10 November 2008

. bila rasa ku ini rasa mu....nah, rasakan ko!! .



Masa sekolah-sekolah dulu, aku sangat suka minum air berkabornat. Minuman pilihan aku masa tu, dah tentu la coca cola. Boleh dikatakan setiap hari aku akan beli air coca-cola tu. Tapi, aku tak suka yang dalam tin. Aku suka beli yang dalam botol. Sebab aku rasa air yang dalam tin, gas dia macam terlebih la. Biasanya lepas minum seteguk dua, aku akan simpan selebihnya dalam
esbox. Nanti bila-bila boleh minum lagi. Minum masa sejuk-sejuk lebih nikmat. Rasa sejuk je tekak.


Tapi kan, aku sangat musykil. Air lebihan yang aku simpan dalam petis ais tu, selalu missing in action. Yang peliknya, air je yang hilang. Botol nye tak hilang. Nak kata aku yang minum, takdelah pulak. Aku yakin aku takde minum pun air tu. Agak lama la keadaan tu berlaku. Hampir seminggu jugak misteri nusantara tu berlangsung. Aku syak SIS aku la yang minum. Sebab dia sorang je yang sekolah pagi. Jadi, bila dia balik tengahari tu, mestilah dia rasa haus kan? So, mestilah dia yang minum kan? Logik tak apa yang aku fikir nie? Logik kan? Isk, tak boleh jadi..aku kena siasat jugak ni.

Memandangkan hari tu aku tak sekolah, jadi aku rasa ini la masa yang terbaik untuk aku menangkap siapalah penjenayah yang suka abiskan makanan orang dalam peti ais tu. So, hari ni air coca-cola yang aku beli tu, aku abiskan minum hingga titisan terakhir. Kemudian, botol yang kosong tu, aku gantikan dengan air masak dan campuran KICAP. Memang kicap masin la aku bagi. Pastu aku letak bebaik lam peti ais. Kasi sejukkkk.





Tengahari tu..



Aku nampak SIS aku balik. Dari jauh je aku intai gelagat dia. Kelam kabut masuk rumah, cabut tudung, campak beg pastu slow-slow g dapur bukak peti ais. Peh, memang tak syak lagi. Selama ni dialah dalangnya. Takpe...takpe...ko tunggu ar nasib ko kejap lagi.

Aku malas nak cerita selanjutnya. Korang leh agak sendiri apa yang berlaku. Yang pastinya lepas tu aku tengok muka SIS aku kelat-kelat masam menahan keenakan air KICAP. Hahahaha. Padan muka ko. Sape soh curi-curi minum air aku. Dan sejak hari tu, misteri kehilangan air coca cola aku telah berakhir. Yes lah!!









SIS dalam cerita ini adalah AKU.

Harap maklum.



(sampai sekarang aku tak tau sape mangkuk yang telah kenakan aku tu. aku syak adik aku yang no 4 tu.. hoi, baik ko mengaku sekarang...)

12 comments:

khaleda said...

cehh beriya aku baca.. rupa2 nyer sndr yg terkena.. hahaha..

ARWEEN said...

excited aku bace
haikkkk

13may said...

hehhe hehhe...

sadis sungguh citer nih :D

nmmy84 said...

ko memang terer buat citer gempak ni suzan.hehe ari tu pasal seri muka.best giler!

NuR said...

adakah sis yg no 4 tu ko maksudkan aku...??kahkah...tibe2 cm teringat la plak...kwang3....pdn muke ko...

~Cinta Milo Ais~ said...

mesti bestkan minum air kicap hehehe

bungaditepijalan said...

sedap tak rasa dia?
heheheee

nAdiRah said...

sabarr je larrr... tergelak2 sampai nak tersedak aku baca ending diaaa...

-flip.flop- said...

khaled
hehehe...tu namanya teknik penceritaan berkesan.. wahaha..berjaya jugak aku rupanya..

aween
sexcited tu memang penting :-p

13may
mmg sadis sape yang telah pedajal aku tu

wadah
hahahah..tp sape yang pekena aku tu lagi terer ar...

nur
ko la kan yang kenakan aku...mengaku sekarang!

cinta milo ais
awk nak tak rasa air kicap.. nnt saya buatkan..awk asik minum milo jek..

cik bunga
sedap beb.. u nak tak??

nadirah
bebaik beb.. kalau tersedak, cepat2 minum air KICAP ye..hehehe

susu dalam botol said...

hahahaha! kesiannya awak di intip. tp cerita ni kelakar lahh.

poyotito's said...

hahaha
kena kicap jalen tu berbuih mulut gua syak

delphinium said...

ko ni wat gempak je... skali ko la terkene..
tapi bukan ko mmg suka minum coke ke time schol dolu2??