22 December 2008

. tett...tett....New message receive .

Dah hampir seminggu telefon aku buat hal. Start dari jumaat lepas. Satu sms pun tak masuk. Member2 ramai dah komplen kata aku tak reply sms diorang. Pakwe pulak dah mula mengesyaki sesuatu. Isk, ni yang tak best nie. Nak kata tepon aku ada masalah, tak jugak. Sebab aku dah try dah tukar simcard aku masuk phone lain. Sama jugak. Sms still tak boleh masuk. Yang peliknya, aku antar kat orang lain boleh pulak. Diorang boleh je terima tanpa ada pape halangan. Sms masuk je yang tak boleh. Aku kena on off kan henpon aku baru la sume msg tu nak masuk. Wahh..gila la camnie. Takkan setiap kali lepas msg, aku kena off enset. Pastu on balik. Isk..tak boleh jadi ni.

Kalau henpon takde masalah, ni mesti line punye prob. Cis, nama je syarikat telekomunikasi terbesar..tapi servis cam haram. Hangin betul aku. Memula aku wat report pakai hotline je. Tapi, diorang kata still tak boleh nak buat ape. Aku kena pergi center jugak. Takut-takut aku nye simcard ade masalah. Erm, nak tak nak terpaksalah aku pergi jugak. Sabtu lepas aku pun pergi la kat center tu. Bapak ramai gile orang. Dah le dia nye decoration kat center tu tak menarik. Tah pape tah. Tulis kat no giliran tu, aku kena pergi kaunter 7. Tapi, haram aku tak nampak kat mana ade tulis no kaunter tu. Bapak kecik gile dia nye no tu. Menyusahkan aku jek. Dah la kena tunggu lama. Dekat sejam jugak la aku tunggu semata-mata nak solve kan prob aku tu. Siap kena tukar simcard lagi. Tapi, hasilnya..... tetap sama! Cis, sia-sia je aku dok tunggu dekat sejam tapi masalah tak selesai jugak. Nak tak nak terpaksalah aku balik je. Diorang kata diorang akan report kat technician, then aku kena tggu je la. Nak tunggu berapa lama??!!



Hari ni...

Masalah aku tetap tak selesai. Aku terpaksa on off kan enset aku untuk terima msg dari orang lain. Tapi, tadi tah cemana tergerak pulak hati aku nak tengok msg2 dalam henpon aku tu. Peh, banyak gilerr aku nye msg. Dalam inbox aku je ada 1500 ++ msg. Dalam sent item pun lebih kurang gitu jugak. Tu belum lagi yang dalam folder2 khas. Tah berapa folder tah aku create. Rupanya selama ni aku memang pemalas nak delete msg aku. Tapi, atas kesedaran ape tah hari ni, aku tergerak pulak nak delete msg2 tu sume. Lama jugak la amek masa nak delete masg2 tu sume. Maunya tak, kalau dah dekat 3000 msg. Gile ar aku nie....

Pas je abes aku delete sume msg2 tu, tetiba berduyun2 msg masuk lam henpon aku. Aik????? Tak puas hati, aku try ar send msg pakai henpon lain. Tett...tett..new message receive. Aik?? (kuasa dua). Tetiba je henpon aku dah pulih seperti biasa. Ajaibnya!!


Korang rase sape yang salah? Aku ke syarikat telefon tu??

Bukan aku kan....

11 comments:

khaleda said...

ishh mst lar bkn salah ko
folder msg ko yg slh
sbb xleh auto delete msg ko yg berlambak tuh
hihihi..

cik gemuks said...

sudah terang lg bersuluh
hehehehe

wehhhh aku dengki tgk banner mu itu

jelessss

cujern said...

khaled
betul tu..bukan salah aku kan...pandai ko yer..

arween
buat la satu banner..hihihi..
(bilik dah cat lom?)

Mawaddah said...

suzan..
aku pernah alami sibijik macam ko..
ha ah betul bukan kita yang salah..
yang salah adalah syarikat telekomunikasi tu.hikhik

ijan said...

aku rase ni sume salah kerajaan la. haha...

scha exa dan dunianya said...

sume tak bersalah dalam hal ni...huhuhuhu

meza said...

mesti time dpt msg yg berduyun-duyun tu, rasa cm best sgt je kn.
erk.. ye, salah hp tu sebenarnya. tkde tulis limit bape byk.
kn, kn.

goblogbyfarah said...

penuh sangat, tu pasai tak bole masuk msg baru!

hahas..

tasekM said...

ni baru betul raja SMS.

ha ha.

Anonymous said...

Ko tue yang salah....
bodo cam lembu.....
nie la mentaliti org kita...
suka tunding jari kt org klu ada masalah...
skali lagi...
ko bodo cam lembu....

Jom Masak Channel said...

wat penat je aku tggu ko kat sane berejam. huhu

hahaha x psl2 kene bodo cm lembu. emo btol anti komplen ni..