24 April 2007

:: mekar di hujung layu ::

Bingung aku memikirkan bila kita telah berpunya, tapi dalam satu masa hati kita terpaut pada yang lain. Aku tau perasaan itu salah, tapi aku juga keliru adakah itu cinta benar atau cinta palsu. Bagi aku, tautan kasih akan menjalinkan kasih sayang yang mendalam maka lahirlah cinta yang bakal menimbulkan keberanian untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan biarpun cinta itu cinta terlarang. Aku sudah mencuba untuk menghindarinya, tapi hati ini entah mengapa bagai tak mampu untuk menghalangnya atau sebenarnya hati ini tidak rela melepaskannya, hemmmmm entahlah.

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya, apakah akhirnya percintaan

cinta ke? belum lagi kot. tapi, kenapa bila tak jumpa rasa kehilangan. bila tak chating, rasa rindu. asik teringat. balik2 dia je yang muncul. tertunggu2 sms, tepon. erm... gile ke? mungkin suka je kot. atau mungkin juga mainan perasaan. mainan perasaan yang mungkin satu hari nanti akan lenyap. akan terbang tah kemana ibarat daun-daun kering ditiup angin. mungkin..... ape pun..aku suka perasaan ni.

No comments: