28 September 2008

. cerita dulu-dulu [cinta pandang pertama] .

pagi tadi lepas sahur, aku saje-saje la nak surf internet sementara tunggu waktu subuh. nak jengah-jengah blog orang. dok surf internet tu, tetiba terjumpa lak blog ADIK AKU. huh, adik aku pun dah pandai berblogging. rupanya dia kata blog tu salah satu assingment dia kat poli. memang wajib buat, nanti lecturer dia nak amek markah. wallaaa...canggihnya poli sekarang. zaman aku dulu-dulu takde pon. kata adik aku lagi, kat poli sekarang dah ade wifi. so, semua student dah leh surf internet kat dalam kawasan politeknik. huhu..canggih..canggih.. bertuah student zaman sekarang. tak macam aku dulu. jangan kata internet, lapotop pun takde. pakai la pc buruk yang aku amek kat umah aku dulu. tu pun kira dah tahap maju sket la sape yang ade bawak pc. tapi, takde line internet pun. jauh sekali nak berblogging ni. huhu..hinanya aku..

berbalik pada cerita adik aku tadi, adik aku ni belajar kat POLITEKNIK PORT DICKSON tempat aku belajar dulu. amek pun course yang sama ngan aku.. DILPOMA SAINS KESETIAUSAHAAN. (memang mengikut jejak langkah aku betul). tanya punya tanya, rupanya dia kata lecturer yang bagi assingment ni namanya EN. SIRI. En. Siri?? huhu..tetiba aku rasa cam terkena kejutan elektrik bila dengar nama en. siri. sebabnya... jeng jeng jeng... ni aku nak cerita sket. kira nak membongkar rahsia di sebalik kekejutan elektrik aku pada nama en. siri ni.

actually, en. siri ni bukan sape-sape pun. just lecturer aku masa kat poli dulu. aku je kenal dia. dia tak kenal aku kot. tapi, aku ade memori ngan en. siri ni. (memori syok sendiri).. walla..... tetiba malu nak bukak citer ni. tapi, takpelah... benda ni semua dah jadi kenangan. kira salah satu kenangan terindah aku masa kat poli dulu.

aku kenal en. siri ni masa minggu suaikenal. masa tu sume student kena berkumpul dalam dewan tuk pertama kalinya. masa tu la untuk pertama kalinya aku terpandang mamat ni. huh, masa terpandang tu tiba-tiba aku rasa cam terkena kejutan elektrik. siyes beb. tetiba aku rasa cam lain. rasa cam..... jatuh cinta pandang pertama. gilak!! masa tu aku tak tau pun dia lecturer. ingatkan dia ni senior student ke ape. so, dalam hati kira cam ada harapan la. hehehe.. (dah pandai nak menggatal masa tu). so, selama seimnggu tempoh suaikenal tu, aku asik le dok sekodeng dia. jeling menjeling gitu. bagi panahan cinta sket. hihihi...keji. pastu selalu amek kesempatan nak dok dekat-dekat ngan dia. kira semangat aku lam tempoh suaikenal tu, dia je la. kalau tak, memang tak bersemangat langsung.
lepas habis minggu suaikenal tu, aku dapat tau lak dia salah seorang lecturer aku yang akan mengajar kelas aku. adeh...lagi la aku terbuai-buai dek perasaan syok sendiri aku tu. rasa cam heaven gile bila kelas dia. memang aku bagi tumpuan sepenuhnya la.. tapi, tumpuan kat dia la..bukan kat kelas aku tu. hahaha.. tapi bukan takat kat kelas je, aku siap rajin join polibriged (polibriged ni wajib tuk student junior kot...tah la..aku pun dah lupa). join semata-masa sebab dia je. g camping polibriged pun sebab dia jugak. kalau tak..haram aku nak pergi camping-camping ni. aku mana suke aktiviti-aktiviti yang tak menjamin tempat tidur aku. (tidur tu penting ok, dan aku memang ratu tido).

satu lagi kerja gila yang aku buat dek panahan chenta aku tu ialah... aku sanggup g naik pejabat lecturer semata-mata nak dapatkan no telefon en. siri ni. masa tu baru-baru pakai henpon. (tapi, aku tak beli hp pakai duit ptptn tau). saje je la nak sms kacau-kacau dia. masa tu aku ingat lagi, aku on the way nak balik kampung cuti weekend. saje je gatal-gatal dok sms dia. tak ingat plak ape kandungan sms aku tu. tapi, yang bestnya masa tu...dia reply sms aku..wallaaaa... rasa nak melompat keluar jantung aku masa tu. rasa nak heboh satu malaya la kiranya. bayangkanlah orang yang ko suka, ko chenta habis konon-konon nya tu boleh reply msg ko. walaupun apa yang dia reply tu sekadar bertanya 'awak siapa?' huhuhu..tu pun dah buat aku tidur senyum je sampai pagi. dah buat hujung minggu aku paling bermakna la dalam tahun tu. haha. gilak kuasa dua.

tapi kan.. aku tak berseorangan tau menjalankan misi-misi keji aku tu. sebabnya aku punya teman yang mempunyai minat ngan aku. HANA... merangkap best friend dan housemate aku juga meminati en. siri ni. so, dengan hana ni la aku share segalanya tentang en. siri. kadang-kadang tu saje dok rebut-rebut ngan hana. berangan nak kawen ngan en. siri. konon-konon nanti aku bermadu ngan hana. siap berangan nanti kena balik sabah (tak silap aku en. siri ni orang sabah). pastu selalu sekodeng motor en. siri (plet MAT kalau tak silap aku) . masa tu orang kata tak nampak dia, nampak motor pun cukup la.. wakakakaka...kejinya kami ketika itu. tapi..tu la orang kata.. panahan cinta pandang pertama. walaupun cinta tak berbalas, tapi tetap meninggalkan kesan. ahaks..

aku sendiri pun tak tau kenapa aku leh suka kat dia. nak kata terlalu kacak atau tampan, tidak la jugak. tapi, aku rasa dia sangat sweet. rasa sejuk je tengok muka dia. orang kata kalau tengok dia senyum tu, aku pun rasa nak senyum sekali la. erm.. tah la...maybe sebab dah suka, so apa sahaja tentang dia.. aku suka la jugak. tapi, tu semua dah jadi kenangan. aku pun dah tinggalkan poli dekat 4 tahun. dengar cerita adik aku,en. siri pun dah kawen. katanya kawen ngan budak DSK gak. huh, ye ke? chiss... kalau aku tau dia nak kawen ngan budak DSK gak, baik aku dah ngorat dia dulu.. hahahah...terlebih sudah..!
p/s : en. siri..kalau la anda membaca entry ini, sila harap maklum kejadian ini berlaku hanya di politeknik sahaja. sekarang kami sudah sedia maklum dah menerima hakikat bahawa anda bukan lah untuk saya atau hana. hahahaha...



jeng..jeng..jeng.. (aku masa zaman separuh jahiliah)
tema BUSANA MUSLIMAH??
muslimah abes!! hihihi

26 September 2008

. semangat yang hilang .

aku rasa sangat down sekarang. betul-betul down. semangat aku hilang tah kemana. rasa cam badan aku melayang-layang je kat udara. jasad aku ada, tapi fikiran aku tah kemana-mana. tinggal 5 hari je lagi nak raya. orang lain semua gembira nak sambut hari raya. tapi, bagi aku raya tahun seolah-olah tak memberi apa-apa makna.

betul la kata orang, hidup ni ibarat roda, kejap kita di atas..kejap kita di bawah. now aku rasa aku berada di tahap paling bawah antara yang terbawah sekali. huh, rasa cam tak boleh nak handle kali ni. kalau sekali takpe, ni dah kali kedua. aku rasa aku betul-betul GAGAL kali ni.

entry ni sebenarnya dah 18 kali aku edit. aku tak tau nak mulakan dari mana. aku tak tau nak luahkan kat sape. semua serba tak kena. aku pun tak tau kenapa. kenapa dugaan kali ni begitu hebat sekali. agaknya aku ni terkena badi sial kot. mungkin aku kena mandi bunga supaya hilang sial kat aku ni.

kalau kali pertama takpe. ni kali kedua beb. kali kedua tau. tggal dua bulan je lagi tarikh menjelang perkahwinan kami, tapi...nampaknya seolah-olah takdir tidak memihak kepada kami. banyak sangat dugaan sampai aku sendiri tak reti dah nak hadap cemana. sampai aku sendiri dah rasa tawar hati. aku betul-betul dah hilang semangat. nak hidup pun takde semangat. aku rasa sangat GAGAL dan MALU.

bercinta bukan kerana terpaksa. bercinta atas kehendak masing-masing. atas dasar suka sama suka. terlalu cinta katanya. tapi, kenapa jadi macam ni? EGO? mungkin jugak. tapi, aku rasa aku dah buang ego aku jauh-jauh. aku rasa aku dah korbankan semuanya tuk dia. 200% perhatian aku berikan kat dia. segala-galanya dia. tapi akhirnya ini nasib yang aku kena terima.

kenapa orang lain aku tengok mudah je perjalanan hidup diorg. seolah-olah takde masalah. aku rasa aku ni cukup malang dalam percintaan. ke aku ni ditakdirkan hidup membujang sampai tua? atau mungkin jodoh aku belum sampai? mungkin dia bukan orang yang terbaik untuk aku? huh, aku pun tak tau la...

kadang-kadang aku rasa dah penat. sangat penat. kadang-kadang aku rasa cukup-cukup lah aku menangis sebab dia. cukup-cukup lah aku yang asyik ambil berat tentang dia. cukup-cukup la aku telan pil sebab dia, kelar tangan, lari sana-sini menyusahkan orang lain. menyusahkan kawan-kawan aku. yes... i am STUPID. sangat stupid sebab buat mende-mende stupid untuk orang yang tak menghargai aku. mungkin dia boleh tersenyum lebar sebab ade orang bodoh ni yang begitu sayangkan dia. huh!!

tak layak kah aku untuk disayangi & dihargai??? aku pun ada harga diri. aku pun ada hati untuk dijaga..bangsat sangatkah aku untuk dilayan sedimikan rupa oleh orang yang aku sayang??? tolong la....aku betul-betul buntu. AKU perlukan sokongan dan kata-kata semangat.

...... petang tadi orang dari kedai kad kahwin telefon kata kad kahwin aku dah siap. dah leh datang amek... apa aku nak buat??? main roket-roket dengan kad tu semua??? .........

24 September 2008

. kenapa .

kenapa ye??

time nak raya, baru nak

  • cat rumah
  • buang sawang kat siling
  • buang habuk kat kipas
  • lap tingkap
  • basuh carpet
  • tukar langsir
  • tukar sarung kusyen
  • beli sofa baru
  • beli perabot baru
kenapa ye?
kenapa???

ade sesape boleh tolong sexplain kat aku??

17 September 2008

. cerita budak baru nak bercinta .

ade budak umur 18 tahun beria-ia nak aku jadi gf dia. huh???
kenal kat skype. jarang-jarang berbual pun.
cuma semalam je borak panjang sampai tukar-tukar gambar.
orangnye good looking dan comel jugak.

start dari aku send gambar aku kat dia, terus nak ajak aku kapel ngan dia.
gilo ke ape?
aku tanya nape beria-ia sangat ni..
alasan dia mudah. sebab dia suka kat aku.
dia kata aku comel dan suka tengok bibir aku (yucks)

aku tak tau nak wat ape ngan budak ni.
beria-ia sangat.
dah la tu tetiba bahasakan diri ngan aku pa n ma ?????
panggil sayang la ape la..
sungguh saiko ok.
korang rasa budak ni kenapa ar?
ade agenda tersembunyi atau memang budak baru nak belajar-belajar bercinta.
huh, pelik aku tengok bebudak zaman sekarang ni.
bukan kira ape pun. janji hati puas ek.

perlu ke aku layan dan beri pengajaran sket
tentang apa itu cinta. huhuhu...

budak tu comel sangat. boleh bela tuk dijadikan anak ikan... wahahahahahhaha (gelak jahat)

p/s : er, umur aku tahun ni dah 24 tahun.

16 September 2008

. melayan perasaan .

untuk apa lagi kita meneruskan
andai tiada kemesraan
teramat sayang untuk ku buang
namun pahitnya untuk ku telan

satu masa dulu kau lah penyeri
tetapi kini tiada lagi
bukan salah aku putus percintaan
kau yang dahulu memulakan

keegoan diri tak pernah kau akui
hingga ku sering memakan hati
jika sekali dua itu tak mengapa
masih mampu ku pertahankannya

berkali ku suarakan sekerasnya kau nafikan
terpaksalah kata akhir jalan terbaiknya untuk kita
walau hati masih sayang
walau hati kan berdarah
ku terpaksa melangkah

biarlah aku bertemankan sepi
dari tergantung tidak bertali

hmm...aku rasa bait-bait lirik lagu kat atas tu tepat-tepat kena sebijik kat aku. kadang- kadang aku jadi takut bila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. mungkinkah aku akan menyanyikan lagu pelamin anganku musnah tuk kali kedua?? oh tidakkkkk!!. not again. cukup la sekali tu je aku terpaksa menghadapi situasi macam tu. takkan kali ni pun macam tu kot?? aku tak nak la weh. tapi....

kalau dah macam tu keadaannya macam mana nak teruskan? letih la beb kalau asik aku je makan hati. orang lain makan hati hari-hari boleh gemuk tau. tapi, aku makan hati hari-hari jadi makin kurus. dah le aku memang sekeping. takkan nak tengok aku tinggal rangka je kot? sampai ke hati nak tengok aku macam tu? huh, kalau ini dinamakan pengorbanan, perlukah aku terus berkorban? asik berkorban je, lama-lama boleh terkorban. letih la beb!

aku dah penat!!

15 September 2008

. dah ok .

jiwa aku dah ok. hehehe.
sekarang aku ade motto terbaru lam hidup aku


"JANGAN BUAT PERKARA BODOH LAGI"

thanks to my sahabat yang sudi buang masa mendengar masalah aku.
thanks jugak sebab sudi bagi nasihat dan pendapat.
awk memang best la. :-p

. emosi .

aku berada dalam situasi yang sangat-sangat emosi di saat ini.
aku sangat keliru. buntu.
kadang-kadang aku rasa seolah-olah aku dikejar oleh bayang-bayang sendiri.
takut dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti.
gila kah aku?

gila kah aku bila aku mengharapkan perhatian dari seseorang yang aku amat sayang?
gila kah aku kerana mengharapkan dia sentiasa di sisi?
gila kah kerana terlalu memikirkan satu perkara?

aku rasa aku belum gila.
cuma, aku dapat rasakan aku bakal menjadi GILA!

oh, tolonglah aku...
tolonglah aku macam mana nak handle masalah nie..

aku perlukan sesuatu yang kelakar tuk menghibur hati aku.
komik sinchan, mungkin...


11 September 2008

. what's in your handbag .

aku terpanggil untuk menaip entry ni setelah membaca blog en.13may entry 151: rumit dan senang. secara dasarnya aku amat- amat lah bersetuju ngan pendapat en.13may yang sesungguhnya perempuan memang seorang yang rumit. hehehe. tak caye? kalau tak caye leh tengok gambar di bawah.


handbag aku kecik je. itupun aku beli baru sebab tak larat nak bawak handbang aku yang besar gedabak sampai aku sakit-sakit bahu nak membawanya. atas kesedaran itu, maka aku pun bertukar kepada handbag yang lebih kecil. (tapi, still membawa handbag ok)

lam handbag aku ada
*wallet
*tisu
*card holder
*henpon
*pas keje
*tiger balm
*eye mo
*losyen
*compact powder
*lipstick
*brow liner
*eye liner
*lip gloss
*bil letrik & bil air
*kad yang tah hape2

hohoho...korang boleh nampak sendiri ape yang ade lam handbag aku tu. percaya tak kebanyakan barang-barang dalam handbag tu aku tak penah sentuh pun kat opis atau bile pi jalan-jalan.
biasanya aku bawak handbag ni masa nak pegi keje dan balik keje je. sampai kat opis, aku letak lam drawer je. yang aku bawak cuma uncang kecik kaler pepel tu je. lam tu la aku letak hp aku, kad bank (yang ada duit didalamnya), kad kredit (in case kalau pape hal), lesen dan ic aku. so, korg rase apa motif aku membawa barang2 tersebut?? (aku sendiri takde jawapnnya)

tak cukup ngan tu, sebenarnya aku satu lagi beg yang aku bawak g keje. tapi, hari ni aku malas nak bawak naik atas, maka beg tu aku letak lam keta je. beg tu besarnya seganda lagi dari handbag aku. (disebabkan aku tak bawak beg tu, jadi tak dapatlah nak paste gambo). mungkin esok aku bawak kot. walaupun aku tak bawak beg beso tu, tapi, aku gantikan ngan satu paper bag kecik seperti di bawah



lam beg kecik tu ade barang-barang seperti berikut :-

tapi, hakikatnya aku tak guna pun mende2 tu sume. aku tak mekap pun sampai petang. touch up sesikit ade la..

jadinya, aku memang setuju yang perempuan itu amat complicated.
so, korang cemana?? nak jugak aku sekodeng apa ada lam handbag korg tu.
hehehe.


p/s : sebenarnya aku jeles tengok orang lelaki. simple jer. tapi, aku sendiri takleh nak wat camtu. sebabnya nnt rasa hidup tak lengkap jer.....

. awards?? .

award pertama aku dapat. er, actually kan aku tak tau main mende camni. tapi, setahu aku, mende ni kira award dari blogger lain tuk kita. pastu kita kena paste lam blog kita, pastu bagi kat orang lain pulak eh? eh, gitu ke?? maklumlah aku baru-baru nak berjinak ber blogging2 ni. so, tak berapa nak tau sangat. ala-ala cam orang jakun gitu. dulu-dulu blog kat frenster tadek camni. hehehe. anyway, thanks kat mama sebab bagi aku awards ni. hehehe...

These award is for those bloggers who are nice people;
good blog friends and those who inspire
good feelings and inspiration also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of these award.
So guys....it also goes to all of you!

(aku tak tau nak bagi sape awards ni.. hohoho)

08 September 2008

.cerita hari isnin.


tau tak, dua makanan di atas hampir-hampir membuatkan aku membatalkan puasa. hoho.. bulan puasa memang banyak dugaan. kuih tart ngan asam halia pun aku nak terliur. padahal, sebelum ni makanan tu bersepah je atas meja aku. sikit pun aku tak pandang. time pose ni jadi lain pulak. sib baik iman di dada masih kuat, kalau tak terjadilah insiden "bukan aku yang nak makan kuih tu, kuih tu yang masuk lam mulut aku" . hihihi

pasni aku takmo letak makanan lagi atas meja aku.

03 September 2008

.kurma percuma.


satu yang pasti sejak aku kerja ni, setiap kali bulan pose aku tak yah susah-susah beli kurma. sebabnya aku tau aku mesti dapat kurma percuma nye. sekurang-kuranya sekotak. hehehe. semalam dah dapat sekotak, tapi biasa-biasa je. malas nak amek gambo. (sungguh keji)

hari ni dapat lagi. tapi ni spesel sket. kotak dia cantik tau. isi kat dalam dia lagi la. gemuk-gemuk kurmanya.
(rujuk gambo k) aku yang tak minat kurma ni pun rasa teruja nak makan. tak sabo tunggu berbuka. wallaaaaa.....baru kul 2 rupanya. sabo..sabo..

isi dalam yang sungguh menggoda.
(thanks to syarikat edaran)



.ketamakan di bulan pose.


betul la orang kata. bulan puasa ni memang bulan yang penuh dugaan. especially bab makan ni. tengahari semalam kat opis lagi aku dah sms mak aku "mak, ari ni masak lauk ayam masak lemak cilip padi ngan tempe goreng kicap". hehe. mentang-mentang mak aku ada sini, main order je. sambil order tu, aku dah terbayang-bayang keenakan lauk pauk tu sume. isk..memang menggoda iman la. kurang sket dah pahala pose aku.


petang semalam pas amek .love. kat puchong (aku ajak dia berbuka kat umah mak), dia ajak aku gi BARAM.. nak cari kuih katanya. ikutkan aku malas nak beli kuih-kuih ni sume, bukan makan sangat. nafsu nak membeli je. lagipun aku dah dok terbayang-bayang lauk ayam tu. lagi pulak adik aku msg kata mak masak sekali ikan keli goreng. huhu. lagilah meleleh air liur aku. dua-dua lauk feveret aku. tapi, takmo kecikkan ati si .love. ni, aku pun mengikut sajork. dengan meredah hujannya. (mood aku dah ilang masa tu sebenarnya). dah ada kat BARAM tu, tau-tau je la. sume makanan nampak sedap. hatta, tengok ikan kembung goreng pun air liur aku dah meleleh. tapi, sib baik iman di dada masih kuih. so, kitaorg beli ala kadar je. janji ade mende manis nak wat pencuci mulut. (kononnya).

sampai umah mak lam kul 6.30 gitu. aku terus mandi sebab dah kena ujan kan. pastu dok lepak2 tunggu azan maghrib. masuk je maghrib, aku pun terus makan dengan jayanya sampai sebu la perut aku dibuatnya. nasib perut aku ni jenis kecik, takleh masuk banyak sekali makanan. kalau tak, mau licin kuih-kuih tu sume aku telan. sib baik la.... pas makan aku terus terduduk, sampai lupe nak semayang manghrib. isk... sesia je pose aku ari ni.. sok takmo wat camni dah. nak makan sikit2 je. hihihihi. kita tengok je la.

MENU LAUK BERBUKA POSE SEMALAM
  • ayam masak lemak cili padi
  • tempe goreng kicap
  • ikan keli goreng
  • sambal belacan (menu wajib)
  • sayur kangkung (masak pe aku tak tau)
  • kuih buah melaka
  • karipap
  • popia goreng
  • kuih cara
  • murtabak
  • meehon sup & mee kari (orang bagi)
  • air tebu
  • air nescafe
  • buah mangga
  • kurma
huhu. sungguh membazir. kuih banyak tak abes.


02 September 2008

N O V E L


hari ni aku bercita-cita nak mengabiskan baca novel terbaru karya RAM ni.
siri terakhir novel trilogi kisah
LAKSAMANA SUNAN ni baru je kuar.
novel yang aku tunggu-tunggu selama ni.
rindunya kat LAKSAMANA SUNAN.

pada sesiapa yang pencita novel,
aku sarankan korang bacalah novel trilogi ni.
HIJAB SANG PENCINTA ni siri terakhir.
kisah sebelumnya ada lam novel BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU.
korang mesti teruja dengan kisah epik thriller yang dipaparkan lam novel ni.

aku yang dah lama tggalkan bidang2 penovelan ni pun rasa teruja.

can't take my eyes of this novel.
tak sabar nak tau kesudahan cerita ni...

RAMLI AWANG MURSHID memang best la..

p/s: aku memang lemah bab buat summary ni..
kalau tak mesti aku ringkaskan tuk korang.

01 September 2008

K A C A U

hari ni dah start puasa.
jam dah masuk kul 3 pagi.
kejap lagi nak sahur.
orang lain dah enak dibuai mimpi.
aku masih terkebil-kebil depan pc.

nak kata tak mengantuk dah 8 kali menguap.
nak tido pulak tak boleh.
macam-macam benda aku dok pk.
nafas sesak. kepala sempit.

isk...kenapa dalam hidup mesti ada kenangan?
aku tak suka.... (rindu kenangan dulu)

R A M A D H A N

esok dah puasa. syukur la esok cuti. walaupun kat malaysia ni hanya negeri-negeri tertentu je yang cuti sempena ramadhan, (aku rindu nak dok johor)tapi kali ni dapat la jugak merasa cuti. kebetulan hari merdeka jatuh hari ahad, puasa pulak hari isnin, jadinya cuti ganti merdeka tu di bawak ke hari isnin. alhamdulilah.

kadang-kadang aku rasa pelik jugak tengok negara KITA ni. nama je negara islam, tapi bila sambutan-sambutan macam tu takde pulak nak bagi cuti. aku takdelah hadap sangat cuti tu, tapi orang kata sekadar meraikan bulan ramadan. bukan ke bulan ramadhan tu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, jadi apa salahnya kalau kita meraikannya. malaysia ni dah terlalu kebaratan. itulah kenyataannya. negara islam hanya pada nama je. nak wat cemana, aku tak ada hak nak menentukan tu sume. cuma aku ada kuasa untuk menentukan siapa yg ada hak. (apekah aku merepek..ayat tunggang langgang)

berbalik kepada bulan ramadhan, aku suka sangat bila tiba bulan pose. rasa lebih seronok menyambut bulan pose daripada raya. kalau raya tu, dia nye aura tu datang awal2 raya je. lam seminggu je rasa excited. tapi, kalau bulan pose tu, sepanjang bulan tu aku rasa excited. rasa syahdu je. petang-petang boleh g bazar ramadhan. macam2 juadah ade. macam-macam gelagat manusia ade kat situ. kadang-kadang masa tu la baru kita terserempak ngan member2 lama. ala-ala reunion gitu. lagi satu time pose ni la kita senang nak cari makanan. bazar ramadhan melambak2. macam2 jaudah ade. tggal tunjuk je nak yg mana. pastu, time ni la baru le kita leh dok berkumpul makan sesama ngan keluarga, atau kawan-kawan ke. sebab sume org akan makan pada waktu yg sama. kalau hari-hari biasa tu cukup susah nak dok berkumpul macam tu.

masing-masing ade je aktiviti. bulan pose ni la baru senang nak kumpulkan. rezeki pun murah. ade je jemputan berbuka puasa sana sini.

masa ni la kita ngan family sibuk2 nak pilih baju rasa. tema kaler ape. nak sedondon la. nak langsir cenggitu cenggini. buat biskut raya (lama dah tak buat..rindu masa dulu). sibuk antar kad raya (dulu la...skrg sms, mms je...). pastu siap wat list nek g beraya umah sape.. erm.. banyak kelebihan bulan pose ni. aku tak tau nak cerita macam mana. korg pun mesti tau kan.
sesunggnya aku sangat menyukai bulan ramadhan.

p/s : aku tak boleh nak teruskan entry aku ni sebab kenangan lalu asik la datang menganggu. jiwa kacau.