ngan orang johor. kalau orang johor cakap muar tu muor, orang banjar cakap muarr...R tu pekat sket. kira cam bahasa
baku sket la..



al kisahnya, aku ngan abang aku ni dulu masa kecik-kecik rapat ngan family belah bapak aku. so, cakap pun terikut-ikut la stail orang johor. bila balik kampung belah mak aku pulak, nenek aku cakap le bahasa dia. ade sekali tu, dia nak soh abang aku pakai seluar. nenek aku pun cakap lah "meh, nenek pakaikan seluarr.." tau abang aku cakap ape? dia kata " bukan seluarr la nek, seluor" kwang..kwang..kwang...





 Laughing 2 Laughing 2 




4. kenduri kawin orang johor ade telur pindang. telur pindang tu telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah untuk mendapatkan rasa yang special.. kat johor ade telur pindang ni.. orang kata sedap, tapi aku tak penah makan.. tak minat..




5. johorean refer johor bahru as johor dan bukannya JB. kalau orang johor sebut johor, that mean johor bahru. biasanya digunakan oleh mereka yang tinggal kat luar bandar. contoh ayat " gua nak turun johor la esok, lu nak ikut tak? ". so, kalau korang berada di johor tak kiralah di daerah mana, kalaua de orang tempatan cakap nak gi johor, it means nak ke johor bahru. jangan buat lawak bongok pulak cakap " eh, ko

kan dah ade kat johor".



6. orang johor simpan baju dalam gobok/gerobok. tidur pakai gebor.
gobok/gerobok = almari
gebor = selimut




7. wajik dan dodol adalah makanan wajib orang johor masa raya. selain tu, ketupat,   kuah kacang ngan lontong pun dikira wajib masa raya. selain tu, makanan lain orang johor yang orang tak tau ialah gula tarik, sagun ngan mee siput. penah dengar ke tak? kalau tak penah tau, n tak penah rasa
pegilah johor. mee siput tu sedap dimakan ngan sambal tumis. lagi satu setahu aku kat johor je orang jual goreng pisang Banana ngan sambal kicap. kat tempat lain payah nak jumpa. orang johor ni kalau makan ape-ape mesti nak cicah ngan sambal kicap..especially makan goreng pisang.




8. johor ni unik sebab ade zapin, ghazal, silat gayung, kuda kepang dan yang paling best sekali ade j-robik... sape yang tak tau j-robik ni, tak yah le mangaku orang johor. j-robik ni sebenarnya senaman aerobik yang telah diubahsuai dengan memasukkan unsur-unsur tradisional seperti zapin, silat gayung dll ke dalam aerobik tadi. memang best tau... memang lain dr senaman aerobik yang lain. kalau tak caya leh cuba.



9. johor negeri pertama yang mewajibkan ujian darah dilakukan pada pasangan yang ingin berkahwin.







10. kat johor je yang ade sekolah agama sampai darjah khas. sukatan pelajaran sekolah agama kat johor ni lain dari yang lain.  bukan macam sekolah agama kat negeri lain. yang tu sume basic je. sekolah agama kat johor sume ade.. belajar munakahat, muamalat, hukum faraid dll..sape yang dah lulus darjah khas leh jadi ustaz/ustazah.  Thumbs Up 

11. orang johor especially yang dok kat selatan johor tu sebenarnya jarang tengok rancangan tempatan. sebabnya diorang dah tengok citer-citer tu sume kat siaran
s'pore ataupun indon. sebab tu kalau pegi johor, orang heran kenapa semua pasang arial tinggi-tinggi macam pokok kelapa.. tu la pasalnya. nak dapatkan siaran spore tu la. sepupu aku dok felda taib andak tu pun dapat siaran indon.

12. orang johor kalau nak gi jalan cakap nak gi bando.. tapi ni biasanya orang kat muor je kot yang cakap macam ni.. sebabnya aku jarang dengar orang dr daerah lain cakap  macam ni.
13. lagi satu orang johor cakap kenduri kawin Bride & Groom tu kerja kawin. ataupun pergi 'panggil.' 'panggil tu mean kenduri kawin jugak la.. contoh ayat : " ko tak pergi panggil umah mak su temah tu ke misah?" ayat ni atok aku selalu gunakan. kalau orang tak tau dia kata panggil ape.. hahahahah.. pastu kalau gotong royong sebelum kenduri kawin tu, derang panggil rewang..

KAMUS JOHOR

deras = cepat
contoh ayat : deras sikit, kiah!!

jan = jom

palang= tak payah/jangan
contoh ayat : palang le bagi kat budak tu duit. bukan dia reti belanja (atok aku selalu cakap macam ni bila atok abah aku nak kasik duit kat cucu-cucu dia )

endut = pakwe/makwe

berendut = berpasangan

pergi berendut = dating

bigor = gila-gila

bongok = bodoh

belenggeng = tak pakai baju

sepatu = kasut

sangap = menguap
kalau kat kl ni aku cakap sangap diorang ingat lain pulak. sebabnya kat utara maksud sangap ni lebih kepada gersang.

sarap = sarapan
dulu masa zaman mak aku bercinta ngan bapak aku, dia kata dia tak paham bila bapak aku cakap "jom pegi sarap"...hehhehe...

makanan ringan = jajan

air kosong = air jarang

lepak = penat
contoh ayat : " lepak betul la aku hari ni" (penat betul la aku hari ni)
penah aku cakap macam ni kat member aku, korang tau dia kata ape.. dia kata " lepak? nak lepak mana? sini tak best la..." hahahahah...

kokak = benda yang dah tak class atau dah tak elok



ha…tu ler serba sikit tentang orang johor yang aku tau. Orang johor mesti tau punye benda-benda kat atas tu. Kalau tak tau, toksah le mengaku orang johor. Tu kira johor celup je tu. Yang bukan orang johor tu leh le tau sikit-sikit tentang orang johor ni. manalah tau kot-kot nanti korang nak kawin ngan orang johor ke. Boleh la entry aku ni dijadikan bahan rujukan untuk korang. So, nanti takdelah kekok sangat..





k la, penat dah aku merepek petang-petang nih…



adios!!



Hi Ya  








23 August 2005

:: lagi ::

entry lagi??
suka hati aku la...blog aku kan...

ade orang tanya aku, kenapa aku rajin sangat update blog aku..pastu ade je idea nak taip ape kat blog aku nih... erm, entahlah... aku pun tak tau kenapa aku suka update blog aku nih.. maybe sebab aku bosan takde keje.. ataupun memang dah hobi aku suka menulis atau dalam bahasa komputernya, menaip...

untuk pengetahuan korang, dulu, aku memang rajin menulis.. tiap-tiap tahun buat diari. tapi, sejak diari aku kena baca dek orang yang tak bertauliah, terus aku malas nak wat diari. walaupun dalam diari tu takde lah ape sangat yang rahsia, tapi...aku tetap tak suka... aku tak suka orang lain sentuh barang peribadi aku atau amik barang aku suka-suka ati...kalau tak silap aku, start tahun ni la aku takde diari.. tapi, digantikan pulak dengan blog kat frenster nih...
untuk pengetahuan korang lagi, cita-cita pertama aku dulu nak jadi penulis...hahahaha... poyo nye aku masa tu.. tau tak nape aku penah bercita-cita nak jadi penulis?

sebabnya, aku ni suka berangan dan membaca..punyelah rajin membaca sampaikan buku matematik pakcik aku pun aku baca gak... penah gak aku curi buku kat library masa sekolah rendah.. yer la, masa sekolah dulu kan mana leh pinjam buku banyak-banyak.. ade limit... aku ni pulak, suka sangat membaca sampai rasa tak cukup baca dua buku jer..aku pun tak ingat aku dah pulang ke belum buku tuh.. macam belum jer.. agaknya tu pasal le aku belajo tak pandai...
tapi, heran yer...aku yang dulunya seorang ulat buku, sekarang ni dah jadi seorang yang membiarkan buku-buku berulat...heheh..kenapa ek jadik macam tuh..? bila dah beso nih, makin malas je nak baca buku.. baru je baca 2 muka surat, mata pun dah stim..nak tido jer...tapi, minat membaca tu takde lah hilang macam tu je.. cuma dah kurang sikit kot...

mungkin kesan dari habit aku yang suka membaca tu kot, yang buat kan aku suka nak update blog nih.. ade je benda yang aku nak luahkan..ade je benda yang aku nak postkan.. aku buat blog ni bukan sebab nak menunjuk-nunjuk atau nak poyo-poyo..bak kata ramli sarip "aku menulis bukan kerna nama"...haha...gituler lebih kurangnya..bagi aku blog ni lah tempat aku nak luahkan ape yang aku rasa.. sebabnya aku ni manusia yang mempunyai pelbagai rasa... marah, sedih, geram, sakit hati, gembira, suka n memacam lagi lah...sekurang-kurangnya takdelah aku nak lepaskan perasaan aku kat tempat dan cara yang tak sepatutnya... kan ke elok macam tuh...

tapi, tak sangka pulak ramai jugak yang rajin baca blog aku nih... aku pun heran..tapi, mekasih le buat korang yang sudi nak buang masa korang baca blog aku nih... kalau rajin tu, hantar le komen...heheh...

k la, penat dah merepek nih...erm...lambatnya masa berjalan... boringnyer.... ~~~~~~~~~~~


:: kahwin ::

kahwin....
sebut je pasal kawin, mesti ade yang tersengih-sengih, suka...
ish...sape yang tak suka kawin kan...
citer pasal kawin ni, kawan-kawan ku semua..
menurut sumber yang boleh dipercayai, kawan kita tu
suria maziha nak nikah bulan 12 nih...
tak silap 9.12.2005...
korang tunggu je la kad dia ok...
then sesama la kita meriahkan majlis kawin dia...
tahun depan mungkin zura pulak kot...heheh...jangan marah ar zura..

semua dah nak kawin...
aku bila lagi??
aku ke?
ish...aku mestilah lambat lagi..
kasik can kat korang dulu..

tak tau la kenapa, tapi sejak aku sekolah dulu
topik yang selalu jadi bualan dengan kawan-kawan
mesti topik siapa kawin dulu..
semalam pun tah macam mana tengah dok lepak-lepak
ngan budak-budak umah aku, terbukak lagi topik nih...hehehe
cam biasalah..memasing mengelak nak kawin dulu...
yang ni cakap ko kawin dulu, yang tu pun cakap, ala ko ler kawin dulu..

dulu, masa kat kat sekolah...
antara 4 orang aku ngan kawan-kawan aku,
diorang cakap aku orang yang kedua kawin..
yang pertama, member aku, dila..
pastu siap target lagi nak kawin umo bape...
nak tau tak masa tu aku target aku kawin umo bape..
aku nak kawin umo aku 22 tahun..
konon-konon nak amik tarikh 20.06.2006 ataupaun 06.06.06...
poyo's je masa tuh...
miang nak berlaki....hehhehe
skang ni umo aku dah 21..
kalau ikutkan target aku, maknanya tahun depan ler aku kawin...
hahahaha..cam tak mungkin je...

pastu, masa kat poli..
budak-budak umah aku dulu pun suka cakap aku kawin dulu..
agaknya muka aku ni, muka kawin awal kot...
then, orang yang cakap aku kawin dulu tuh..
tup..tup.. tengok dia yang nak kawin...
tahniah ler...
semoga bahagia...

aku ni...erm...entahlah...
muka aku ni nak kawin?
masak pun tak reti, nyah!!
kang kalau kawin, buat kebulur je laki aku tuh..
lagipun, aku rasa cam lom bersedia la nak kongsi hidup ngan sesape...
macam leceh je kalau kawin skang nih...
yer la, time balik raya, mesti kena gilir-gilir..
pastu kalau ade kenduri ape ke, mesti kena balik kampung..
pastu dah kawin, tak lama tu mesti ade anak...
nak jaga anak lagi..
ish...tak dapatler aku nak berpoya-poyo gi tengok wayang ke,
lepak kat jambatan putra tu ke, lepak kedai mamak ke..
ish...mak sedia lagi nyah!!

tapi, aku takde la sampai tak nak kawin langsung..
tak nak ler aku dah tua-tua kang dok sorang-sorang
kat umah orang tua-tua...eeee....

skang ni aku dah ade target baru umo bape nak kawin...
aku rasa umo aku 24 atau 25 kira ok la..
maknanya ade lagi 3 - 4 tahun aku nak
belajar masak...hehehehe...
sekarang ni tahun 2005.. kalau 3 - 4 tahun lagi,
maknanya tahun 2008 / 2009...
erm..ok la tuh...
tapi, kalau jodoh dah sampai awal nak wat cemana kan??
orang kate dah sampai seru...
kawin je la kot...

korang yang dah kawin tu nanti,
citerlah pengalaman korang..
bukan pengalaman malam pertama daa..
pengalaman hidup berdua..
susah ke, senang ke..
nanti leh le aku wat tesis sket-sket..
persediaan sebelum aku pulak kawin...
hehehe...takpe ke?

korang yang dah ade kapel tu pulak..
bile korang nak kawin?
kalau kawin tu, jangan lupe jemput aku tau...
k la...
adios!!

22 August 2005

:: bahagia ::

Mana yang lebih membahagiakan?Hidup bersama dengan orang yang kita cinta atau hidup bersama dengan orang yang mencintai kita?? Erm…entahlah.. aku pun tak tau..

Orang kata kalau nak bahagia carilah orang yang sayang kita lebih dari kita sayangkan dia.. tapi, ye ke dengan cara macam tu kita akan bahagia… camne pulak ek? Dah tentu lah kita tak berapa nak sayang kat dia, so cemana pulak nak bahagia…

Bukan ke sayang tu mesti disertakan dengan keikhlasan, kejujuran, tolak ansur, hormat menghormati, dll… habis tu, kalau sayang dah kurang, ikhlas, jujur, tolak ansur, hormat menghormati pun mestilah kurang jugak kan

Lebih-lebih lagi kita tau yang dia sayang kat kita lebih dari kita sayang kat dia. Kita tau yang dia tak boleh hidup tanpa kita, bukan ke tu semua akan jadikan kita lebih ego, sombong dan pentingkan diri sendiri?

Habis tu macam mana pulak kalau kita hidup dengang orang yang kita cinta, tapi dia tak berapa nak cintakan kita...?

Bahagia ke? Mestilah tak kan mesti kita asik makan hati je ngan perangai dia.. nak tinggalkan sayang, tak tinggalkan sakit hati.

Macam mana pulak kalau semua orang pikir nak cari orang yang sayang kita lebih dari kita sayangkan dia? Kalau semua orang pikir macam tu, apa akan jadi ek?

Hee…pening gak kepala aku memikirkannya… teringat satu pepatah inggeris

“ to love is nothing, to be love is something, to love and be love is everything”

aku pun tak tau betul ke tak pepatah nih, sebab aku pun ingat-ingat lupe.. kalau betul sorry la.. tapi, betul gak kan

bahagianya kalau dapat bersama dengan orang kita cinta dan dia pun cintakan kita…wah, heaven giler….

Isk, apsal la aku nak jiwa-jiwa lak petang nih.. hmm.. ntahlah..

18 August 2005

:: sedih ::

semalam..
masa aku ngah siap-siap nak ikut housemate aku gi tengok wayang, hadiah yang mak pakwe aku bagi masa konvo jatuh..bukan setakat jatuh je, berkecai pulak tu..pecah...
sedihnya...masa tu aku nak amik box yang aku letak earing ngan rantai aku, tah macam mana, terlanggar pulak hadiah tu..

pastu, masa aku dah kuar, terpijak pulak kaca yang pecah tadi... sudahnya, terus aku tak ikut member aku gi tengok wayang.. terkilan la jugak, tapi aku lagi terkilan hadiah tu pecah...
kalau nak cari n beli balik, memanglah boleh... tapi, tak sama macam yang mak dia bagi...
sob..sob..sob...
sedihnya....

:: macam sial ::

aku pantang betul kalau aku cakap orang wat bodoh jer... macam sial!! ko ingat ko wat cam tuh dah bagus sangat ke?

P*****t betul!! fuck you!! haram jadah!!

ikutkan hati aku ni....hish...sakit hati betul!!
rasanya cam tak lama je aku keje sini...
menyakitkan hati!!!

16 August 2005

:: sabar ::

orang kata bersabar pun ada batasnya, tapi aku rasa tahap kesabaran aku ni dah tak boleh dikontrol lagi..

tak tau la kenapa, dalam tempoh dua hari ni ade je yang nak menyakitkan hati aku..ade je yang tak kena..aku pulak tah kenapa dua tiga hari ni nak hangin je.. apsal ek? nak period kot. hmm...ntah lah..

aku bengang betul hari ni... kalau ikutkan hati nak je aku masukkan diorang tu dalam blender, pastu blender sampai hancur...hahahhaha... aku sememangnya kejam!!

nak komplen-komplen keje aku, ape kes?? kalau diri sendiri pun bagus sangat kenapa tak jadik bos? ni tak, sama je pencacai.. tau nya nak mengarah je.. soh buat tak reti.. kalau dah reti sangat, pegi la buat sendiri.. nape nak suruh-suruh orang lak.. pastu nak komplen-komplen... macam bagus!!!

hish....sakit betul hati aku nih.. lantak la nak kate aku kurang ajar ke.. tak hormat orang ke, hape ke..aku pedulik hape... nak cakap orang macam tu ape hal.. yang korang tu, dah hormat sangat ke kat orang?? korang ingat, korang tua, leh nak buli aku?? gi mampus la!!

ni ler susahnya keje ngan orang yang rasa diri cam bagus... busuk hati, dengki, suka menyibuk, perasan diri macam bos, tak sedar diri.. tua kutuk!!!

hinssff...hangin tul aku... baik aku stop kat sini je dulu... kalau tak kang memacam lagi aku merepek...

15 August 2005

:: edisi mencarut ::

AMARAN : sesiapa yang menghidapi penyakit jantung berlubang, buasir, sembelit, atau sebarang penyakit kronik yang lain dinasihatkan tidak membaca post aku hari ni sebabnya mengandungi unsur-unsur percarutan yang amat melampau sehingga tidak diluluskan oleh sirim..terima kasih.




%^^HBVTFU*&^$WXMLO*76tgop3opmdn77779*****####())N B$#CBJIOUR^^%%$#@DXGGIIPLJKHG&%%#$#SGHOI***&^%%#!@U&)(+_L<MJHKI_++_(UTTDSWAQ!FJIO()()&*^^%%$#@#%*(OKJFR^&*)___*^%<<:_))*&FVTERESXG%^%#$@#^^(*_)+)_**^&$%#!@@%^^HBVTFU*&^$$WX MLO*76tgop3opmdn77779*****####())N B$$#CBJIOUR^^%%$#@DXGGIIPLJKHG&%%#$#SGHOI***&^%%#!@U&)(+_L<MJHKI_++_(UTTDSWAQ!FJIO()()&*^^%%$#@#%*(OKJFR^&*)___*^%<<:_))*&FVTERESXG%^%#$@#^^(*_)+)_**^&$%#!@@$&^(*)+_+P{)_((&Y*^%%##@!@*())@)*)!UJHKIG&^!^%*!!)!&^!%!((!!)!_I!)!*!!)!)&!G!(!(%!%$#!))!*!(&*!^!(^!(&!!&$!$!(!(amp;^(*)+_+P{)_((&Y*^%%##@!@*())@)*)!UJHKIG&^!^%*!!)!&^!%!((!!)!_I!)!*!!)!)&!G!(!(%!%$#!))!*!(&*!^!(^!(&!!&$!$!(!(!!*^!^$!#@!())_UIOHGIURF%!#!D!%#FVU^&!RJH!^&!(&!(!HO!&!*^!&HGI!&*(%&FVJGHO!&((!^TUQGP!*!(^UWH!O!*(^&^*^&%&$&$&!&!%!%*())*)*&^^%$@!@!&))HIHHUT!^$!$!@$!@^R&^&(*)UJKJVTRW$#!#^!%!*&!(!&*!)(!_!JKBVG!^&!$*!^!(*!)!()_!I!KOH!^&%88



hahahahhaha...puas hati aku!!!

29 July 2005

:: sama ::

Hari ni boleh pulak aku pakai baju sama kaler ngan mamat tuh…

hampes sungguh..

Rasa nak gi tukar baju sekarang jugak…ish…malu tau tak..

Padahal pagi tadi aku dah amik baju kelar krim..

Dah nak gosok pun.. pastu tah apsal rasa tak best je….

Leh la aku amik baju kaler itam nih…

Hee…tah hape2 tah..

Dah le aku lambat ari nih..

Sedar-sedar je dah kul7 suku..

Ha, ape lagi..menggelupur la aku..

Dengan baju tak iron lagi…

Memang kelam kabut gile pagi td..

Mandi pun ala kadar je..janji basah..hehe..

Nasib baik smpat hantar msg kat fadzli..

N nasib baik dia lom sampai opis lagi..

Aku tumpang dia je pagi td…

Erm..mekasih la kat awak..

Tanpa awak siapalah saya..ecececec…