30 October 2008

. saya telah menang best dressed woman, silalah mencemburui saya .

aku tak kira. aku nak publish gak entry ni. walaupun korang akan kate aku perasan atau syok sendiri, aku tak peduli. ni detik istimewa dalam hidup aku, so aku nak rekodkan kat sini. manalah tau esok lusa aku hilang ingatan, sekurang-kurangnya aku tau aku ade detik manis camnie.. hehehehe..hensem..

24.10.2008 (Jumaat) - Sambutan Hari Raya opis aku.

semenjak aku menjadi separa single ni, aku semakin rajin menghadiri majlis-majlis keramaian camni. Motif?? mana tau kot-kot bertemu jodoh kat majlis-majlis cenggitu. hehe. so, cam biasalah bila ade majlis-majlis camtu, mestilah aku nak pakai 'baju yang paling cantik yang ada lam gobok' aku tu. tapi, aku sangat prasss sebab baju yang aku rasa paling glemer tu rupanya lom siap.. dan aku hanya diberitahu jam 5 pagi Jumaat itu oleh osmet aku. (patutnya dia pergi amek kan baju aku tu kat sepupu dia. aku tempah kat sepupu dia) aku dah bitau nak pakai hari Jumaat tu. tapi, rupanya tak dapat siap. katanya siap hari Jumaat malam. huh, bayangkan betapa hancur dan luluhnya hati aku.

tapi, aku malas nak amek port. walaupun rasa di hati ada sedikit bengang. maklumlah aku kan sedang belajar untuk menjadi penyabar. jadi aku kena sabar ...dan dalam keadaan mamai tu, terpaksalah jugak aku bangun tuk iron baju lain. disebabkan prass yang terlampau, aku pun main sambar je baju yang ada lam gobok (almari) aku tu. aku pejam mata jek tau masa amek baju tu. kira memang kecewa gile la..tapi, kena jugak sabar.

dan betul la orang cakap. sabar tu banyak kelebihannya. dan hasilnya...

tu hadiahnya. tapi, opismate aku dah 'kekah' siap2.



close up sket


gorgeous woman okkay. hohoho (gelak setan)
kepada warga opis aku yang rasa baju dia
lebih gorgeous dari aku,
silalah sakit hati ngan aku.





jeng..jeng..jeng...
ni la baju yang membawa kepada kemenangan aku pada hari tu.
cantik ke?
(sila komen baju ye, bukan si pemakainya)


p/s: sebenarnya kan, aku tak bangga langsung pun dapat best dressed tu. aku MALU!! sebab sume pandang aku. aku rasa cam sume orang ngah kutuk aku. (aku memang seorang negative thinker). masa ngah amek hadiah tu, gigil-gigil badan aku. tah pape tah! (aku kan nobita, takde keyakinan diri). sebab tu le baru sekarang aku dapat publish entry PERASAN ni.



6 comments:

haJa*darLingZ said...

weiiii mng lawa le...klau award tu xdpt kt ko, aku gase org tu silap bg la tu...tahniah eh suzan..mabeles

susu dalam botol said...

bukan main lagi noooo. pakai tudung ala2 datuk siti ;)

khaleda said...

baju cantik + org yg pakai pn cantik = mmg harus menang ;)

-flip.flop- said...

Pn.Haja
hehe..lawa ke..aku rasa cam lawak je.. apepun, thanks eh..

Sis Hidd
tu imej baru skrg..ala-ala mak datin gitu..huhu

Khaleda
heheh..ko wat aku makin perasan

daisy-majerin said...

ooo...mmg ko lawa la...
aku pn trpikat...
hehehe....

-flip.flop- said...

daisy-majerin
er, awk laki ke pompuan? :-)