29 April 2007

:: J.O.D.O.H ::

Someone send this to me throuh emel. credit to penulis asalnya....

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,a nda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlahdulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi- Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


renung-renungkan dan selamat beramal

27 April 2007

:: laksamana sunan...dihatiku.. ::

dah agak lama jugak aku tinggalkan habit aku baca novel. tak silap aku dah dekat 4 tahun gak la aku tak baca novel. bukan ape, minat membaca tu ade tapi takde lagi novel yang boleh buat aku tak ngantuk selepas muka surat pertama. selalunya lom abis muka surat pertama, aku dah ngantuk.

sampailah satu hari, entah kenapa minat nak baca novel tu datang balik. rasa meluap-luap pulaknak baca novel. tapi, aku tak pilih sebarangan novel. agak lama jugak aku dok terbelek2 kat mph jucso cheras tu. novelis pilihan aku semestinya ahadiat akashah ngan ramlee awang murshid. ahadiat akashah memang menjadi pilihan aku sejak sekolah lagi. rasanya semua novel dia aku ade. last aku baca cerita pasal joni togo. katanya ade sambungan sampai siri ke 13.. tapi, yang aku jumpa 3 je. tak tau la aku yang tak jumpa ataupun memang takde. itupun dah lama jugak, rasanya tiga tahun lepas kot. pastu dah tak nampak lagi karya2 baru Ahadiat Akashah ni. Ramlee awang murshid ni pulak aku start minat sejak membaca novel tombiruo. tu pun sebab abang aku rekemen. memang best cerita nya. mungkin kena dengan jiwa aku yang suka novel thriller seram.

erm..back to the topic. dalam banyak2 novel ramlee awang murshid yang aku dok belek2 tu, hati aku tertarik ngan novel nih.



BAGAIKAN PUTERI. aku tertarik bila membaca sinopsis kat belakang buku tu. novel yang diklasifikasikan sebagai epik thriller ni betul2 memukau aku. memandangkan aku tak reti untuk buat rumusan mengeai novel, so aku amik je la sinopis kat belakang buku tu yer...Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima akal. Mereka dari zaman berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antaran kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani..pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad ke 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal di bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zama yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

ternyata tak sia-sia duit aku RM 19.90 beli novel. memang sangat berbaloi. kepada korang-korang kat luar sana yang sememangnya peminat novel-novel melayu, boleh la dapatkan novel karya ramlee awang murshid ni. aku boleh jamin, kepada semua yang dah membaca novel ni pasti akan JATUH CINTA dengan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, kacak, tingg ilmu agama dan ilmu persilatannya, sangat sabar dan warak. dan tak mustahil korang akan mengharapkan yang sememangnya Laksamana Sunan itu betul-betul wujud. atau mungkin korang akan berkhayal yang korang menjadi Haryani..(hahaha..tu aku je kot). apepun, ini lah novel pertama yang berjaya membuatkan aku tak nak mengabiskan bacaan aku sebab rasa sayang nak meninggalkan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan......kau di hatiku!!

Tahniah kepada ramlee awang murshid kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan meninggalkan kesan di hati aku.

24 April 2007

:: mekar di hujung layu ::

Bingung aku memikirkan bila kita telah berpunya, tapi dalam satu masa hati kita terpaut pada yang lain. Aku tau perasaan itu salah, tapi aku juga keliru adakah itu cinta benar atau cinta palsu. Bagi aku, tautan kasih akan menjalinkan kasih sayang yang mendalam maka lahirlah cinta yang bakal menimbulkan keberanian untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan biarpun cinta itu cinta terlarang. Aku sudah mencuba untuk menghindarinya, tapi hati ini entah mengapa bagai tak mampu untuk menghalangnya atau sebenarnya hati ini tidak rela melepaskannya, hemmmmm entahlah.

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya, apakah akhirnya percintaan

cinta ke? belum lagi kot. tapi, kenapa bila tak jumpa rasa kehilangan. bila tak chating, rasa rindu. asik teringat. balik2 dia je yang muncul. tertunggu2 sms, tepon. erm... gile ke? mungkin suka je kot. atau mungkin juga mainan perasaan. mainan perasaan yang mungkin satu hari nanti akan lenyap. akan terbang tah kemana ibarat daun-daun kering ditiup angin. mungkin..... ape pun..aku suka perasaan ni.

17 April 2007

:: hapus aku ::

alkisahnya uols, mak ni dah hari dok merempat umah opis mate mak. bukan ape, mak nye housemate out station minggu nih.. mak ni pulak sejak akhir2 ni makin menjadi penyakit penakut mak tu. mak bukan takut hantu uols..tau je la..mak ni pompuan..dok sorang2 kat umah...kalau ade ape2, sape nak tolong mak yang lemah ni nyah... mak takde laki..mak lom kawin lagi. takkan nak ajak tunang mak teman pulak kan? kang kena cekup ngan pencegah maksiat, sape yang malu?? mak jugak kan.. tak pasal2 kena kawin pree..

citer pasal kawin ni, semalam mak dapat kad jemputan. member kelas mak masa belajar, merangkap sama opis skang ni dah nak kawin. si fizah tu. tapi, jauh la nyah. kat kedah. nampaknya mak tak dapat la nak pegi ke kdeah tu. mak pegi belah lelaki je nyah. dekat sikit.. erm...sorang2 kawan mak dah nak kawin. mak jugak yang tak kawin2..hehe.. bukan ape uols, mak ni rasa cam tak bersedia je. oh ye, desas desus mak nak kawin bulan 7 ni, hanya speku je ok.. mak saje wat gempak je. tarikh sebenarnya tak tau lagi. maybe tahun depan la uols. sian uols yang beria-ia nak datang majlis aku. sabo ye kengkawan. masanya akan tiba. insyaallah..

ni ha..mak nak citer pasal pagi tadi. tah kenapa pagi tadi kepala mak ni melayang tak kemana. kaedahnya pagi tadi masa mak nak kuar simpang depan umah mak tu, mak boleh tak perasan ade lori. mak pun selamba badak je la terus masuk. memang sikit lagi le nak berlanggar. agak2 kalau seinci lagi kedepan, memang dah kojol le mak jawabnya....heee...seram bila mak ingat balik. erm... k la uols.. mak pun tak tau nak meroyan ape kat sini. mak nak gi meroyan kat porem la pulak. tata...

16 April 2007

:: kaedahnya ::

hye uols!! kaedahnya hari ni mak tetiba terasa mood nak menupdet blog mak yang dah berabuk nih..fuhh..fuhh...<buang habukk ok>. kalau uols perasan, agak lama jugak mak tak updet blog ni. bukan ape ulos, mak sekarang ni bz la uols. hari-hari balik lambat. kadang2 tu kul 7 baru sampai umah. mak ni pulak, bukan boleh penat2 ni. stamina mak ni kurang. maklumlah umo makin meningkat. pulak tu, mak tak rajin nak pegi bersenam ni uols. koser taw!!

mak hari ni malas nak buat keje. bos mak takde uols. outstation 3 hari. mak suke. mak suke. memang mak tunggu2 bila la time bos mak nak outstation. motif?? sebab mak sekarang dah boleh chating. teman mak ajo mak chating guna skype. hehehe... mak suka uols. so, kalau bos mak ade tu, cam keji pulak la nak chating2 nih. nanti bos mak tau, matilah mak.... tapi, bos mak pun macam tak tau ape-ape je. ala ala buta it gituu. uols bayangkan lah, dia nak bukak attachment kat emel pun soh mak. kosew taw!! tapi, sejak akhir akhir ni rasa sayang pulak kat bos mak ni. sebab?? mak mintak nak pc baru, dan dan tu jugak dia order. pastu mak cakap mak malas nak gi potostat jauh-jauh, dan dan tu jugak belikan mesin potostat letak kat bilik mak ni. tapi, tak le beso gedabak mesin potostat nya. kecik je. comel la ala ala mak jugak. hihihi

pc baru mak dah sampai. tapi, mak berlakon wat2 tak tau konon nye pc tu tuk mak. konon-konon cam suprise la gitoo..cam tak sangka je. <keji tau mak ni..hahah> pastu mak cakap le nanti2 la baru pasang. lagipun, mak cam sayang je pc lama ni. tapi, semalam pc lama ni tetiba pulak kena virus. ni sume sebab si taj kucing tu punye pasal. hari tu, mak wat keje kat pc dia.. dia pun ala ala keji jugak la tak bagitau mak pc dia ade virus. mak pun, sesedap rasa je la guna. sekali itu virus sudah masuk sama mak punya thumb drive. mak pun tak tau terus guna kat pc mak. hmm.. ape lagi uols.. nampaknya minggu jugak kena pasang pc baru. flet skrin uols..

hmm..citer pasal pc baru ni, mak nak heboh2 gak la mak dah beli laptop baru uols. alkisahnya, sabtu lepas mak ngan exhousemate mak ni pegi pc fair. mak pun tak tau ade pc fair minggu lepas. kepala otak mak ni dok ingat matta fair kat melaka je. < tapi, tak pergi pun sebab takde sape nak bawak mak.. sen mak pun dah kering. makk sedih :-( sgt; sorry off topic jap. ok, back to the story tadi. mak sebenarnya saje je soh exhousemate <hawanis> mak tu datang teman mak minggu ni. mak punya housemate takde minggu ni. so, mak pun cam ala-ala boring gituu..hawa sampai umah mak lam kul 1. terperanjat mak turun2 bawah tengok dia dah terlentang depan tv. mak ingat tah penyamun mana masuk umah mak. mak masa tu dalam bilik air kat tingkat atas, dok menyental lantai. pastu mak terasa cam ade orang lam umah. <mak nye sense kuat ok...jangan memain>. mak terkejut la cemana dia leh masuk. kaedahnya....mak tertinggal kunci kat pintu masa mak sidai kain tadi. keji tak perangai mak??? !! sib baik kawan mak yang masuk. kalau perogol bersiri ke yang masuk???? tak ke naya??? heeee.....mak tak relaaaaaaa taw!!!


er, ter off topic lagi. heheh...mak ni memang suka merapu meraban uols. ok..ok.. mak pendekkan cerita je la. kaedahnya, mak 'terbeli' laptop kat pc fair tu. terbeli ok sebab mak tak rancang pun nak beli. cuma dah jadi habit mak rasa cam tak best je kalau kuar gi memana tu bawak balik ape-ape. nanti badan mak menggigil ca parkinson gitoo. so, pk punya pk, mak rasa baik mak beli sesuatu yang mak nak pakai n berguna kat mak. makin bertambah la utang kedit kad mak tu nyah!! mak beli pakai kad je uols. mak mana ade duit nak beli cash. lainlah kalau mak ni keje jual bontot kat lorong haji taib. sorry ok.. mak keje cari rezeki halal kaedahnya.



disebabkan kepakaran mak memanipulasi dealer kat booth acer tu, mak dapat dua beg kat atas tu. dalam beg tu ade thumb drive, beg acer, mic & headphone.. pastu tah hape-hape lagi tah. mak pun tak tau ape namanya. ade sikit member mak dah amek. yang tinggal beg acer ngan headphone tu. ade sesape nak kerr??? err...beg acer tu pun dah ade orang booking. amboi..barang pree laju je uols ye... kensel la mak nak jual barang2 tu.

erm..ok la uols.. mak pun dah penat nih. sebenarnya, mak tengah tggu member chating mak ni. dari semalam dia bz. tak sempat nak chating ngan mak. cam takde makna je bos mak takde hari ni. ingatkan boleh la chating tanpa gangguan. sekali dia pulak bz...huwaaaa......nyah..., kalau ko baca entry mak ni, mak nak bitau.... mak boringgggggg.....rinduuuuuuuuuu sangat kat ko... plz...kam bek to me.