29 June 2006

:: 1 new message ::

Awak...saya berjanji atas nama saya, dgn nama yang maha kuasa, sy xkan menginaya awak, xkan mlukakan hati awak...xkan tinggalkan awak...dan orang bejanji akan selalu dan terus menyayangi awak...insyaallah!!

From : _ _ _ _ _

+6014 _ _ _ _ _ _ _

Date : 29/06/2006

Time : 6.37 pm

28 June 2006

:: sunyi..sepi..sendiri ::

Pernahkah kau rasa ingin berbual-bual dengan orang yang amat kau senangi.Kau dengannya minum bersama-sama,hingar-bingar di sekeliling tidak kau pedulikan,kau duduk di tepi dinding kaca,di mana kau boleh melihat hujan atau cahaya matahari.Saujana mata memandang.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin berjalan bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi,bahu membahu.Kau bercerita sambil melihat langkah kaki yang seolah sama,sesekali melihat awan putih di atas sana.Ketawa bersama dengan gembiranya,terasa lapang di dada.Sambil bercerita apa sahaja.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin duduk di sebuah bangku kayu,bersama-sama dengan orang yang amat kau senangi.Kau bersandar sambil berpeluk tubuh,memandang jauh ke hadapan.Tetapi tiada apa yang dibicarakan.Dan kau tidak berasa sunyi,kerana ada dia yang sudi menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa ingin menghubungi orang yang amat kau senangi.Seolah percakapan-percakapan kau dengannya dapat melenyapkan rusuh di hati.Tetapi,ternyata kau lebih banyak diam dari bercakap.Dan kau tahu dalam sunyi yang mengisi waktu itu,dia masih di hujung sana,menemani.Pernahkah?

Pernahkah kau rasa satu perasaan yang sangat sunyi dan sepi?
Tiada yang lebih sunyi melainkan perasaan yang sedang kau rasai saat itu.
Pernahkah kau rasa kau bersendirian di dunia ini?
Seperti tiada siapa yang peduli tentang diri mu.

Kadang-kadang aku merasai perasaan itu.
Kadang-kadang aku suka akan perasaan itu.
Kadang-kadang aku rimas akan perasaan itu.

Sunyi.Sepi.Sendiri.

26 June 2006

:: satu penantian ::

Song : Satu Penantian
By : Dwen

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka

:: kembali ::

kembali bekerja lepas 5 hari bercuti. gigil jugak la aku nak mengadap bos aku. tak tau nak bagi reason ape. dalam hati ni dup dap dup dap je. tapi, aku kontrol je. bukan aku wat salah pun. ala, takat tak datang keje 3 hari. takkan dia nak denda aku lari bogel satu opis kot. paling kuat pun, mesti dia tanya je nape. lagipun sebelum ni rekod aku memang bersih. tahun ni lom penah MC, tak penah lagi emergency. kali ni je, memang tak dapat nak elak. terpaksa.. hehe..relax suzan. relax.

sampai je kat parking aku tengok keta bos aku tadek. sah, orang tua ni lom sampai lagi. huhu, selamat aku. (untuk sementara je). pastu dia sms aku kata masuk lambat sket. alhamdulilah.

then, sampai je kat bilik aku, mak oi. penuh atas meja aku ngan surat. tak tau lah surat drpd bila punya tu. hampeh betul PAR kat tempat aku. dah tau aku takde, pendai-pandai la bukak surat tu. takkan nak soh aku jugak. dah tu, kalau seminggu aku takde, seminggu la surat tu tak bukak!! hangin tul aku. nak marah kang, kata aku gila kuasa, berlagak. so, ape yang aku leh buat, diam sambil memaki-maki di dalam hati. huh, pegi-pagi dah tambah dosa. tak memasal je.

disebabkan aku ni malas nak menunjukkan kuasa aku, maka aku pun meneruskan je la keje aku. nak wat cemana, aku pun kuli batak jugak. nak tak nak, kenalah buat jugak.

bos aku masuk dekat 12 tengahari. sampai je kat opis, 2-3 orang dah dok tunggu dia. tak sempat aku mengadap dia. sibuk sangat. kul 4 baru le aku nak jumpa dia. bos aku tanya aku pegi mana 3 hari ni. dia takut aku kena kidnap..hehehe..sayang jugak bos aku kat aku. lama gak la aku berborak ngan dia, dan bermacam-macam ceritera jugak la yang kuar dari mulut haku ni. cerita betul ke tipu, biarlah rahsia. nak hidup kenalah pandai. kan? kan?

24 June 2006

:: kisah klasik untuk masa depan ::

1.Are you a child of the 70s 80s or 90s?
- 80s

2. Where were you born?
- muar, johor

3. If you were born in another country, what age did u move?
- yang pasti bukan singapore

4. What city did you grow up in?
- banyak la..muar, shah alam, gombak, melaka

5. Did you enjoy your childhood?
- tah la..tak pasti

6. When you were a kid what did you want to be when you grew up?
- wartawan

8. Name the first memorable vacation you took as a kid?
- genting

9. What was your first best friend's name?
- cipon, dila, as, ayu, hawa, sotong, nurul

10. Are they still your best friends?
- of course la..

12. How did you meet them?
- dila & ayu: masa form 2, nurul : darjah 5, hawa & sotong :masa kat poli as: kat opis.

13. Can you name all the schools you ever attended?
- lebam kalau nak tulis sume...banyak sangat

14. Who was your first crush?
- faizal hussein

15. Were you a shy quiet kid or a very wild and rowdy kid?
- confirm shy quite kid

16. When you were little what did you do for fun?
- tengok kartun

17. Were you closer to your mum or dad as a kid?
- mom

18. Do you have any embarrassing school stories to share?
- tak ingat dah

19. What was the first record, tape or CD you remember buying?
- slam ~ konsert unplugged

20. How old do you want to be when you get married?
- sebelum 25..insyaallah

21. How old to have kids?
- banyak pun takpe..meriah sket family aku

22. Were you scared of anything?
- tah...

23. What was your favorite class in school?
- pendidikan jasmani

24. Did you buy school lunch or bring your own?
- beli je...tak kose aku bawak bekal..

25. Broke any bones or had any freaky accidents as kid :
- tak penah

26. Were you a meanie head?
- tah...

28. Did you play house or pretend to be a superhero?
- nop

29.Random memory from when you were a kid?
- 10 years old

30. Seriously..are you still just a kid at heart?
- memang pon..

:: hari ini dalam sejarah ::

untuk yang pertama kalinya dalam hidup aku sepanjang 22 tahun ni, aku menerima pemberian bunga dari seseorang.(hinanya, umur 22 tahun baru dapat bunga :-P).aku pun tak sangka ade gak orang nak bagi bunga. siapa yang bagi tu, biarlah rahsia. janji aku happy. dan yang penting pemberian ros merah 3 kuntum tu amat bermakna dalam hidup aku sebab inilah kali pertama dalam hidup aku, aku dapat bunga.

untuk awak yang bagi bunga kat saya tu, saya ucapkan bebanyak terima kasih. cayang awak!!!


13 June 2006

:: mutiara kata 14 Jun 2006 ::

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita lebih bahagia.

------------------------------------------------------------------------------------

Kehadiran sesetangah orang itu meninggalkan kebahagian, tetapi bagi sesetengah orang, ketiadaannya membawa kebahagian kepada orang lain.

------------------------------------------------------------------------------------

Alangkah baiknya jika kita boleh membuka dan menutup telinga semudah kita membuka dan menutup mata.

12 June 2006

:: lagu dan kehidupan ::

kata p. ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan. kata aku pulak, lagu dan kehidupan tak dapat dipisahkan. kata orang lain..... (tak tau la pulak)
ada dua sebab kenapa seseorang tu boleh suka dengan sesebuah lagu.
pertama, sebab lagu tu memang best.
kedua, lagu tu ade kene mengena ngan orang tu. betul tak?
hehehhe...ni teori aku je.

kadang-kadang lagu ni boleh jugak dijadikan platform untuk kita meluahkan perasaan kita. maklumlah, nak cakap direct, segan. terpaksalah main tuju-tuju lagu. ahaks.tapi, tak salah kan rasanya. janji perasaan kita tu dapat disampaikan. macam mana orang yang ditujukan lagu tu nak mentafsirkannya, terpulang la pada dia. aku. aku memang jenis suka main tuju-tuju lagu ni. ingat lagi dulu, masa zaman cnta monyet aku. masa aku clash ngan pakwe aku, dia bagi aku surat..tebal gile surat dia. dalam tu sume penuh ngan lagu je. takde kata-kata dari dia sendiri. tapi, aku paham la apa yang dia nak sampaikan tu. lagu yang selama ni dia tak suka pun, ade gak dia letak dalam tu. kelakar pun ade masa tu. nasib baik dia tak bagi kaset yang dia nyanyi aku. kalau tak, mau bernanah telinga aku dengar dia nyanyi.

tapi..ade satu lagu yang dia bagi kat aku, yang kalau aku dengar, mesti teringat kat dia. lagu MILIK SIAPAKAH GADIS INI nyanyian sudirman. tapi, tu semua dah lama berlalu. zaman aku bercinta sekolah-sekolah dulu. sekarang ni takde lagi dah. semua tu dah jadi memori je.

cakap pasal memori ni, lagu ni kadang-kadang boleh jugak mengingatkan kita pada sesuatu memori atau kenangan kita. macam aku, dulu masa aku belajar kat poli, sebelum gi kelas tu aku ngan budak-budak rumah aku mesti pasang lagu Hye Hye Bye Bye. maklumlah masa tu lagu tu ngah pemes. member aku siap rakam lagi. so, tiap-tiap pagi sebelum pegi kelas tu, memang wajib le pasang lagu tu. memekak mekak sebelum gi gelas. than, sekarang ni bila aku dengar lagu tu, mesti aku teringat balik kat kenangan masa tu. syahdu je rasa. huhuhu....

untuk masa ni aku suka sangat dengar lagu TAKKAN ADA CINTA YANG LAIN by CT NURHALIZA feat AHMAD DHANI kenapa aku suka lagu ni? hehehehe...sila rujuk sebab yang pertama tadi... :-)

:: jerat percintaan ::

awak.....saya ade lagu untuk awak....


Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya


kenapa saya bagi lagu ni kat awak? erm...ntah la... terpulang pada awak untuk mentafsirkannya....

08 June 2006

:: bosan ::

gile betul lah.. tak pernah seumur hidup aku merasa boring yang semacam ni. dah la bos aku takde, si As pun takde..gi penang. keje pun takde nak buat. nak forum pun takde mood. forum asik nak bergaduh je..malas aku nak join.



aku pun tak tau ape motif aku gi keje minggu ni. sib baik la aku ni jenis setia. bos takde pun, aku setia dok kat opis. takde la aku nak mengulo sana sini. dok je opis ni macam penunggu. hadoi... bosan nya. dah la pc aku ni asik hang je.. tadi pun wat hal jugak.. ngah aku dok mengedit gambo, tetiba je hang.. geram tul haku!! terus aku switch off je pc tu. gi la mampos.. rosak pun rosak la. bukan duit aku pon. duit kerajaan..huhu....jahat tol aku...



hah, sudahlah!! aku nak balik. tido lagi best..!!


05 June 2006

:: 06.06.06 ::

ada apa dengan tarikh 06.06.06.



memanglah takde ape-ape..



tapi, aku pernah bercita-cita nak bertunang pada tarikh ni. hahahaha..kelakar je. jangan kata nak tunang, bayang-bayang orang datang merisik pun takde lagi.



nampaknya terlepas lagi tarikh yang best-best.



tunggu 07.07.07 la pulak..hehehhe


04 June 2006

:: cerpen spontan ::

masuk kali ni dah lima hari berturut-turut aku terima bunga dari seorang yang aku tak kenal. dah la tak tulis ape-ape. main bagi gitu je. aku pun dah naik malas nak tanya budak yang hantar bunga tu. sebabnya bila aku tanya dia akan jawab camnih : "sorry la, kak. saya ni hanya pekerja yang menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi."



huh, mula-mula dengar tu aku nak rasa nak marah pun ade. tapi, bila tengok muka sardin budak tu, terus aku tak jadi marah. nak tergelak pun ade jugak. "macam-macam orang dalam dunia nih"



sekarang ni bilik aku dah penuh dengan bunga. tak larat telinga aku nak tadah perli dari bos aku. penah dia sound aku, " aik, saya ni kat opis ke kat cameroon highland?? " sambil wat muka seposen dia tuh. eleh, bos aku tu. jeles la tu tengok aku dapat bunga. tu la, sape suruh tak bagi aku bunga. kedekut sangat. apalah salahnya sekali sekala bagi bunga kat PA dia yang rajin dan jelita ni. baru la aku rajin nak buat kerja dia. ni tak, nak belanja aku makan tengahari pun tak pernah. haji bakhli betul la bos aku nih. opss...stop cerita pasal bos aku.



berbalik pada kirman bunga yang aku terima sejak akhir-akhir ni. aku ade rasa musykil sikit. nak kata dia suka kat aku macam tak pulak. sebabnya bunga yang dia bagi kat aku berubah-ubah setiap hari. mula-mula dia kasi aku bunga tahi ayam. masa tu memang aku hangin gile. ni mesti ade orang nak kenakan aku ni. dah la seumur hidup aku tak pernah dapat bunga. sekali dapat bunga tahi ayam. malu aku tau. nasib baik la masa tu opis mate aku semua lom sampai lagi. cepat-cepat aku sorokkan bunga tuh. pastu, esoknya dia bagi bunga raya, bunga tulip, bunga orkid n hari ni dia bagi aku bunga telur pulak.



hangin tak hangin la aku. sakit hati pun ade jugak. tah sape la yang nak kenakan aku nih. puas dah aku siasat sape yang berpotensi kat opis aku ni nak buat camtu.



mula-mula opis boy kat tempat aku jadi mangsa siasatan aku. dia ni selalu gak dok kacau-kacau aku. ajak aku kuar makan la, tengok wayang la. tapi, aku tak layan. hee..tak kuasa aku nak melayan. dah la dia lagi muda dari aku, pendek pulak tu. ade hati nak keluar ngan aku yang tinggi 5' 8 ni. tak sesuai dek non!!



selalu gak aku dok sekodeng si fahmi ni. tengok-tengok manalah tau dialah dalang disebalik semua nih. tapi, bila aku selidik punya selidik, aku tak rasa pulak dia orang nya. si fahmi ni manalah tau pasal bunga-bunga semua nih. aku penah dengar dia cakap " aku ni tak main la jiwang-jiwang. nak bagi-bagi bunga kat awek aku. tak rock la beb!! " masa tu aku ngah pasang telinga masa dia dok berborak ngan zahif, opis mate aku yang baru kawin. si zahif ni dok tanya fahmi, kat mana nak beli bunga. dia nak pujuk bini dia yang merajuk sebab satu insiden zahif ni, lom sempat bini dia nak naik motor, dia dah jalan dulu. apa lagi, tergolek la minah tu. aku yang menyaksikan kejadian tu dengan mata kepala aku sendiri, tak taulah nak gelak ke nak simpati. tapi, last-last aku gelak jugak terbahak-bahak. tu pun aku tahan tunggu sampai masuk kereta baru gelak. sampai senak jugak la perut aku tahan gelak. sekarang ni bini si zahif tu ade kat rumah. tak keje. dapat MC seminggu. hahahha..kesian aku nengok kak zila. dapat laki pun sengal.



ok, nampaknya fahmi dengan zahif dah out dari list aku. yang tinggal 4 orang je lagi. bos aku, orang kanan bos, akauntan kat sini ngan pakcik cleanar. kat opis ni tak ramai, maklumlah opis kecik je. bos aku ni bukak pejabat peguam. Ahmad Dhani & Co. logik tak citer aku ni.??



hahahhaha...hentam je la...



tetib aje aku dah tadek idea. to be continue la.....(tu pun kalau aku ade mood nak sambung cerpen sopntan haku ni. ahaks!!)


01 June 2006

:: menanti sebuah jawapan ::

10.30 a.m.



dua jam setengah berlalu sejak aku masuk opis tadi. dan dalam tempoh dua jam ni, satu kerja pun aku tak buat lagi. surat berlambak-lambak atas meja tu, dipandang sepi je oleh aku.



aku tadek mood nak buat kerja hari ni. malas. hari ni aku nak bercerita pasal KAWAN. ya, K.A.W.A.N. cakap pasal kawan ni, macam-macam jenis kawan yang kita boleh jumpa. kawan menangis, kawan ketawa, kawan yang mengata kita di belakang, kawan yang kawan dengan kita sebab nak pinjam keta, pinjam baju, pinjam harta benda, kawan makan kawan, kawan yang merampas suami atau boyfren kita, kawan bergaduh, kawan teman tengok wayang, kawan bila time nak pinjam duit.. dan macam-macam lagi lah yang tak payah la aku nak taip satu-satu. kang panjang pulak entry aku.



tapi, kali ni aku nak bercerita pasal KAWAN SEJATI. tak ramai manusia yang bertuah. yang dapat memilki seorang insan yang boleh dikatakan kawan sejati. aku?? aku pun boleh dikategorikan dalam manusia yang tak betuah tu. huhu. tapi, takpelah... aku pun belum tentu leh jadi seorang kawan sejati.



perkataan KAWAN ni, buat aku belajar banyak perkara.