15 May 2006

:: sedekah ::

kebiasaannya bila ade orang minta derma atau sedekah aku akan bagi je tanpa banyak soal. kalau duit aku tinggal seringgit pun, aku akan bagi 50 sen kat diorang. entahlah, rasa tak sampai hati pulak kalau tak bagi. serba salah pun ada. lagipun aku percaya, lagi banyak kita sedekah lagi banyak rezeki yang tuhan bagi kat kita.



dan memang betul pun. disebabkan aku ni jenis tak kedekut nak keluar duit bila orang minta derma, memang rezeki aku selalu murah. jarang la aku kesempitan duit. tuhan buka rezeki aku selapang-lapangnya. alhamdulilah.



tapi. hari tu. entah kenapa ade orang minta derma, aku langsung tak bagi apa-apa. bukan aku takde duit, tapi mungkin sebab aku bengang dia ketuk pintu rumah aku time aku tengah sedap-sedap tangok tv. memang aku agak marah masa tu. aku pulak memang jenis malas nak bangun kalau dah syok tengok tv. even kalau Bawan telefon masa tu pun, aku akan marah. ni pulak orang ketuk pintu mintak derma. ye la, ketuk pintu macam nak roboh pintu aku. macam along mintak hutang pun ade. tak tau adab ke datang umah orang. patutnya kalau bagi salam 3 kali orang tak jawab tu, paham-paham je la. ni tak... memang aku marah masa tu. dan dek kerana kemarahan aku tu, aku langsung tak bagi walau 50 sen pun kat dia. hahahhaha.....padan muka!



then, lepas budak tu pergi, tiba-tiba aku rasa bersalah sangat. rasa macam tak patut aku buat macam tu. tetiba aku terpikir, mungkin tuhan akan sempitkan rezeki aku sebab perbuatan aku tu.



dan kesannya memang aku rasa sekarang nih. bulan ni betul-betul aku rasa sengkek. rasa cam duit aku tak cukup je. bukan rasa. memang tak cukup pun. (nak beli syampoo botol besar pun kena pikir dua kali..adeh!! hina je rasanya...) aku pun pelik. padahal sebelum ni ok je. bulan ni pulak tiba-tiba jadi macam tu.



n serta merta ingatan aku terbang kat budak yang mintak derma tu. rasanya dah tau kenapa aku rasa macam tu bulan ni..hmm...nak wat cemana kan. terpaksalah bulan nih, aku berjimat cermat. dan lepas ni, kalau ade orang minta derma @ sedekah aku akan bagi je walaupun seposen. takmolah aku jadi hajah bakhil lagi.......serik dowh.....




No comments: