31 July 2007

:: aku benci makcik inai spa tu ::

sabtu lepas aku kengkonon nak memanjakan diri. maklumlah, kate tak balik kampung so aku nak la isi hujung minggu aku dengan mende berfaedah. kononnya. lagipun ni le masa nak memanjakan diri. kalau tak bila lagi kan.

so, aku pun pegi le mengahabiskan duit gaji baru aku dengan wat manicure, buat rambut n buat facial. wat rambut n manicure tu kira ok la. ni aku nak citer pasal aku buat facial. kat area umah aku tu memang banyak tempat wat facial. tapi cina punyalah. cuma ade la satu spa orang melayu kita ni. aku pun dengan niat hati nak tolong orang melayu la konon, g la spa tu. facial biasa je RM 45 hengget. kalau ade laser bagai RM 75. huh, mahai tul. aku wat kat kampung 30 hengget. erm..nak kate ape..kampung lain ek..

harga tu sebenarnya tak kisah sangat la. sebulan sekali je kan wat facial. buakn selalu. tapi, dia nyer servis, mak oi...cam haram jadah. buat cam nak tak nak je.. main tenyeh je muka aku ngan pape tah. pastu time nak buang whitehead, blackhead tu dia guna cara lama. bukan yang pakai karen tu. punyalah sakit. dia korek2 muka aku sampai aku rasa nak terajang je muka makcik tu. pastu ade satu bintik kat muka aku yang mmg dari lahir mende tu ade pun dia seboleh-boleh nak korek jugak. memandangkan mata aku ditutup, maka aku tak nampak le ape yang dibuat oleh makcik tu. cuma leh rasa je kesakitan dimana-mana. huh, memang cibai tul. pastu nak borak ngan aku asik nak citer pasal anak dia. anak dia belajar overseas la..itu la ini la..hee..plz la.. kalau anak ko presiden amerika pun, aku tak hingin tau.

dekat sejam setengah aku menderita kesakitan kat situ. balik2 je tengok muka aku merah. pastu siap ade parut baik punya betul2 kat hidung aku. muka aku pun rasa lagi teruk adalah. tah hape punya brand kosmetik dia pakai. dari paris konon!! kalau servis tak bagus tak guna jugak.

pastu balik siap pesan kat aku soh datang lagi. wat rambut ke, spa ke.. heee..tak hingin aku!! cukuplah sekali tu je aku pegi situ. sumpah aku takkan pegi lagi.. korang yang baca blog aku ni pun aku tak nasihatkan jangan pagi. unless korang memang tahan kesakitan la. aku memang stok tak tahan nye. kedai tu kat area seri kembangan, dekat2 jusco equine tu. nama tempat tu INAI PURI SPA.

25 July 2007

:: 10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang ::

dok browse bod Lovers Problem kat cari porem terjumpa satu thread ni. agak menarik sebab lately ni banyak sangat kita dengar pasal skandal ngan laki orang, bercinta ngan suami orang n memacam lagi la.. maklumlah orang lelaki makin kurang. nak cari lelaki bujang yang berkualiti memang la susah. nak tak nak terpaksalah pilih laki orang. so, untuk sesape yang kekasih hatinya itu berstatus suami atau ade yang baru nak bejinak-jinak dengan suami orang tu, renung-rengungkanlah artikel di bawah ni. (ingatan tuk aku jugak :-P) kredit tuk cari forum.com.my.


10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


bersambung.......