16 October 2006

:: kad raya ::

KAD RAYA

petang tadi ketika melihat adik saya sibuk menulis kad hari raya untuk dikirim kepada kawan-kawannya, hati saya terusik sedikit. bukan kerana terharu dengan apa yang dia lakukan, tetapi rasa sedih. sedih kerana sehingga kini, saya masih belum menerima walau sekeping pun kad raya. jangan kata dari teman-teman, dari yang tersayang pun masih belum terima. kesian kan?? bukanlah saya mengharap sangat, cuma rasa terkilan sedikit. mungkinkah dengan adanya teknologi terkini yang serba canggih, maka tradisi mengirim kad raya semakin dilupakan. ya, sekarang dah maju. ucapan selamat hari raya dan meminta maaf hanya dikirim melalui sms, mms ataupun email. tapi, yang peliknya kad raya elektronik saya masih dapat...erm...belum lagi kot..insyaallah adalah tu untuk saya..(mungkin)... lagipun, saya masih belum mengirim kad raya buat sesiapa lagi. jadi, tak adil lah kalau saya mengharap orang akan bagi kad raya untuk saya kan??

kalau dulu, 3-4 tahun yang lepas (zaman saya sekolah-sekolah dulu), belum start puasa lagi, saya dan adik saya dah berebut-rebut beli kad raya. siap buat list nama siapa untuk siapa kad raya tersebut akan dikirimkan. selalunya, kad raya tersebut akan saya hiasi dengan kreativiti saya, especially untuk teman-teman istimewa. dan pada hari puasa yang pertama, saya dan adik saya akan pos kad raya tersebut. lepas tu, tugas kami hanya menanti balasan dan berlumba-lumba siapa yang paling dapat banyak kad raya. tapi, itu cerita 3-4 tahun yang lepas. sekarang ni dah hampir 2 tahun saya tak menerima sebarang kad ucapan hari raya. kad raya terakhir yang sayab dapat adalah pada tahun 2003. dah lama bukan??

saya memang tidak pernah membuang kad kad raya yang pernah saya terima. malah, saya masih menyimpan kesemua dengan baik. kadang-kadang, bila membaca semula kad raya tersebut, saya tersenyum sorang. soalan lazim yang akan ditanya dalam kad ----> "baju raya bape pasang?" "pose penuh tak?" "berapa banyak buat kuih raya? dan kadang-kadang ade juga yang mengirim duit raya. but now, semua tu dah menjadi kenangan sahaja. nak buat cemana, kita kenalah ikut arus kemodenan. kalau tak nanti dikatakan ketinggalan zaman pulak..hehehe...er, ketinggalan zaman ke kalau kirim kad raya??

03 October 2006

:: hari ini ::

sudah lama saya tidak berblogging. bukan kerana tiada idea. malah sebenarnya begitu banyak cerita yang hendak dikongsikan. bukan juga kerana tiada masa. setiap hari pun masa saya hanya dibazirkan di forum. lantas, ape sebenarnya yang menghalang saya dari berblogging?? soalan yang saya sendiri pun tiada jawapannya......

ini hari dah masuk hari ke berapa ye kita berpuasa? saya sendiri sudah lupa. mungkin kerana saya tidak berpuasa pada hari ini, maka saya tidak berapa peduli akan hari keberapa kita berpuasa dan juga waktu berbuka. tidak seperti selalunya, saya akan kerapkali melihat kalendar dan juga jam tangan sambil mengira-ngira berapa jam lagi nak berbuka. dan selalunya masa terasa begitu lambat sekali berlalu......

puasa kali ini, tak banyak bezanya dengan puasa saya beberapa tahun kebelakangan ni. tarawikh pun langsung tidak pergi. nikmat berpuasa semakin kurang dirasakan. kenapa yer? mungkin tuhan dah tarik kembali nikmat berpuasa. atau itu hanya perasaan normal bagi orang-orang yang sedang meningkat dewasa? isk, ape yang saya merepek ni.....

sebenarnya, saya masih berkira-kira cerita apa yang hendak disampaikan untuk entry kali ini. tapi, sehingga ke perenggan ke empat saya masih belum dapat lagi kisah yang menarik. kalau ikut standard peperiksaan PMR, mungkin karangan saya akan dapat D kerana tiada isi. hehehe. jadi, sebelum saya merepek yang bukan-bukan ada baiknya saya stop dulu untuk entry kali ini.

kepala saya pun sudah terasa pening-pening lalat. alangkah baiknya jika saya dapat berbaring di katil saya sambil menonton tv....~ adeh..!! ~