25 November 2008

. ku tak akan bersuara .


Aku nak tepek AWARD yang aku dapat. Award ini telah diberi oleh PUAN WADAH.
Mekasih ye Puan Wadah. Walaupun takde apa yang best pun kat blog aku ni. Hehe


Aku juga telah ditag oleh PUAN WADAH sekali lagi dan CIK KHALEDA.
Tajuk tag: TAG KEJUJURAN.
Tag ni kena tulis 10 perkara tentang orang yang mengetag aku.
Memandangkan dua orang telah tag aku, so aku tulis 5 perkara je la tentang diorang.

Memula aku nak cerita pasal Cik Khaleda kita.


5 Perkara Tentang Cik Khaleda
  • Orang kampung aku. Muo Besh!!
  • Suka pow aku nye coklat masa kat hostel dulu.
  • Manja ya amat. Memandangkan aku seorang yang ganaz, so kemanjaan dia tu kadang-kadang wat aku rasa rimas. Dulu la...sekarang dah boleh terima. Hehe
  • Dia juga orang yang bertanggungjawab bagi nama SUZAN ni kat aku. Sebab masa kat POLI dulu, dalam kelas kitaorang ada orang lain nama SU jugak. Untuk mengelakkan kekeliruan dia pun panggil la aku SUZAN. Sampai sekarang la lekat nama tu. Mekasih la ye Cik Khaleda sebab bagi nama yang glemer ni kat aku. Hehe
  • Satu perkara yang aku tak boleh lupa tentang dia ialah : masa kat poli dulu, masa dia mula-mula couple ngan tunang dia sekarang ni, diorang penah wat aksi drama kejar mengejar kat kafe hostel cam citer hindustan. Aku tak tau la pasal ape, tapi memang agak kelakar la masa tu. Aku dok sekodeng dari jauh je. Sambil tu kutuk-kutuk gak la. Hahahaha! (kantoi)

5 Perkara Tentang PUAN WADAH
  • Sebenarnya aku tak berapa rapat sangat dengan Puan Wadah ni. Masa kat poli dulu jarang-jarang berbual. Sebab Wadah ni tergolong dalam golongan geng-geng 'Telekung'. Hahaha. Sori laWadah, sebab geng korang geng bebaik, sebab tu kitaorang panggil korang budak-budak telekung.
  • Aku kenal Wadah ni sebab dulu kan, dia penah gaduh ngan classmate aku IZA HAIRANI. Masa tu aku selalu lepak ngan Iza. Iza pulak kawan ngan IEZA yang merupakan teman sebilik Wadah. Ko ingat tak Wadah? Hehehehe.
  • Dulu sebelum pindah dia keje kat Jabatan Bomba. Mesti best kan kenalngan abang-abang Bomba. Rumah terbakar panggil bomba...bomba datang berlumba-lumba....eh..eh..ternyanyi pulak.
  • Aku rasa Wadah ni ade campuran Cina sket la. Sebab muka dia chinese look. Kulit dia pun putih. Gebu gitu.
  • Sekarang Puan Wadah sedang bahagia bersama asben tersayang. En. Syukri Yazam. Hai, bertuah badan En Syukri berlakikan Puan Wadah ni. (Korang tak nak tambah bilangan ahli keluarga ke?)
Ok, dah habis cerita tentang orang yang ditag. Sekarang kena cerita tentang orang yang di tag plak. Adoiyai...aku memang lemah sikit bab cerita diri sendiri ni. Macam buat karangan ' Tentang Saya' masa sekolah-sekolah dulu. Tapi, aku try ar jugak. Layan!!


10 Perkara Tentang Aku aka Flip Flop
  • Aku anak kedua dari 7 adik beradik. Anak perempuan sulung. Menjadi kakak kepada 5 orang adik perempuan amatlah menyeksakan diri. Ditambah pulak adik-adik aku sume jenis degil tak tentu pasal. Langsung tak takut ngan aku. Tak saspek langsung ngan aku.
  • Aku anak paling degil dalam adik beradik aku. Aku penah lari dari rumah dua kali sebab gaduh ngan bapak aku. Aku ngan bapak aku memang tak sebulu. Tapi, semua orang cakap perangai aku ngan bapak aku sama. Mungkin sebab tu jugak la aku tak boleh ngam ngan dia. Tapi,walaupun aku paling degil, tapi aku juga paling banyak berbakti dalam keluarga. (Syurga lah tempat mu..huhu)
  • Aku pernah bertunang. Dua kali. Dua-dua putus. Sebab?? Nanti lah aku cerita lam entry yang lain.
  • Pernah rasa down yang melampau sampai hampir-hampir bunuh diri. Tapi, akhirnya aku sedar. Banyak lagi perkara menarik dalam hidup ni yang perlu aku nikmati. Yeah...let's enjoy ur life!!
  • Dulu masa kat sekolah, masa kat Poli, budak-budak ni suka cakap muka aku ni muka takde perasaan. Ada sesape boleh sexplain kat aku tak muka takde peasaan tu cemana??
  • Aku tak pandai menari. Jangan kata nak menari, nak goyang-goyang badang ikut rentak lagu aku pun aku reti. Memang kayu abes la. Aku rasa korang lebih rela tengok kayu tu bergoyang dari tengok aku menari.
  • Aku tak boleh buat kerja kalau ade orang dok perati ape yang aku buat. Siyes beb. Aku rasa cam serba tak kena je. Rasa cam artis pun ade. Sebab tu kalau aku nak wat keje, aku suka buat time orang takde.
  • Aku dan kenangan memang tak dapat dipisahkan. Pada aku kenangan tu sesuatu yang sangat berharga yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi lagu aku dan kenangan nyanyian Hattan tiada kena mengena dalam hidup aku.
  • Kat sekolah dulu aku samseng. Selalu gaduh ngan budak pompuan lain kat sekolah. Aku pernah bercita-cita nak jadi cam samseng kampung dusun, malangnya muka aku tersangat jelita, tak boleh jadi samseng.
  • Aku ada masalah lost short term memory. Dalam bahasa melayunya hilang daya ingatan sejenak. Aku tak boleh ingat samada aku dah kunci kereta atau belum. Aku selalu tinggalkan anak kunci kat tombol pintu. Aku penah lupa nak tutup balik tank minyak aku pas isi minyak. Paling teruk, baru kejap tadi aku rasa nak membuang air besar. Dah selesai melepaskan hajat, aku masuk balik opis pastu nak sambung updet blog ni. Tapi, aku lupe la... aku dah flush ke belum???


8 comments:

nmmy84 said...

su,wahhh ko ni mengingatkan aku pada iza.ntahla aku pun tak tau nape kes tu bleh jadi.aku cool jer tak pernah melawan.hikhik.diam kan jer.finally kami sudah berbaik tau.rasanya masa kita baru keje kot.ala zaman budak2 sure kusut skit kita ni :P lupakan.

aku geng telekung?sangat..ngeeee

nmmy84 said...

lagi satu komen pasal ko aku nak explain pasal muka takde perasaan tu.hikhik.senang cite sape pandang ko buat pertama kali mesti cakap ko sombong.

aku rase dalam blog ni yang membuat aku kenal sape suzani yang sbenarnye..kalo tak sampai skarang aku tak brape kenal ko :P

-flip.flop- said...

hihihi...zaman muda remaja mmg camtu.. aku dulu pun penah gak gaduh2..tah pape la kan... bila pk balik rase cam malu je dah besar2 pun gaduh.. :-p...

pasal muka sombong tu, aku memang dah lali pun.. dari zaman tadika lagi sume org cakap aku camtu.. aku je wat bodoh... selagi tak mendatangkan kudis kat aku, katalah aku cemana pun, aku wat bodoh je.. :-)

nmmy84 said...

ehhh ade lagi.aku sesekali tiada campuran su.ko tahu zaman aku kat boarding school dulu, aku pernah kene paksa ngan senior supaya mengaku aku ni anak cina.penat aku cakap tidak.last2 untuk lepaskan diri, aku kate ye.(macam kene ragging jek)

nmmy84 said...

hah tak sah kalo tak de sengketa.semua tu memori..ada baiknya untuk kita menilai diri kita semula.yang baik kita teruskan, yang tak baik kita elakkan.

ko tau..ko tulis mmg telus beb!sebab tuh aku suka bace.blog peveret aku nih :)

iory said...

sweet ...;)

n y s a a said...

hey, thx. i link u back.

k h a l e d a said...

sungguh tulus & ikhlas ko jwb tag ni eh.. jap2 bab kejar mengejar siyes aku x igt.. tp bab aku ajak ko teman g dating aku igt lg.. hihihi

sapa soh ko simpan stok coklat byk2.. dr semut mkn baik aku pow dl ;)

aah kn lekat nama suzan 2 smpi skg.. ke ko nk aku pggl ko amy? nama ko gak kn..