dah agak lama jugak aku tinggalkan habit aku baca novel. tak silap aku dah dekat 4 tahun gak la aku tak baca novel. bukan ape, minat membaca tu ade tapi takde lagi novel yang boleh buat aku tak ngantuk selepas muka surat pertama. selalunya lom abis muka surat pertama, aku dah ngantuk.
sampailah satu hari, entah kenapa minat nak baca novel tu datang balik. rasa meluap-luap pulaknak baca novel. tapi, aku tak pilih sebarangan novel. agak lama jugak aku dok terbelek2 kat mph jucso cheras tu. novelis pilihan aku semestinya ahadiat akashah ngan ramlee awang murshid. ahadiat akashah memang menjadi pilihan aku sejak sekolah lagi. rasanya semua novel dia aku ade. last aku baca cerita pasal joni togo. katanya ade sambungan sampai siri ke 13.. tapi, yang aku jumpa 3 je. tak tau la aku yang tak jumpa ataupun memang takde. itupun dah lama jugak, rasanya tiga tahun lepas kot. pastu dah tak nampak lagi karya2 baru Ahadiat Akashah ni. Ramlee awang murshid ni pulak aku start minat sejak membaca novel tombiruo. tu pun sebab abang aku rekemen. memang best cerita nya. mungkin kena dengan jiwa aku yang suka novel thriller seram.
erm..back to the topic. dalam banyak2 novel ramlee awang murshid yang aku dok belek2 tu, hati aku tertarik ngan novel nih.

BAGAIKAN PUTERI. aku tertarik bila membaca sinopsis kat belakang buku tu. novel yang diklasifikasikan sebagai epik thriller ni betul2 memukau aku. memandangkan aku tak reti untuk buat rumusan mengeai novel, so aku amik je la sinopis kat belakang buku tu yer...Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima akal. Mereka dari zaman berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antaran kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani..pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad ke 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal di bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zama yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
ternyata tak sia-sia duit aku RM 19.90 beli novel. memang sangat berbaloi. kepada korang-korang kat luar sana yang sememangnya peminat novel-novel melayu, boleh la dapatkan novel karya ramlee awang murshid ni. aku boleh jamin, kepada semua yang dah membaca novel ni pasti akan JATUH CINTA dengan Laksamana Sunan.
Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, kacak, tingg ilmu agama dan ilmu persilatannya, sangat sabar dan warak. dan tak mustahil korang akan mengharapkan yang sememangnya Laksamana Sunan itu betul-betul wujud. atau mungkin korang akan berkhayal yang korang menjadi Haryani..(hahaha..tu aku je kot). apepun, ini lah novel pertama yang berjaya membuatkan aku tak nak mengabiskan bacaan aku sebab rasa sayang nak meninggalkan Laksamana Sunan.
Laksamana Sunan......kau di hatiku!!
Tahniah kepada ramlee awang murshid kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan meninggalkan kesan di hati aku.
No comments:
Post a Comment