30 September 2007

:: kasih berubah ::

secara tiba-tiba
cintaku menjadi sangsi
kasihku menjadi dingin sekali
gusarku acapkali menganggu hati
curiga menjadi persoalan diri
aku semakin sangsi

akukah yang berubah hati
atau memang kasih dia dah tak ada lagi?

:: kisah tak sempurna ::

aku tak tau nak mulakan dari mana. tak tau sampaikan macam mana. tapi, ape pun aku kena jugak luahkan kat sini. kisah yang aku nak ceritakan / sampaikan kat sini, mungkin ade sesetengah dari korang dah tau. walaupun aku tak pernah umumkan secara rasmi, tapi adalah dua tiga sahabat yang rapat ngan aku dah tau citer pasal ni. bukan aku nak bukak pekung di dada atau cuba mencari simpati atau cuba nak mensesasikan citer hidup aku yang tak seberapa ni. just nak inform kawan-kawan sume yang aku dengan bawan dah takde ape-ape lagi. atau lebih tepat lagi, kami dah PUTUS TUNANG....

aku tau ramai yang akan terkejut dan macam-macam persoalan yang timbul. aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni. aku banyak buat silap, bawan pun macam tu jugak. antara kami sebenarnya takde keserasian. tapi, masing-masing tetap bertahan kerana ape? kononya sebab cinta yang mandalam. tapi, cinta je tanpa sefahaman, keserasian dan tolak ansur memang tak kemana. masing-masing dengan pendirian masing-masing. masing-masing dengan sikap ego tersendiri. akhirnya cinta yang dipertahankan musnah jua.


sia-sia sudah kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai disini...


bukan mudah untuk aku buat keputusan ni. bukan sikit masa yang aku amik. 4 tahun. 4 tahun aku bersama bawan dan dalam masa 4 tahun tu jugak la, aku sentiasa berpikir. berpikir tuk buat satu keputusan. tapi, masa tu aku memang tak punya kekuatan. aku tak berani nak buat keputusan. so, aku biarkan takdir yang tentukan. aku ikutkan je apa yang dah tertulis. aku tak berusaha nak ubah walau sikit pun. aku pendam. aku terima je sume. sampai satu tahap, aku dah tak mampu nak terima lagi. hati aku betul2 dah tawar. walaupun perasaan sayang masih ada, tapi tak tau kenapa macam ade satu perasaan menolak dalam diri aku. dan akhirnya aku pun buat satu keputusan.

aku pun tak tau dari mana aku dapat kekuatan untuk buat keputusan yang drastik ni. aku tau keputusan yang aku buat sekarang akan mempengaruhi masa depan aku. aku tau yang aku takkan boleh mengubah keuputusan yang aku dah buat. dan aku jugak tak boleh meramal masa depan aku. untuk itu, kenapa aku perlu nak menyesali masa lalu dan merasa cemas untuk masa akan datang. aku kena yakin dengan keputusan yang aku dah buat. aku kena terima apa saja kesan daripada keputusan yang telah aku buat.


tidak kesampaian cinta kita
ku bawa harapan, ku pendam rahsia
ku di kejauhan mendoakan
agar kau bahagia tiada lagi duka
daku rela mengundur diri
ku pasti dikau kan fahami


banyak hal yang dah berlaku sepanjang tempoh 4 tahun aku dengan bawan. hubungan kami sentiasa dilanda stress, tekanan dan curiga. tapi, aku tetap bertahan sebab aku masih sayang. tapi, tu la, org cakap tahap kesabaran kita pun ada batas. sampai satu tahap, memang hati aku tak boleh terima lagi. sedih memang sedih. org kate nak nangis tu sampai dah takde air mata lagi dah. banyak sangat kenangan aku ngan dia. aku tak tau la aku mampu nak lupakan sume tu ke tak. tapi, aku akna cuba jugak lupakan perlahan-lahan.

malu pun satu hal jugak. aku malu ngan kawan-kawang aku. malu ngan opis mate aku, malu kat sedara mara. malu kat diri sendiri. pendek kate tak tau la nak habaq malu camne lagi. tarikh 14.07.2007 yang sepatutnya jadi tarikh kawen aku, berlalu macam tu je. itulah org kate, kalau dah takde jodoh, buat macam mana pun tetap tak ada jugak. silap aku jugak sebab tggu begitu lama untuk buat keputusan.

but now, aku tetap dengan keputusan aku. biarlah walau satu hari nanti aku akan menyesal dengan keputusan aku, aku redha. mgkin dah tertulis kisah cinta aku dengan bawan setakat ni saja. takpelah...


tiada penyesalan kasihku korbankan
andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
pergilah dikau diiringi keikhlasanku
cume pengalaman mengisi kekosongan mimpiku


sekarang ni biarlah aku dengan cara hidup aku. biarlah aku sorang2. biarlah aku takde orang yang boleh aku panggil sayang. seseorang yang boleh aku nak amek berat. seseorang yang boleh tak care aku. takpe... aku tak perlukan sume aku. aku masih ade diri aku sendiri. aku ada kawan-kawan. aku ade keluarga. dan yang penting aku ade tuhan aku.

aku kena teruskan hidup. lagipun ape yang berlaku kat aku cuma masalah kecik je kalau nak dibandingkan ngan org lain. putus tunang je kan. ade orang lain lagi teruk. mati laki. anak kena bunuh. sekurang-kurangnya hidup aku masih sempurna. cuma aku tidak bernasib baik dalam percintaan.

24 September 2007

:: spender mu di viper ku ::

adeh, pepagi selasa ni aku dah gelak cam orang gile. ni sume sebab satu gambo yang aku jumpa bod joke n humor kat porem. maleh nak cakap banyak, korang tengok la sendiri gambonya.... ekekekekek



memang lawak gile la gambo ni. cemana la tuan punya keta tu leh tak pasan ade spender tergantung kat viper dia tu. ni konpom dok umah flet pastu spender jatuh dari atas, tepat2 tersangkut kat viper keta. takpun ade orang nak pedajal dia. kesian gile la kat pemilik myvi ni. tapi thumbs up la tuk sape yang snap gambo ni. memang lawak daa...

:: tips kejutkan orang bersahur ::

bulan-bulan puasa ni antara dugaan paling hebat ialah nak bangun sahur. ye la, sape yang rajin nak bangun pagi-pagi kul 4 tu. baik tarik selimut tido..hehe... so, ni aku bagi antara tips-tips untuk kejutkan orang bangun sahur

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


kalau tak berkesan, leh guna cara ni pulak


1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit


kalau tu pun tak effect jugak, ni je cara terakhir


1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe


kesimpulannya, rajin-rajin la bangun sahur.

19 September 2007

:: HANA KIMI ::


huhu...aku sudah dilanda demam HANA KIMI. eh, menatang ape hana kimi nieh?? HANA KIMI tu tajuk dorama jepun yang terbaru. setelah menunggu selama sebulan lebih akhirnya berjaya jugak aku tengok citer ni. tapi, finale episode lom tgk. tggu adik aku abes donload dulu. tapi, citer ni memang best la. kelakar boleh tahan. yang penting pelakon2 dia sume cute2.. especially TOMA IKUTA aka Nakastu lam citer ni. tapi, sedihnya toma ni hanyalah second hero je. uwaaa...kenapa yang aku suka sume jadi 2nd hero. masa citer my girl dulu pun aku jatuh cinta kat 2nd hero. isk..isk..isk.. takpelah 2nd hero pun 2nd hero la.. yang penting toma tetap lam hati aku.


Citer HANA KIMI ni based on manga tajuk yang sama. mengisahkan sorang budak pompuan nama MIZUKI ASHIYA yang dok kat amerika menyamar jadi lelaki dan masuk ke sekolah lelaki kat jepun. mizuki ni buat camtu sbb dia rasa bersalah kat sorang mamat yang dok lam sekolah tu. mamat tu nama IZUMI SANO. dulu, mamat ni juara lompat tggi sampai ke peirngkat international la. kiranya si MIZUKI ni admire gile la kat mamat ni. satu hari tu, (kat amerika la kot) masa si IZUMI ni ade game, dia dah selamatkan si MIZUKI ni dari orang jahat. masa tu la si IZUMI ni cedera kat kaki. start dari hari tu, si IZUMI ni dah terus tak main lompat tinggi tu. so, MIZUKI ni pun rasa bersalah la kat IZUMI. sebab tu dia menyamar jadi lelaki dan masuk ke sekolah bebudak lelaki ni. tujuannya cuma satu, nak kembalikan senyuman IZUMI dan nak buat IZUMI kembali jadi atlet lompat tggi.


masa kat sekolah tu macam-macam le yang berlaku. paling kelakar part Nakatsu (TOMA IKUTA) yang ingat diri dia tu gay sebab dah jatuh cinta kat MIZUKI. dia tak tau yang mizuki tu pompuan sebenarnya. heheh. memang lawak gile. so, pada sesape yang lom tengok tu, aku syorkan la korang tengok citer ni. HANA KIMI version JEPUN tau. bukan version Taiwan nye. Taiwan nye version tak best sebab pelakon2 dia tak cute. Jepun nye sume comel2... nak tengok pun rasa syok je... hehehhe. korang mesti jatuh cinta la sama itu TOMA. dan yang best TOMA ni best friend kepada sorang lagi buah hati aku YAMAPI. huhuhu...

16 September 2007

:: 5 HARI ::

dah masuk hari kelima puasa. setakat ni alhamdulilah aku berjaya pose untuk kelima-lima hari tu walaupun aku dilanda batuk n selsema yang agak kronik gak la.tapi, tu bukan alasan untuk aku tidak berpuasa walaupun ade jugak tedetik di hati cam tak larat je nak pose. heheh. cobaan... sib baik aku berjaya menepis dah menendang sume godaan2 tersebut. huhu.

hari ni aku sampai opis awal gile. pas sahur tadi aku tak tido dah. terus iron baju, mandi2 n siap2. kul 6.50 aku dah siap. tapi, tetiba je rasa cam awal sangat. so, aku lepak2 jap tggu kul 7.15 baru gerak g opis. bagus tul kuar pepagi ni. jalan pun tak jammed. cepat sket sampai opis. lagipun aku memang dah bertekad bulan pose ni nak cover balik sume rekod kedatangan aku yang makin teruk 2 bulan kebelakangan ni. bayangkan le, bulan julai n ogos aku datang lewat selama 14 hari.. huhu...gile.. dua bulan berturut2. sib baik attendance list tu sampai kat aku dulu. so, aku dengan berbesar hati telah pun menyorokkan attendance list tu di satu tempat selamat. heheh..(tau bos aku ni mampusss aku). sib baik bos aku pun tak tanya. selalunya dia tanya. mgkin dia lupe agaknya. bagus..bagus.. harap2 dia lupe sampai dia pencen. hehe.
sampai opis je terus aku buat keje. tetiba je aku rajen hari ni. aku clearkan sume barang2 atas meja aku tu. malas la aku nak tangguh2. aku ni dah le cepat lupe.. kang abes sume keje tak jalan sebab sikap pelupa aku tu. komputer pun aku tak sentuh. aku kalau pepagi dah on pc, memang tak buat keje le jawabnya. memang berpuaka betul la pc ni. aku rasa dah ade penunggu dia la kat situ. tu yang kalau dha mengadap pc tu cam dah tak nampak org lalu lalang. tapi, takpe.. sempena bulan pose aku, aku cuba la tuk berubah. keje mesti diutamakan. heheh...statement poyo dari aku. tapi, ni pun aku curi2 gak mengupdet blog aku. takpe, kejap je...

alamak, tetiba rasa lapo le pulak..isk..isk..sabo2..pose ni. adeh.. aku tetiba je rasa nak layan lagu kerispatih - tapi bukan aku. lagu ni sangat best dan begitu mendalam maksudnya. dan aku tujukan lagu ni buat seseorang yang pernah aku sayang ketika dulu......

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati


berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku

huwaaa....sangat kena lagu ni dengan kisah cinta aku dengan dia.. sedih...sedih.....tapi, takpelah..kalau dah itu takdirnya, aku kena redha.. life must go on. mgkin ade yang lebih baik untuk aku di depan sana. mudah-mudahan...

15 September 2007

:: sebak ::

hati aku rasa sebak je sekarang. pertemuan dengan 'kawan lama' tadi buat aku rasa lain. tak tau la kenapa. mungkin sebab aku pernah ade sejarah dengan dia. sejarah cinta yang tak kesampaian. sebabnya, salah aku jugak. aku jugak yang merejek dia. tapi, entahlah. aku pun tak plan nak jumpa dia lagi lepas ape yang dah berlaku. tapi, kalau dah dok sekampung tu, pegi mana-mana pun akan jumpa jugak. apepun, aku redha dengan ape yang dah terjadi. dah ditakdirkan aku dengan dia cuma akan jadi 'kawan'. mungkin itu yang terbaik untuk kami. lagipun, setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. dah aku rasa dia pun dah tau ape hikmahnya. anyway, aku sangat bertuah sebab pernah kenal dia. walau ape pun orang kate, pada aku dia tetap seorang kawan yang baik. thanks kawan. dan aku harap dia pun akan bahagia dengan jalan hidup dia sekarang. aku akan mendoakan kebahagian dia. amin.

12 September 2007

:: ramadhan ::

yahuu...dah masuk bulan pose. aku ske..aku ske.. hehehhe. tak lama lagi boleh la pasang lagu raya. lama aku dok tggu bile le boleh pasang lagu raya ni. asik2 dengo lagu omputih je bosan gak. dapat lagu raya ni syahdu sket.

macam biasa, masuk je bulan pose, aku mesti wat azam baru. tahun ni azam aku nak g semayang terawih, nak perbaiki diri (ayat koman), nak jimat time2 bulan pose ni, then lepas raya nak start jogging. huhu..aku nak amalkan kehidupan yang sihat pasni. kasut jogging dah beli 2 bulan lepas. konon-konon semangat nak joging la. tapi, sampai la ni tak jogging2 lagi. elok je kasut tu lam kotak lagi. eh...tapi, cam dah lupe la aku letak kasut kat mane.. kat mane ek? erm...takpelah.. balik kang g cari.

alamak...tetiba rasa lapo lak...adeh sabo je la.. pagi td aku takde selera nak bersahur selepas kejadian yang berlaku malam semalam. kejadian ape tu? rasie. tu rasie hidup aku. heheh. tido lewat kat 3 semalam. pastu bile bangun je pagi mamai n takde selera. ade le aku jamah 2,3 suap bubur ayam tu. pastu wat air kopi pegaga. huh, patutlah rasa semacam je. dah le malam tadi tak makan. tak tau le larat ke tak hari pertama ni. dengan keadaan aku tak sihat ni. batuk dah seminggu. tekak la rasa perit je. nasib..nasib...takpelah, mungkin dugaan bulan pose....

citer pasal dugaan ni, sejak akhir2 ni teruk pulak aku diduga. macam-macam masalah. ade masalah yang aku cari sendiri. tapi, takpelah.. aku redha..pasrah... takde ape pun nak dikesalkan. hidup ni kalau banyak sangat penyesalan memang tak boleh maju ke depan. so, aku kena fokus. kena pandang ke depan je. no turning back. yang dah berlalu kat belakang tu biarlah ia berlalu. mgkin ia akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup aku. lagipun kita belajar melalui pengalaman. bak kate kumpulan spring toing..toing... "pengalaman telah mendewasakan..mematangkan pikiran...pahit getir yang pernah dilalui guruku sejati".. kate kumpulan dewa pulak "hadapi dengan senyuman...semua yang terjadi biar terjadi..hadapi dengan tenang jiwa"..semua..kan baik-baik saja

ye, sume akan baik-baik saja. so, aku tak perlu risau. lalui la hidup ini dengan penuh gembira. sebab kita hanya mempunyai sekali je peluang dalam hidup ni. lain lah kalau berlaku keajaiban cam lam citer jepun proposal daisakusen tu. sebut je hallelujah chance.. pastu leh kembali ke zaman silam.. huhu..best gile... tapi, tuhan dah kate.. demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. so, tergolongkah aku dalam golongan orang2 yang rugi?? erm.. sikit2 tu ade kot... biasalah aku kan manusia biasa. ade ke manusia biasa yang tak buat dosa??

so, kepada sesiapa yang suka judge orang tak tentu pasal, n jatuhkan hukuman cam dia lak tuhan tu, insaf2 la yer... kita tak tau nasib kita di akhirat kelak. sempena bulan ramadhan ni, amek la kesempatan untuk ubah diri kepada kebaikan. (peringatan tuk aku jugak). anyway, selamat berpuasa untuk kawan-kawan sume. semoga kita semua sentiasa di bawah keberkatan dan pelindungannya. ameer.. eh, silap... amin...hihihi

renung-renungkan dan selamat beramal.