30 October 2008

. perkara yang JANGAN dilakukan bila bergaduh dengan pasangan .

1. Jangan Mendiamkan Diri

Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai dalam kepala hotak pasangan kita. Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal? Say no to silent treatment. At least hantar la msg ucap selamat dan hai. Tapi, jangan la msg banyak2. Setiap 2 minit nak msg. Tu saiko namanya.


2. Jangan Terlalu Mengalah. Nanti pasangan nail lemak!

Mengalah untuk kebaikan masa depan?????????
Lupakan saja frasa idealistik tu...Jangan jadi bodoh. Menjatuhkan keegoan kita tu seumpama memberi candu pada pasangan kita... Dia akan seronok untuk memaksa kita menurunkan ego di masa-masa akan datang... Kalau takdirnya suatu saat nanti kekasih kita pergi, yang tinggal dengan kita hanyalah harga diri..Jadilah manusia yang menghargai diri sendiri.. Jangan jadi bodoh untuk buat pengorbanan yang tak dihargai..


3. Jangan Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan .

Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan...Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul-betul menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? Sudah pasti tidak..Adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? Sudah pasti tidak. Kalau kedua-duanya terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan...Dalam rajuk dan pergaduhan, apa yang diinginkan cumalah empati. Apa yang diinginkan hanyalah agar pasangan merasai apa yang kita rasai. Kegagalan memahami keperluan pasangan ini yang mengakibatkan satu pihak terdorong untuk bertindak mengikut hati...


4. Jangan Defend Diri Sendiri

Kalau la kita mmg betul punbiar je la dia menang..tak yah la question apa2 yg dia buat..let it be..let it be..jgn pujuk excessively..pujuk slow2..dan jgn merajuk balik lps penat pujuk dia masih mengada2 lagi..


5. Jangan Mengungkit!

Ungkit mengungkit hanya akan menambah sakit di hati pasangan. Lagipun nampak sangat cam kita tak ikhlas dengan setiap perbuatan kita tu.


6. Jangan Cerita Perkara-Perkara Negatif, Serangan Peribadi dsb..

contoh:
"Eleh, cakap org, awk tu suka kentut dalam selimut, sedap2 je kata kita korek idung calit bawah kusi!"

sebaliknya semasa bergaduh, berceritalah tentang perkara2 yang positif dan menimbulkan rasa senang diantara anda berdua.

contoh:
"walau awak selalu kentut dalam selimut, saya tetap menghidunya juga tanpa kompromi"


7. Jangan Baling Henset Ke Dinding.

Walaupun henset korang hanya cap ayam yang kalau dibaling ke dinding, dinding yang pecah. Tu sume duit tau. Nanti korang gak yang rugi. Tapi, boleh dimaafkan kalau henset tu, henset pasangan korang! hehe..


8. Jangan makan banyak-banyak lepas gaduh.

Nanti kalau berat badan korang naik, sape yang susah? Dah gemuk nanti tak lawa. Manalah tau lepas gaduh2 tu korang putus pulak. Kan ke susah nanti nak cari boifren baru.


9. Jangan tak makan langsung.

Nanti korang jadi kurus. Kurus sangat pun tak cantik taw..


10. Jangan sesekali sebut nak BREAK.

Kalau sebut nak BERAK takpe. Tapi, kena sebut dengan jelas dan terang. Takut-takut nnt pasangan korang salah dengar ke hape. Nak lagi selamat, kalau time gaduh tu korang rasa nak terberak, cakap la nak gi buang air besar. So, takkan ada komplikasi di situ.


11. Jangan Menangis

Nanti mata korang bengkak. Tak pasal-pasal lak kena mekap smokey eyes masa nak g keje.


12. Jangan Tengking Menengking

13. Jangan Menipu

14. Jangan Serkap Jarang

15. Jangan Naik Kaki Tangan

16. Jangan Mencarut...

17. Jangan.....

18. Jangan...

huh, korang la pulak tambah. aku blur la pulak pepagi nie.....


7 comments:

bungaditepijalan said...

alhamdulillah..
saya jrg bergaduh dgn cik bf.
jrg skali.
kalao ada argument..
masing2 bg ruang utk kewl kan diri.
takde lah merajuk lama.
:D

en_me said...

gitewww yerrr.. ahaks

13may said...

jangan LUPA cari yang lain...

tu yg paling afdal :D

susu dalam botol said...

jangan sengaja mencari pasal tak tentu pasal.

khaleda said...

17. Jangan Cari Lain

Sbb yg lain tu blm tentu lbh membahagiakan.. tp klu rasa lg ok.. boleh lar jgk ;)

-flip.flop- said...

cik bunga
sweetnya awk.. betapa saya menginginkan perhubungan yang begitu

en. me
gitulah adanya

en. 13may
betul ckp ko.. cari je yang lain kan.. hihihi

cik hidd
biasanya cari pasal tak tentu pasal tu la punca gaduh

khaleda
kalau yang ada pun takleh membahagiakan, baik cari lain je kan..

haJa*darLingZ said...

erm klau aku:jgn mudah mintak maaf.atau memaafkan.klau skit2 maaf...dia akan sering bt kesalahan then just say 'sorry'...berulang dn berulang...