Aku dah memikirkan perkara ni sejak tahun lepas lagi. Tapi, sampai sekarang aku tak melakukan apa-apa langkah menuju ke arah itu. Yer. Aku sebenarnya sangat takut dengan perubahan. Aku tak berani nak buat satu keputusan yang aku rasa boleh mengubah hidup aku. Benci la.
"aku tak mampu merubah masa silam dan juga tak mampu meramal masa depan. lantas mengapa harus aku menyesali masa silam dan merasa bimbang akan masa depan"
Ceh. Poyo je tu. Selalu cakap kat diri sendiri macam tu. Hakikatnya aku selalu memikirkan
[terlalu] benda yang tak pasti. Kadang-kadang sampai naik semak kepala ni. Macam hal nak pindah tempat kerja ni la. Padahal dari awal tahun lepas lagi aku dah pk nak ubah angin. Tapi, jadah ape nye aku masih kat opis lama aku nie.
Ok, aku bagi sebab kenapa aku mesti tukar tempat kerja.
Pertama : Aku dah
5 tahun kat pejabat ni. Kat department yang sama lak tu. Dari hari pertama aku bekerja sampailah sekarang, aku masih disini (
sila pasang lagu Aku Masih Disini nyanyian XPDC untuk mendapatkan mood yang sesuai). Dan aku dah buat kerja yang sama selama 5 tahun!! Langsung tak ada kemajuan. Ye la, aku tau.. keje sebagai PA kat pejabat kerajaan ni, bukan nya ada keje sangat. Kalau bos tak ada, lagi la aku tak tau nak buat apa. Sudahnya dok mengadap komputer sampai naik rabun mata aku ni ha.
Kedua : Opis aku sangatlah membosankan. Kira bosan tahap langit ketujuh dah nie. Tempat aku jauh dari staff-staff yang lain. Yang ada kat sini bos aku dengan aku je. Kalau bos aku takde, tinggallah aku sorg2. Dah macam padang jarak padang terkukur pulak rasanya. Tak caye?? Sila lihat gambar2 di bawah sebagai bukti.
ni pemandangan dari tempat duduk aku.
sebagai info, aku tidak mengalihkan punggung aku
walau seinci pun ketika mengambil gambar ini.
ni pulak dari sudut sisi.
ni aku kenalah alihkan montot aku tu.
tak jauh pun. aku diri betul2 kat pintu bilik aku.
posisi. belah kanan.
See. Nampak tak? Nampak tak tiada sekor mahkluk pun kat situ walau seekor nyamuk. Dapat tak bayangkan tahap bosan aku tu? Langsung tak ada sape-sape aku nak ajak berbual, bergosip, mengumpat mahupun mengutuk. Dan sesungguhnya aku terpelihara daripada dosa-dosa begitu. Alhamdulilah.
Tapi, kan.
Sebenarnya aku boring. Boring nak mati. Korang bayangkanlah dah 5 tahun aku bekerja dengan keadaan macam ni. Kalau bos aku tak ada, lagi la aku tak tau nak ckp dia nye boring tu cemana. Kadang-kadang tu kan, aku ade ke, aku takde ke, takde sape pun perasan. Agaknya kalau aku keras kejung kat bilik opis ni, takde sape pun tau agaknye. Tau-tau je dah busuk. Isk. Kadang tu kan, kalau bos aku takde, aku siap bley balik rumah layan 2-3 dvd. Takde sape pun nak perasan apatah lagi nak cari aku pergi mana.

Yes, itu memang heaven. Pada sesapa yang suka mengulo la. Bagi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang (walaupun tak penah dapat Anugerah Pekerja Cemerlang) macam aku ni, keadaan di sini sangatlah menyeksakan hidup aku. Teman setia aku hanyalah PC aku yang burok ni dan juga line internet yang cam haram.
Ketiga : Aku kat sini tak ada kerja sangat. Aku tau, patutnya aku bersyukur. Bukan membebel tak tentu pasal kat sini. Memanglah takde kerja kat tempat kerja tu best. Tapi, kalau dah 5 tahun macam tu, tak ke ko boring? 5 tahun beb. Bukan 5 hari, 5 minggu. Aku macam tak belajar pape kat sini. Bukan la nak kata aku tak ada kerja langsung. Cuma nya jarang la ade kerja yang betul-betul memerlukan komitmen aku. Dah la tu, aku dapat bos yang jenis suka wat kerja sendiri. Lagilah aku takde pape nak buat.
Keempat : Pejabat aku ni cam ade dabel stended ke. Maklumlah keje ngan badan beruniform ni, diorg lebihkan staff diorg jer. Aku yang gunasama ni, diorg wat nampak tak nampak jer. Tahun lepas, nama aku langsung tak naik gi mane-mane kursus. Puas dah mintak, tapi hampeh. Ke aku ni baik sangat sampai tak payah gi kursus?? Huh, dah la keje tak jumpa orang. Nak kuar dari opis ni pun payah. Dapat tak bayangkan tahap keboringan aku tu??
Ok, aku dah nampak dah. Kunci utama di sini ialah BOSING. [Bosan + Boring = BOSING].
Korang rasa munasabah ke aku tukar tempat kerja semata-mata kerana boring? Atau aku patut stay je kat sini. Ye la, walaupun opis aku ni membosankan, tapi sebenarnya aku tenang kat sini. Staff kat sini sume baik-baik. Department aku la. Tempat lain aku tak tau. Makcik-makcik kat sini pun bukan jenis suka mengutuk orang. Tak tau la belakang aku kan. Depan aku memang takde. Atau sebenarnya aku jauh drai diorg menyebabkan diorg takde modal nak kutuk aku. Huhu. Ala, kutuk pun takpe. Aku jenis hati besi.
Bos kat sini pun sume baik-baik. Setakat aku dah kerja ngan 4 bos ni, tak penah lagilah aku kena maki ke kena hamun ke. Sume baik nak mati.
Susahnya nak wat keputusan.
Mungkin aku perlu buat sesuatu supaya aku tak bosan dok opis.
Nak buat ape? Study part time? Amek upah jahit manik? Buat online biz?
Any idea?
Atau ada sesape nak tukar tempat ngan aku?