25 April 2006

:: fear factor ::

sanggupkah anda makan roti berintikan darah khinzir, kumbang hidup atau cacing tanah? - tak



sanggupkah anda berjalan di atas titi kecil pada ketinggian lebih dari 20 meter? - tak



sanggupkah anda melompat dari satu trak ke trak yang lain dengan kelajuan trak tersebut lebih 50km/j? - tak



sanggupkah anda menarik keluar seekor alligator yang berada dalam satu gua? - tak



sanggupkah anda membiarkan seluruh badan anda dikerumuni tebuan? -tak



tahniah!! anda tidak layak untuk menyertai pertandingan fear factor dan sekaligus tidak berjaya merebut hadiah wang tunai USD 50,000.



huh, ada apa dengan USD 50,000.





NOTAKAKI : USD 50,000 = RM 190,000 (hmm, banyak jugak ek??)


24 April 2006

:: antik ::

kalau orang tanya aku, kat umah aku ade tak barang antik? aku akan cakap ya.



ya. peti ais kat umah aku tu dah berusia lebih dari 23 tahun. lama tuh.



tapi, yang membezakan barang antik kat umah aku ngan barang antik ngan orang lain ialan : barang antik orang lain, kalau jual balik harga lebih mahal. barang antik aku pulak, kalau letak kat tepi jalan jual lelong pun takde orang nak.



aku pun heran kenapa la bapak aku sayang sangat ngan peti ais tu. banyak kali aku soh beli baru, tapi tetap jugak tak nak. tah bape kali cat balik aku pun tak tau. bayangkanlah sampai dah menggerutu pintu peti ais tu. dari kaler hijau pekat, bawak ke hijau cair sampai lah kaler putih.



dan akhirnya. minggu lepas, aku berjaya jugak memujuk bapak aku supaya beli peti ais baru. selepas 23 tahun baru le kami sekeluarga dapat menikmati peti ais baru.....huhuhu....hampes...



p/s: gambar peti ais lama tak smepat aku nak abadikan kat sini. sebabnya masa beli peti ais tu, aku takde kat kampung... ape-ape pun selamat tinggal peti ais lama ku...




20 April 2006

:: kenapa saya suka Mawi?? ::

  • dia comel


  • sore dia seksi


  • dia pandai nyanyi


  • dia pandai mengaji


  • kadang-kadang dia kelakar


  • dia orang johor


  • dia lelaki melayu terakhir.....


awak dah beli album baru dia??



er, sebenarnya saya lom penah pun beli album dia...hehehhehehe




18 April 2006

:: blog oh blog ::

mak ai, dah berhabuk n bersawang aku nye blog nih.  lama tul aku tak jenguk2 sini.  bukan tadek mende nak post. banyak sebenarnya . tapi, aku ni asik bz je... kalau tak bz wat keje, aku bz berporem... sampai lupe nak singgah sini...



tapi. hari ni. hari rabu nan indah ni. aku tergerak pulak nak meng updatekan blog haku ni. tapi. lom ade idea nak pos hape. hmm........jap gi la kot. k la, have a nice day!! peace