16 March 2009

. aku nak letak tajuk paling sedih. tapi tak tau apa .

3.30 pagi.

Apehal aku dok terkebil-kebil depan pc nie?




Flashback.

5.46 petang.
Keheningan petang aku dikejutkan dengan satu bunyi sms. Cepat-cepat capai tepon.

*senyum*. Heh, dari pagi satu sms pun tak masuk. Sebab tu aku senyum. (padahal itu sms dari dia).

"watcha doin?"

"Nothing. G kedai beli brg dapur sket"

"ic. your parents n sis smua dah pindah putraj?"

"yup. bersepah umah dibuatnya. u watpe?"

"in my room rehat"

perbualan seterusnya bersambung di ym. borak-borak bodoh kejap. dia mintak tolong aku taipkan satu surat dalam word sebab lappy dia takde word. dan macam biasa, aku dengan murah hatinya tolong tanpa banyak soal walaupun line internet aku cam gampang dibuatnya. dan masa tu aku ngah sibuk kemas barang2 yang baru angkut dari subang. tapi, aku usaha jugak untuk dia. dah siap, senyap sekejap.


8.51 pm. new message receive.

"jumpa malam ni nak ke? kalau u leh klua la..."

huh, apa jawapan yang dia jangka dari aku? kalau aku kat kedah sekalipun, aku akan cakap yes. tapi, cuak jugak. pehal nak jumpa aku? kate semalam need more time. dah ade jawapan kot? babi la. aku dah tau jawapan tu sebenarnya. aku harapkan dia takkan bagi jawapan. haih.

"wut time?"

jawapan pendek dari aku konon-konon tak mengharapkan tuk jumpa. padahal terus melompat masuk bilik. basuh2 muka, mandi sket2 n tukar baju. 10 minit je aku dah siap. bodoh!

"anytime"

"lokasi?"

"jumpa kt warung dkt shoplot i bleh? kalau u tau mane la"

"heh, mestilah i tak tau. Lokasi lain?"

"xpe. near your house we sill go but gimme some time coz i ade meeting jap kat shoplot i. orang tu nak sewa kan..."

"wokeh"


"org tu br call to cancel la.. hmm..i'm free already..what shud we do ah?"

"entahlah. so, nak jumpa katne? near to my house or ur house?"

"near my house pls. bleh?"


"ok. gimme 10 minutes k. then i g sane.


"jumpa kat pak maidin lah. ok?"

"yup, u terus g sana eh?"


"yup. can lah..easier for u..wat time will u sampai?"


"i dah nk kuar nie. 10 minutes lg sampai ah."


"jgn drive laju"


" tak la.laju sikit je"


erm..amek berat lagi ke? agak2 kalau mati eksiden tu tak sakit, korang rasa apa aku dah buat sekarang? laju tak laju jugak la. 6 minit dr presint 11 ke taman equine.

"i dah sampai. U katne?"

"jap.i walk there"

walk?? dia jalan kaki dari rumah ke ape? shitttt...apesal aku berdebar-debar pulak nie???


5 kali kelip mata, dia pun sampai. jantung aku makin laju. cam haram. tapi, kontrol dengan senyuman paling palsu penah aku buat. shit!!

ramai pulak orang kat pak maidin nie. kitaorg pilih seat kat luar. konon-konon privacy. huh! 10 minit pertama tu sumpah aku rasa janggal. apesal rasa lain je nie.?? isk... ape2 pun order dulu. bihun goreng n nescafe o tuk aku. dia? horlick ais.

aku pandang dia. dia pandang aku. pastu perbualan macam biasa. borak2 kosong2. tanya itu ini. tapi, dengan satu perasaan yang berlainan. benci betul aku perasaan nie. rasa nak pijak2 jer!

sib baik makanan dah sampai. ape-ape hal pun makan dulu. pehal aku rasa bihun aku ni dah macam dawai ampaian baju je. shit!! tapi, yang peliknya tu..licin jugak bihun aku tu. tapi, bukan aku mkn sorg la. dia makan kan tuk aku sekali.

abes makan. dan kat sini la bermula perbualan serius. serius yang aku rasa cam nak makan racun tikus je pastu.

"er..kelly tanya u...dia tanya kat i. mana dia.."

ayat pembuka bicara dari dia. kelly tu kawan dia. aku penah jumpa sekali je. lepak2 bertiga kat office dia yang macam ktv karaoke je. kitaorang nyanyi sampai muntah darah. once time ago la.

"erm..ingat jugak dia kat i ek.."

senyap lagi. dia pandang aku.

aku pandang depan. tengok keta lalu lalang. dalam hati dah macam nak pecah jer.

"so, macam mana kita?"

"macam mana? u la.. u kate nak masa. dah ade jawapan ke??"

perbualan seterusnya aku tak ingat dah. lupa terus. tapi, jawapannya tetap tidak. aku pun tak paham kenapa tidak. nampak cam dia sayang aku, tapi tak boleh go on. ok, aku paham. dalam setengah keadaan soalan itu memang takde jawapan. tapi, kenapa sebelum ni layan aku mcm puteri? atau aku yang perasan. shitt!!!! ok, stop suzan. tolong hadapi kenyataan.


dalam keadaan macam tu, aku masih boleh senyum je depan dia. senyuman plastik!! aku benci senyuman tu. kalau korang tengok pun, mesti korang rasa nak pijak2 je muka aku. aku harapkan aku boleh nangis depan dia. tapi, tak tau kenapa air mata ni macam segan2 pulak nak keluar depan dia. korang rasa kalau aku nangis hentak2 kaki dan pecah2 kan pinggan kat warung tu, dia akan terima aku tak? aku tau jawapan nya tak. sebab tu aku tak buat mcm tu. aku pun tak nak paksa orang. redha. rela. pasrah. ape lagi??

setelah melalui 20 minit perbualan yang merobek hati aku, kitaorg balik. aku hantar dia. dalam kereta dia usap kepala aku and say "i'm gonna miss u". huh!! sib baik aku tak sondol keta depan. asal dia cakap macam tu ar??? apesal????? saje je nak bagi aku sedih. harapan.

kontrol. aku masih tak boleh nangis. sebelum keluar dia kiss aku and ckp "take care". masa ni aku dah meraung. tapi, dalam hati je. kuar je dari kawasan rumah dia, tetiba pulak air mata ni turun mencurah-curah. sial! tadi tak nak keluar. kali ni bukan main lagi siap ngan hingus2. tisu pulak takde...so, aku biarkan je....

lagu kat radio pulak cam gampang. "lagu saat ku terlontar derita". dengan air mata berjurai tu sempat lagi aku jeling kat radio tu. 105.3. hmm..patutlah. sekarang tengah segmen citra cinta. babi kan? tapi, aku malas nak tukar. aku biarkan perasaan aku layan lagu tu. sambil tu msg sorg kawan..


"pinjam bahu leh tak? nak nangis"


bodoh. dah putus cinta tu dah la weh. yang ko pergi kacau orang lain tu pesal. tau tak dah kul bape?? tak tau ke yang org tu penat baru balik kerje?? ko memang bodoh la cujen.
biarlah..biarlah aku jadi bodoh. gi mampus.

msg jiwa-jiwa ngan kawan aku tu. nasib baik dia baik. dia col aku sebab aku tak reply msg dia pastu. ok, aku rasa bersalah. pura-pura takde pape sebab rasa bersalah kejutkan org yang dah tido. tapi, takpe..dia baik. sangat baik. (oi, sebab org tu baik ko rasa ko leh wat dia sesuka hati?? patutlah ko kena tinggal..padan muka ko cujen). ah...gi mampus..


borak-borak jiwa lara ngan kawan aku. kena bebel itu ini. bagi tips camtu camni. nangis sana sini. Ok, aku dah ok. thanks kawan.

balik rumah. masuk bilik terus kemas-kemas bilik aku yang macam separuh kiamat rupanya. tah dari mana datang semangat nak mengemas tu. terus menerus tanpa henti. tapi sempat lagi hantar sms kat dia... ok, ni memang betul babi!!

"i'm gonna miss u. thanks for the happy moment. u will be the one yang i rase susah sgt nak lupakan."


"hey, thanks for everything too. sorry i kena cepatkan perjumpaan td. i trasa sedih sgt."

"percaya tak, kalau u sedih i rasa 10 kali dr tu"

:( u have to be strong for both of us k..."


ye la....aku selalu jadi mangsa untuk kebaikan org. aku dah penat la....

"yeah. i jd strong just because u want it. but i'm not thay strong yg u sangka. i cuma xnak susahkan u. coz i love u more than i love myself. hey, jangan rasa tertekan dengan stetment i tu k....

"Suz...I LOVE YOU n pls jgn buat kat i mcm nie..."

seeee......nampak tak??? korang rasa ayat i love u tu apa maksudnya??? jangan nak kate aku yang perasan selama ni ok. then, kalau love me why u amek keputusan nak break?? aku mmg tak paham. ok, ade sesetangah perkara yg tak memerlukan jawapan.

"xpelah u. i dah biasa..dapat kenal u pun dah cukup. i boleh hidup dengan kenangan kita je. and i berani ckp u are the best thing that i ever had"

had??? bila masa pulak tu. bodohnya aku nie.


"tp in a way i'm happy jugak sbb u crita kt i dr u pendam..betul ke u tak tipu yg u sayang i mcm u syg i skrang nie?"

"x guna i tipu. o ckp ape yg i rasa yg betul2 dtg dari hati. i ckp bukan nak mintak simpati or nak buat u terharu. sumpah tak. i xnk tipu sesiapa esp myself"

"ok. i miss u already dan i dah habis kata2..i cuma nak u selamat dan happy selalu. mmg i sedih mlm nie...."


sambung lagi

"u tau x, ini part i nk u tau plak..masa u start citer pasal the guy u minat n next day u klua wit another guy, i dah assume yg u nak carry on with your life n u demand an answer from me. sebab tu i pk kena amek keputusan. now, dah macam ni pun i still jeles if u dgn mane2 boy..giler kan??"


ok, ni aku suka. cemburu tanda sayang? so, bermakna dia sayang aku la??

hoi bodoh. ko ngan dia dah over la.dah abes. apehal ko ni asik nak menaruh harapan je..

(pehal ade je sure2 sumbang menyemak dalam blog aku nie??) blog aku, suka hati aku la nak taip ape..gi main jauh2 la... bagi aku chance la weh..

ok, sambung balik. guy aku minat eh?? tu mcm citer lama je. budak yg aku minat masa aku sem 1 kat poli. tak munasabah langsung. abes tu yang u tu citer girl sana girl sini. kuar girl sana, girl sini. msg sana sini. aku diamkan je. tak pernah langsung aku persoalkan..langsung tak pernah. and dia tau that fact!! alasan........

"thanks sebab bitau. and fyi, i kuar dengan that guy just becoz i nak lupakan u. sebab i dah nampak tanda2 kita xkan pergi jauh dr apa yang u katakan. and kalau u nak tau that guy yg i kuar tu bernanah telinga dgr i asik ckp pasal u. bila i sedih or ada something i xleh ckp ngan u, dia jadi mangsa. thats all. hey, guy yg i kuar tu sume da ada gf. nak kawen da pun..."

pastu senyap. aku pun dah kehabisan kata2. airmata pun dah tak sudi nak singgah.
ingatkan dah abes, tapi ade msg lagi

"i ade belikan u keta mainan shell warna hitam punya....nanti i kasi tau. :-)"

huwaa....kali ni aku nanges.. eh, tak...air mata bergenang je. sebak tetiba. sebab last jumpa ari tu, kitaorg g shell isi minyak. then, aku nak beli keta shell tu yg kaler itam. tapi, dah abes.. then aku ingat dia ade kate "nanti bila2 i isi minyak i belikan tuk u eh dear..". masa tu aku jumpa dia 2 hari pas entry "aku tewas lagi" tu. ingatkan ade harapan lagi masa tu. sekali ni pulak jadinya... gampang betul la.

tapi, dia still ingat lagi keta tu...bencinya.... dah la belikan..pastu kate nak kasi pulak.. nak kasi tu nanti mestilah jumpa kan??? cemana nieeee?????


aku baru buat keputusan tak nak jumpa, tak nak call, tak masg, nak ignore je dia..


tapi...

mampukah aku???




5.30 pagi.

gila. sib baik aku cuti. cuti emergency. jangan silap eh. bukan sebab ni aku cuti. tapi, aku banyak hal. nak hantar mak aku balik kg. doakan aku selamat pergi dan pulang.

doakan jugak aku dapat cepat2 lupakan dia.

cinta tak semesti memiliki kan? biarlah aku simpan cinta ini dalam hati aku.

aku sayang dia. sumpah. aku tak tipu.

20 comments:

nmmy84 said...

oii rumit cite ko suzan.pening aku baca.lagi pening ko yang hadap.neway pesan dari aku, untuk kesekian kalinya hati ko dilukai..b strong n ko akan jumpa apa ko cari.just let it go :)

♥♥ Miss NuHa ♥♥ said...

huhuhu...sis....juz like my love story...tapi my x-bf leave me without any explaination...juz camtu je..sedih gila...feel like dying...

meza said...

aku tumpang simpati dgn ko. nape lelaki harus complicated kn keadaan?
kadg2, aku pn dh nk bosan hadap hal2 cinta ni.
mmg sakit ati.
tp be tough!

~Cinta Cukulet~ said...

betul tu..cinta tak semestinya memiliki....teruskan perjuangan mencari cinta sejati ecece... hehe

Nik Muhammad Hafiz said...

mak aiii..hambik kau..di apunyer cerita hahahah...ahhh..now i know why u still keep ur sms hahaahha...well said in the blog and well writen there...firstly before i say anything...i believe ur friend yang call u tuh would love it if u can stop saying that u kacau dia...so..cujen..STOP SAYING IT!!!!! ..what are friends are for ok...

u know what...it is more complicated that i think it is...ada 2 penjelasan kat sini...

1st..he wants a break up - ok..so he wants a break up...some guys.. (meza) bukan dia rog nak complicated kan keadaan yer but they wanna back off in a nice way and kalau boleh cara yang paling tak menyakitkan hati..so when guys buat macam tuh..cakap i'm gonna miss u laa ini laa itu laa...korang cakap bagi harapan..tapi bila guys buat tak endah terus lepas break korang cakap guys nie macam sial...so either way guys buat cam mana pun..we will always get the blame from u..but in this case..i am not on anyones's side..so what i'm trying to say here is that he is backing off nicely because he cares alot about u...but its in ur hand either to deal with it...

2nd- he wants u to make him go back to you..in this case...i think ur friend dah bebel enuf to you..so..u know what to do...remember..what u want is the key point here ok...b safe hantar mak nanti..anything call ur friend tuh...i'm sure he is sick worried about u...take care cujen..and go and cut ur hair also...hehheheh

cujen said...

hahahaha...firstly thanks to wadah, miss nuha, meza adik cinta cukulet.... mekasih banyak2...

en. nik...

sebenarnya saya dah paham apa yang dia nak buat tu.. i pun pernah gak buat macam tu... tak boleh nak go on but tak nak lukakan hati jugak... tapi, itulah.... kadang2 hakikat tu memang susah nak diterima...atau sebenarnya kita yang tak nak terima... rasa cam teruk sangat kena rejek. i rase kata kunci sekarang adalah terima hakikat... huwaaaa.....ok, stop crying suzan!

er, saya sayang la nak cut my hair... nak pakai wig je bley tak? hehehehe

cujen said...

apehal aku tido kul 5.30 pagi..bangun kul 8.30 nie... gila betul la...

tukang karut said...

babe
u have to b strong
take care blk kg

xyah ptg ar rmbt ko
kn dh cantik skg nih
syg jerk :)

nyonya*PIE said...

aku penah baca satu story...org yg plg kite syglah kite xkan dapat.mean, syg mcm mane punlah smpai masa dia akan pegi jugak.ape pun cujen, aku doakan perjalanan idop ko akan lebih bahagia lepas ni.rumit gak kisah cinta ko ni..aku pun xtau nk ckp cmner. ape pun, tabahkan ati k...take care ;)

^arween^ said...

chill lah yang
igt tak pesanan aku di awal2 dulu???

nAdiRah said...

takpe Suzannn... satu hari nanti aku pasti ko akan jumpa cinta sejati yg akan membahagiakan kau buat selama2nyeee... SENYUM k. :-)

Nik Muhammad Hafiz said...

knowing it and doing it is 2 different thing beb..u sure u know and u are ready to do it? i think ur friend would say this "dont lie to urself" :p

susudalambotol said...

for starting memang mcm ni. u kena move on. tak boleh nak harapkan lagi hubungan yang putus. kalau u masih mengharap, meaning u masih di kelompok situ. takkan kemana.

:)

aniya-kun said...

ish3...sebijik mcm cite kwn ak.

[WARNING!!! ak sangat emo utk comment seterusnye ini sbb dh pernah jumpe lelaki mental cmni]

kesimpulannye ak rase lelaki mmg cmtu.
MENTAL!!
dh kalo tanak teros la wat cara tanak,ni nk layan gak mcm layan gf, diorg tatau ke mnde2 tu sume will give us a false hope.
SETAN!!

kalo dh kate tanak tu takyah le nk wat2 baek konon2 tanak saketkan hati mane2 pihak and ayat2 seperti "i hope we can still be friends" and "i still love u...but as a friend"
f**k*ng sh*t!!!

sebenarnye diorg ni tatau, kalo diorg dh ckp tanak pastu still nk treat kite mcm gf,mnde2 cmtu lg la wat kite deeply hurt.

lelaki mental cmni ak rase snanye well, maybe he had a feeling for you, it's just that he doesn't want the commitment. in other words, he doesn't want to be officially attached to you because he might still be looking for someone better BUT at the same time he doesn't wanna lose you coz if he couldn't find someone else,then u could be the substitute.
go to hell!!

guys like these are not worth crying for. just forget about him already!! delete his numbers from ur phone, his id from IM, and just throw away everything that has got to do with him. if possible, block his number, his sms, his msg on IM.
NEVER EVER give in to guys like this!

dont ever show your weakness to him again.

he might as well try to contact u, asking if u r alright and so on...but just IGNORE all those stuffs.

keep on moving and never look back.
everytime when u feel like giving up, just bear in mind that HE IS NOT WORTH WAITING FOR.

ak dedicate lagu Rascal Flatts - I'm Moving On.. ngan lagu Enrique ft Ciara - I'm Taking Back My Love =D

Nur said...

laa..jiwang la plak..bf ko mane ni? isa tu ker?huhu

cujen said...

peh...gile seram aku bace komen ko... huhuh...citer kawan eh??? hahaha...

weh, aku dapat semangat baru dari komen2 ko tuh....bagus...bagus...komen mcm ni yang aku nak dengo sebenarnya....menaikkan semangat waja aku...haha...sian kat kawan ko tu ek...rupanya dia pun penah terkena....wahahahahaaha......

siap la, sat g aku nak delete sume....

cujen said...

yang mane lagi....yang tu la.....

weh, kenalkan aku pakwe2 baru...huhuhuhu

Nik Muhammad Hafiz said...

aniya - well said...welldone there hahahahaa..finally ur sister can get sumthing into her thick head hahahahahaha...i know its mean to say this..but...HAMBEK KAU CUJEN!!!! hahahaahahha....

cujen said...

hohoho...en. nik...hambik ko yer...takpe..takpe...nanti ko...hihihi

Nik Muhammad Hafiz said...

hahahahahaha...