03 September 2008

.ketamakan di bulan pose.


betul la orang kata. bulan puasa ni memang bulan yang penuh dugaan. especially bab makan ni. tengahari semalam kat opis lagi aku dah sms mak aku "mak, ari ni masak lauk ayam masak lemak cilip padi ngan tempe goreng kicap". hehe. mentang-mentang mak aku ada sini, main order je. sambil order tu, aku dah terbayang-bayang keenakan lauk pauk tu sume. isk..memang menggoda iman la. kurang sket dah pahala pose aku.


petang semalam pas amek .love. kat puchong (aku ajak dia berbuka kat umah mak), dia ajak aku gi BARAM.. nak cari kuih katanya. ikutkan aku malas nak beli kuih-kuih ni sume, bukan makan sangat. nafsu nak membeli je. lagipun aku dah dok terbayang-bayang lauk ayam tu. lagi pulak adik aku msg kata mak masak sekali ikan keli goreng. huhu. lagilah meleleh air liur aku. dua-dua lauk feveret aku. tapi, takmo kecikkan ati si .love. ni, aku pun mengikut sajork. dengan meredah hujannya. (mood aku dah ilang masa tu sebenarnya). dah ada kat BARAM tu, tau-tau je la. sume makanan nampak sedap. hatta, tengok ikan kembung goreng pun air liur aku dah meleleh. tapi, sib baik iman di dada masih kuih. so, kitaorg beli ala kadar je. janji ade mende manis nak wat pencuci mulut. (kononnya).

sampai umah mak lam kul 6.30 gitu. aku terus mandi sebab dah kena ujan kan. pastu dok lepak2 tunggu azan maghrib. masuk je maghrib, aku pun terus makan dengan jayanya sampai sebu la perut aku dibuatnya. nasib perut aku ni jenis kecik, takleh masuk banyak sekali makanan. kalau tak, mau licin kuih-kuih tu sume aku telan. sib baik la.... pas makan aku terus terduduk, sampai lupe nak semayang manghrib. isk... sesia je pose aku ari ni.. sok takmo wat camni dah. nak makan sikit2 je. hihihihi. kita tengok je la.

MENU LAUK BERBUKA POSE SEMALAM
  • ayam masak lemak cili padi
  • tempe goreng kicap
  • ikan keli goreng
  • sambal belacan (menu wajib)
  • sayur kangkung (masak pe aku tak tau)
  • kuih buah melaka
  • karipap
  • popia goreng
  • kuih cara
  • murtabak
  • meehon sup & mee kari (orang bagi)
  • air tebu
  • air nescafe
  • buah mangga
  • kurma
huhu. sungguh membazir. kuih banyak tak abes.


5 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

arghh...sedapnya..kenapa? kenapa perlu mengepos gmbar makanan yg lazat di sini? kenapa?(sambil terus berlalu ke bazar ramadhan);)

haJa*darLingZ said...

syoknye mak ada masakkan...aku smlm g BARAM pun laki aku bg masa stgh jam je..huhuhu

-flip.flop- said...

~cinta milo ais~
hihihi...saje nak menguji kesabaran korang di bulan puasa.

haja*darlingz
huh, setengah jam je? aku setengah jam buat ilang2 taik mata je.. hehe

K.A.M.I said...

mkn x ingt dunia..x smyg lak tu..ish ape nk jadik nih..hoho

-flip.flop- said...

sedap woo...hari2 aku makan sedap..mak masak..huahahha... mesti ko makan nasi bungkus je kan...