19 October 2008

. aku memang tak pandai bawak moto .


jangan kata nak bawa, nak start moto pun aku tak reti. dan gambar di atas hanyalah kepoyoan aku semata-mata.

tapi, tu tak bermakna aku tak pernah bawa moto. masa aku form 2, kawan baik aku penah gak la nak ajar aku cara-cara nak bawa moto. aku punyalah sexcited masa tu, cam orang pompuan yang baru menerima lamaran sorang lelaki tuk berkahwin. walaupun aku langsung tak pernah menyentuh handle motor tu, tapi disebabkan kesungguhan member aku tu, dua kali ajar je aku dah konfiden sehinggakan aku begitu berani membonceng dia dan sorg lagi kawan aku pusing-pusing satu kampung. huh bangganya aku masa tu. aku siap lmbai-lmbai je kat abang n adik aku bila aku lalu depan rumah. mak pak aku takde umah kot masa tu. kalau tau pak aku, mesti aku dah kena hambat. dia memang pantang anak-anak dia naik moto nie.

tapi, langit tak selalunya cerah. masa balik kawan aku yang sorang lagi tu (baru belajar cam aku gak la) tetiba nak bawak lak. konpiden je muka dia. masa tu ada lam 100 meter je nak sampai umah aku. dia kate "takpe..aku anto ko balik". aku pun ok je la. kendian aku tuko posisi. member aku yg nak bawak tu dok depan, aku dok belakang dia dan belakang aku member aku yang ajar kitaorg bawak moto tu. 10 meter pertama tu dia bawak memang ok. masuk ke meter yang 50, ade satu simpang sebelum sampai umah aku. sekali member aku tu tah ape punya meroyan dia datang dan apa yang cuba dia buktikan agaknya, tanpa segan silu dia telah memerah laju motor tu dengan kelajuan 80km/j. padahal kelajuan yang dibenarkan di situ adalah 30km/j sahaja. baekk punya dia lap...

dan tanpa segan silunya jugak, dia telah melanggar tong sampah jiran aku dan terus meluncur laju ke depan. aku yang dok tengah2 ni memang tak mampu berbuat apa-apa. tak sempat nak pk ape ade. maka berebut-rebut la kami masuk ke dalam longkang depan umah aku tu. memang gelap gelita la pandangan aku masa tu. mana taknya kepala aku tepat2 kena kat batang paip pastu terus tersembam lam air longkang. yang bestnya lagi tu, member aku yang dua org tu leh hempap aku lak. hampir-hampir gak la aku mati lemas. sib baik tuhan masih menyayangi aku. yang peliknya kenapa aku yang dok tengah2 leh masuk dulu lam longkang tu? kalau ikutkan logik bukan ke member aku yang dok belakang tu patut terbang dulu. huh, sampai sekarang kalau aku pk, terasa kemisterian nusantaranya. tapi, mungkin jugak disebabkan aku paling ringan antara mereka. huh!

dan disebabkan kejadian tu jugak la, seminggu kepala aku bau air longkang. seminggu gak la kepala aku pening-pening lalat sebab terhantuk kat batang paip. (agaknya sebab tu la akdang-kadang aku ni datang sengalnya).. pinggang aku belah kiri koyak. sampai sekarang ade parutnya. kalau tgk betul-betul pun, allingment badan aku pun ade lari sikit ar.. agaknya kalau nak kawen, kena check allingment badan dulu, konpom aku nye hantaran jatuh ngan mendadak. hehe...dan disebabkan kejadian tu jugak, aku sangat fobia nak bawak moto. aku sangat takut kalau ade orang bitau aku, dia jatuh moto atau eksiden moto. dan aku sebenarnya tak sampai hati tgk org bawak moto. nak je aku belikan diorg keta. tapi, tungglah bila aku dah kaya cam bill gates.

erm... tu le serba sikit tentang citer aku dan sejenis benda bernama motosikal. pe citer ek kat kawan-kawan aku ngan moto tu skrg??

8 comments:

K.A.M.I said...

hahahaha~pdn muke ko!!aku ingt lg mase tu ko blk rumah ngn muke serabai gile..hakhak3..kak uda pon ade kes ngn moto gk..aku je lom ade lg..hehehe

-flip.flop- said...

huh, ko jangan berlagak...
sekurang-kurangnya aku bawak keta takdelah asik kena hon jek ngan owang len..huhuh

khaleda said...

wehh kt poly xde naik moto ker? huhuhu ;)

susu dalam botol said...

kita pun sama tak reti bwk moto dan rasa moto tuh berat gila. kita selalu mcm nak tergolek jatuh :(

poyotito's said...

orang pompuan memang eloknya tak payah la bawak motor.
gua risau je nengok makwe bawak motor..

nana said...

hahaha. kelakar kelakar! same lah kite. aku pun mau tercirit kalau cakap pasal motor. tapi buleh bwk lagi. cume kene bygkan, ade fahri dalam ayat-ayat cinta tu bonceng kat belakang. aku ok je pehtu.

bungaditepijalan said...

saya pon.
tak reti lgsg.
dok blkg okie lah.
hahahahaa
:D

-flip.flop- said...

khaleda
er, ade ek aku naik moto kat poli dulu? hilang ingatan kejap..hehe

sis hidd
betul la awk... kita pun rasa moto tu cam berat jek..

poyotito's
setuju. tengok awek tertenggek naik moto ngan pakwe pun, aku seriau

nana
aku lagi ske kalau aku dok belakang Fahri..hehe

cik bunga
tak payah retikan pun bawak moto ni.. naik keta lagi besh kan...