15 April 2009

. el amor no es como la pintan .

Maksud tajuk di atas : CUJEN MEMANG SEORANG YANG COMEL & BERGAYA (ikon sengih)

Aku sekarang mengalami sindrom malas tahap KUCING GARFIELD TURUN TANGGA PAKAI PERUT. Sebab semalam member aku cerita pasal kucing kawan dia yang pemalas yang turun tangga tak pakai kaki tangan. (kucing ade tangan eh? ke kaki je? konpius jap). Kucing tu just landingkan perut dia yang memboyot tu kat tangga, pastu terus gelongsor sampai bawah. Keji kan? Memang dasar pemalas punya kucing. Huh!

Tapi kan. Aku rasa aku punya malas sebenarnya lagi dasyat dari kucing tu. Hahaha.

Aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. Aku tau semua orang pun mesti pernah mengalami sindrom yang aku alami sekarang ni. Korang rasa sindrom ni ade kena mengena ngan genetik tak? Ataupun suasana persekitaran yang mempengaruhi sindrom ni? Aku punya pemalas tu sampai tahap aku nak pergi berak pun rasa malas. Dah la sekarang ni aku makan ubat ape tah member aku syorkan. Pas makan je ubat tu, aku asik nak tercirit je. Tak kira masa. Pagi, petang, siang malam. Sampai aku rasa separuh hari aku dihabiskan dengan mencangkuk dalam toilet je. Eh, silap. Aku pakai jamban duduk. So, tak payah la korang dok bayangkan aku mencangkuk macam mana. Keji la korang ni.

Sikap malas aku terbawa-bawa dari opis sampai ke rumah. Sebab tu aku takde idea nak updet apa kat blog aku ni. Sebabnya balik je dari keje aku terus membongkang atas katil. Malam sket dalam kul 11 ke baru aku bangun tuk mandi dan makan. Huhu. Korang rasa kalau bakal mak mertua aku baca entry aku ni, harus tak aku kena REJEK? Eleh, aku tau bakal mak mertua aku masa muda-muda dulu pun mesti pemalas macam aku jugak. Sebab tu dia bakal dapat menantu yang malas macam dia. Karma beb. Haha. Releven tak? Persoalannya, siapa bakal mak mertua aku ek? Lupa pulak aku sekarang ni SINGLE N AVAILABLE. Ok, stop cujen! Tindakan anda mempromote diri sendiri itu bakal mengundang perasaan jelek di kalangan blogger lain. (ingat ko sorang je single??)

Hidup aku sekarang ni sangat membosankan. Ditambah pulak line berukband aku dah kena potong. Yer, sekarang ni aku hidup dalam keadaan bosan dan miskin. (tak mampu bayar bil berukband). Laptop aku pun terpaksa diwakafkan kepada adik beradik yang lebih memerlukan. (kepada adik beradik yang dimaksudkan...korang kalau lupe jasa-jasa aku ni..siap la...aku santau korang). Hinanya aku rasa diriku sekarang. (sambil layan lagu 'hidupku..tak seghairah..gerak gaya tidak selincah...'). Sorry la, lupa pulak tajuk lagu tu. Oh ya, layan lagu tu sambil makan balance karipap yang dibeli pagi tadi. Sambil mengunyah karipap yang dibeli di kafe opis sebelah....alamak...tetiba teringat kisah semalam. Kisah 'lelaki kacak opis sebelah yang menjadi pojaan hatiku rupanya sudah berkahwin'. Owh, sekarang aku betul-betul rasa miskin, hina dan dina. 'Beginilah nasib...diriku yang malang....oh tuhan....'

Ah, sudah!!

Ini semua permainan duniawi...terimalah seadanya...hormat menghormati..menjadi tauladan hidup ini...jagalah dirimu oh kawan... Isk, apasal tetiba awie menyelit kat sini. Sibuk je taw!! Dah, gi main jauh-jauh.

Chow.

Motif letak gambar sendiri? Blog aku kan...hehehe (ayat seterusnya sambung sendiri.. lalalala)
Adik aku cakap 'eh, rambut angah ade air pancut la.'
Hihihi.

9 comments:

farain said...

nak romen nih...cite kucing tuh cite aku kan..hahahahaha...

cujen said...

tak syak lagi....ko bab romen, laju je kan...hihihi

This is Mine said...
This comment has been removed by the author.
This is Mine said...

weh...

air terjun @ pokok kelapa weh???

chumel lak ak tgk...


heee~

(^_^)

Mrs. Wifey said...

memang nampak rambut cik cujen ada air pancut. hihi. mebi efek dari corak langsir tu kot..

cujen said...

farah
pokok klapak pun buleh la..hehehe

mrs wifey...
hai, awak...sebenarnya kalau tgk depan2 mmg nampak cam air pancut pun... hehe

~Cinta Cukulet~ said...

saya rasa kalau atas air pancut tu kita letak sekor dua katak mesti efek dia lagi cun kan?wakakaka...

dibiuscinta said...

wah3 sume duk cite pasal pokok kelapak jek..hehehe..tp walaupun cite cujen santai tp tak membosankan..siap selit2 lagu lagi..da ala2 hindustan gitu..huhuhu

13may said...

single?
available?

ehem ehem :D