29 January 2009

. aku yang tertekan .

Hari ni aku malas nak updet blog, juga malas nak buat keje kat opis. So, dari pagi tadi aku dok bz membaca blog kawan-kawan dan juga melompat ke blog yang lain. Mula dari blog HIDD, aku lompat ke blog ARWEEN. Pastu sekodeng blog FARAH dan WADAH pulak. Kemudian dari blog diorang aku menyinggah blog yang lain-lain. Banyak sangat. Tak larat aku nak taip sini satu-satu.

muka ada sinyummm!!


Aku memang suka baca blog orang lain. Suka baca kehidupan orang. Yer la, jalan hidup manusia ni tak semua sama. Sebab tu aku suka baca. Dapat pengalaman yang berbeza. Tapi kan.. aku rasa pelik la. Selalunya aku rasa happy je baca blog orang lain. Tapi hari ni aku rasa TERTEKAN pulak. Sebabnya...... kebanyakan blog diorang tu sume citer pasal orang KAWEN atau citer pasal dapat BABY baru. Member tu kawen, member ni kawen. Takpun kisah diorang sendiri yang sibuk membuat persiapan kawen. Ade yang dapat anak buah. Ade yang sedang tggu masa nak bersalin. Haih. Aku jeles ar!! Bila nak sampai turn aku nie???


Sekian dari aku yang tak rasional.
(wanita yang tak kawen dan dikelilingi kawan-kawan yang dah kawen)
Yer, itu sangat tertekan. :-p

27 January 2009

. cerita cuti 4 hari .

Dah habis cuti. (ikon muka tension)


Cuti 4 hari ni dihabiskan oleh aku dengan hazab sekali.

Ok, aku tipu. Sebenarnya, cuti 4 hari ni dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang amat berfaedah sekali. Cuti kali ni la aku rasa macam masa aku tak dibuang begitu sajer. Biasanya time cuti aku akan terbaring kat atas katil macam orang lumpuh. Bangun pun sekadar untuk mengisi perut dan mandi. Tu pun kadang2 tak mandi selama dua hari. :-). Yer, terima kasih kat mak aku sebab ----> dok ngan mak telah menjadikan aku makhluk paling pemalas kat muka bumi ni. :-P.



Sabtu - My Best Fren Wedding

Plan nak betolak seawal jam 8.30 pagi terpaksa ditangguhkan sebab aku terlewat bangun . :-D. Tu le padahnya kalau dah tau nak bertolak awal tapi malam sebelumnya masih lagi berpoyo-poyo menonton wayang dan berkaraoke tak hengat donia. Sudahnya jam 10.30 baru bertolak. Tu pun dua tiga kali berpatah balik sebab teringgal wallet, duit dan henpon. Tah hape aku pikir agaknya sampai benda-benda penting macam tu pun leh lupe. Cis!


hilang lagi sorang kawan baik :-(


Cerita pasal member aku ni, dia ni salah sorang kawan baik aku masa sekolah-sekolah dulu kat Muar. Aku pun tak ramai sangat kawan baik. Kawan yang aku ade masa tu, dia ni (ZURA) dan sorang lagi (DILA). Masa sekolah dulu, Zura ni selalu kena kutuk ngan kitaorang sebab dia ni skema. Kuat belajar dan takde pakwe. Hehehe. Dia selalu marah kitaorang (Aku & Dila) sebab kitaorang selalu main pakwe-pakwe. Dia kate mende2 tu semua buang masa. Yer la Zura, baru sekarang aku sedar. Sudahnya sekarang aku ngan Dila yang banyak pakwe masa sekolah dulu jugak yang tak kawen2. Zura yang skema dan takde pakwe ni pulak yang kawen dulu. Haih! Nasib. Nasib.

dua orang yang kesian. huhu. hanya mampu tumpang pelamin orang je.
bila la time kami agaknya.


majlis perkahwinan kawan adalah tempat reunion paling strategik sekali.
(kalau nak jumpa sesaje, haram mmg takde)


Selamat Pengantin Baru buat Zura & Suami!


Ahad - Lepaking at My Grandma House.

Tak buat pape. Just lepak-lepak umah atok aku. Memandangkan parents aku dah pindah KL, makanya kalau terasa sangat nak balik kg, kat umah atok aku ni la tempat menumpang. Aku pun memang suka balik kampung. Dulu-dulu masa parents aku masih di kampung, hampir setiap minggu aku balik kampung sampaikan housemate aku masa tu cop aku "Ratu Balik Kampung". Huhu. Maunya tak, cuti sehari pun aku nak balik kampung. Tak tau la kenapa,tapi aku suka kampung aku. (Walaupun tak boleh nak dikelaskan sebagai 'kampung' sangat disebabkan pembangunan yang pesat). Dan aku dengan bangganya menganggap aku sebagai anak jati kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar, Johor! Yer..yer..aku tau.. aku tersangat Johorean. Nak wat cemana,dah memang aku dilahirkan kat situ. Kat umah atok tu jugak dan sememangnya umah atok aku tu memang menyimpan pelbagai nostalgia buat aku. Yer la, dalam banyak2 cucu atok yang seramai 50 lebih tu hanya aku adik beradik je yang merasa tinggal ngan atok aku. Ok, itu akan aku ceritakan di ENTRY KHAS yang lain. (kalau citer sekarang mau lima muka surat entry aku nie). Hehe. Buat masa ni biarlah aku beremosi sendiri mengimbau kenangan lalu. :-)

posing baik punya depan umah atok aku.


Ok, penat beremosi...time to go back putrajaya. Yay!! Aku balik ngan adik-adik aku je dulu. Mak pak aku balik kendian. Sampai Putra dalam kul 7 lebih. Kemas-kemas ape yang patut, then kul 11 tu terus terbongkang tak sedarkan diri. Mak aku sampai pun aku tak sedokan diri. Gile penat. (Penat ape pun aku tak tau). Hehe.


Isnin - Sesi mengemas rumah dan membawa adik-adik keluar berjalan.

Perkara yang paling aku benci bila pindah umah ialah ---> mengemas rumah dan barang-barang yang berpacking tu. Sebabnya aku ade masalah---> tak tau nak start mengemas dari mana. Tapi, aku gagahkan juga. Mana tahan aku tengok kotak-kotak bergelimpangan kat rumah tu. Hajat di hati konon-konon nak mintak adik-adik aku tolong aku mengemas. Tapi, makin bersepah rumah tu dibuanya adalah. Sudahnya aku terkontang-kanting mengemas umah sorang-sorang. Start dari kul 11 pagi dan siap sepenuhnya kul 6 petang. Yay! Berjaya jugak akhirnya. Dan sekarang barulah boleh cakap RUMAHKU SYURGAKU. Barulah boleh menerima tetamu. Hehe. So, sesape yang rase nak datang umah aku, leh la datang yer. Jangan lupe bawak buah tangan. Buah dada dan buah pele tidak diambil kira. Eheee...Gile lucah!

Habis mengemas, tunaikan janji tuk adik-adik aku pulak. Beria soh bawak g taman. Adik aku yang kecik tu dari aku celik mata lagi dia dah ajak g taman permainan kat bawah umah aku tu. Aku wat bodoh je sebab sibuk kemas umah. Sampai tertido-tido la dia tggu. Dah le tu bila aku bawak turun, dia leh demand pulak taman yang ade buai. Taman permainan yang kat Blok umah aku tu, takde buaian. Kalau nak, kena g taman yang depan sket. Tak jauh pun, jalan kaki 7 langkah dah sampai. Cuma kena melintas jalan jer. Ehee. Sampai sana bukan adik aku yang main. Aku yang beria main buaian tu. Gile jakun. Masa kecik-kecik dulu tak puas main buai. Dah besar ni rasa teruja pulak. Sib baik takde orang kat situ, so boleh la aku bermaharajalela kat situ Yes lah!!

muka puas dapat main buaian.


adik aku tension sebab tak dapat main buai. Hihi


Then, gi makan-makan kat Taman Warisan. Barulah aku sedar rupanya dari pagi perut aku tak di isi makanan. Cis,patutlah asik berbunyi je dari pagi. Agaknya adik-adik aku makan pe ar dari pagi tadi? Ah, abaikan...Yang nyatanya diorang tak pensan pun sebab lapar. Hehehe. Kira okla tu kan. After makan-makan sampai nak pecah perut, tetiba terasa nak karaoke pulak. Abes aku angkut adik aku sume g karaoke. Adik aku yang kecik tu, bleh pulak dia memekak. Cakap kuat-kuat nak pergi karaoke. Abes sume orang dengar. Bila aku marah jangan bising-bising,dia sound aku pulak "kenapa tak boleh cakap kuat-kuat". Haih! Budak...budak..

Tempat karaoke tu akhirnya di konker oleh adik aku yang second last tu. Gile nyanyi tak ingat dunia. Bukan main happening lagi dia siap berjoget-joget, hangguk-hangguk kepala. Yang aku pelik tu, sume lagu dia tau pula tu. Patutlah selalu beria google lirik lagu. Ni rupanya hasilnye. Isk, tak boleh diajar ni. Tak boleh dibawak selalu gi karaoke. Rosak nanti budak ni (macam kakak dia). Hehe. Habis karaoke terus shoot balik umah mak aku di Subang.


Selasa - Dating Time. Yay!!

Hari terakhir cuti baru dapat gi dating. Ehee. Well, yang ni i can't say much. Cukuplah sekadar aku cerita yang aku keluar jumpa DIA, lepak-lepak, tengok wayang dan jalan-jalan. Nothing much we do, but i still feel happy. And sebenarnya inilah hari yang akan buat aku senyum sampai ke telinga tuk sepanjang minggu nie. Thanks to MY MYSTERIOUS MAN for the happy moment!


22 January 2009

. bilikku syurgaku .

Entri ini mengandungi banyak gambar.
Harap maklum.

ni bilik aku masa umah aku sewa aku kat presint 9. masa ni bilik simple jek. maklumlah baru keje. sengkek lagi masa tu. tema kaler bilik aku masa tu, oren. aku pun tak tau kenapa aku pilih kaler oren. tapi, masa tu aku memang nak suasana yang ceria. barulah nampak remaja. hehe



yang ni pulak, umah yang dok kat presint 11. masih mengekalkan konsep ceria dan remaja. cuma kaler bilik je aku tukar pink dan merah. aku pun tak tau kenapa aku pilih kaler cenggitu. nampak cam tak kena je ek?



ni pulak bilik aku paling sempoi. tak sempat nak hias lagi, aku dah pindah. tema masa tu ijau. aku berangan masa tu nak buat konsep retro la konon sebab tu pilih cadar bulat2 tu. tapi, tak kesampaian hajat aku rupanya.



yang ni pulak bilik aku yang last sebelum pindah ari tu. konsep masih sama, ceria dan remaja gitu. huh, nampak sangat aku ni belum matang. hehe. tapi, kali ni aku tak cat plain. aku wat stripe kat dinding utama tu. kaler purple n pink cam nak gile aku cat sorg-sorg. memang leceh la, tapi aku puas hati.


sekarang ni aku tak tau nak wat tema ape tuk bilik aku. aku rasa cam nak buat bilik aku nampak matang dan elegen. tapi, cam takde ide la pulak. aku still lagi suka kaler2 yang ceria. tapi, rasanya cam tak sesuai pulak ngan umo aku skrg. buat kaler2 striking ni nnt nampak cam tadika la pulak. isk..pening..pening.. nak biar cenggitu je memang bukan stail aku le.. aku memang suka porak porandakan bilik aku. kata bilikku syurgaku. haruslah nampak menarik. barulah ade mood nak tido (walaupun sebenarnya aku lebih gemar tido depan tv)


Contoh bilik tidur yang menjadi idaman aku...

Peh, kalau dapat camni..mau aku tak keluar bilik. Rase tenang je. Tapi, cam simple sangat la pulak. Cam kosong je.


Yang ni pun ok. Kaler merah putih. Tapi, nampak cam budak-budak la pulak. Mungkin kalau aku ade anak esok, leh la buat bilik anak aku macam ni :-)


Yang ni pun aku suka jugak. Nampak moden dan elegen. Material sume putih. I likee! Wardrobe pun beso gile. Huhu. Bes..bes..


Aku berkenan kat katil tu je. Gile ah, kalau dapat katil cenggini harus aku tak bangun dari tido.


Yang ni pun cantik jugak.
Haih. Banyaknye yang aku berkenan.
Susahnye nak buat pilihan.


Tapi, akhirnya aku rasa aku jumpa jugak yang sesuai ngan jiwa aku.
Tadaaaaa


Yes la! Aku rasa konsep bilik cenggini paling sesuai ngan jiwa aku. Aku suka sebab dia ade rak buku dan juga buah epal atas katil tu. Hihi.

Takdelah...sebenarnya aku memang suka kalau dapat bilik camni. Memandangkan aku ni suka buku (bukan ulat buku, tapi yang jenis membiarkan buku berulat..sebab tak bace), jadinya konsep begini paling sesuai ngan aku. Tapi, lagi best kalau bilik aku tu mengadap laut. Bley bace buku sambil mendengar deruan ombak dan juga dihembusi angin sempoi-sempoi bahase.
Peh, heaven giler!!


Bila la agaknya nak dapat bilik idaman camnie.....



18 January 2009

Pindah.

Aku pindah lagi.

4 tahun aku kerja kat Putrajaya, 4 kali aku pindah rumah.

Mula-mula kerja dok kat flet hijau presint 9 (flet yang paling glemer tuk orang baru-baru kerja ). Setahun pastu, owner umah tu plak nak jual umah tuh. Terpaksa la kami seisi rumah yang ade 7 orang tu pindah. Then, aku nye pandai pegi sewa umah kerajaan (kuarters) kat presint 11. Abang yang dapat kuarters tu pun pandai sangat gi sewakan umah tu kat kitaorg. Sekali kantoi. Hambek ko,kena pindah serta merta. Pastu, aku sewa umah kat seri kembangan pulak. Setahun aku dok situ, then owner umah tu nak dok situ pulak. Taik kucing betul la. Terpaksalah aku pindah lagi. Sib baik dapat umah kat area2 situ jugak. Aku suka sangat dok area situ. Kawasan kejiranan yang baik la bagi aku (walaupun aku sampai la ni tak pernah bertegur sapa ngan jiran sebelah umah) . Kebetulan pulak masa tu aku memang merancang nak nak kawen.So, beria-ia la aku ngan tunang aku cari umah sewa. Owner pun baik. Sewa pun ok la. RM 400 tuk umah teres 3 bilik. Ok la kan. Mana nak dapat sewa rumah camtu skrg.

Tapi, panas ku jangkakan hingga ke petang, sekali ribut petir di tengahari. Pas aku putus tunang tu, aku terus tak balik umah sewa aku tu. Dekat 3 bulan jugak la. Sanggup aku berulang putrajaya-subang (kebetulan family aku dah pindah subang). Bukan ape, aku cam tak bleh nak dok umah tu. Dengan emosi yang tak menentu tu, kang macam-macam leh jadi. Baik aku dok ngan family aku jek. Takdelah bosan sangat. Tapi, aku still bayar sewa tuk umah seri kembangan tu. Lama-lama bila aku pikir balik, rase cam rugi pulak bayar sewa tapi tak duduk. Dan lagi satu aku memang dah tak larat dah nak ulang alik putrajaya-subang. Minyak ngan tol je bley wat aku jadi gile. Ehee..Lagipun, aku selalu sampai opis lewat. Mana larat beb asik kena sindir je ngan bos. So, atas kesedaran tu, nampaknya aku kena buat sesuatu.

Akhirnya, aku wat keputusan tuk apply kuarters, then ajak family aku dok sekali ngan aku. Kebetulan pulak diorang kate skrg kalau apply kuarters, bujang tak payah share 3 org. Family aku pun sape je yang ade...mak aku ngan adik aku yang kecik tu dua org. Kira ok la tu. Akupun takdelah kena dok sorg2.. Dok ngan mak, nanti mak aku leh masak tuk aku yang pemalas ni. Eheee....

Walaupun aku sebenarnya tak rela nak pindah, tapi aku rasa wat masa ni, ni je pilihan terbaik yang aku ada. Dan semalam aku dah pun selamat pindah umah. Siyes, aku rasa sebak sangat. Tak tau la nape. Tapi, aku sayang sebenarnya nak tingakan umah tu. (Penat je aku cat umah tu lawa-lawa....uwaaa..). Skrg ni rase malas pulak nak hias umah. Tadek mood lagi. Mood sebak masih menghantui diri aku.

Saat-saat terakhir sebelum pindah.



Pindah la sebelum anda dipindahkan ke kubur. Sebab kalau dah pindah masuk kubur, tak boleh nak pindah2 lagi. Hehe.

14 January 2009

. entry khas .

[entry ni khas untuk kawan aku..Kak Linda. Kalau korang tak nak bace pun takpe]


Kat atas ni gambar kawan baik aku.
Nama penuh dia Sharifah Norlinda bt Syed Mohd Ali.
Nama glemer dia saripah nor atau linda.
Tapi, dia tak suka orang pangil dia saripah nor.
Jadi kalian boleh panggil dia linda ok.

Aku kenal dia dah lama. Sejak aku masuk keje. Kitaorang satu opis. Tapi, kenal-kenal gitu je la. Kitaorang rapat sejak tahun lepas kot. Melalui seorang kawan jugak. Mula-mula tu aku cam susah sikit la nak ngam ngan dia ni. Maklumlah aku kan jenis susah nak bergaul ngan org. Tapi, saripah nor ni memang selamba. Disebabkan keselambaan dia ni,maka aku yang malu-malu taik kucing terus jadi tak berapa nak malu. So, kitaorang pun terus jadi ngam macam kembar siam sampaikan kawan kami yang kenalkan kami ni terasa la dek kemesraan aku ngan saripah nor nie.

Aku pun tak tau la nape aku leh ngam ngan dia. Mungkin jugak sebab dia nie jenis selamba. Suka wat lawak. Atau mungkin kitaorang mempunyai komunikasi yang berkesan. Yer, komunikasi itu penting dalam sesebuah hubungan even hubungan kawan. Tapi, paling aku suka sikap terus terang dia. Kalau dia tak suka, dia cakap jek. Tak macam sesetengah 'kawan' yang aku kenal. Tak suka tapi tak nak terus terang ngan aku.Pegi bercerita kat kawan lain. Sorry, aku paling tak suka manusia macam ni. Kalau tak suka, sila cakap terus terang. Yer la, sebagai manusia, kita memang tak sedar kita wat silap. Sekurang-kurangnya kalau ko cakap ngan aku, aku tau la salah aku. Ni tak, simpan dalam hati..pastu bercerita kat belakang aku. Golongan macam ni, memang akan aku 'kick dari senarai kawan aku.


Ok, back to citer aku ngan saripah nor ni tadi. Kitaorang ibarat kembar siam. Dimana ada dia, kat situ ada aku. Dialah teman aku bekpes pagi-pagi. Dialah jugak teman seanugerah 'pelanggan paling kerap ke Alamanda'. Teman tengok wayang. Teman karaoke. Teman aku nak citer pasal pakwe aku. Teman aku mengutuk orang. Teman pergi sopin. Dialah jugak orang yang bertanggngjawab meranapkan duit aku. Kalau kuar ngan dia, baik aku tak nak beli barang tu pun jadi 'terbeli' tau tak. Kak Linda..ko memang pakar memanipulasi orang kan.. hehehe.. Pendek kata kan, buat masa ni memang dia kawan terbaik yang aku ada. (aku pun memang tak ramai kawan)

Seingat aku la kan, kitaorang tak pernah gaduh lagi wat masa nie. Akan datang tak tau la. Tapi, harap-harap tak jadi la macam tu. Lagipun macam takde ape je yang nak digaduhkan. Dah besar-besar camni memasing tau peranan masing-masing. Terkecik ati ke atau tercemburu tu perkara biasa la. Mungki aku cemburu dengan apa yang dia ada or kecik ati ngan lawak dia ke. Tapi, setakat ni sume under control. No big deal. Tu sume normal bagi aku. (akak, ko ade kecik ati ngan cujen tak?) Kalau ade baik cakap sekarang! Ehehehe.



Tapi kan....

Pagi tadi aku dapat sms macam ni. (Dari Kak Linda)

"akak cuti ari nie. MC dua hari. Doc soh rehat kat umah sebab rahim tak kuat. Memang dah confirm. 6 minggu"

Lebih kurang camtu la sms nye. Aku pun dah lupe. Sebab dah delete. Tapi, maksudnya lebih kurang gitu la..

Wallaaaa....tak lama lagi aku dapat anak angkat le. Huhu..terujanya. Er, lupa pulak.. Kak Linda ni dah kawen.. (sorry la akak, nampaknya saham akak jatuh merudum la pasnie...eheee). Dan dia memang menunggu saat-saat doc kate "tahniah..anda mengandung" . Ehee..ye ke? Walau apa pun aku tumpang gembira untuk dia. Dan aku pun sangat teruja. Cemana la rupa dia kalau mengandung. Abeslah akak, baju kebaya ketat akak tu leh derma kat umah kebajikan. Eheee..

Dalam kegembiraan aku, terselit jugak rasa sedih. Lepas ni takde la kawan aku nak ajak tengok wayang. Kawan nak ajak karaoke. Kawan nak lepak2 kedai mamak. Kawan nak meronggeng rokiah lagi. Huk..huk...huk...cedihnyer.... Habislah pasni aku kena g alamanda sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Karaoke sorang-sorang. Cis. Tetiba aku pun rasa nak ada anak sekarang. Huwaaa......



Akak,bile nak pergi modernmum???
(tak sabar nak tengok pakai baju mengandung)
Hihihi.

. keretamayat [Iklan] .

Tengah boring-boring sambil marayau-rayau kat blog orang, tetiba aku sampai kat satu blog ini




Aku rasa blog ini sangat bagus. Tak caya korang bacalah sendiri.

Sekian.

13 January 2009

. experiment .

What would you think if a guy you dated says you just an experimen for him??

Yup, this guy yang aku baru kenal cakap macam tu kat aku. Sebabnya dia kata aku pelik. Actually I dont't think anything but I feel something. Something yang tak best la. I don't know what kind of experimen he did. But setau aku bahan experimen ni selalu tak kekal lama. Samada ia menjadi atau gagal. Kalau experimen gagal, makanya bahan experimen tersebut akan dibuang. Ibaratnya habis madu sepah dibuang la kot. Hoho.. maybe itu lah yang that guy tu maksudkan kot. Cis!! Ingat aku ni bahan kimia ke nak wat ujikaji.

Ok, i meet this guy bout couple week ago. Orangnya memang charming. Tinggi, kacak, badan sasa, putih, botak, ada kerjaya, sangat sweet, pandai amek hati, ada sense of humor gak. Pendek kata pada aku dia sempurna la. Dan aku rasa ramai gak gurl yang syiok kat mamat ni. Termasuklah aku kot. Hahahaha. Tapi, takkan la sebab ko tinggi, kacak, badan sasa......(ok, sila ulang kenyataan di atas) ko boleh sesuka hati nak buat gurl bahan experiman. Hamboi..hamboi..macam aku ni tak ada harga la pulak kan. Aku agak bengang jugak dengan kenyataan dia semalam tapi, satu yang harus dipuji sikap jujur dia tu. (tambah satu lagi kelebihan dia : jujur). Wallaa...aku ni lebih-lebih pulak. Padahal dia wat aku experimen dia jek! Hampeh betul. Takpe...sabar..sabar.. Azam tahun baru aku kan nak belajar bersabar. So, takat mende ciput camni takkan la nak amek hati kot. No heart feeling la beb. (ye ke?). Hehehe.

Persoalannya sekarang,

Should I stay or stay away from him?


Gambar sekadar hiasan. But it's right huh??
Men always thinking bout SEX.

08 January 2009

. akhirnya .

aku berjaya jugak mengimport blog aku dari friendster ke blogspot. clap..clap.. untuk diri sendiri. tapi, blogger hanya boleh import 50 post per day. kena amek masa jugak la nak buat benda ni. pening kepala aku dibuatnya. tapi, aku sangat puas hati. credit untuk penulis blog ini ----> http://thehunk.blogspot.com/

05 January 2009

. sherashi bershama .


Gambar zaman muda-muda.

Gambar ni dah lama dalam simpanan aku. Memang aku framekan dan letak kat opis aku nie. Jumaat lepas, sorang bos kecik kat opis aku ni masuk dok melepak dalam bilik aku ni. Then, dia terpandang la gambar aku ni.

"Boyfriend you ke nie?"

"haah"- aku mengiyakan aje. (Mungkin dia tak kenal kot. Ebi ni pun tak la popular sangat. Aku je yang minat cam nak gila)

"Jodoh panjang nie" - bos kecik

"Kenapa pulak?" - aku

"Sebab muka nampak seiras" - bos kecik


Hihihi. Aku gelak je lam ati.

Tapi, lepas tu aku terpikir jugak. Ramai orang cakap kalau muka kita ngan boyfriend kita tu seiras, jodoh panjang. Serasi la kiranya. Ye ke? Aku belum pernah lagi ada boyfriend yang seiras muka ngan aku. Tapi, kawan-kawan aku adalah jugak. Abang aku ngan kakak ipar aku pun muka ada iras-iras gak.

Tapi, aku kurang percaya sangat benda ni. Mungkin kalau muka kita seiras dengan pasangan kita, nampak serasi bila dipandang je kot. Agaknya la. Ada kawan yang muka langsung tak seiras tapi bahagia jugak. Yang muka seiras pun kadang-kadang bercerai berai jugak. So, terpulang pada kita la macam mana nak handle hubungan kita. Kadang-kadang walaupun muka kita tak seiras, tapi bila dah serasi tu, akan nampak seiras jugak. So, jangan percaya sangat menda ni.

Tapi, aku ada niat jugak nak cari pakwe yang muka seiras. Hehehe.
Sape-sape ade jumpa pakwe muka cam iras-iras aku, sila kenalkan kat aku yer. :-P

02 January 2009

. cuti cuti malaysia .


Al-kisahnya krismas lepas aku, hawa, azrul, eapit, ain ngan adik eapit telah pergi bercuti ke Pangkor. Ni kira percutian tanpa dirancang la kiranya. Eh, bukan..bukan.. Ni percutian yang dirancang last minit. Biasalah aku ni, memang tak suka nak plan awal-awal. Aku nye stail 'up jadi' je. Ada duit, ada masa, ada kawan....jalan....

Kitaorang sebenarnya (aku ngan hawa) memang ade niat nak pergi bercuti sama-sama. Cuma masa tak mengizikan. Mulanya rancang nak pergi Cameroon Highland. Tapi apesal tah tetiba tak jadi. Aku memang fobia sket gi tempat-tempat tinggi ni. Fobia nak naik bas jauh-jauh. Lagipun aku rasa jalan nak ke Cameroon Highland tu cam tak selamat je. Bengkang bengkok. Belok sana. Belok sini. Alangkan jalan kat Bukit Putus tu pun aku takut, inikan pulak jalan nak ke Cameroon Highland tu. Kalau betul nak pergi pun, aku nak makan ubat tido sebelum pergi. Nanti tau-tau je dah sampai Cameroon. Hehehe.

Setelah kata putus dibuat, kitaorang pun pilih Pangkor je sebagai lokasi percutian. Cis, aku bercita-cita nak bercuti kat Maldives sebenarnya. Tapi, takpelah...aku bayangkan je la Pangkor tu cam Maldives. Nak wat cemana. Orang miskin cam aku ni, mampu cuti-cuti Malaysia je la. Tu pun duit aku korek tabung katak aku. Hinanya.....

Ok la berbalik pada cerita tadi. Asalnya kitaorang nak gi sana tuk 2 ari 1 malam je. Tapi, rasa cam tak berbaloi la pulak. Ye la pergi hari khamis pagi. Sampai sana dah tentu la petang. Petang aktiviti pe je leh buat. Takat mandi-mandi kat pantai. Pastu esoknya dah kena balik. Isk..tak boleh..tak boleh... takat nak mandi pantai, baik mandi kat pantai PD je. Takpun, aku tiup je kolam plastik tu, isi air..pastu dok la berendam ngan adik beradik aku. Huh.Maka, atas kesedaran tersebut kami telah membuat persetujuan untuk stay sana selama 3 hari 2 malam. Tapi, kitaorang tak amek pakej. Pergi backpack je. Main redah je. Chalet pun nasib baik ade. Kalau tak, terpaksalah kitaoran bentang towel kat pantai pastu tido beramai-ramai kat situ sambil mengadap bintang-bintang bertaburan di angkasa.

Kitarang stay kat Teluk Nipah. Apa nama chalet tu pun aku tak ingat la. Nizam ke Mizam tah. Boleh la.. dah nama pun chalet kan. Takkan nak demand lebih2 pulak. Kalau nak rase servis bagus, bajet pun kena masyukk.. Takat bajet ciput, memadailah dok situ. Kalau miskin wat cara miskin ok.

Hari pertama tu tak buat apa pun. Just mandi-mandi kat pantai je. Pastu malam pulak hujan. So, memang melepak di bilik la jawabnya. Esoknya kitaorang g snokerling. Tapi, yang tak bestnya aku tak snorkeling pun. Aku ngan adik aku (ain) dok je kat tebing-tebing laut tu. Kitaorang memang penakut laut sebenarnya. Tapi, ada hati nak snokerling. Walaupun dah pakai safety jacket, aku still rasa cam tak selamat. Asal la aku asik rasa nak tenggelam je. Aku rasa safety jacket tu dah tarikh luput la. Sebab tu la rasa nak tenggelam jek. Lagipun kami memang tak pandai berenang. Nasib la kan... Si hawa boleh la snokerling sebab dia ngan pakwe dia. Ape-ape hal pakwe dia leh selamatkan. Aku ngan adik aku? Kalau apa-apa jadi, memang mampu tengok je la sambil menjeri-jerit. Hmmm.....ape nak buat...

Sudahnya aku ngan adik aku balik bawa luka kat badan dan juga di hati. Maunye tak. Kat situ dah la banyak batu. Yang kitaorang punya pandai leh pulak dok atas batu-batu tu.Konon-konon abis selamat la dok situ. Pastu, sekali ombak datang...abes dia hanyutkan kitaorang. Memang terkontang-kanting le masa tu. Padahal aku dok elok-elok je atas batu tu. Tapi, bila time ombak, mesti aku rase cam nak terpelanting. Ombak jahattt..... Mungkin jugak faktor kekurusan badan kami yang cam biskut hup seng ni yang buatkan kitaorang tak stabil. Memang terus ilang mood aku tuk ari tu...tensen je tangok orang lain snorkeling. Aku pulak dok diam-diam atas batu macam patung cendana. Cis!!

Malam pulak kitaorang buat BBQ. Mengada sangat nak wat BBQ kat pantai. Konon nak menghirup udara segar sambil menikmati angin sempoi-smpoi bahasa. Amek ko kena bbq dalam gelap. Tu la orang dah kate wat kat chalet tu je. Nak sangat buat kat pantai. Sib baik aku tak mati tercekik tulang ikan. Kalau tak, jenuh jugak la mak bapak aku nak kena melawat pusara aku kat Pangkor tu. Tapi kan yang tak bestnya eapit ngan adik dia tak join bbq sebab gaduh ngan aku. Dia la...emosi terlebih. Tah pape tah. Kan dah rugi tak dapat jib BBQ. Kitaorang sedap-sedap mencekik, dia leh bantai dok lam bilik. Nasib lerr......Pas abes bbq, aku ngan adik aku jalan-jalan cari souveneir. (kononnya la). Padahal aku beli souveneir tuk aku sendiri. Hihihihi.

Esoknya kitaorang dah berambus balik KL. Tu je la yang mampu aku ceritakan kat sini. Tak ada wat ape pun. Pergi pun tak ramai kan. Aktiviti pun kurang. Lagipun, aku memang pergi sana tuk jalan-jalan buang masa + buang duit je. Nak release2 tensen jek (tapi hakikatnya bila balik KL akulagi tensi...apehal????).

So, this year kalau ade duit lebih aku cam nak pergi Bali. Kalau tak pun Pulau Perhentian je kot. Ok, masa tuk mengumpul duit dari sekarang.

Tata.

. tak mungkin kerana sayang .


Setiba kita di persimpangan. Langkah kita tak lagi sehaluan. Bermula saat itu tidak senada irama dan lagu. Begitu hidup ini. Tiada yang abadi. Yang patah tumbuh. Yang hilang berganti. Kau telah jauh, jauh dariku. Tiada ruang di hati buatmu. Namun harus ku akui. Ada ketika di minta kau menjelma kembali. Sekali sekala ada. Ada rindu yang datang tiba-tiba. Tak mungkin kerana sayang. Cuma terganggu oleh perasaan.