25 January 2006

:: pisces horoskop ::





Kehidupan : emosi pisces kerap berubah-ubah kerana terlalu dibebani dengan masalah kerja/pelajaran. namun, pekerjaan/pelajaran adalah komitmen kamu dalam apa juga situasi. ternyata, kehidupan kamu kini sangan bervariasi. pelbagai keuntungan yang akan kamu dapat dalam waktu terdekat. jangan alergi terhadap kritikan, anggaplah semua itu sebagai cabaran dalam hidup.



Percintaan : mencintai seseorang itu memang berisiko, apatah lagi jika si dia bukan calon menantu pilihan orang tuamu. si bujang pisces bakal melalui hari-hari yang penuh dengan debunga cinta.



Nombor Bertuah : 15, 21 & 25



Hari Bertuah : Sabtu



Warna Bertuah : hijau pucuk pisang



Kelebihan : sentiasa bersedia menerima sebarang kritikan



Sifat Buruk Yang Patut Dihindari : tidak tetap pendirian


10 January 2006

:: malas ::



huhu, kenapalah ari ni aku jadi malas...malas nak bangun tido, malas nak mandi, malas nak pegi keje, malas nak buat keje, malas nak berjalan, malas nak bercakap,malas...malas..n malas lagi... huargh....ngantok pun mengantok... sib baik bos aku tadek..cuti 3 hari.. boleh la aku relax2 sket.. mekasih bos sbb cuti lama..


08 January 2006

:: hari ini ::

kat opis aku lebih dari tiga orang tanya aku soklan ni:-



"aik...su tak cuti ke hari ni??"



sampai sekarang aku dok pikir kenapa diorang tanya aku soklan tu.. tak salah dioarang nak bertanya..tapi, aku pelik la.. takkan dioarang tak nampak aku ade kat opis nih.. kalau aku dah ade kat opis tu, maknanya aku keje la.. tah hape2 tah.. nak marah kang macam tak patutlah pulak..



kenapa ye orang malaysia suka tanya soklan yang mereka sendiri dah tau jawapannya.. kadang tu tengah aku sidai kain, lalu le sorang akak nih... then dia akan tanya " sidai kain ke?? " kalau aku ngah makan pulak dia akan tanya " makan ke?? " agaknya apa yang aku lakukan tu invisible pada pandangan mata diorang kot... mungkin jugak kot... Ponder 


05 January 2006

:: release tension jap ::







huhu..tensen la..banyak keje nak buat.. sampai kelam kabut aku dibuatnya.. tak lama lagi mungkin aku akan mengalami nasib yang sama macam kucing nih:-






:: what u give u get back ::

tu kate kumpulan scorpion.. tapi aku lak lebih suka guna ayat nih "tuhan balas cash je skang nih". bunyinya lain tapi kalau direnung, ditenung, difahami ianya memberi maksud yang sama. maknanya apa saja yang kita buat pasti mendapat balasan satu hari nanti. tak kira buat baik atau buat jahat. cuma lambat ngan cepat je balasan yang akan kita terima..



teringat satu kisah masa aku ngan member aku pegi sure heboh kat shah alam. nak dijadikan cerita, tangah dok bersuka ria ngan ramai gilers manusia kat situ, beg member aku ni kena copet. dalam beg tu ade la duit tapi tak banyak ngan henset berharga RM 700 ++.. sebelum tu, member aku ade citer kat aku.. beg FCUK dia yang kena copet tu, bukan dia beli.. tapi dia amik kat kedai majalah tempat dia keje. beg tu dapat percuma kalau beli majalah. tapi tak ingat pulak majalah ape..  member aku ni pulak bengang ngan bos tempat keje dia. so, dia pun mengambil keputusan untuk mengambil majalah tu tanpa membayarnya.. harga majalah tu lebih kurang 10 hengget kot.. see....dia amik barang tanpa izin yang harganya 10 inggit je, then barang dia yang harga 700 ++ pulak kena amik..nak kata ape.."what u give u get back la.." tapi, takpe..tu mungkin jadi pengajaran kat dia..



satu lagi kisah, baru je berlaku tengahari tadi. aku ngan opis mate pegi lunch kat tempat biasa. kat ctu boleh pulak baju yang opis mate aku pakai hari ni same gilers ngan sorang makcik yang tengah beli air.. hahahah..menggelupur la kawan aku tu dibuatnya.. malu!!.. alkisahnya, beberapa bulan lepas dia penah ketawakan dua orang yang memakai baju yang sama...see...



tapi, tadi aku dah gelakkan member aku sbb baju dia sama ngan makcik tu? so?? hahhah.. tggu je la hari aku akan sampai...



sebenarnya banyak lagi contoh aku nak bagi.. tapi, malas nak taip daa.. hari dah petang, time to balik umah...so, untuk peringatan korang dan jugak aku lebih-lebih lagi, think before u do something.. especially benda yang tak elok la.. sebabnya kita pasti akan menerima balasan suatu hari nanti.. aku?? aku pun sedang menanti balasan untuk apa yang penah aku lakukan kat orang lain...




04 January 2006

:: ketam masak cili padi ::

cilok



semalam aku ngan osmet gi melabur duit RM 6 hengget kat tgv mines.. (gi nengok citer baik punya cilok)..mungkin ade orang kate.."ek ele..lambat la lu..orang dah gi nengok lama dah".. erm.. takpelah..aku memang selalu lambat dlm hal-hal cenggini..tak kose aku nak beratur pepanjang ataupun dok depan sekali dalam panggung.. biar lambat asalkan selesa.. tul tak..



aku sebenarnya bukan teruja (excited) sangat pon nak nengok citer tu.. tapi, aku dilanda kebosanan tahap dewataraya..tak tau nak buat apa.. so, sementara ade duit lebih ni, apa salahnya melabur takat 6 hengget tu.. pada mulanya aku ingatkan citer ni sama je cam citer lawak seplastik yang selalu aku nengok tu, tapi ternyata aku silap.. cakap banyak pun tak guna, tapi citer ni memang lawak habis la.. aku rasa ni la filem komedi yang kedua aku tengok yang boleh buat aku gelak sampai abis citer.. sebelum ni aku penah mengalami keadaan yang sedimikian rupa masa nengok cite senario lagi..  walaupun aku tak berapa nak paham mesej yang nak disampaikan (sbbnya aku nengok filem komedi untuk berhibur, bergumbira, bukannya  nak berpikir..) tapi yang pastinya aku rasa citer ni best la.. sape yang belum nengok tu, gi la tengok.. aku rasa citer ni lagi best dari citer buli.. and yang pastinya lepas aku nengok filem ni, aku terus jatoh chenta kat awie..hahahah...percaya tak? jangan ditanya kenapa sbb aku pon tak tau...



sejuk



kalau ade orang tanya aku kat mana tempat paling sejuk dalam dunia ni, konpom aku tak boleh jawab. tapi, kalaua de orang tanya tempat paling sejuk kat putrajaya ni, aku akan jawab opis aku.. kat tempat dimana aku sedang duduk skang nih.. ni bukan sejuk tahap dewa lagi ni, aku pon tak tau nak kategorikan sejuk yang cemana.. diorang ni tak rasa ke sejuk? ke perasaan aku je atau khayalan aku je yang aku tengah sejuk skang ni.. ish..ish..ish.. aku rasa la diorang ni nak tengok ade yang mati kebekuan baru diorang nak slowkan air cond tuh..gile ah..



cuti



cuti raya haji n raya cina ni tak tau nak gi merempat kat mana.. ade sesape tak ajak aku gi beraya umah diorang?? aku sereyes nih... sesape yang rasa simpati tu boleh la ajak aku balik kampung diorang..sian kat aku..camnih ropanya jadik orang terbuang ekh.. nak wat camno.. takdir hidup aku..huhu...



hmmm..cukup smpai sini dulu... oh, ya!! sebelum aku terlupa.. tajuk kat atas tu tadek kena mengena ngan entry aku kali ni.. saje je boh tajuk macam tuh sbb aku ngah lapar tadi.. terbayang pulak lauk ketam...yummy..yummy...












03 January 2006

:: happy new year ::

huhu...entry pertama aku untuk tahun 2006... yehaa..dah masuk tahun baru.. goodbye tahun 2005.. tahun yang paling hampas sekali buat aku.. tahun tak best.. tahun malang buat aku.. tapi, takpe...sume tu dah berlalu..skang ni aku nak bagi tumpuan untuk tahun 2006.. nak bagi tahun 2006 ni tahun paling sukses bagi aku.. tahun yang menghepikan buat aku... huhu.. poyo's...



awal tahun baru je aku dah wat taik mata.. tido sampai tengahari.. ni sume sebab penat dok berdiri lebih kurang 4 jam semata-mata nak tengok spider kat konsert. ok jugaklah sambutan tahun baru kat alamanda nih.. tapi, bungan api dia tak best.. tak meriah macam kat klcc.. tak gempaq.. cam suram je.. dah le tu, spider perform last sekali.. naik kematu tumit kaki aku berdiri sampai 4 jam.. last-last si tam tu mengamuk pulak pasal system sound kat ctu tak memuaskan.. dia kata tak best nak perform..hampesnya tam.. penat aku tggu ko tau tak..tapi, takpe.. tam nak mengamuk ke, nak ape ke, aku tetap sayang tam..muah!! hehehe..



cuti tahun baru selama 2 hari ni dihabiskan dengan azab sekali oleh aku.. sebabnya aku hanyak dok memerap je kat umah.. kuar umah semata-mata nak jemur cadar.. huh, baru aku pasan..rupanya aku tak kuar umah selama 2 hari.. boleh pecah rekod dan jugak pecahkan kepala aku.. bukan aku tak nak kuar, tapi tak tau nak gi mana.. atau sebab yang lebih utama kedudukan kewangan aku tak memuaskan.. huhu, sedey siot.. owang lain sume bz kuar sana sini ngan pakwe memasing.. aku je kegersangan kat umah..ahaks.. nak wat camno, pakwe jauh.. terpaksalah time hakikat..



tahun ni aku takmo buat azam.. (ade sebenanrnya, tapi segan nak bagitau..) kang orang kate poyo's pulak.. takpelah, biar aku simpan je dalam diari aku.. menjadi rahsia aku untuk selamanya.. takpe kan??



erm..itu je la untuk entry pertama di tahun baru nih.. jam dah kul 5.30.. mau balik woo....