16 September 2008

. melayan perasaan .

untuk apa lagi kita meneruskan
andai tiada kemesraan
teramat sayang untuk ku buang
namun pahitnya untuk ku telan

satu masa dulu kau lah penyeri
tetapi kini tiada lagi
bukan salah aku putus percintaan
kau yang dahulu memulakan

keegoan diri tak pernah kau akui
hingga ku sering memakan hati
jika sekali dua itu tak mengapa
masih mampu ku pertahankannya

berkali ku suarakan sekerasnya kau nafikan
terpaksalah kata akhir jalan terbaiknya untuk kita
walau hati masih sayang
walau hati kan berdarah
ku terpaksa melangkah

biarlah aku bertemankan sepi
dari tergantung tidak bertali

hmm...aku rasa bait-bait lirik lagu kat atas tu tepat-tepat kena sebijik kat aku. kadang- kadang aku jadi takut bila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. mungkinkah aku akan menyanyikan lagu pelamin anganku musnah tuk kali kedua?? oh tidakkkkk!!. not again. cukup la sekali tu je aku terpaksa menghadapi situasi macam tu. takkan kali ni pun macam tu kot?? aku tak nak la weh. tapi....

kalau dah macam tu keadaannya macam mana nak teruskan? letih la beb kalau asik aku je makan hati. orang lain makan hati hari-hari boleh gemuk tau. tapi, aku makan hati hari-hari jadi makin kurus. dah le aku memang sekeping. takkan nak tengok aku tinggal rangka je kot? sampai ke hati nak tengok aku macam tu? huh, kalau ini dinamakan pengorbanan, perlukah aku terus berkorban? asik berkorban je, lama-lama boleh terkorban. letih la beb!

aku dah penat!!

4 comments:

ARWEEN said...

salam
can i add ur url at my blog????

13may said...

parah parah...

baik layan kepala...jgn layan perasaan yea beb :)

-flip.flop- said...

arween
kecik tapak tangan, gua niah saya tadahkan..

13may
memang dah tahap kronik dah ni.. layan kepala lagi besttt....

ARWEEN said...

hmm baru jerk karoke lagu nie
sgt sumbang tp kuteruskan jgk