25 February 2009

. slumdog millionaire .

Slumdog Millionaire menang 8 Oscar


Citer bajet ciput pun leh menang 8 anugerah Oscar. Hebat!
Sape belum tengok lagi citer ni, pergi lah tengok. Memang best.
Kalau korang kata citer Bejamin Button tu best, citer ni 10 kali lagi best.
Tak rugi bayo tiket wayang 10 hengget (tapi, aku tengok cd pirates je.)
Hihihi.

23 February 2009

. Happy Birthday To you..Makan Ubi Kayu...Tidur Dalam Kelambu...Makan Tahi Lembu.... .



Yer, sabtu lepas BESTDAY aku. Yang ke suku abad. Tak ada apa yang menarik untuk birthday aku kali ni. Yang paling worst barangkali. Tak ada suprise party untuk aku, tak ada KEK, tak ada ucapan SELAMAT HAI LAHIR, SAYANG. Tak ada hadiah Teddy Bear. Tak ada 'hadiah' telur dan tepung macam TAHUN LEPAS. Ah, pendek kata tak ada semua la. Yang ada pun ucapan happy birthday dari beberapa teman. Itupun melalui sms, friendster, tagged dan ym. Takpelah, itu pun dah memadai. Thanks buat teman-teman yang sudi wish kat aku.

Tahun ni aku sambut birtday kat Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Peh, bunyi cam best je kan. Padahal aku kat sana ada bengkel. Buat kerja macam nak gila. Malam birthday tu aku kena kerja jugak. Cam gampang je rasanya. Dari kul 8.30 pagi sampai 12.00 tengah malam wat kerja. Sampai aku pun lupa hari jadi aku. Dah la line tepon kat sana macam haram. Patutlah aku dapat sms pun lambat. Taik lembu betul la.

Tapi, kan yang paling sedih..orang yang aku harapkan jadi org pertama wish Happy Birthday kat aku, lupa pasal birthday aku. isk..isk..isk....sungguh tak patut. Punyalah aku tunggu sms dia, haram takde. Last-last aku pulak yang msg dia...ckp "mesti awk lupa kan birthday sy". Hehe. Keji tak? Sekali tu kan, msg aku yang tu pun dia tak reply... Huwaaaa..... tensen jek aku. Sib baik pagi tu dia col.. Hehehe. And aku dapat hadiah dari dia.. jeng..jeng.. jeng...



Hehe. Comel tak? Sayang nak koyakkan. Aku bukak pelan-pelan dari bawah. Pastu kuarkan je barang tu slow-slow tanpa mencacatkan bungkusan tu. Berjaya jugak akhirnya. Nak tau ape dalam baju kecik tu?? Tadaaaa....

Muahahaha.. Entah kenapa aku dah dapat agak dia akan hadiahkan aku menatang ni. Cis. Saje la tu perli aku. Mentang-mentang aku kuat tido. Hampeh betul. Tapi, takpelah..sekurang-kurangnya ada jugak orang nak bagi aku hadiah. Takdelah hina sangat birtday kali ni sampai tak dapat hadiah. Hehe.



aku dah 25 tahun ke? Isk.. rasa cam dah tua la.. :-P

13 February 2009

. mimpi yang sempurna .

Mimpi
Bila terlalu indah
Bisa membuatkan kita lupa
Yang kita sebenarnya sedang bermimpi



Tolong...

Tolong kejutkan aku dari mimpi indah ini...

10 February 2009

. bawakan aku ke PAWAGAM plissss .




Kenapa???!!
Kenapa movie yang aku nak tengok sangat-sangat takde kat GSC ALAMANDA???
Cikai betul la. Tekanan aku dibuatnya.
Patutlah badan aku rasa nak demam je.
Rupanya aku tak gi nonton wayang minggu nie.
Cis! Tak boleh jadi ni.
Udah le minggu nie aku bz.
Bila mau peginya??
Agak2 ahad ni ade lagi tak citer ni kat wayang??
Agak2 kalau aku marathon tengok 3 movie sekaligus ok tak??

Aku cadang mau tengok movie ini sekali


Ini movie kalau tak ada kat GSC Alamanda, memang aku bakar panggung tu!
Koser la aku nak drive jaoh-jaoh. Huh!





Tahun lepas 34 movie aku nonton di panggung.
Agak-agak tahun ni aku leh pecah rekod tak??

Huhu. Marilah beramai-ramai menonton wayang bersama aku.

. tukar tempat kerja . [edisi membebel]

Aku dah memikirkan perkara ni sejak tahun lepas lagi. Tapi, sampai sekarang aku tak melakukan apa-apa langkah menuju ke arah itu. Yer. Aku sebenarnya sangat takut dengan perubahan. Aku tak berani nak buat satu keputusan yang aku rasa boleh mengubah hidup aku. Benci la.

"aku tak mampu merubah masa silam dan juga tak mampu meramal masa depan. lantas mengapa harus aku menyesali masa silam dan merasa bimbang akan masa depan"

Ceh. Poyo je tu. Selalu cakap kat diri sendiri macam tu. Hakikatnya aku selalu memikirkan [terlalu] benda yang tak pasti. Kadang-kadang sampai naik semak kepala ni. Macam hal nak pindah tempat kerja ni la. Padahal dari awal tahun lepas lagi aku dah pk nak ubah angin. Tapi, jadah ape nye aku masih kat opis lama aku nie.

Ok, aku bagi sebab kenapa aku mesti tukar tempat kerja.



Pertama : Aku dah 5 tahun kat pejabat ni. Kat department yang sama lak tu. Dari hari pertama aku bekerja sampailah sekarang, aku masih disini (sila pasang lagu Aku Masih Disini nyanyian XPDC untuk mendapatkan mood yang sesuai). Dan aku dah buat kerja yang sama selama 5 tahun!! Langsung tak ada kemajuan. Ye la, aku tau.. keje sebagai PA kat pejabat kerajaan ni, bukan nya ada keje sangat. Kalau bos tak ada, lagi la aku tak tau nak buat apa. Sudahnya dok mengadap komputer sampai naik rabun mata aku ni ha.


Kedua : Opis aku sangatlah membosankan. Kira bosan tahap langit ketujuh dah nie. Tempat aku jauh dari staff-staff yang lain. Yang ada kat sini bos aku dengan aku je. Kalau bos aku takde, tinggallah aku sorg2. Dah macam padang jarak padang terkukur pulak rasanya. Tak caye?? Sila lihat gambar2 di bawah sebagai bukti.

ni pemandangan dari tempat duduk aku.
sebagai info, aku tidak mengalihkan punggung aku
walau seinci pun ketika mengambil gambar ini.


ni pulak dari sudut sisi.
ni aku kenalah alihkan montot aku tu.
tak jauh pun. aku diri betul2 kat pintu bilik aku.
posisi. belah kanan.

See. Nampak tak? Nampak tak tiada sekor mahkluk pun kat situ walau seekor nyamuk. Dapat tak bayangkan tahap bosan aku tu? Langsung tak ada sape-sape aku nak ajak berbual, bergosip, mengumpat mahupun mengutuk. Dan sesungguhnya aku terpelihara daripada dosa-dosa begitu. Alhamdulilah.

Tapi, kan.
Sebenarnya aku boring. Boring nak mati. Korang bayangkanlah dah 5 tahun aku bekerja dengan keadaan macam ni. Kalau bos aku tak ada, lagi la aku tak tau nak ckp dia nye boring tu cemana. Kadang-kadang tu kan, aku ade ke, aku takde ke, takde sape pun perasan. Agaknya kalau aku keras kejung kat bilik opis ni, takde sape pun tau agaknye. Tau-tau je dah busuk. Isk. Kadang tu kan, kalau bos aku takde, aku siap bley balik rumah layan 2-3 dvd. Takde sape pun nak perasan apatah lagi nak cari aku pergi mana.


Yes, itu memang heaven. Pada sesapa yang suka mengulo la. Bagi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang (walaupun tak penah dapat Anugerah Pekerja Cemerlang) macam aku ni, keadaan di sini sangatlah menyeksakan hidup aku. Teman setia aku hanyalah PC aku yang burok ni dan juga line internet yang cam haram.

Ketiga : Aku kat sini tak ada kerja sangat. Aku tau, patutnya aku bersyukur. Bukan membebel tak tentu pasal kat sini. Memanglah takde kerja kat tempat kerja tu best. Tapi, kalau dah 5 tahun macam tu, tak ke ko boring? 5 tahun beb. Bukan 5 hari, 5 minggu. Aku macam tak belajar pape kat sini. Bukan la nak kata aku tak ada kerja langsung. Cuma nya jarang la ade kerja yang betul-betul memerlukan komitmen aku. Dah la tu, aku dapat bos yang jenis suka wat kerja sendiri. Lagilah aku takde pape nak buat.

Keempat : Pejabat aku ni cam ade dabel stended ke. Maklumlah keje ngan badan beruniform ni, diorg lebihkan staff diorg jer. Aku yang gunasama ni, diorg wat nampak tak nampak jer. Tahun lepas, nama aku langsung tak naik gi mane-mane kursus. Puas dah mintak, tapi hampeh. Ke aku ni baik sangat sampai tak payah gi kursus?? Huh, dah la keje tak jumpa orang. Nak kuar dari opis ni pun payah. Dapat tak bayangkan tahap keboringan aku tu??

Ok, aku dah nampak dah. Kunci utama di sini ialah BOSING. [Bosan + Boring = BOSING].
Korang rasa munasabah ke aku tukar tempat kerja semata-mata kerana boring? Atau aku patut stay je kat sini. Ye la, walaupun opis aku ni membosankan, tapi sebenarnya aku tenang kat sini. Staff kat sini sume baik-baik. Department aku la. Tempat lain aku tak tau. Makcik-makcik kat sini pun bukan jenis suka mengutuk orang. Tak tau la belakang aku kan. Depan aku memang takde. Atau sebenarnya aku jauh drai diorg menyebabkan diorg takde modal nak kutuk aku. Huhu. Ala, kutuk pun takpe. Aku jenis hati besi.

Bos kat sini pun sume baik-baik. Setakat aku dah kerja ngan 4 bos ni, tak penah lagilah aku kena maki ke kena hamun ke. Sume baik nak mati.

Susahnya nak wat keputusan.
Mungkin aku perlu buat sesuatu supaya aku tak bosan dok opis.
Nak buat ape? Study part time? Amek upah jahit manik? Buat online biz?
Any idea?

Atau ada sesape nak tukar tempat ngan aku?


05 February 2009

. edisi jiwang yang boleh membunuh .

Awak,
Boleh tak awak jangan ambil berat tentang diri saya..

Sebab saya takut saya akan mula mengasihi awak..


Awak,
Boleh tak awak jangan terlalu baik pada saya...

Sebab saya takut nanti saya akan mula merindui awak..


Awak,

Boleh tak awak jangan ucapkan kata-kata indah dan manis kat saya..
Sebab saya takut saya akan menyayangi awak...


Awak,
Boleh tak awak jangan memberi kenangan dan harapan kat saya...

Sebab saya takut saya akan jatuh cinta dengan awak...


Awak,
Boleh tak awak jangan terlalu menghargai pertemuan ini...
Sebab saya tak nak menderita kerana kehilangan awak...


Kadang-kadang saya asik terpikir je, kenapalah kita ditemukan. Adakah kerana ketentuan takdir atau kebetulan? Dan saya sentiasa tertanya-tanya apakah akhirnya hubungan ini?

Adakah peluang untuk kita bersama selamanya?




Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa
Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu...
telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain Di mimpi-mimpiku

Hidupku..
kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai Harapanku

Selamanya dirimu tetapku sanjungi



hati ni mudah sangat nak jatuh cinta
bencilah!!

04 February 2009

. ku bahagia .

Aku rasa aku sedang BAHAGIA sekarang.

Er, nanti kejap.

Ye ke?

Bahagia?

Tak?

Bahagia?

Tak?

Bahagia?


Mungkin GEMBIRA je kot.

Er, tapi... tak lah. Aku rasa aku BAHAGIA.

Buat masa ni la.

Akan datang tak tau lagi.

Yang penting kena possitif.


aku rasa tahun 2009 ni aku lebih sabar dan positif.
semoga aku terus dalam keadaan begini.



kenapa aku rasa cam kaki aku tak jejak kat bumi je ni?
rasa cam melayang-layang la.
:-)