28 July 2006

:: unsangkarable ::

tadi, tengah aku dok sibuk baca blog-blog member forum cari, aku ter klik la kat satu blog forummer ni. forummer yang memang aku kenal ( kenal dalam forum la ). yang selalu main kuiz sesama kat board ask the woman.

takde lah ape sangat yang menarik kat blog dia tu, tapi bila aku tengok gambar. (gambar dia n wife dia), aku rasa macam kenal je wife dia tu. serius..tak tipu. tapi, aku wat tak tau je. aku baca je blog dia tu. seronok tengok dia citer pasal wife n anak dia.. then, bila dia mention nama ina n ayu kat blog dia tu, lagilah aku terkejut. sah le, memang aku kenal wife dia tu. sedara dua pupu aku rupanya...hmm....keciknya dunia ni. aku pun dah lama tak dengar pasal dia. tup-tup dapat tau dia dah ade baby. tau pun melalui blog husband dia...

seronok tengok kebahagiaan diorang sekeluarga. cam tak percaya je dia dah ada anak. dulu, aku pun sempat nak gi kenduri kawin dia. maklumlah, aku ni ngan sedara mara memang kureng sket. tapi, takdelah sampai tahap tak kenal sedara. still kenal lagi lah.

bila aku fikir-fikirkan balik, rupanya dah lama aku tak jumpa sedara mara aku. sampaikan ade yang dah kawin n dapat baby pun aku tak tau. anak diorang pun aku tak penah tengok rupanya. silap-silap nanti jumpa kat memana, leh tak kenal pulak..hehehe...

bile la aku nak kawin nih??? hehehhee.... (ade kena mengena ke ngan entry aku nih??)

19 July 2006

:: miss someone ::

i really really really miss someone right now..

someone yang pernah jadi kawan baik aku

someone yang selalu tolong aku masa aku susah

someone yang selalu jadi tempat aku luahkan perasaan n ceritakan masalah aku

someone yang selalu sms aku tanya khabar

someone yang pernah tolong aku time kereta aku rosak

someone yang selalu hantar n amik aku gi keje

someone yang selalu temankan aku makan

someone yang selalu jadi mangsa cubitan aku

someone yang betul-betul baik dengan aku

someone yang ta pernah langsung nak amik kesempatan kat aku

someone yang aku boleh berbicara tentang apa sahaja dengan dia

someone yang boleh aku bergurau senda

someone yang pernah aku lupakan

someone yang pernah aku abaikan perasaan dia

someone yang sekarang dah jadi suami orang.....


huwaaaa.......aku betul-betul rindukan dia sekarang. betul la cakap orang "kita tak akan sedar dengan apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya." sekarang ni baru aku terasa.

kalau dulu dialah peneman aku. teman aku makan. teman aku shoping. teman aku lepak-lepak. teman aku gelak. teman aku menangis. pendek kata dia lah segala-galanya.

tapi, sekarang. keadaan dan berubah. takde lagi sms. takde lagi telefon-telefon. takde lagi gurau senda dia yang selalu jadi penghibur aku. takde lagi teman untuk aku berbual. arghhh.... aku rindu dia.


namun....

aku tetap bersyukur. aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku pernah.....

pernah ade teman yang boleh ketawa dan menangis sama-sama dengan aku. teman yang selalu ada waktu untuk aku. dan sekurang-kurangnya aku percaya teman sejati tu wujud.

cuma.....

aku perlu sedar. keadaan dah berubah. dah tak sama macam dulu lagi. dan aku perlu mengikut arus perubahan tu.

walau apapun....

untuk awak yang pernah jadi sahabat saya satu ketika dulu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. terima kasih kerana memberikan saya kenangan indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak memori dan hati saya. dan awak akan selama-lamanya jadi sahabat saya di hati saya. terima kasih untuk awak yang bernama fazli. dan walaupun awak tak pernah tau dan tak mungkin membaca blog saya ni, saya nak katakan di sini that " u're the best friend and nice person that i ever meet "


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

18 July 2006

:: tajul ::

aku nak jadi cam tajul la. tajul dunia baru tu.

nothing is personal. everything is business.

tapi....aku nak ubah sikit.

nothing is personal. everything is money

money....money....money....

huahahhahaha...aku memang mata duitan!!!

so, what??

17 July 2006

:: sengal ::

tengkuk aku rasa sengal-sengal

pinggang pun sama. tangan. kaki. betis. semuanya rasa macam tu. puas aku berfikir. kenapa ar? nak kata salah tidur, macam tak mungkin je. dah lebih 3 minggu aku tidur berlapikkan tilam nipis je kat depan tv. selama ni takde pulak rasa sengal-sengal macam ni.

kenapa?? kenapa?? kenapa??

sedang aku berfikir kenapa tu, terpandang pulak bekas cat tangan aku ni. owhh...dah tau kenapa. ni semua gara-gara mengecat bilik semalam. kerja yang sepatutnya aku buat hari jumaat lepas. (tapi, disebabkan cari tangga tak jumpa, so jumaat dan sabtu tu dihabiskan dengan tidur dan tengok tv). lastly, hari ahad tu aku bertekad jugak nak siapkan cat bilik tu. dan orang kata, kalau nak seribu daya...n akhirnya dapat jugak aku mengecat bilik tu dengan memanjat atas rak tv yang diletakkan kotak yang penuh dengan baju dan timbunan surat khabar atasnya. sampai jugak aku nak cat dinding yang belah atas tu. alhamdulilah... cuma, satu dinding tak dapat nak abiskan cat, sebab cat tak cukup. (petang ni kena gi beli)

satu perkara lagi. pernah tak korang tengok orang cat rumah/bilik hanya dengan memakai bra dan spender je?

aku pernah!!. sumpah. tak tipu ni.


er, sebenarnya entry aku ni nak cerita pasal CT ngan Dato' K. tapi......takpelah. lain kali je aku citre pasal CTkus tu.

:: mind set ::

setiap kali aku bangun tidur pada hari-hari kerja ni, mesti aku dah set kan dalam minda aku..hari ni aku nak gi keje awal. nak buat keje. takmo surf internet. takmo main telefon. takmo main game.. aku nak jadi pekerja yang dedikasi..tapi, apsal tah... sampai je opis, mende pertama yang aku buat, letak beg dalam laci, on pc..pastu check emel, forum n blog aku...arrg...kenapa aku takleh nak wat cam yang aku setkan dalam minda aku tuh.. ke, aku ni dah terkena sindrom gila internet dan telefon?? hadoi...cemana ni..

sib baik la sekarang ni aku dah kurang rasa nak berforum.. kalau dulu tu, sehari tak berforum rasa cam tak lengkap je hidup ni. rasa ade mende kurang je. sekarang ni forum dah kurang, addict kat blog pulak....ade je mende aku nak post..ade je mende aku nak baca. sehari tak post kat blog aku ni, boleh demam rasanya. apesal ar? kekadang tu bukan ade mende pun aku nak citer. takat citer hidup aku yang tak bape nak cemerlang tu. hmm....

cam hari ni, aku sampai opis dalam kul 8. satu lif ngan bos aku pulak tu. selalu datang awal orang tua ni. hari ni lewat pulak. nak kata semalam, malam jumaat tak jugak... ke, aku yang datang awal?? hmm....biarlah..tapi, hari ni yang pasti aku dapat bukak pintu bilik..hehhe..baru le aku rasa cam PA yang sejati...selalunya bos aku yang bukak pintu sendiri... aku lak jadi cam bos...

lepas je on pc, check emel n blog aku, aku terus wat keje. surat melambak-lambak atas meja. maklumler, ari jumaat hari tu, aku cuti. diorang kat sini memang macam tu. kalau sebulan aku cuti, sebulan le surat-surat tu semua tak open. huh, tak boleh diharap langsung. pas habis sume surat aku open n cop, n bos aku pun dah blah..terus aku stick depan pc...surat?? terbiar sepi atas meja...kejap lagi la aku buat..boleh?? hehehe....

apa yang menarik hari ni ye?? oh ya, hari ni cik SITIkus kita tu nak wat pengumuman. pengumuman apa tu tak la pulak dinyatakan. teruja jugak aku nak tau walaupun aku tak lah MINAT sangat ngan dia ni. just suka lagu n tengok muka dia yang comel tu. apa-apa pun, kita tunggu je la kul 12 nanti ye...

11 July 2006

:: friends forever ::

"As we go on we remember
All the times we had together
And as our lives change come whatever
We will still be Friends Forever"



sedih. sedihnya hati aku bile dengar lagu ni. teringat zaman-zaman aku kat poli dulu. zaman aku poyo-poyo dulu. rindunye.!!! ni yang wat aku nak mengenang kembali kenangan lama ni. kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam kotak ingatan aku. insyallah.



~ antara kenangan terawal aku masa kat poli. masa ni baru sem 1. semangat nak tengok kumpulan in-team wat show. muka pun nampak inesen je masa tu. layan pun lagu nasyid je. ahaks.. gambar sebelah tu aktivti kitaorang masa dok hostel dulu. lepak kat bilik hana n anis. makan roti sambil buat ketupat..hehehhe



 



~ geng 6 jahanam. kroni aku masa sem 1. zura, anis, roy, banggayah, aku n hana.





~ naik sem 2, aku dah tak dok asrama sebab naka dah kena blacklist. maklumlah, budak jahat. mana leh dok asrama. padan muka aku, zura n hana. terpaksalah cari umah sewa. sib baik dapat umah murah. sewa 300 je. kat ocean view resort. dok bertiga je. punyelah tak campur orang. dah la kat kawasan umah tu kitaorang je yang ade. kalau ade orang lain pun, pakcik guard kat situ. tapi, best gak. seolah-olah tempat tu kami yang punye...





~ gambar paling sweet buat aku. gambar ni kitaorang amik olok-olok je. now, zura dah pregnant betul-betul. aku n hana je yang belum. kawin pun tak tau lagi bile.. (gambar ni kitaorang amik sendiri)





~ gambar tengah study + buat assingment





~ sem 4, aku dah tak dok bertiga. dok reramai. 9 orang. ni le muka-muka housemate aku dulu.. dari kiri : aku, fini, suria, hana, sura, ana, ieza, ieda n....alamak, tak ingat la nama dia..sorry. masa ni kitaorang dok celebrate birthday suria. pakwe dia bagi duit beli kfc. now, suria pun dah kawin.





~ sem 4 ni jugak menyaksikan perkenalan aku ngan bawan. siat kat aku, dah last sem baru dapat pakwe. tu ler, dulu bukan main setia lagi ngan chem tu, last habuk pun tarak. rugi je aku setia. kalau tau, baik aku cari pakwe awal-awal. hehehe... bawan ni kengkawan budak umah atas. kitaorang panggil diorang budak tabligh. sebabnya diorang tu nampak cam alim ulama. pada mulanya..rupanya hampeh...sama je...ni la first gambar aku ngan bawan. banyak lagi sebnarnya, tapi, semua bawan dah buang. bongok betul. sampai sekarang aku dendam ngan dia sebab dia buang semua gambar aku tuh.





~ sebelah tu gambar aku ngan amir. aku admire dia dari sem 1 lagi. masa tu aku tak tau nama dia. aku panggil dia alex yoong je sebab muka dia cam alex yoong. terserampak ngan dia masa kat library. n aku selalu sekodeng dia kat library, sebab dia suka lepak kat situ. lasty, dapat gak aku kawan ngan dia. tak dapat jadi pakwe, jadi kawan pun cukup la... orang hensem cam dia, mana pandang aku nih.....



~ ni pulak antara kenangan-kenangan terakhir aku kat poli. DSK nite. malam "Busana Muslimah". Zura dapat gelaran ratu muslimah...hahahha..muslimah abis....





~ ni pulak lecturer feveret aku. huhu.. aku penah jatoh chenta ngan dia nih. sehari tak tengok muka dia, rasa tak lengkap je hidup ni. n bukan aku sorang je yang suka kat dia.. ramai gile admire dia nih. termasuk la hana...orang sabahan. aku penah main msg ngan dia..tapi, dia tak tau aku yang msg dia..hehhehe...best....





~ n finally...BBQ party sebelum kitaorang exam. seronok sangat. tapi, sebelum party tu start, bawan dah spoil mood haku...menci!!!!! tapi, takpelah....yang penting aku dapat gak join diorang..












:: memilih dan terpilih ::

kisah teladan untuk direnungkan bersama.....

Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu.
Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual bersenda sambil minum kopi sebuah cafe.
Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar
seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus
mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.

Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana.
Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.
Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia
sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia
sangat menyenangkan bila diajakberbicara, selalu menyambung perbualan kami dan
penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu
menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang
saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan
wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik,
pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor.
Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping
hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

Lantas , sergah temannya yang dari tadi tekun
mendengarkan Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna.

Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ... .
Nobody's perfect.
Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat,
Kalau kita nak mencari yang sempurna, check
dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain...

:: Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat ::

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan
tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak
perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula
basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut
telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok
tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk
bertanggung jawab sekiranya hendak mula
mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta
tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa
emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan
enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tem! pat
tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak
pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar
enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah
dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan
memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung
melintas, anda boleh menegur dengan senang hati
dan mempelawa mereka mencuci motor.

Jom, naik motor.....hehehhe

:: 3 sahaja ::

3 lagu kegemaran anda ketika ini

kenangan terindah

pelayaran

jerat percintaan

3 filem kegemaran anda

30 hari mencari cinta

coyote ugly

a walk to remember

3 rancangan tv kegemaran anda

CSI

smallville

my wife n kids

3 benda anda paling sayang

album gambar aku (kalau hilang ni, sure aku sedih sampai tua)

my bebear

henpon aku

3 perkara yang buat anda sedih

tengok citer sedih

hilang barang yang aku sayang

duit gaji tak cukup (nak shopping pun tak bleh tau!!)

3 perkara buat anda gembira

duit banyak (leh shoping..heheh)

balik kampung

tengok citer kelakar

3 perkara anda tak suka buat tapi kena buat jugak

bangun pepagi, kena gi keje

memandu

jawab tepon tuk bos haku (menci taw!!)

3 perkara yang anda suka tapi takleh nak buat

shoping (duit tadek, takleh soping maa)

makan (perut aku kecik, takleh sumbat banyak-banyak)

ape lagi ar???

3 tempat yang anda teringin sangat nak pergi

mesir (aku nak tengok piramid depan-depan mata)

switzerland (manyak bunge...aku suka)

laut mati (nak rasa gak terapung atas air laut)

3 warna kegemaran anda

hijau

hijau

hijau

3 nombor kegemaran anda

21

9

8

3 benda ni kalau takde, anda tak boleh hidup

duit

telefon

internet

3 perkataan yang anda selalu sebut

"hello"

"cam sial"

"asal lak??"

3 impian anda

jadi kaya raya cam bill gates

kawin dengan orang yang aku sayang n dia pun sayang gile kat aku

mengelilingi dunia

09 July 2006

:: 10 Julai 2006 ::

PUAS

puas tul hati aku dapat menjerit malam tadi. rasa hilang semua masalah aku. aku pun tak tau nape aku berkelakuan cam tuh. gila tul la. excited betul aku. ni semua as nye pasal. ikutkan aku memang dah malas nak kuar tengah-tengah malam tu. lagipun balik je jusco, kitaorang dah singgah kat mamak tu. singgah makan. tapi, lepas balik umah, as ajak kuar lagi. tengok bola kat kedai mamak. gila tul pompuan tu. sanggup dia tarik aku sampai aku terbangun. as cakap tengok kat umah tak happening. lagipun world cup ni bukan tiap-tiap tahun ade. 4 tahun sekali beb. erm..bila aku pikirkan balik, betul jugak cakap dia. lagipun, masa ni le aku nak enjoy. kuar ngan kawan-kawan. tengok bola. mungkin lagi 4 tahun aku tak berpeluang buat cam tu kan? who know?? so, ape salahnya aku amik peluang sementara tengah ade ni.

so, kitaorang pun dengan poyo-poyonye kuar la kul 12.45. saje je kuar awal. nak cari port baik. kalau lambat sure takde tempatnya. cam hari tu, masa brazil main, tak dapat nengok sebab sume tempat penuh. hangin je aku. aku cakap ngan as, aku nak tempat tadi. tempat kitaorang dok masa makan tadi. dan, memang nasib kitaorang agaknya, tempat yang kitaorang duduk sebelumnya still kosong. alhamdulilah. dapat gak dok port baik sket. heheheh...

aku sokong itali. as sokong france. ikutkan, aku bukan minat sangat ngan team itali, tapi disebabkan team pilihan (GERMAN) dah out, so pilih la team lain pulak. kenapa aku pilih itali?? hehehe...sebabnya, semua kawan-kawan aku dok sokong france, so aku amik la itali. ikut kata hati aku. hati aku kata, itali memang. tapi. sebenarnya. aku pun tak berapa yakin itali akan menang. kalau nengok kan pada game tu, banyak peluang kat france. tapi, nasib menyebelahi itali. memang aku dah agak kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti. kalau masa game tu, aku leh relax lagi, tapi bila tiba time penalti, memang aku dah takleh nak kontrol. memang berdebar-debar. sebab tu la aku tak berapa suka tengok bola, sebab aku tak suka perasaan berdebar-debar macam tu. takut. seram sejuk je aku rasa. takut team pilihan aku kalah. tapi, nasib baik la itali menang. so, aku menang bet ngan as. huhuhu.. as, jangan lupe langsaikan hutangmu...

apa-apa pun zinedine zidane tetap pujaan hatiku...hehehe...takpe kan...


DEMAM

tekak aku sakit, badan aku seram sejuk, hidung aku sensitif. sikit-sikit nak bersin. batuk tok sah cakap la... rasa cam nak terkeluar jantung aku nih. apsal ek? nak demam ke? hadoi la...seksa tul rasa camni. nak wat keje pun tak boleh. nak makan lagi la. perit je rasa. cemana la nak naik kan berat bedan ni....erm...tension la. nak kata demam bola, WC dah abis. demam ape la pulak ni...? takkan demam rindu kot....erm...apa nak buat? makan ubat loh....

05 July 2006

:: my hero is back ::



semalam pergi tengok SUPERMAN RETURN. komen aku? erm..not bad la ceritanya. nak kata best pun takdelah best sangat. nak kata boring pun tak jugak. ala, citer superman. sama je. tapi, hero kali memang hensem. hensem bangat. teruja aku dibuatnya. hehehe...


tapi, dalam banyak-banyak superman ni, TOM WELLING tetap dihatiku...muahhss... tapi, sayang.. lom penah lagi tom welling pakai uniform superman. teringin gak nak tengok TOM WELLING pakai spender kat luar..hehehe...er, cakap pasal spender ni, korang perasan tak spender superman makin lama makin kecik. ada kemungkinan superman yang akan datang ni, akan pakai G-STRING pulak. hahahah..teruja.teruja. :-D

03 July 2006

:: kenangan terindah ::

Kenangan Terindah
by Samsons

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu, kutemukan hidupku
bagiku, kau lah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

~~ lagu untuk awak lagi....huwaa...sedeynya...!!! ~~

:: hati ::

hatiku..mengapa kau begini?
hatiku bingung
hatiku keliru
arah mana patut dipilih
antara rasa dan pendirian
mengapa jadi begini

hatiku kini bukan padaku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan

hatiku,bantulah aku...
kembalilah padaku jika kau rasa dia bukan untukku
namun,
jika kau rasa dia ditakdirkan bersamaku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..

02 July 2006

:: damai yang hilang ::

Sepi yang mencengkam saban waktu
Membawa aku ke lembah berduri
Yang aku sendiri tidak pasti
Apakah aku dapat mengharungi

serabut. kepala aku serabut. banyak benda nak kena pikir. masalah itu, masalah ini. tak tau la bila semua ni boleh settle. tu la...takde masalah, nak cari masalah. nah, sekarang ni, hambik ko! bak kata seseorang, berani buat, berani tanggung. tadah je la!!

tadah je?? hmm...memang itu yang aku sedang buat sekarang. malas nak pikir banyak. jalan dah ade, aku pun dah pilih. so, lalu je la. jalan tu bengkang-bengkok ke, berlopak-lopak ke, dah nak runtuh ke, itu yang aku pilih. nak tak nak kenalah teruskan jugak. nak patah balik?? macam tak mungkin je. dah jauh sangat aku berjalan. tak larat aku nak reverse.

biar lah...biar lah masa yang menentukan segalanya. kalau baik, baik lah. kalau tak, anggap je tu semua balasan untuk aku. aku terima je.

Siapakah kan datang
Menyudikan dirinya
Menghulur tangan
Membawa ku naik
Ke daratan yang penuh
Debunga wangi

siapa agaknya? ade ke??