31 December 2008

. entry terakhir .

Untuk tahun ini. Hehe.

Lagi 20 minit menjelang tahun baru.

2008 - Satu lagi tahun yang dihabiskan oleh aku dengan sia-sia. Langsung tak ada kemajuan. Langsung tak memberangsangkan.Penuh dengan konflik. Banyak pahit dari manis. Sunyi.
Aghh.. aku benci tahun 2008.

Sejujurnya aku sangat-sangat tidak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa tahun 2008 dan melangkah ke tahun baru dengan azam baru. Dengan semangat baru. Tapi, hakikat sebenarnya aku sangat takut juga nak menghadapi tahun baru. Hmm...entahlah. Terlalu banyak fikir. Mungkin.

Sebulan sebelum menjelang tahun baru, aku dah siap-siap buat list azam dan harapan untuk tahun depan. Tapi, akhirnya list azam dan harapan tu ke tong sampah jua tempatnya. Entahlah... tiba-tiba aku jadi malas nak berazam. Rasa cam tak perlu semua tu. Sebabnya jarang-jarang azam yang aku buat tu akan tertunai. Selalunya apa yang aku harapkan mesti tak jadi. Jadinya, aku lebih selesa 'go with the flow'.

Perkara-perkara yang berlaku kat aku lewat kebelakangan ni membuatkan aku lebih sedar erti hidup. Aku sekarang dah malas nak amek port sangat benda2 yang remeh. Pada aku hidup kat dunia ni terlalu singkat. Rugi kalau nak abeskan masa dengan mengenang perkara-perkara remeh. Yang penting sekarang ialah persediaan aku untuk menghadapi hari mati kelak. Itu yang paling utama. So sekarang aku dalam proses untuk mengubah diri aku menjadi lebih baik dari sebelum ni. Semoga aku mempunyai cukup ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi hari-hari mendatang.

SELAMAT TAHUN BARU 2009!

4 comments:

iory said...

hmm...berwasda di masa yg akan datangadalah lebih baik....sygku sabarla..

nmmy84 said...

suzan
smg tahun 2009 akan menjadi tahun yang terbaik buat ko okey :)
niat untuk memperbaiki diri adalah hasrat yang sangat terpuji.gud luck.

Nur said...

asl blog ko cm dah jadik simple jek. putih je

cujen said...

tahun baru kena la layout baru...huhu