15 December 2008

. kawan .

Ada orang cakap ngan aku macam ni :

" Saya tak mati la kalau tak ada kawan. Saya jenis independent. Campak je saya kat mana-mana, saya boleh hidup. Saya jenis orang yang boleh buang orang lain dari hidup saya semudah saya petik jari je. Bagi saya kawan ni menyusahkan. Saya tak perlu kan sapa-sapa dalam hidup saya. saya boleh hidup sorang-sorang kat dalam dunia ni. Esok-esok kalau mati pun sorang jugak dalam kubur."




Oh, ok. Esok kalau kau dah mati, mayat kau tu bergolek-golek sendiri la masuk kubur ye?! Bodoh punya orang. Cakap macam tak sekolah. Weh, tak payah tipu aku la. Mana ade orang dalam dunia ni boleh hidup sorang-sorang. Setiap manusia dalam dunia ni memerlukan kawan. Cuma mungkin definisi kawan tu berbeza bagi setiap orang. Ade orang anggap, orang-orang yang rapat, yang boleh share problem ngan dia tu la kawan dia. Ada pulak yang anggap orang-orang yang pernah makan atau duduk semeja dengan dia tu lah kawan dia. Ada pulak anggap orang seopis atau serumah atau sekolej ngan dia tu kawan dia. Ada yang anggap keluarga dia tu la kawan dia. Apa pun definisi kawan tu, kau tetap memerlukan kawan dalam hidup ni, tau tak!

Tak payah la nak cakap sombong ngan aku kau boleh hidup tanpa kawan. Tak payah la kau nak sembang ngan aku betapa frustnya ko ngan sikap kawan-kawan kau. Weh, takat pengalaman kau kena tipu 25 ribu ngan kawan kau tu, tak payah nak sembang ngan aku la beb. Sebab tu je kau nak cakap kau leh hidup tanpa kawan? Apa punya low IQ la kau ni. Relax la beb. Orang lain punya pengalaman ngan kawan-kawan ni lebih dasyat lagi dari kau. Tak ada pulak aku dengar diorang cakap macam tu. Ni la kali pertama aku dengar satu kenyataan yang cukup sombong dari kau.

Aku nak tengok la sejauh mana kau leh hidup sorang-sorang. Buktikan la kat aku yang kau memang tak perlukan sapa-sapa dalam hidup kau. Dan aku tak kisah pun kalau kau nak buang aku dari hidup kau. Aku tak kisah pun kalau kau kata kau tak pernah kenal aku. Kau boleh buat-buat tak kenal aku kalau kau jumpa aku. Kau nak buang nama aku dalam contact phone kau. Buang la beb. Tapi, boleh ke kau buang aku dari ingatan dan hati kau? Semudah kau petik jari? Huh! Kalau boleh kau memang hebat. Dan terima kasih la sebab kau jadi kawan aku tuk DUA hari ni!!


Sebab kau la ari ni aku bekpes makan biskut tiger ngan nescafe je tau!!


9 comments:

^arween^ said...

kena tipu pasal haiO ker budak yg konon2 survivor nie?

haikkk berdiri dgn kaki sendiri yer

just wait n see
bila dia susah
siapa yang akan dia cari

tp statement ko
mayat bergolek masuk kubur
mmg 'menyeramkan'
hahahaha

kita lihat lah sejauh mana
survivor itu mampu survive
ngehhh

suzan said...

haha...tak lah...ni citer pasal ade sorg kawan yang aku baru kenal 2 hari..tapi poyo nye masya allah.. tak tau den nak kobar kan... memula aku karang citer ni panjang sangat.. last2 aku edit tinggal yang jek..hihi

nmmy84 said...

haiO?ish2 stau aku ada yang berjaya.ada jgk yang kecundang.kat opis lame mmg ada yang gile suksess ngan hai) dia.

k balik citer kawan.aku jujur tak leh hidup tanpa kawan.even kita berblogging ni pun ngan kawan jgk kan.ishhh tak leh bayang kalo tiada kawan!

momoko-chan said...

mayat bergolek masuk kubur...bapak lawak..hahaha.
sape le yg sombong sgt ckp cmtu..hish.

blackpurple @ jowopinter said...

Isk! Isk! Isk!

k h a l e d a said...

bkn kehidupan lar klu xde kawan
hihihi..

Suhana said...

kawan memang penting. kawan la yang beri motivasi jika kita gagal beraksi.

susu dalam botol said...

haiO? hohoho! kawan ada mcm2. yang nak mati baru cari kawan pun ada.

lulu jr said...

hahahaha.
memang ramai orang yang 'konon2' macam ni.
gila plastik.