25 July 2005

ciri-ciri wanita jelita

Wanita yang cantik adalah wanita luar biasa tapi selalu ingin jadi wanita biasa

Bibir yang manis ialah bibir yang bagaikan mawar merah merkah di pagi hari.

Untuk memiliki bibir seindah itu, selalulah mengucapkan kata-kata manis yang boleh membuat orang lain senang hati.

Mata yang indah ialah mata yang bagaikan sepasang bintang kejora di langit sepi.

Untuk memiliki mata seperti itu, selalulah melihat perkara yang baik dalam diri orang lain.

Tubuh yang menawan ialah yang ramping dan langsing, cukup berisi dengan apa yang perlu.

Untuk memiliki tubuh seperti itu berilah makanan dan minumanmu kepada orang lain. Apa yang berlebih berikan kepada mereka yang kekurangan.

Rambut yang menawan ialah rambut yang bagaikan rumput di dalam telaga tenang.

Untuk memiliki rambut seperti itu biarkanlah seorang anak kecil menyentuh rambutmu dengan mesra, sekali sehari.

Gaya berjalan yang indah ialah langkah kaki dan gerak tangan yang berirama dengan sukma yang lepas bebas.

Untuk memilikinya, anggaplah dirimu selalu berjalan berdua-duaan sekalipun bersendirian.



suzan ------------------------> cantik tu takde la, tapi manis tu mungkin..hehe


No comments: