05 December 2008

. bukan lupa, cuma tak ingat je .

Pagi tadi aku telah membuat kecoh kat rumah sebab mencari kunci kereta aku yang hilang. Habis semua ahli keluarga aku telah dikerah untuk mancari kunci aku. Mak abah aku ngan adik2 aku yang sedap tido pun aku bantai gak soh bangun cari kunci aku. Terbantut hasrat diorang nak menikmati tidur di pagi hari yang hujan renyai-renyai tu.

Aku pun tak berapa nak ingat kat mana aku letak kunci kereta tu. Last aku ingat aku letak kunci atas sofa. Sebab semalam pas balik dari ronggeng rokiah, aku memang tak letak lam handbag cam kebiasaannya. Aku campak je atas sofa. Tapi, yang ajaibnya.. jangan kata atas sofa, bawah sofa, tepi, depan belakang semua aku cari takde. Bukan la tak ada kunci spare, masalahnya kunci rumah ngan kunci opis pun aku sangkut kat kunci kereta aku tu.

Pas hampir 15 minit cari tak jumpa, aku pun give up dah. Niat di hati nak sampai opis awal pun terbantut hari ni. Dah la dua hari MC. Konon-konon nak tunjuk baik la hari ni. Tak dapat jugak. Lam kepala aku dah mula pikir nak sambung cuti je. Tengah dok fikir alasan ape nak bagi kat bos hari ni, mak aku pulak tetiba dah jumpa kunci aku tu.

Korang tau mak aku jumpa kunci tu kat mana?




Kat bawah bantal aku!!


Hahahah. Aku memang tak ingat tah bila masa la aku bawak masuk kunci tu lam bilik. Letak bawah bantal pulak tu. Yang lebih aku heran tu, cemana mak aku leh tergerak nak cari kat situ. Padahal aku bermati-matian cakap kat mak aku, aku letak kat atas sofa. Hehe, sori la mak.. anakmu ini memang jenis pelupa.


Aku rasa penyakit alzheimer aku semakin menjadi-jadi la..


3 comments:

nmmy84 said...

ishh ko ni su..lain kali kasi gantung kunci tu kat leher kasi ingat selalu.

psttt ari tu gune toilet tinjau balik tak da flush lom :P

sultan said...

isk... nmpknye ko kena mkn mknn yg berasaskan kismis byk2 ni...

haJa*darLingZ said...

aros la pasni ko letak kt tombol pintu..senang klau ko nk kluar ko nmpk kunci skali..