hujan di pagi hari
skang ni musim hujan.. dah la tu, hujan pagi-pagi lak tuh.. memnag menggugat keimanan aku nak pegi keje. ikutkan hati nak je aku terus berselimut n tido sampai petang. tapi, apakan daya..
bilik opis aku
skang ni aku dah boleh tarik nafas lega sebab bilik opis aku yang dulunya penuh dengan tah hape-hape barang dah clear skang. pegawai aku dah amik mende tu sume untuk diedarkan. baguslah.. takdelah nampak bilik aku ni macam stor simpan barang..
famous amos??
aku pun heran kenapa biskut pemes emes ni mahal nak mampus.. nak kata sedap sangat takdelah pon.. biasa je aku makan. macam biskut raya yang makcik aku buat. aku memang tak penah makan biskut ni sebelum ni. selalunya kalau lalu kat alamanda tu amik bau je. tapi, tak dapat dinafikan la, bau memang menusuk kalbu. membuatkan sesape saja rasa nak beli walaupun harganya mahal nak mampos.. RM 6.90 untuk 100 gram.. 100 gram tu adelah dalam 15 ketul.. nasib baik ade orang nak belanja.. kalau aku nak beli sendiri memang takdelah.. baik aku makan prosperity burger..
simpan duit pon kena charge ke?
simpan duit RM 18,000 kena charge RM 5.40.. gilak ke ape? alasannya sbbnya akaun yang aku nak simpan duit tu branch segamat. hampes sungguh. lain branch pon kena charge ke.. hampes nye Bumiputa Commerce..
akhirnya..
yang ditunggu pun tiba.. ala, bukan tggu ape pon. tggu buku yang aku order online ari tuh... agak lambat jugak la sampai. budak tu pos ari selasa mggu lepas, ari khamis mggu ni baru dapat.. hampes sungguh.. aku pun tak baca lagi isi kandungan buku tu..tapi, nampaknya macam best je..
tajuk buku : jiwa kacau
terbitan : mak itam network enterprise
genre: tak tau nak cakap, lom baca lagi.. tapi buku ni himpunan dari pengendali weblog2 kat mesia ni..nampak cam best je buku ni.. sesuai untuk mereka yang jiwanya kacau macam aku
harga : RM 23.00
No comments:
Post a Comment