10 November 2008

. aku rasa kekecewaan yang sangat melampau sekarang .

dalam hidup aku, ade dua BENDA yang sangat aku sayang. kiranya kalau rumah aku terbakar, dua benda ni yang akan aku selamatkan dulu. Pertama : ALBUM GAMBAR dan Kedua : DIARI.
Ok, boleh nampak di situ aku memang seorang yang suka mengenang kenangan lalu. Yes, i am.

Setakat ni aku ada lebih kurang 4-5 diari yang aku simpan sejak umur aku 12 tahun dan aku ada lebih kurang 6 buah album gambar. setiap album aku asingkan mengikut peringkat umur aku. album pertama aku muatkan gambar-gambar aku dari aku baby sampai aku sekolah rendah. album kedua pulak zaman aku sekolah menengah. album ketiga zaman habis sekolah. album keempat zaman belajar kat poli dan begitulah seterusnya sampai lah aku kerja ni. setiap album aku hiaskan mengikut kreativiti aku supaya tidak nampak bosan dan aku akan catatkan juga perkara-perkara penting seperti tarikh, masa, tempat atau kejadian yang berlaku disebalik gambar-gambar aku tu.

Dan sudah menjadi kebiasaan aku, sekali sekala aku akan tengok balik album-album dan diari-diari tersebut. (masa ni aku akan jadi seorang yang sangat emosi. kadang-kadang boleh mengalirkan air mata gak la...). sebabnya, aku seorang yang mudah lupa. aku tak mampu nak ingat semua kenangan aku dulu-dulu. kadang-kadang gambar dan diari ni la yang banyak membantu aku mengingatkan kembali pada kisah suka duka aku dulu-dulu. dah jujurnya aku cakap aku sangat sangat sangat sangat sayang pada 'mereka' .

Jadinya, bila aku dah sayang, mestilah aku akan simpan baik-baik kan 'mereka' tu? ditambah pulak aku memang jenis yang cermat dengan barang-barang aku. harta benda yang aku sayang memang aku akan simpan baik-baik. aku memang cukup pantang kalau ada yang suka sentuh barang-barang kesayangan aku. (adik aku penah kena marah sebab hilangkan aku nye tiket-tiket wayang yang aku kumpul). dan biasanya aku akan letak kat tempat yang aku mudah nak nampak sebab aku memang jenis pelupa.

Dipendekkan cerita, setelah sekian lama aku tak belek-belek 'mereka' tu..akhirnya kelmarin yang lepas hati aku tiba-tiba tergerak nak tengok 'mereka' . lama jugak la aku tak tgk 'mereka'. dalam setahun ada agaknya, start dari aku pindah rumah. aku pun tak boleh nak ingat bila kali terakhir aku tengok 'mereka'. ye la, dalam setahun ni aku sibuk sangat dengan SI DIA tu.. sampai kan aku tak ada masa untuk diri sendiri. so, bila dah ada masa ni, nak jugak la aku imbau kembali masa-masa dulu. dan yang sebenarnya aku nak scan gambar-gambar lama tu. maklumlah dulu-dulu mana ada digi cam. pakai kamera biasa tu je. so, niat aku nak la scan pastu simpan lam hard disk aku.

Tapi, yang peliknya bila aku tengok balik album gambar aku tu cam kurang je. aku kira ada 4 je. lagi dua tak ada. dah la dua album yang tak ada tu, album masa aku kecik-kecik dan sekolah menengah. peh, memang menyirap darah gak la aku masa tu. kepala aku mula lah fikir macam-macam. takkan la housemate aku plak nak amek kan. ape kejadahnya diorang nak amek. lagipun housemate aku baik-baik orangnya. dan aku pun tak nak la fikir bukan-bukan pasal diorang. so, aku pun menjalankan misi untuk mencari balik 'mereka'.

Cari punya cari, tak jumpa-jumpa jugak. merata tempat la aku cari. kat almari buku , dalam kotak-kotak, bawah katil, bawah sofa, bawah meja, atas almari, dalam rak kasut, dalam bakul baju sampailah kat dalam peti ais pun aku cari jugak. tapi, still tak jumpa. habis semua baju-baju dalam almari aku campak keluar. tapi, sampai keluar peluh jantan aku mencari, still tak jumpa jugak.

Hati dah mula rasa tak best. jantung aku pun mulalah berdegup dengan kelajuan luar biasa. siyes beb. aku rasa sangat-sangat tak best! aku rasa nak meraung masa tu jugak!! nak menjerit. nak marah, nak menangis semua ada. aku rasa sangat marah pada diri sendiri sebab tak mampu nak ingat kat mana aku letak album aku tu.. aku rasa sangat-sangat kecewa. kecewa putus tunang pun tak hebat macam ni la. seolah-olah aku dah hilang separuh dari hidup aku. hadoi...!!

Tapi, akhirnya aku pasrah. aku pasrah sebab tak jumpa album aku tu. walaupun aku sangat-sangat kecewa tapi aku kena tenang. nak buat apa pun dah tak guna sebab benda dah hilang. cuma sekarang ni aku mengharapkan yang album aku tu sebenarnya ada, cuma mgkin aku salah letak kat mana-mana. dan aku sangat-sangat mengaharap agar aku akan jumpa balik album gambar tu. korang doa-doakan lah yer...



9 comments:

bungaditepijalan said...

awak simpan lg sume2 tue?
bgs nye awak..
:D

-flip.flop- said...

yup awk...
saya masih simpan semuanya.
even gambar org atau exbf yang saya dah menyampah pun saya simpan jugak..

sultan said...

mmg syg kalo benda tu ilang. xpe. aku doakan benda tu jumpe x lame lg...

khaleda said...

ada terselit kt mana2 kot
cuba ar cari lg.. mana tau kali ni jmpe :)

haJa*darLingZ said...

ko cr tmpt yg ko xgeledah lg.or tnye je sape2 kot tau psl album ko tu...aku pun cm ko klau brg ilang je mulalah nk hngin

NuR said...

x munasabah langsung carik dlm peti ais...aje gile..ape kate ko carik dlm gobok dapur ke, xpon mesin basuh ke..kwang3 :DD

tah2 ade kt rumah..

iory said...

cian2...mungkin die suh awk jgn ingat sngt kot bende yg da lepas...:)

-flip.flop- said...

sultan
mekasih ye sebab doakan saya

khaled
ape kate ko tolong aku cari sama-sama..hehe

pn.haja
tu ar.. tapi kali ni aku takleh nak marah sesape sebab aku sendiri lupe..

eda
ko balik nnt tolong carikan kat umah. aku upah ko kasih sayang yang tak terhingga..

-flip.flop- said...

en. iory
logik jugak ye kata-kata awk tu... mungkin la saya patut pandang ke depan je skrg... tapi, saya terkilan gambar saya masa kecik2 sume ilang gak...uwaaa....