09 July 2006

:: 10 Julai 2006 ::

PUAS

puas tul hati aku dapat menjerit malam tadi. rasa hilang semua masalah aku. aku pun tak tau nape aku berkelakuan cam tuh. gila tul la. excited betul aku. ni semua as nye pasal. ikutkan aku memang dah malas nak kuar tengah-tengah malam tu. lagipun balik je jusco, kitaorang dah singgah kat mamak tu. singgah makan. tapi, lepas balik umah, as ajak kuar lagi. tengok bola kat kedai mamak. gila tul pompuan tu. sanggup dia tarik aku sampai aku terbangun. as cakap tengok kat umah tak happening. lagipun world cup ni bukan tiap-tiap tahun ade. 4 tahun sekali beb. erm..bila aku pikirkan balik, betul jugak cakap dia. lagipun, masa ni le aku nak enjoy. kuar ngan kawan-kawan. tengok bola. mungkin lagi 4 tahun aku tak berpeluang buat cam tu kan? who know?? so, ape salahnya aku amik peluang sementara tengah ade ni.

so, kitaorang pun dengan poyo-poyonye kuar la kul 12.45. saje je kuar awal. nak cari port baik. kalau lambat sure takde tempatnya. cam hari tu, masa brazil main, tak dapat nengok sebab sume tempat penuh. hangin je aku. aku cakap ngan as, aku nak tempat tadi. tempat kitaorang dok masa makan tadi. dan, memang nasib kitaorang agaknya, tempat yang kitaorang duduk sebelumnya still kosong. alhamdulilah. dapat gak dok port baik sket. heheheh...

aku sokong itali. as sokong france. ikutkan, aku bukan minat sangat ngan team itali, tapi disebabkan team pilihan (GERMAN) dah out, so pilih la team lain pulak. kenapa aku pilih itali?? hehehe...sebabnya, semua kawan-kawan aku dok sokong france, so aku amik la itali. ikut kata hati aku. hati aku kata, itali memang. tapi. sebenarnya. aku pun tak berapa yakin itali akan menang. kalau nengok kan pada game tu, banyak peluang kat france. tapi, nasib menyebelahi itali. memang aku dah agak kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti. kalau masa game tu, aku leh relax lagi, tapi bila tiba time penalti, memang aku dah takleh nak kontrol. memang berdebar-debar. sebab tu la aku tak berapa suka tengok bola, sebab aku tak suka perasaan berdebar-debar macam tu. takut. seram sejuk je aku rasa. takut team pilihan aku kalah. tapi, nasib baik la itali menang. so, aku menang bet ngan as. huhuhu.. as, jangan lupe langsaikan hutangmu...

apa-apa pun zinedine zidane tetap pujaan hatiku...hehehe...takpe kan...


DEMAM

tekak aku sakit, badan aku seram sejuk, hidung aku sensitif. sikit-sikit nak bersin. batuk tok sah cakap la... rasa cam nak terkeluar jantung aku nih. apsal ek? nak demam ke? hadoi la...seksa tul rasa camni. nak wat keje pun tak boleh. nak makan lagi la. perit je rasa. cemana la nak naik kan berat bedan ni....erm...tension la. nak kata demam bola, WC dah abis. demam ape la pulak ni...? takkan demam rindu kot....erm...apa nak buat? makan ubat loh....

No comments: