12 March 2009

. melankolik itu bukan jiwaku .

Sebenarnya maksud melankolik pun aku tak tau. Hahaha. Terbocorkan rahsia pulak. Cis!! Jari aku ni memang nak kena tau. Suka sangat bocorkan rahsia aku kat blog nie. Hehe.

Sebenarnya aku tak tau dah nak taip ape kat blog aku. Percaya tak dari pagi tadi sejak jam 9, aku dok mengadap blog aku (alamak, kantoi pulak yang aku tak buat kerja dari tadi..hihi), taip, padam..taip, padam.. sampai sudah tak tau ape yang aku nak ceritakan kat sini. Padahal banyak benda sebenarnya, cuma kepala otak aku macam dah beku. Nak kata serabut takdelah jugak. Aku rasa aku macam ok je. Cuma rasa KOSONG je.

Aku perasan la sejak akhir-akhir ni aku macam dah tak peduli dah ape nak jadi. Aku macam dah tak amek kisah sangat. Macam kata cik bungaditepijalan, dah IMUN. Orang nak sakitkan hati aku ke, orang nak kutuk aku ke, nak memainkan aku ke, aku cam dah malas nak amek port. Pelik ar. padahal dulu aku bukan macam nie. Sumpah bukan. Dulu aku seorang yang penuh dengan perasaan. Lebih-lebih lagi perasaan marah. Haha. Aku memang seorang yang hot tempered. Temperature aku cepat naik. Silap sikit melenting. Salah sikit, mengamuk. Dah la tu, aku jenis orang yang berdendam jugak la. Biasanya kalau orang tu buat taik kat aku, memang aku akan pastikan dia akan rasa 10 kali ganda cemana yang aku rasa. Tapi, tu dulu la. Zaman-zaman jahiliah aku.

Sekarang ni aku cam dah kisah. Biaq pi la apa nak jadi. Dan aku pun dah boleh mengawal emosi aku. Takde la nak marah-marah tak tentu pasal. Aku lebih cool. Sampai ada 'seseorang' tu cakap kat aku "I tak pernah tengok you marah. you ni tak reti marah ke. kadang-kadang teringin jugak nak tengok u marah". Aku jawab balik kat dia "baik you tak payah tengok la, kalau you tengok i marah, mungkin you akan rasa menyesal dilahirkan ke muka bumi ni". Hahaha. Agaknya kalau dia kenal aku yang dulu, tah cemana la agaknya. Heh, aku dulu kalau dah marah.. macam-macam perkataan tak senonoh kuar dari mulut aku ni. Orang kata kalau dengar, boleh rasa nak bunuh diri la. Tapi, biasanya lepas berkata-kata tu aku akan menyesal sendiri. Tu la, dulu suka bertindak dulu sebelum berfikir. (sekarang pun sama jugak..cuma dah kurang sikit la).

Sekarang ni kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati ke, atau aku ada yang menyakitkan hati aku, aku akan diam dulu (tapi, muka aku memang cam gampang la masa tu...). Hehehe. Tu memang tak dapat diselamatkan. Muka aku ni tak boleh menipu. Apa yang aku rasa kat dalam, akan terpancar kat muka aku. Kalau aku marah, korang sendiri akan tau aku tengah marah. Senang kata, orang mudah baca perasaan aku melalui mimik (asal aku rasa cam lain macam je ejaan tu) muka aku. Sebab tu la aku tak suka menipu. Aku memang lemah bab menipu-menipu ni. Mesti terkantoi. Orang sergah sikit je mesti aku bagitau perkara sebenar. Jadinya aku lebih selesa berterus terang. Walaupun orang kata kebenaran itu menyakitkan, tapi sekurang-kurangnya sakit hati kejap je. Kalau menipu, sakit hatinya tu makan dalam tau. Aku pun tak suka orang menipu aku. Orang kata jangan buat sesuatu yang kita tak nak orang lain buat kat kita. Kata-kata tu yang aku pegang sampai sekarang.

Er, ape aku dah merepek ni. Banyak pulak rahsia aku yang terbongkar hari nie. Hampeh betul la. Aku sebenarnya blur nie. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Pehal ar???

4 comments:

Nik Muhammad Hafiz said...

cenggini laa..as much as i told u before...changes in life is good but beware...coz u might not know where this changes will bring u and at times..there is no end and this is where u will lose ur self..u will go deeper then u ever know..by that time..no one can save u..not even urself anymore...what u have tho u said it was -ive but please do remember that those -ive attitude is actually ur weapon that u should have by urside at all time..true enough temper is bad..but in a way..temper also will get u out of trouble...dont let situation take charge on u during this period as u are...lost i can say...i know that too many incident happened in ur life to the extend that u have become what u are now...in away..losing hope and couldnt be bothered about things anymore...its not a healthy way of living UNLESS u deal with it and u are ok with it..but hiding it or sweeping it under the carpet..that is a disaster...u know who to look for if u needed to confide to someone k..a promise is a promise...take care dear...

cujen said...

wow...panjangnye komen.... i like....
and thank you so much en. nik muhammad hafiz...hehehe...saya akan ingat sume yg you ckp tu....

Nik Muhammad Hafiz said...

aight..glad that u thought about that..

dialicious said...

Saya plak tak reti marah n macam xde perasaan plak..camne tu eh?lame2 boleh jd pendendam..heheh