18 January 2009

Pindah.

Aku pindah lagi.

4 tahun aku kerja kat Putrajaya, 4 kali aku pindah rumah.

Mula-mula kerja dok kat flet hijau presint 9 (flet yang paling glemer tuk orang baru-baru kerja ). Setahun pastu, owner umah tu plak nak jual umah tuh. Terpaksa la kami seisi rumah yang ade 7 orang tu pindah. Then, aku nye pandai pegi sewa umah kerajaan (kuarters) kat presint 11. Abang yang dapat kuarters tu pun pandai sangat gi sewakan umah tu kat kitaorg. Sekali kantoi. Hambek ko,kena pindah serta merta. Pastu, aku sewa umah kat seri kembangan pulak. Setahun aku dok situ, then owner umah tu nak dok situ pulak. Taik kucing betul la. Terpaksalah aku pindah lagi. Sib baik dapat umah kat area2 situ jugak. Aku suka sangat dok area situ. Kawasan kejiranan yang baik la bagi aku (walaupun aku sampai la ni tak pernah bertegur sapa ngan jiran sebelah umah) . Kebetulan pulak masa tu aku memang merancang nak nak kawen.So, beria-ia la aku ngan tunang aku cari umah sewa. Owner pun baik. Sewa pun ok la. RM 400 tuk umah teres 3 bilik. Ok la kan. Mana nak dapat sewa rumah camtu skrg.

Tapi, panas ku jangkakan hingga ke petang, sekali ribut petir di tengahari. Pas aku putus tunang tu, aku terus tak balik umah sewa aku tu. Dekat 3 bulan jugak la. Sanggup aku berulang putrajaya-subang (kebetulan family aku dah pindah subang). Bukan ape, aku cam tak bleh nak dok umah tu. Dengan emosi yang tak menentu tu, kang macam-macam leh jadi. Baik aku dok ngan family aku jek. Takdelah bosan sangat. Tapi, aku still bayar sewa tuk umah seri kembangan tu. Lama-lama bila aku pikir balik, rase cam rugi pulak bayar sewa tapi tak duduk. Dan lagi satu aku memang dah tak larat dah nak ulang alik putrajaya-subang. Minyak ngan tol je bley wat aku jadi gile. Ehee..Lagipun, aku selalu sampai opis lewat. Mana larat beb asik kena sindir je ngan bos. So, atas kesedaran tu, nampaknya aku kena buat sesuatu.

Akhirnya, aku wat keputusan tuk apply kuarters, then ajak family aku dok sekali ngan aku. Kebetulan pulak diorang kate skrg kalau apply kuarters, bujang tak payah share 3 org. Family aku pun sape je yang ade...mak aku ngan adik aku yang kecik tu dua org. Kira ok la tu. Akupun takdelah kena dok sorg2.. Dok ngan mak, nanti mak aku leh masak tuk aku yang pemalas ni. Eheee....

Walaupun aku sebenarnya tak rela nak pindah, tapi aku rasa wat masa ni, ni je pilihan terbaik yang aku ada. Dan semalam aku dah pun selamat pindah umah. Siyes, aku rasa sebak sangat. Tak tau la nape. Tapi, aku sayang sebenarnya nak tingakan umah tu. (Penat je aku cat umah tu lawa-lawa....uwaaa..). Skrg ni rase malas pulak nak hias umah. Tadek mood lagi. Mood sebak masih menghantui diri aku.

Saat-saat terakhir sebelum pindah.



Pindah la sebelum anda dipindahkan ke kubur. Sebab kalau dah pindah masuk kubur, tak boleh nak pindah2 lagi. Hehe.

8 comments:

nmmy84 said...

apepun katak2 mu itu jangan ditinggalkan ye.hihi.untung kuarters bujang skarang tak payah share2.time aku dulu masih share tapi meriah je pasal housematte best.selamat berpindah cujen!

cujen said...

katak tu kalau tinggal, mau demam aku dibuatnya....ehee

nAdiRah said...
This comment has been removed by the author.
nAdiRah said...

untung laa sape dpt dok kat umah lame ko neh. meriah. berkaler2.

susudalambotol said...

besar gak rumahnya :)

RySha sHaiRy said...

ooo..skang dh dok kuarters la..kat presint brp?kene tanya elok2 btul ker x yah share, kang x pasal2 ada plak yg JPM isi, haru nanti

ungu violet said...

dok kuarters kan senanggg?!!

nyonya*PIE said...

sian ko bnyk kali kena pindah ye...dok kueters senang..xyah pk nk bayo sewa bln2..