10 December 2008

. X .

Satu perkara yang paling aku tak suka bila dah putus dengan sang kekasih ialah : BERMUSUH. Memang. Memang aku paling tak suka sekali bermusuh dengan orang yang pernah aku sayang. Yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku. Yang pernah aku panggil sayang, panggil laling, panggil bee. Panggil BABI. Opss... itu ketika gaduh.


Memang aku akui, agak sukar sebenarnya untuk menjalin hubungan yang baik dengan bekas kekasih. Lebih-lebih lagi jika kamu putus dalam keadaan yang sangat tragis. Perasaan kasih, sayang & rindu boleh lenyap dengan serta merta. Yang tinggal hanyalah rasa benci, meluat dan dendam kesumat yang seolah-olah tiada kesudahannya. Yang pernah mengalami mungkin tau macam mana rasanya.


*tarik nafas dalam-dalam*


Aku pun pernah jugak putus cinta.Meninggalkan dan ditinggalkan. Kebiasaannya yang berlaku, apabila kita adalah orang yang meninggalkan, kita masih boleh menerima bekas kekasih sebagai kawan. Ayat yang mungkin akan kedengaran ialah "walaupun kita tak ada jodoh, kita tetap boleh kawan kan?" atau mungkin "kita hanya serasi sebagai kawan je". Tapi, kalau kita di pihak yang sebaliknya, kebarangkalian untuk menjadikan bekas kekasih itu sebagai musuh amatlah tinggi. Ayat yang mungkin kedengaran pula ialah "aku tak nak tengok muka ko lagi sampai aku mati". "aku benci kau sampai 7 keturunan".




Persoalannya, kenapa yer kita perlu bermusuh dengan bekas kekasih? Menuduh dia lah punca penderitaan kita. Menyalahkan dia atas apa yang berlaku. Mengungkit segala kebaikan yang pernah kita lakukan kat dia. Meminta balik segala apa yang pernah kita berikan kat dia dulu. Atau sampai satu tahap yang lebih teruk, menghina dia dengan segala macam kata cacian dan makian. Habis segala kata-kata carut dalam kamus dilemparkan kepada bekas kekasih. Walhal dulu..... erm...sendiri mau ingatlah kan.

Kalau dulu orang tengok kita dengan bekas kekasih sebagai pasangan yang ideal. Pantang ada orang kutuk dia masa tu, mulalah kita pun meroyan sama. Kalau ada kawan-kawan bercerita buruk pasal dia, siaplah kawan tu pulak kena sembur. Konon nak backing pasangan kita la masa tu. Sanggup bermati-matian mempertahankan dia. Tapi, kenapa segalanya berubah lepas putus? Ok, aku paham. Dulu lain, sekarang lain. Tapi, tak malu ke kalau nanti orang mengata kita "eleh dulu bukan lagi berkepit sana sini sampai lupa dunia. sekarang nak gaduh-gaduh pulak". isk, kalau aku la...malu lah orang kata camtu. Nampak sangat kelemahan kita kat situ.

Sebab tu la dalam apa keadaan sekalipun aku seboleh-boleh tak nak bermusuh dnegan bekas kekasih. Kalau tak dapat jadi kawan pun tak apa lah. Janji tidak bermusuh. Sekurang-kurangnya bila terserempak kat mana-mana tak ada lah masing-masing nak berpaling muka. Dunia ni pun bukan besar mana. Pi mai, pi mai.. dok tang tu gak. Tak guna pun nak bermusuh. Tapi, kalau orang nak bermusuh dengan aku, aku tak boleh buat apa la.....


Nape aku rasa cam aku poyo je ari ni. Tah apa motif entry aku kali ni pun aku tak tau.

4 comments:

!zA_zUl said...

ye ar suzan...pe yg ko ckp tu byk cam facts je..kalo kite tinggalkan org mmg kite rasa nak kawan kan..mungkin sebab kite tak sekecewa org yg ditinggalkn...org yg ditinggalkan lak mcm dendam kat kite...adeii..smpi skrg aku masih didendam...walaupun da due tahun berlalu...biarlah..tawakal jek... lantak die la...

nmmy84 said...

aku dengan x sumer okey,aku kawen dorang datang.hakikat tetap hakikat jodoh memang tidak ada.buat apa bermusuh, bukan dapat pun ye tak.hikhik :)

Suhana said...

tu sebab org tua selalu pesan, kene banyak berdoa pada Allah. tak semestinya orang yang betul sayangkan kita sekarang ni, akan sayang kita selama-lamanya. Pilihan dan keputusan ada ditangan kita..so pikirkanlah...

susu dalam botol said...

ex bf kita, semua musuh kita. better that way kot? utk kita lah :)