26 September 2008

. semangat yang hilang .

aku rasa sangat down sekarang. betul-betul down. semangat aku hilang tah kemana. rasa cam badan aku melayang-layang je kat udara. jasad aku ada, tapi fikiran aku tah kemana-mana. tinggal 5 hari je lagi nak raya. orang lain semua gembira nak sambut hari raya. tapi, bagi aku raya tahun seolah-olah tak memberi apa-apa makna.

betul la kata orang, hidup ni ibarat roda, kejap kita di atas..kejap kita di bawah. now aku rasa aku berada di tahap paling bawah antara yang terbawah sekali. huh, rasa cam tak boleh nak handle kali ni. kalau sekali takpe, ni dah kali kedua. aku rasa aku betul-betul GAGAL kali ni.

entry ni sebenarnya dah 18 kali aku edit. aku tak tau nak mulakan dari mana. aku tak tau nak luahkan kat sape. semua serba tak kena. aku pun tak tau kenapa. kenapa dugaan kali ni begitu hebat sekali. agaknya aku ni terkena badi sial kot. mungkin aku kena mandi bunga supaya hilang sial kat aku ni.

kalau kali pertama takpe. ni kali kedua beb. kali kedua tau. tggal dua bulan je lagi tarikh menjelang perkahwinan kami, tapi...nampaknya seolah-olah takdir tidak memihak kepada kami. banyak sangat dugaan sampai aku sendiri tak reti dah nak hadap cemana. sampai aku sendiri dah rasa tawar hati. aku betul-betul dah hilang semangat. nak hidup pun takde semangat. aku rasa sangat GAGAL dan MALU.

bercinta bukan kerana terpaksa. bercinta atas kehendak masing-masing. atas dasar suka sama suka. terlalu cinta katanya. tapi, kenapa jadi macam ni? EGO? mungkin jugak. tapi, aku rasa aku dah buang ego aku jauh-jauh. aku rasa aku dah korbankan semuanya tuk dia. 200% perhatian aku berikan kat dia. segala-galanya dia. tapi akhirnya ini nasib yang aku kena terima.

kenapa orang lain aku tengok mudah je perjalanan hidup diorg. seolah-olah takde masalah. aku rasa aku ni cukup malang dalam percintaan. ke aku ni ditakdirkan hidup membujang sampai tua? atau mungkin jodoh aku belum sampai? mungkin dia bukan orang yang terbaik untuk aku? huh, aku pun tak tau la...

kadang-kadang aku rasa dah penat. sangat penat. kadang-kadang aku rasa cukup-cukup lah aku menangis sebab dia. cukup-cukup lah aku yang asyik ambil berat tentang dia. cukup-cukup la aku telan pil sebab dia, kelar tangan, lari sana-sini menyusahkan orang lain. menyusahkan kawan-kawan aku. yes... i am STUPID. sangat stupid sebab buat mende-mende stupid untuk orang yang tak menghargai aku. mungkin dia boleh tersenyum lebar sebab ade orang bodoh ni yang begitu sayangkan dia. huh!!

tak layak kah aku untuk disayangi & dihargai??? aku pun ada harga diri. aku pun ada hati untuk dijaga..bangsat sangatkah aku untuk dilayan sedimikan rupa oleh orang yang aku sayang??? tolong la....aku betul-betul buntu. AKU perlukan sokongan dan kata-kata semangat.

...... petang tadi orang dari kedai kad kahwin telefon kata kad kahwin aku dah siap. dah leh datang amek... apa aku nak buat??? main roket-roket dengan kad tu semua??? .........

8 comments:

cik gemuks said...

Allah swt tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan. Panas tanpa hujan. Tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kita kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

cujern said...

thanks arween

susudalambotol said...

jgn menangis untuk orang yg tak reti menghargai. fikir diri awak pula :)

selamat hari raya :)

Mawaddah said...

su..asal ni su..ade masalah lagi yer..sian kat ko..aku ni dah ler pengunjung setia blog ko..biler aku ikuti perkembangan ko...aku jadi macam tertanye2 nape dugaan seberat ni utk ko tanggung..tapi takpe su..fikir positif k..masih ade yang sayang..kuatkan semangat!!

Nurul Farhanna said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Farhanna said...

sabarlah.. speechless duh. hari raye bulan raye. piker bunge api je ok? oasni deepavali, ingat maruku pulak. cheers!

Nurul Farhanna said...

sabarlah.. speechless duh. hari raye bulan raye. piker bunge api je ok? pasni deepavali, ingat maruku pulak. cheers!

goblogbyfarah said...
This comment has been removed by the author.