29 December 2005

:: gambar kat pee dee ::

aku sudah upload gambar aku pergi pee dee ari tuh.. kalau nak nengok klik je kat sebelah tu ok...adios...


28 December 2005

:: khamis yang sejuk ::

hujan di pagi hari



skang ni musim hujan.. dah la tu, hujan pagi-pagi lak tuh.. memnag menggugat keimanan aku nak pegi keje. ikutkan hati nak je aku terus berselimut n tido sampai petang. tapi, apakan daya..



bilik opis aku



skang ni aku dah boleh tarik nafas lega sebab bilik opis aku yang dulunya penuh dengan tah hape-hape barang dah clear skang. pegawai aku dah amik mende tu sume untuk diedarkan. baguslah.. takdelah nampak bilik aku ni macam stor simpan barang..



famous amos??



aku pun heran kenapa biskut pemes emes ni mahal nak mampus.. nak kata sedap sangat takdelah pon.. biasa je aku makan. macam biskut raya yang makcik aku buat. aku memang tak penah makan biskut ni sebelum ni. selalunya kalau lalu kat alamanda tu amik bau je. tapi, tak dapat dinafikan la, bau memang menusuk kalbu. membuatkan sesape saja rasa nak beli walaupun harganya mahal nak mampos.. RM 6.90 untuk 100 gram.. 100 gram tu adelah dalam 15 ketul.. nasib baik ade orang nak belanja.. kalau aku nak beli sendiri memang takdelah.. baik aku makan prosperity burger..



simpan duit pon kena charge ke?



simpan duit RM 18,000 kena charge RM 5.40.. gilak ke ape? alasannya sbbnya akaun yang aku nak simpan duit tu branch segamat. hampes sungguh. lain branch pon kena charge ke.. hampes nye Bumiputa Commerce..



akhirnya..



yang ditunggu pun tiba.. ala, bukan tggu ape pon. tggu buku yang aku order online ari tuh... agak lambat jugak la sampai. budak tu pos ari selasa mggu lepas, ari khamis mggu ni baru dapat.. hampes sungguh.. aku pun tak baca lagi isi kandungan buku tu..tapi, nampaknya macam best je..



tajuk buku : jiwa kacau



terbitan : mak itam network enterprise



genre: tak tau nak cakap, lom baca lagi.. tapi buku ni himpunan dari pengendali weblog2 kat mesia ni..nampak cam best je buku ni.. sesuai untuk mereka yang jiwanya kacau macam aku



harga : RM 23.00



Jiwakacau_2























                 


26 December 2005

:: tanak boh tajuk, boleh?? ::

keje yang membosankan..



keje..keje..keje... huargh...bosan siot... ditambah pulak lepas cuti 3 hari nih. makin bertambah tambah la tahap kemalasan aku nih.. dah la kat opis aku nih, owang sume tadek.. sunyi sepi cam baru dilanda tsunami.. agaknya sume nak abiskan cuti ujung tahun kot. mgkin nak buat persiapan untuk anak-anak diorang kot..erm..org bujang cam haku ni tak payah le nak mengabiskan cuti.. dok umah pon bukan buat ape.. baik aku datang opis. boleh gak guna internet pree..heheh..



cuti 3 hari gi mane??



huhu, ahad hari tu aku pegi pee dee ngan nurul n as.. saje je nak buang masa.. nak balik kampung dah tak boleh..dah kena buang daerah..nak wat camno.. so terpaksalah mengisi aktiviti ujung mggu aku ngan mende yang berpaedah..aku memang dah lama plan nak pee dee..saje je nak mengimbau kenangan lama kat pee dee.. rindu siot..lama tak mandi pantai.. aku dah nekad dah hari tuh, kalau tadek sape nak ikut aku, aku gi sorang je.. hati kering je la.. tapi, nasib baik ade org nak ikut.. so, pegi le kami bertiga ke pee dee..



aku sampai kat teluk kemang kul 10 lebih... humang ai..ramai gilers orang.. lupe plak aku ahad tu krismas...ditambah pulak ngan cuti sekolah..patot ler ramai.. tak besh langsung.. nak mandi pun tak best...dah le aku ngan as tak pandai berenang.. mandi le kami kat tepi-tepi pantai tu dibantu dengan pelampong..hahaha..tu ler, dulu tak nak belajo berenang.. skang dah menyesal...



tak lama gak la aku mandi laut tuh.. bukan ape, aku tak nak kulit aku sunburn.. sayang woo.. as je yang beria nak mandi lelama.. then lepas mandi tu kitaorang jenjalan jap kat dataran teluk kemang tuh.. pastu gi kat pantai purnama... huhu, memang rindu gilers kat pantai nih.. kat pantai ni ler dulu tempat aku dating.. tempat aku buang masa ngan kawan-kawan aku.. memang kalau gi pee dee aku mesti singgah kat pantai nih.. cantik pon cantik..



fazley??



lepas puas bergambo, kami pun nak bergerak pulang la.. masa nak balik tu aku nampak le sorang mamat tu muka cam fazley.. aku cakap as.. "weh, muka mamat tu cam fazley la.." as pun balas balik "haah la".. pastu kitaorg pun wat bodoh je.. masa nak masuk keta tuh si as nih terjerit-jerit panggil aku..aku ingatkan ape bende lah.. ropenye dia nak bagitau aku mamat yang aku nengok muka cam fazley tu memang fazley pon...ala, fazley anak datuk yaacob tuh.. yang nyanyi lagu kerna asmara tuh.. ikutkan aku bukan nya minat sangat pun kat dia.. tapi lepas jumpa dia depan-depan, terus jatoh chenta..huhu..(aku ni memang pantang jumpa mamat hensem..mesti jatoh chenta punye la..) memang lain la fazley nih.. dalam tv nampak tak hensem.. sekali tengok sikit punya hensem.. dah le putih.. kulit dia putih kemerah-merahan.. fullamak.. kalah kulit aku.. mesti lembut kan.. rasa nak pegang je.. ahaks.. (miangnye aku masa tuh).. sib baik la dia nih tak sombong.. dapatlah aku bergambar sedas dua.. adik dia pun hensem gak.. erm..bukana dik dia je kot, krew-krew dia yang datang ngan dia tu pun aku nengok hensem-hensem belaka.. nasib baik la aku ni masih ade ciri-ciri gadis timur yang pemalu.. kalau tak mesti penuh contact number aku dalam phone tuh...hahaha...



politeknik port dickson...



lepas dah puas bergambar ngan fazley, kitaorg pun bertolak balik.. sebelum balik, sempat gak aku singgah kat poli.. nak menunaikan impian aku sekian lama aku pendam.. nak tau hape..?? sepanjang dua tahun aku kat poli, aku tak penah berkesampatan nak amik gambo aku depan pintu masuk poli tuh.. so, kali ni aku pun tak melepaskan peluang.. sib baik pak cik guard soprting.. huhu, dapat gak aku bergambo kat ctu.. baru puas hati aku.. baru la leh balik ngan senang hati..



jammed..



sampai putrajaya kul 9 lebih.. sebabnya jalan jammed dari nilai sampai kl.. aku pon tak tau kenapa.. sebabnya aku kuar ikut nilai.. pastu sesat jalan.. sib baik tak jauh.. penat + stressed sebab jalan jammed..hampes sungguh...ape pun aku kira puas hati gak dapat gi pee dee.. walaupun pegi bertiga je.. janji happy kan...kan..kan...



gambo??



nanti lah aku upload.. skang ni aku tadek mood.. pc aku wat hal.. asik hang cam sial je..



Graphic1_1


22 December 2005

:: HuKuM KL ::

kalau lu olang pegi mana-mana tempat ramai olang ar, tak kisah la mana mana pun.. shopping kompleks ka, panggung wayang, konsert ka, tempat makan ka atau di mana-mana sahaja. lu olang akan jumpa beberapa spesis di bawah ini...



awek cun + balak hensem



ini couple rileks sahaja. tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. olang lain pun sinang melihat meleka.



awek cun + balak tak hensem



kebanyakan awek yang cun mesti mendapat balak tidak hensem. sila perhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja) selalunya juga, itu balak mempunyai dompet yang tebal.



awek tak cun + balak hensem



lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. wa pun tak tau apa hat. public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek cun mesti kasik jelingan maut telhadap itu amoi cun. selupa mau makan olang woo.. inseculity ploblem.



awek tak cun + balak tak hensem



ini couple talak siapa pedulik punya...no komen..



group of girls + 1 guy



selalunya berlaku di kedai makan.seolang lelaki dikelilingi kawan-kawan pelempuannya. sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan mereka. lu akan pelasam, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka. (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)



awek cun berpakaian seksi



akan lamai olang melihat awek ini. tapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat epnadangan seperti itu. awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dadanya , atau pusatnya di khalayak ramai kelana dia tau badannya ada power!! seperti juga lu ada keleta cantik ka, lumah besar ka, jam balu ka, mesti aksi orang tengok, so boleh pelasaan ada happy. selupa juga ini awek maa...



awek tak cun berpakaian seksi



hoiyooo...ini manyak keji punya pompuan. lu balang talak cantik kasih tutup mahh..jangan bikin olang lain sakit mataa..ini spesis jugak suka menipu dili sendili dengan mengatakan "i wear seksi and i feel good" ataupun "i have the right to wear anything i want".. sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka lagi lawa. wa tidah lasa begitu. huduh akan tetap huduh. cantik akan tetap cantik (macam itu vouge girl!!??hahahah). tapi jiaklau huduh & seksi?? hahah..wa tamau cakap lagi woo....



huhu, are u agree??



[ credit to bloxxzone ]



Special_day3


21 December 2005

:: interesting ::

cool!! [klik here]


:: dload lagu [part 2] ::

kali ni aku nak kongsi ngan korang lagu-lagu omputih pulak.. ok, enjoy!!



----------> credit to jiwang.



Kelly Clarkson album [Part 1]



Kelly Clarkson album [Part 2]



GrEaTest LoVe SonG



ade lagu:-



  • whitney houston - i will always love you


  • micheal learns to rock - that's why you go away


  • chicago - hard to say i'm sorry


  • air supply - all out of love


  • george micheal - careless whisper


  • phill collins - againts all odds


  • tony braxton - unbreak my heart


  • mariah carey - hero


  • foreigner - i want to know shat love is


  • westlife - my love


  • celine dion - my heart will go on


  • all 4 one - i swear


  • christina aguilera - i turn to you


  • micheal bolton - how am i supposed to live




  • Aaa1hp
























                                                                              

















01. (03:39) Marilyn Manson - Irresponsible Hate Anthem (Venus Head Trap Mix)
02. (03:28) The Used - Sound Effects And Over Dramatics
03. (03:33) Mudvayne - Forget To Remember
04. (03:38) Bloodsimple - September
05. (02:56) Papa Roach - Blood
06. (04:47) Puscifer - Rev 22:20 (Rev 4-20 Mix)
07. (03:06) Sevendust - Pieces
08. (05:00) Skinny Puppy - Rodent (Ken Hiwatt Marshall Remix)
09. (03:04) Queens Of The Stone Age - Burn The Witch (Unkle Variation)
10. (03:43) A Band Called Pain - Holy
11. (03:00) Buckethead And Friends - Three Fingers (Feat. Saul Williams)
12. (04:10) The Legion Of Doom - Home Invasion Robbery
13. (04:28) Revolting Cocks (Feat. Giby Haynes & Al Jourgensen) - Caliente (Dark Entries)
14. (03:24) Opiate For The Masses - Step Up
15. (05:00) Charlie Clouser - Don't Forg et The Rules (Score)



donload here



part 1



part 2



part 3


:: narnia ::

Thechroniclesofnarnia_bigearly_3











      aku baru je nengok citer nih malam tadi... memang best la bagi penggemar cerita-cerita Fantasy Odyssey cam aku nih... orang yang tak minat citer macam ni memang dia kata TAK best.. cerita ni mengisahkan empat kanak-kanak yang terpaksa berpisah ngan mak pak diorang sbb perang dunia kedua kat jerman. diorang berempat ni kena hantar kat kawasan desa sbb nak bagi perlindungan. kat desa tu diorang diletakkan kat rumah seoarng professor.. then, masa diorang berempat ni main hide n seek adik bongsu diorang secara tak sengaja terjumpa jalan masuk ke alam Narnia. apa berlaku seterusnya?? gi la tengok wayang.. malas aku nak taip daa....








:: kecil @ besar?? ::

situasi pertama



seorang isteri yang baru tau suaminya ada hubungan telah bertanyakan kepada suami tentang hal tersebut...



" abang cakap betul-betul ngan saya, betul ke abanga de hubungan ngan makcik cleaner kat tempat keje abang tuh? " - isteri (sambil bercekak pinggang)



"mana awak tau nih...ni mesti ade owang wat pitnah nih...hinss..memang nak kena nih" - suami



" ala bang... dunia ni kecik..saya nampak abang tengah kuar makan dia tadi" - isteri



situasi kedua



si isteri telah melarikan diri selepas peristiwa itu. then, mak bapak si isteri ni pun soh la si suami ni cari balik anak diorang tuh..



" ni sume ko punye pasal. menantu tak sedar diuntung.. dah ler kawin pree ngan anak aku, pastu ada hati pulak nak berbini dua.. tak sedo diri "<--------- [ayat penyedap cerita] - mak bapak



" bapak ni pon satu la...kat mana saya nak cari dia? dunia ni kan besar " - suami



pokoknya: dunia ni besar ke kecik ar?? apa pendapat korang??



moral disebalik kisah nih: ntah la..aku pon tak tau.. korang pk la sendiri..


20 December 2005

:: wayang kita?? ::

narnia @ king kong?? narnia @ king kong?? narnia @ king kong??



king kong @ narnia?? king kong @ narnia?? king kong @ narnia??



huhu, ni hari wa mau pegi tengok wayang - aku



ek ele, nak pegi tengok wayang pun nak heboh - nyah



wa punye suka la... - aku



hee...tak kose mak, nyah!! - nyah



k la pondan, wa chow dulu.. - aku



amboi mulut!! takde insurans ke?  - nyah



jangan beromen dalam panggung!! - nyah lagi!!


19 December 2005

:: jom dload lagu ::

ari nih aku tak tau nak letak ape dalam blog aku nih.. so, aku ingat nak share lagu la ngan korang.. korang leh dload lagu tu sume.. tapi, yang takde winrar sila dload winrar dulu yer..



WiNRaR



pastu boleh la korang dload lagu-lagu kat bawah nih... buat masa ni aku letak lagu-lagu band indon je...



PeTeR PaN OST AleXanDria [part 1]  password: sp4wn_bgr



PeTeR PaN OST AleXanDria [part 2]  password: sp4wn_bgr



OST JaNJi JoNi AlBuM



ShEiLa On 7 KoMpiLatioN



PaS BaNd KoMpiLasi (Parti pas ke hape Nih??)



RaDja BaNd



RaDja - JuJuR



EleMenT - Ku Persembahkan NirVana



DeWa 19



DeWa AlbuM - ForMat MaSa dePan



DeWa AlbuM - CiNtaIlah CinTa



ok la..takat tu je untuk kali nih... kalau nak lagi pegilah ke kedai lagu, beli album...hauahhaha...






18 December 2005

:: secret admire?? huhu ::

bukan aku nak perasan atau bangga tapi, sejak dua tiga hari ni aku dihujani dengan sms tah dari sesape kata nak berkenalan ngan aku.. konon admire kat aku.. asik teringatkan raut wajah aku la, teringin nak mengenali dengan lebih dekat la..hahahha...harkk..tui... geli pulak tekak aku membacanya... aku bukan ape, kalau betul nak kawan ngan aku takpelah.. aku takut ade sindiket nak kenakan aku je nih.. manalah tau kot-kot ade orang saje je nak kenakan aku... nak bagi aku perasan lebih..

mula-mula aku dapat sms tu aku bajet-bajet ade lah sorang mamat nih.. sbb aku rasa no pon tu cam familiar je ngan aku... memang aku dah agak mamat tu, so aku pun layan je la.. tapi, bila aku tanya dia memacam, aku rasa cam dah salah org je.. tah le.. tah sape agaknya.. dia cakap dia dok s.alam.. pastu dia kata penah nampak aku kat s.alam... hadoi..konpius aku.. tah bile le aku jumpa org kat s.alam.. memang lah aku ade pegi s.alam tapi setau aku, aku dok je kat umah member aku..tadek pulak gi kuar memana... hmm...misteri.. pulak tu kata dpt no pon aku dr opis mate aku..opis mate??? hahahhha...aku rasa memang sah ade owang nak kenakan aku nih... takpe...takpe..aku akan siasat....

citer pasal secret admire nih, korang penah tak admire kat owang? bukan setakat admire biasa-biasa..ni admire luar biasa punye.. minat gile-giler la owang kata... sampai termimpi-mimpi.. sampai owang kata boleh bawak gaduh la...mesti penah kan? aku?? aku memang selalu admire kat owang..tapi yang betul aku admire gile-gile adalah dalam 3 kali kot.. first time aku admire kat owang masa aku pom 1.. huhu.. form 1 pun dah pandai nak minat-minat kat owang...hahha..tau tak aku minat kat sape.. mestilah kat cikgu aku. cikgu anuar..muka memang hensem...cam rosyam nor sesikit..tapi, dia lagi hensem.. memang angau gile kat dia.. masa tu dia ajar aku bm ngan pjk.. masa tu aku kengkonon cakap kat member aku "ek ele, asik-asik muka cikgu nih..cam tadek orang lain..." ahaks... padahal masa tu jantung aku dah laju cam keretapi, pastu badan pun dah naik miang..hahaha...tapi, malangnya naik form 2 aku kena pindah johor.. so, selamat tinggal romeo la kat cikgu tu...isk..isk..sedih je aku masa tuh...

then kat sekolah menengah aku tadek pulak admire kat sesape.. mase aku belajar kat poli ade minat seseorang..eh, bukan seseorang.. ade 2 orang sebenarnya.. takpe, aku citer satu-satu.. masuk je sem 1...bukan sem 1 tapi start aku lapor diri hari pertama tu, mata aku dah aim seseorang..hahahhah...miangnya aku masa tuh.. fisrt time aku terpandang muka dia, aku rasa mata aku terus memancarkan api cinta... suasana memang feeling masa tu, diiringi pulak dengan lagu kuch kuch hota hai...fullamak...romantik abis... tapi rupanya imaginasi aku je.. ceh!!

then masa suaikenal tu aku selalu je perhatikan dia..owang kata bagi panahan cinta.. bagi dia sedar kewujudan aku.. macam-macam aku buat.. buat-buat tanya itu la, ini la... masa tu aku tak tau pun dia tu sape... lepas abis suaikenal tu barulah aku tau tau dia tu lecturer kat situh... jadik lecturer aku pulak tuh...huhu...makin angau le aku dibuatnya.. bayangkanlah aku punyelah minat gile babeng kat lecturer aku tuh sampai aku sanggup curi no pon dia.. pastu main-main sms ngan dia.. aku wat taktik lama..kengkonon salah no la..pastu terus nak berkenalan.. yang bestnya tu lecturer ni pun melayan jugak.. boleh tahan ko nye miang ye nyah!!.. lama gak la aku ber sms ngan dia..and lama jugak la aku angau kat dia...sampaikan kalau tak dapat tengok dia satu hari rasa tak bermaya je aku nak pegi kelas.. dapat nengok moto pun jadik la..hehehe...skang ni kalau jumpa dia aku dah tadek perasaan ape pon...

last aku admire tahap dewa kat orang masa aku sem 2 kat poli jugak la.. aku ingat lagi first time aku jumpa mamat yang hensem ni kat library.. masa tu aku ngah beratur nak fotostat.. pastu ade la satu mamat ni beratur depan aku.. then, tetiba mamat tu toleh belakang..aku yang kat belakang dia ni pun apalagi..cinta pandang pertama untuk kali yang keberapa aku pon tak tau.. yang pasti masa tu memang aku tergamam la..kali ni bukan lagu kuch kuch hota hai lagi..haku pon tak tau lagu ape..yang pasti aku berada di awangan..ceit!! aku tak tau pon ape nama mamat tu masa tu.. tapi, aku panggil dia alex yoong je sbb aku rasa muka dia cam alex yoong tapi dia lagi hensem.. hahaha...pastu malam-malam aku dihiasi mimpi-mimpi indah aku ngan alex yoong aku tuh...wakakkaka...hark..tuih...

pastu risik punya risik aku dapat tau member aku kenal member dia.. apelagi aku pun menggunakan kesempatan ni nak tau pasal alex yoong aku yang misteri nih.. risik punya risik aku dapat tau la nama dia (terpaksa dirahsiakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu..hehe), dapat tau dia amik course ape..tapi tak dapat tau no pon dia.. yang aku dapat no pon kawan dia.. takpe la, member pun member la.. yang tak boleh tahan tuh, aku penah soh member aku jadi posmen bagi surat kat dia.. aku buat surat tu pon sesaje je..tak terpikir pon nak bagi kat dia.. tapi, kebetulan pulak aku terserempak ngan dia kat library jugak..so, tak pasal-pasal member aku kena jadi posmen....pastu penah gak buat date ngan mamat ni tapi dia tak datang..hampes sungguh.. start dr situ aku pun dah malas.. lagipun naik sem 3 aku praktikal.. dia pulak last sem.. so, memang tak jumpa lagi la.. satu sem je dapat jumpa dia.. tapi, aku PEnah gak antar kad raya kat dia...ade respon...hehhe..dia balas kad raya aku.. 6 sekaligus.. pastu first date aku masa dia konvo..erm.. tu je la kot.. tapi, aku still kawan ngan dia lagi... kawan je la.. nak wat cemana.. "cintaku bertepuk sebelah tangan"..huhuhu...takdelah... aku just minat je.. takdelah pulak jatuh cinta tahap gaban..

15 December 2005

:: tutorial [part 2] ::

untuk tutorial kali ni, aku nak ajar cemana nak masukkan lagu blog yang kedekut nak mampus tuh. mesti korang nak tau kan? mana yang dah tau tu, tak yah ler baca ok..



kita mulakan kelas kita dengan ummul kitab...



ok start step by step



1. korang pegi kat blog korang. pastu klik kat update blog



2. then, kat atas tu korang akan jumpa BLOGS, PHOTO ALBUM, TYPELIST n CONTROL PANEL.  Klik kat TYPELIST tu.



3. pastu kat tepi belah kanan tu ade box. kat box tu dia tulis 'create a new typelist'.



4. kat list type tu korang pilih music



5. pastu kat list name tu korang boh le ape yang korang nak letak. contoh macam aku, aku letak Currently Listening.



6. pastu klik kat box 'create a new list' kat bawah tuh.



7. then akan kuar satu window. ade satu box tu dia tulis: your new list has been create. Add this to your blogs. ha, klik kat situ.



8. pastu kuar satu window kecik. tandakan kat box kecik tu. then save change. pastu close.



9. pastu kat window yang tadi tuh, yang ade add this to your blog tu, korang klik kat add a anew item.



10. then akan kuar lagi satu window kecik.



11. pastu kat box song tu korang letak le code lagu yang macam aku dah ajar kat tutorial sebelum nih. kat box artis ngan album tu suka ati korang le nak boh ke tak nak.



12. pastu save item.



ha, dah siap.. boleh la nengok korang nye blog tuh. jadik ke idak. aklau tak jadik tu, ade la something wrong. kena teliti balik tutorial aku tuh. sebarang persoalan sila letak kat komen yer..



sekian, terima kasih




:: jujur ::

Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya



Download this song



-------> Radja - JuJuR


14 December 2005

:: tutorial ::

ari nih aku nak share sikit pengetahuan yang aku ada tentang html n css nih.. sebabnya ade orang tanya aku macam mana nak upload lagu, cemana nak edit profile, macam mana nak wat blog jadik cenggitu..so, bila aku pikir balik, eloklah aku share kat blog aku nih.. so, sume org leh baca, jadikan rujukan... bukan nak riak atau menunjuk..aku pun bukan nya pandai sangai.. sikit-sikit tu boleh la..tapi just nak share je pengetahun aku.. orang kata ilmu ni tak baik kedekut..



oklah, kita start ngan macam mana nak upload lagu dalam page



1. pegi kat profile korang. Pilih edit profile



2. then clik kat customize



3. pastu kat add music, video, etc... tu korang masukkan mende nih : <embed src="url_of_song" autostart="true" loop="true" width="0" height="0"></embed>



4. pastu save...ok dah siap...



ade orang tak tau macam mana nak cari url of song tu.. ok la kat bawah ni aku ajarkan cara-caranya...



1. korang pegi la kat mana-mana laman web mp3.. contohnya www.mp3int.com , www.winmx.com ataupun mana-mana la..



2.pastu search lagu yang korang nak tuh..then right klik kat lagu tuh. pilih properties. pastu copy the url/address



Contoh: http://the.host.site.and.your.username/music.file.mp3



3. pastikan url lagu tu last dia mesti ade tulis .mp3 atau .wav atau.wma atau .midi atau .rm atau .ram dan yang sewaktunya...



oklah setakat tu je untuk kali nih... nanti ade masa aku sambung lagi ok.. kalau ade pertanyaan sila message aku...



sekian, terima kasih.


08 December 2005

:: delete ::

aku rasa cam nak delete je blog aku nih... aku pun heran naper sejak akhir-akhir ni aku asik merepek je dalam blog nih... tah hape-hape tah...



emosi lak tak stabil...hurm...ntah la.. tak tau nak buat ape... bosan la..   aku rasa hidup aku ni membosankan.. banyak yang aku plan untuk hidup aku nih tapi, cam biasalah sume tak menjadi.. bak kata lecturer aku masa kursus smlm, kalau kita plan A jadi B takpe lagi.. ni plan A jadi 1...  nak wat camno?



hari ni majlis kawin kawan aku kat terengganu.. tak dapat nak pergi.. bukan tak nak pergi, tapi dia pun wat ari jumaat.. dah tentu la wilayah hari jumaat kene kerja.. terengganu lain la..jumaat cuti.. isk, terkilan rasanya tak dapat pergi...sob..sob..sob... sedih... nanti aku kawin dia pulak tak datang..huhu..lagi lah aku sedih...tapi, takpelah..doa aku mengiringi perkahwinan dia.. amin...



hari ni pun aku tadek mood nak buat kerja.. bukan hari ni je, hari-hari pon sama.. bosan la... keje ni sebenarnya tak sesuai ngan jiwa raga aku... aku nak keje yang tak perlukan aku ke tempat keje, tak perlu nak bangun pagi-pagi rush masa, tak perlu nak pakai lawa-lawa, tak perlu nak mekap-mekap.. kalau boleh aku nak wat keje yang boleh aku wat dimana saja.. atas katil, atas kusi, ruang tamu ???   Thinking....jangan pikir lain pulak... maksudnya aku nak keje yang tak terikat ngan peraturan.. owang kata ade keje, adelah duit...  ha, kan best camtu... ikut suka hati je... tapi, rasanya lagi best kalau dok umah goyang kaki layan internet je.. hmm.. camtuh, terpaksalah kawin ngan dato' yang kaya-kaya...



hmm..ape aku merepak lagi nih?? ntahlah.....