04 March 2009

. jejaka idaman .

Semalam dok melayan citer Gridiron Gang lakonan The Rock kat HBO. Macam biasa, aku jatuh cinta kali ke 85 kat The Rock nie. Hehe. Tetiba aku terpikir, kenapa yer orang yang aku suka sume jenis2 yang macam nie. Senang citer aku mudah tertarik kat lelaki yang macam The Rock nie. Yang ala-ala macho gitu. Aku bukan suka badan dia yang ketul-ketul tu..(sumpah aku benci gile lelaki badan ketul-ketul macam lelaki dalam iklan ridsect tu). Tapi, aku suka kerektor The Rock yang macho dan sangat sweet tu. Hehe.

Ok, meh aku senaraikan lelaki-lelaki yang menjadi kegilaan dan idaman aku.

1. Dwayne Johnson aka The Rock

Aku minat gile kat dia sejak dia jadi pelakon. Masa dia kat WWE aku tak suka langsung. Sebab aku tak minat wrestling. Tapi, start tengok dia berlakon, citer ape tah..aku pun tak ingat. Masa tu terus fall in love ngan dia. Aku paling suka tgk dia dalam citer The Game Plan. Watak dia mmg best gile. Macho tapi mempunyai hati yang lembut. Huhu. Aku ske! Aku ske! Tak sabo nak tunggu movie baru dia Race to Witch Mountain.


2. Nicholas Cage


Hoho. Aku memang kipas susah mati (die hard fans) Nicholas Cage. Boleh dikatakan sume movie dia aku tengok. Best ke tak best citer tu, aku layan jugak. Aku pun tak tau sejak bila aku minat dia. Tapi, aku rasa dia sangat cool. Aku paling suka expression muka dia. Muka dia cam muka org takde perasaan. Ala-ala misteri gitu. Huhu.


3. Johnny Depp aka Jacksparrow

Yang ni aku rasa sume pompuan pun suka. Ada ke yang tak suka dia?? Memang takde taste la sape yang tak minat dia ni. Dah la kacak, kelakar pulak tu. Memang menjadi pojaan setiap wanita termasuk la aku. Aku punya gila kat mamat ni sampai aku rasa nak pergi hollywood cari dia. Dapat jumpa 5 saat pun jadilah. Haha.


4. Jackie Chan
Ni pun aku minat jugak. Hehe. Dia tak ensem tapi dia kelakar dan pandai kungfu.

Ok, kesimpulannya lelaki yang aku minat sume badan ketul, pandai lawan, kelakar, cool, dan juga TUA!!

9 comments:

^arween^ said...

johnny depp mmg idaman aku :D

bungaditepijalan said...

yg num 3 tue mmg saya suke dr dulu.
ehehehehehhee

bungaditepijalan said...

pls leave ur email address on my blog.
cos m gonna private it very2 soon.

with love:
bunga

susudalambotol said...

kenapa takde brad pitt si benjamin?

cujen said...

kita tak minat brad pitt :-p

RySha sHaiRy said...

hehehe..kenapa sumer omputih..ommelayu x der yg minat ker..hehehe..

nmmy84 said...

amboi high taste..ngeee :)
tua takpe janji best.hehehe.weih aku meninggalkan taik katak pada entri ko.haha.pandai ko bagi name taik katak tu.aku sukeeee.

nyonya*PIE said...

alahai...hero hindustan xde ke cujen???kuikui

Nur said...

aku minat gak no 3. rajin beno tukar template. aje