26 March 2006

:: demam k-dorama lagi ::

huhuhu....malam ni start dah cite My Name Is Kim Sam Soon....adeh...tak sabo tengok... tapi, yang tak bestnya 8tv ni sore mesti dubbing bahasa cine... takpelah, nak wat cemana... nampaknya malam-malam aku lepas ni dok umah je la tengok tv... adus, tak bleh la nak kuar...



















Drama My Lovely Kim Sam Soon atau My Name Is Kim Sam soon begitu popular di Korea sehingga mendapat rating tertinggi sebanyak 50% dari penonton seluruh korea.  Rating setinggi ini pernah dikecapi olih  drama Lover's In Paris suatu masa dulu.  Drama ini baru sahaja habis dipertontonkan dikorea.

Drama ini adalah romantik komedi yg dibintangi olih Hyun Bin, Kim Sun Ah, Jung Ryu Won dan Danniel Henny.

Drama mengisahkan mengenai seorang perempuan yg chubby (montel/ bdn agak berisi) yg rupa paras tidak lawa, bernama KIM SAM SOON  yg kegemarannya makan apabila dia stressed dan susah hati. Dia kemudian ditinggalkan olih kekasihnyapada hari christmas dan berjumpa dgn HYUN JIN HUNH pemilik sebuah restoran yg mempunyai sikap dingin dan bekerja dgn nya.  HYUN JIN HUNH kemudian meminta KIM SAM SOON menjadi kekasihnya. HYUN JIN HUNH juga pernah terlibat dlm kemalangan jalan raya yg menyebabkan abang dan kakak iparnya mati, serta kakinya sedikit cacat. Bekas kekasihnya  YOO HEE JIN balik dari Amerika dan mendapati HYUN JIN HUNH telah jatuh cinta pada KIM SAM SOON, yg dianggap hodoh dan tidak sesuai untuk HYUN JIN HUN,  dia kemudian berusaha merebut HYUN JIN HUNH dari KIM SAM SOON.



kredit to Kimmy@cari forum


No comments: