24 April 2006

:: antik ::

kalau orang tanya aku, kat umah aku ade tak barang antik? aku akan cakap ya.



ya. peti ais kat umah aku tu dah berusia lebih dari 23 tahun. lama tuh.



tapi, yang membezakan barang antik kat umah aku ngan barang antik ngan orang lain ialan : barang antik orang lain, kalau jual balik harga lebih mahal. barang antik aku pulak, kalau letak kat tepi jalan jual lelong pun takde orang nak.



aku pun heran kenapa la bapak aku sayang sangat ngan peti ais tu. banyak kali aku soh beli baru, tapi tetap jugak tak nak. tah bape kali cat balik aku pun tak tau. bayangkanlah sampai dah menggerutu pintu peti ais tu. dari kaler hijau pekat, bawak ke hijau cair sampai lah kaler putih.



dan akhirnya. minggu lepas, aku berjaya jugak memujuk bapak aku supaya beli peti ais baru. selepas 23 tahun baru le kami sekeluarga dapat menikmati peti ais baru.....huhuhu....hampes...



p/s: gambar peti ais lama tak smepat aku nak abadikan kat sini. sebabnya masa beli peti ais tu, aku takde kat kampung... ape-ape pun selamat tinggal peti ais lama ku...




No comments: