31 October 2008

. takde tajuk..sekadar nak bertanya .

korang rasa aku saiko tak kalau aku

  • beli greetings kad banyak2, tapi tak tau nak bagi sape. last2 pos untuk diri sendiri je.
  • langgan majalah Readers Digest start dari awal tahun, tapi sampai dah nak abis tahun satu pun dari majalah tu aku tak penah baca. sumpah.
  • tengah rancak berbual ngan kawan-kawan, tetiba aku senyap. pastu tak cakap-cakap dah. masuk bilik terus tido.
  • antar sms kosong kat sume contact yang ada lam henpon aku.
  • pergi karaoke sorang-sorang.
  • marathon tengok wayang dari pagi sampai malam. sorang-sorang jugak.
  • bawak keta pergi stesen lrt. park keta, then naik lrt tu sampai stesen terakhir dia berhenti. pastu balik semula kat stesen yang mula-mula naik tadi. start keta, balik umah. tido.
  • dalam lrt tu, aku bawak komik manga CHOCOLATE yang baru beli. baca sambil gelak kuat-kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling.
  • pergi genting sorang-sorang. pastu main semua permainan yang ade kat genting tu.

saiko ke kalau aku wat camtu? aku rasa aku dah nak gila nie. siyes beb. aku rasa cam otak aku dah jammed nie...




Hana Yori Dango Final dah release kat TGV.
aku nak pergi tengok..tapi, takde kawan.
uwaaa...cedihnya..
ade sesape nak teman aku tak?

30 October 2008

. saya telah menang best dressed woman, silalah mencemburui saya .

aku tak kira. aku nak publish gak entry ni. walaupun korang akan kate aku perasan atau syok sendiri, aku tak peduli. ni detik istimewa dalam hidup aku, so aku nak rekodkan kat sini. manalah tau esok lusa aku hilang ingatan, sekurang-kurangnya aku tau aku ade detik manis camnie.. hehehehe..hensem..

24.10.2008 (Jumaat) - Sambutan Hari Raya opis aku.

semenjak aku menjadi separa single ni, aku semakin rajin menghadiri majlis-majlis keramaian camni. Motif?? mana tau kot-kot bertemu jodoh kat majlis-majlis cenggitu. hehe. so, cam biasalah bila ade majlis-majlis camtu, mestilah aku nak pakai 'baju yang paling cantik yang ada lam gobok' aku tu. tapi, aku sangat prasss sebab baju yang aku rasa paling glemer tu rupanya lom siap.. dan aku hanya diberitahu jam 5 pagi Jumaat itu oleh osmet aku. (patutnya dia pergi amek kan baju aku tu kat sepupu dia. aku tempah kat sepupu dia) aku dah bitau nak pakai hari Jumaat tu. tapi, rupanya tak dapat siap. katanya siap hari Jumaat malam. huh, bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati aku.

tapi, aku malas nak amek port. walaupun rasa di hati ada sedikit bengang. maklumlah aku kan sedang belajar untuk menjadi penyabar. jadi aku kena sabar ...dan dalam keadaan mamai tu, terpaksalah jugak aku bangun tuk iron baju lain. disebabkan prass yang terlampau, aku pun main sambar je baju yang ada lam gobok (almari) aku tu. aku pejam mata jek tau masa amek baju tu. kira memang kecewa gile la..tapi, kena jugak sabar.

dan betul la orang cakap. sabar tu banyak kelebihannya. dan hasilnya...

tu hadiahnya. tapi, opismate aku dah 'kekah' siap2.



close up sket


gorgeous woman okkay. hohoho (gelak setan)
kepada warga opis aku yang rasa baju dia
lebih gorgeous dari aku,
silalah sakit hati ngan aku.





jeng..jeng..jeng...
ni la baju yang membawa kepada kemenangan aku pada hari tu.
cantik ke?
(sila komen baju ye, bukan si pemakainya)


p/s: sebenarnya kan, aku tak bangga langsung pun dapat best dressed tu. aku MALU!! sebab sume pandang aku. aku rasa cam sume orang ngah kutuk aku. (aku memang seorang negative thinker). masa ngah amek hadiah tu, gigil-gigil badan aku. tah pape tah! (aku kan nobita, takde keyakinan diri). sebab tu le baru sekarang aku dapat publish entry PERASAN ni.



. perkara yang JANGAN dilakukan bila bergaduh dengan pasangan .

1. Jangan Mendiamkan Diri

Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai dalam kepala hotak pasangan kita. Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal? Say no to silent treatment. At least hantar la msg ucap selamat dan hai. Tapi, jangan la msg banyak2. Setiap 2 minit nak msg. Tu saiko namanya.


2. Jangan Terlalu Mengalah. Nanti pasangan nail lemak!

Mengalah untuk kebaikan masa depan?????????
Lupakan saja frasa idealistik tu...Jangan jadi bodoh. Menjatuhkan keegoan kita tu seumpama memberi candu pada pasangan kita... Dia akan seronok untuk memaksa kita menurunkan ego di masa-masa akan datang... Kalau takdirnya suatu saat nanti kekasih kita pergi, yang tinggal dengan kita hanyalah harga diri..Jadilah manusia yang menghargai diri sendiri.. Jangan jadi bodoh untuk buat pengorbanan yang tak dihargai..


3. Jangan Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan .

Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan...Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul-betul menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? Sudah pasti tidak..Adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? Sudah pasti tidak. Kalau kedua-duanya terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan...Dalam rajuk dan pergaduhan, apa yang diinginkan cumalah empati. Apa yang diinginkan hanyalah agar pasangan merasai apa yang kita rasai. Kegagalan memahami keperluan pasangan ini yang mengakibatkan satu pihak terdorong untuk bertindak mengikut hati...


4. Jangan Defend Diri Sendiri

Kalau la kita mmg betul punbiar je la dia menang..tak yah la question apa2 yg dia buat..let it be..let it be..jgn pujuk excessively..pujuk slow2..dan jgn merajuk balik lps penat pujuk dia masih mengada2 lagi..


5. Jangan Mengungkit!

Ungkit mengungkit hanya akan menambah sakit di hati pasangan. Lagipun nampak sangat cam kita tak ikhlas dengan setiap perbuatan kita tu.


6. Jangan Cerita Perkara-Perkara Negatif, Serangan Peribadi dsb..

contoh:
"Eleh, cakap org, awk tu suka kentut dalam selimut, sedap2 je kata kita korek idung calit bawah kusi!"

sebaliknya semasa bergaduh, berceritalah tentang perkara2 yang positif dan menimbulkan rasa senang diantara anda berdua.

contoh:
"walau awak selalu kentut dalam selimut, saya tetap menghidunya juga tanpa kompromi"


7. Jangan Baling Henset Ke Dinding.

Walaupun henset korang hanya cap ayam yang kalau dibaling ke dinding, dinding yang pecah. Tu sume duit tau. Nanti korang gak yang rugi. Tapi, boleh dimaafkan kalau henset tu, henset pasangan korang! hehe..


8. Jangan makan banyak-banyak lepas gaduh.

Nanti kalau berat badan korang naik, sape yang susah? Dah gemuk nanti tak lawa. Manalah tau lepas gaduh2 tu korang putus pulak. Kan ke susah nanti nak cari boifren baru.


9. Jangan tak makan langsung.

Nanti korang jadi kurus. Kurus sangat pun tak cantik taw..


10. Jangan sesekali sebut nak BREAK.

Kalau sebut nak BERAK takpe. Tapi, kena sebut dengan jelas dan terang. Takut-takut nnt pasangan korang salah dengar ke hape. Nak lagi selamat, kalau time gaduh tu korang rasa nak terberak, cakap la nak gi buang air besar. So, takkan ada komplikasi di situ.


11. Jangan Menangis

Nanti mata korang bengkak. Tak pasal-pasal lak kena mekap smokey eyes masa nak g keje.


12. Jangan Tengking Menengking

13. Jangan Menipu

14. Jangan Serkap Jarang

15. Jangan Naik Kaki Tangan

16. Jangan Mencarut...

17. Jangan.....

18. Jangan...

huh, korang la pulak tambah. aku blur la pulak pepagi nie.....


27 October 2008

. ade rasa cinta yang membuak-buak ingin diluahkan .

I ReAlly WiSh I CoUld Do ThAt WiTh SoMeoNe I LoVe
aku teringin nak main hujan.
aku teringin nak main buai.
aku teringin nak baring kat rumput yang menghijau
pada waktu malam.
sambil melihat bintang-bintang yang bertaburan di angkasa
aku teringin nak jalan-jalan tepi pantai...berpegangan tangan.
bersama dengan orang yang aku sayang.
tapi....
bila, kat mana dan yang penting dengan siapa??
huh, emosi jiwang begitu kuat menghantui diri aku malam-malam deepavali ni.
korang boleh la muntah pasni yer... :-(
"ThE WoRsT FeeLiNg IsN't BeInG LoNeLy,
BuT FoRgoTen By SoMeOne YoU CaN't FoRgEt"
p/s: do i look desperate???


22 October 2008

. inilah yang akan terjadi bila aku dilanda masalah .


yes. aku mampu berkeadaan begitu selama 24 jam tanpa henti.
bila ada masalah
aku jadi malas,
jadi tak tentu arah,
jadi takde semangat,
jadi kuat tidur.

19 October 2008

. aku memang tak pandai bawak moto .


jangan kata nak bawa, nak start moto pun aku tak reti. dan gambar di atas hanyalah kepoyoan aku semata-mata.

tapi, tu tak bermakna aku tak pernah bawa moto. masa aku form 2, kawan baik aku penah gak la nak ajar aku cara-cara nak bawa moto. aku punyalah sexcited masa tu, cam orang pompuan yang baru menerima lamaran sorang lelaki tuk berkahwin. walaupun aku langsung tak pernah menyentuh handle motor tu, tapi disebabkan kesungguhan member aku tu, dua kali ajar je aku dah konfiden sehinggakan aku begitu berani membonceng dia dan sorg lagi kawan aku pusing-pusing satu kampung. huh bangganya aku masa tu. aku siap lmbai-lmbai je kat abang n adik aku bila aku lalu depan rumah. mak pak aku takde umah kot masa tu. kalau tau pak aku, mesti aku dah kena hambat. dia memang pantang anak-anak dia naik moto nie.

tapi, langit tak selalunya cerah. masa balik kawan aku yang sorang lagi tu (baru belajar cam aku gak la) tetiba nak bawak lak. konpiden je muka dia. masa tu ada lam 100 meter je nak sampai umah aku. dia kate "takpe..aku anto ko balik". aku pun ok je la. kendian aku tuko posisi. member aku yg nak bawak tu dok depan, aku dok belakang dia dan belakang aku member aku yang ajar kitaorg bawak moto tu. 10 meter pertama tu dia bawak memang ok. masuk ke meter yang 50, ade satu simpang sebelum sampai umah aku. sekali member aku tu tah ape punya meroyan dia datang dan apa yang cuba dia buktikan agaknya, tanpa segan silu dia telah memerah laju motor tu dengan kelajuan 80km/j. padahal kelajuan yang dibenarkan di situ adalah 30km/j sahaja. baekk punya dia lap...

dan tanpa segan silunya jugak, dia telah melanggar tong sampah jiran aku dan terus meluncur laju ke depan. aku yang dok tengah2 ni memang tak mampu berbuat apa-apa. tak sempat nak pk ape ade. maka berebut-rebut la kami masuk ke dalam longkang depan umah aku tu. memang gelap gelita la pandangan aku masa tu. mana taknya kepala aku tepat2 kena kat batang paip pastu terus tersembam lam air longkang. yang bestnya lagi tu, member aku yang dua org tu leh hempap aku lak. hampir-hampir gak la aku mati lemas. sib baik tuhan masih menyayangi aku. yang peliknya kenapa aku yang dok tengah2 leh masuk dulu lam longkang tu? kalau ikutkan logik bukan ke member aku yang dok belakang tu patut terbang dulu. huh, sampai sekarang kalau aku pk, terasa kemisterian nusantaranya. tapi, mungkin jugak disebabkan aku paling ringan antara mereka. huh!

dan disebabkan kejadian tu jugak la, seminggu kepala aku bau air longkang. seminggu gak la kepala aku pening-pening lalat sebab terhantuk kat batang paip. (agaknya sebab tu la akdang-kadang aku ni datang sengalnya).. pinggang aku belah kiri koyak. sampai sekarang ade parutnya. kalau tgk betul-betul pun, allingment badan aku pun ade lari sikit ar.. agaknya kalau nak kawen, kena check allingment badan dulu, konpom aku nye hantaran jatuh ngan mendadak. hehe...dan disebabkan kejadian tu jugak, aku sangat fobia nak bawak moto. aku sangat takut kalau ade orang bitau aku, dia jatuh moto atau eksiden moto. dan aku sebenarnya tak sampai hati tgk org bawak moto. nak je aku belikan diorg keta. tapi, tungglah bila aku dah kaya cam bill gates.

erm... tu le serba sikit tentang citer aku dan sejenis benda bernama motosikal. pe citer ek kat kawan-kawan aku ngan moto tu skrg??

16 October 2008

. hangin .

kring...kring...

telefon opis aku bunyi. cam biasa la dengan pantasnya aku menjawab.


aku : pejabat timbalan pengarah Kxxxxx. selamat pagi.

babi : hello. fara eh?

aku : minta maaf cik. nak cakap dengan siapa?

babi : ni bukan fara eh? erm..tak kisah la sape2.. saya nak cakap pasal saya punye u 14 (sorry ar, aku tak tau dia ckp pasal pe..tapi bunyi je lebih kurang gitu la)

aku : maaf cik. i didn't get u. cik nak bercakap mengenai apa ye.

babi : pasal saya punya permohonan. bla..bla..(sekali lagi aku tak tau). ni bahagian personal kan.

aku : minta maaf cik, cik sebenarnya nak telefon jabatan mana ye (aku rasa dia dah salah no)

babi : ni bukan jabatan personal eh? (ade ke jabatan personal?)

aku : mintak maaf cik, ni Jabatan Kxxxxx......


pap....belum abes aku cakap, dia terus letak tepon.

huh, korang nampak tak kebabian di situ?
aku malas nak cakap banyak, tapi kepada sesiapa di luar sana.
lain kali kalau nak telefon orang, belajar dulu adab-adab bercakap di telefon.
ingat cakap kat telefon tak ada adab ke?
lagi la pulak kalau ko tu sebenarnya tak pasti nak ckp dengan siapa.
tak pasti tempat mana yang ko call.
jangan main hentam kromo jek.
jangan buat darah tinggi orang lain naik dengan mendadak ok.


notakaki : aku sedang cuba belajar bersabar.

15 October 2008

. fobia .

aku sangat takut bila hujan.
bukan hujan yang biasa-biasa tu.
tapi hujan yang disertai dengan petir, kilat dah guruh.

dulu masa kecik-kecik,
setiap kali hujan macam tu aku akan menyorok bawah tilam, selimut ataupun toto (bukan sport toto ok)
aku rasa sangat selamat berada di bawah situ.
umur aku masa tu 12 tahun.

masa umur aku 23 tahun,
ketika aku sedang tidur bersendirian,
hujan turun dengan lebatnya..
aku terjaga sebab bunyi guruh dan petir yang sangat kuat.
kilat sabung menyabung (huh, cam ayat lam novel)
katil aku betul-betul mengadap tingkap..
aku takut gilerr....

dengan kaki yang terketar-ketar, aku bangun..
pergi ke satu sudut di sebelah almari
yang besarnya hanya boleh memuatkan orang kurus seperti aku..
aku duduk di antara dua sujud.. eh silap..
aku duduk di celah lubang di antara almari dan dinding itu
dan tertidur sampai keesokan harinya..

semalam...
balik dari kerja..
on the way balik tu hujan lebat.
jam baru 6.30 tapi dia nye gelap, mak oi cam dah kul 9..
kilat, petir, guruh sume takleh cakap la..
jalan pulak jammed sebab accident..
adoi...time-time camni la pulak nak accident.
siyes aku rasa tak selamat.
aku rasa bila-bila masa je aku boleh rentung
sebab kena panah petir..
aku takut sangat ok...takut..

dan disebabkan ketakutan itu lah jugak
aku tak mampu berfikir dengan baik.
dua kali (dua tol sebelum sampai usj) aku touch pas kerja aku
kat lane touch n go.

semalam adalah hari takut, gile dan malu aku.

ade sesape leh tolong aku menangani masalah ni tak??
siyes aku sangat tertekan dengan keadaan ni.
aku tak tau kenapa aku takut petir, kilat dan guruh..
plz..ade sesape leh sexplain kat aku tak?

14 October 2008

. jatuh cinta lagi .


aku betul-betul dah fall in love ngan mamat ni.
siyes beb.
aku rasa dia sangat hot dan cute.
adeh...plz god... aku nak boyfriend cam dia..
boleh tak?? hehehe

10 October 2008

. seri muka .

baru beli (tak sangka kuih seri muka pun ade jual yg dah siap)



sebelum dimasukkan ke dalam microwave



hasilnya!!!!



huhu...kempunan aku nk makan kuih favourite aku. sedih tau. aku betul-betul ikut instruction kat situ. masukkan lam microwave dengan suhu tinggi selama 15 minit. tapi, aku masukkan tak sampai pun 5 minit dah jadi camtu. tipu tau!!! instruction tu tipu aku.. huhu..cedih...

sib baik aku tak masukkan sume. satu peket tu ade 6 ketul. aku try wat 3 jek.. tapi, tak makan pun. tak selera aku tgk kuih penyek camtu. lagi 3 tak tau bila nak masak. maybe aku kukus plak kali ni. masuk microwave abes jahanam kuih aku.

rindunya nak g BARAM. mesti banyak org jual kuih ni :-(

09 October 2008

. kalau dah namanya PEREMPUAN .

setelah sekian lama aku tak gelak ketawa dengan sakan,
akhirnya semalam aku berjaya ketawa sehingga mengeluarkan air mata.

SEBABNYA


korang tengok la gambar kat bawah ni.







ni gambar adik aku yang paling kecik. nama dia NUR SARAH ATIHRAH. umur 4 tahun. tapi, dia punya bijak plus nakal tersangatlah mencuit hati.
korang tengok la sendiri dia main mekap aku. tu bukan aku yang mekap kan tau. dia yang mekap sendiri.

yang aku heran tu, tau pulak dia kat mana nak letak lipstick tu, kat mana nak letak eye shadow dan yang paling tak tahan sekali dia nye eye liner tu. sebelum dia nak pakai tu, dia tanya kat mak aku mende tu nak pakai kat mana. mak aku cakap bawah mata. sekali betul2 dia wat garisan kat bawah mata dia tu. kebetulan pulak aku baru balik kerja, maka aku dapatlah saksikan kejadian tu berlaku. adeh... siyes lawak beb.

masa dia wat garisan eye liner tu, punyalah konfiden muka dia. hahahahahha. yang lagi tak tahan tu, dia siap tayang2 muka dia kat kitaorg sume. perasan dah cantik sangat la tu. dah rupa joker lam citer batman je aku tengok. adeh...sarah..sarah....ko memang kelakar la...

ni lagi gambar dia hasil daripada mekap dia sendiri.. gambar ni masa tahun lepas. kira-kira baru nak belajar mekap la kononnya. lom bape nak pandai sangat..





07 October 2008

. seribu penipuan .

aku kata aku benci dia..
aku tipu... sebenarnya aku teramat sayangkan dia

aku kata jangan call aku lagi..
aku tipu... sebenarnya aku mengharapkan sangat panggilan dari dia

aku kata aku tak nak tengok muka dia lagi..
aku tipu.. sebenarnya aku teramat la rindukan dia

aku kata 'pergi mampus la ko' kat dia..
aku tipu... sebenarnya aku tak mampu hidup tanpa dia

aku kata....aku kata...
ah, terlalu banyak yang ku katakan..

namun hakikat sebenarnya...
semua to bohong belaka. dusta.
semua tu tipu!!

ah, hati..hati...
kenapa lah kau begitu lemah sekali..


SELEPAS KAU PERGI - LALUNA

selepas kau pergi
tinggallah disini ku sendiri
ku merasakan sesuatu
yang telah hilang di dalam hidupku

dalam lubuk hatiku
ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku
tahukan kau kini ku terluka

bantu aku membencimu
ku terlalu mencintaimu
dirimu begitu
beerti untukku

kau telah mencinta
dan dicintai kekasihmu
ini tak adil bagiku
tahukan kau kini ku terluka

Lupakan ku dalam tidurmu
Yang pernah mencintaimu
Kau memang tercipta
Bukanlah untukku

04 October 2008

. yeye....dah raya .


yahoo....selamat hari raya. takde apa yang menarik untuk diceritakan untuk raya kali ni. raya pertama balik kampung di muar johor. raya kedua balik sekinchan pulak. raya ketiga dah balik kl. huhuhu...bosannya. tahun ni au tek beraya mana pun. just follow parents g uma sedara mara. rumah kawan-kawan langsung aku tak pergi. bukan taknak, tapi takde kesempatan. kawan-kawan aku banyak kat kg kat muar tu. memandangkan aku raya kedua dah bergegas balik sekinchan, so tak dapat la nak beraya mah diorang. lagipun raya tahun ni tak memberi apa-apa makna kat aku. aku serabut memikirkan masalah aku. sampaikan aku takde hati langsung nak beraya. tapi, yang peliknya SI DIA itu, masih ade mood nak beraya. huh, dasar lelaki. opss...ok,aku mals nak serabutkan pikiran aku sebab dia lag. full stop.