Apa perbezaan di antara ketiga-tiganya?
Bagi aku kawan adalah seseorang yang rapat dengan aku, yang boleh di bawa bercerita, tapi tak sepenuhnya cerita yang melibatkan hati dan perasaan dapat disampaikan terang-terangan kepada dia. Pendek kata masih wujud batas-batas tertentu atau benteng dalam pertuturan.
Sahabat pula lebih memahami. Sahabat lebih peka dengan keperluan diri. Sahabat lebih terbuka dengan segala apa yang dimiliki. Boleh berkongsi apa sahaja. Perihal kehidupan juga perasaan. Sahabat juga sukar dicari. Dalam seratus kawan, belum tentu dapat jumpa seorang sahabat.
Istilah teman bagi aku pula lebih hampir kepada teman hidup. Seseorang yang sentiasa bersama dengan aku walau apa keadaan kita sekalipun. Sentiasa memberi perangsang dan sentiasa mengalah kepada aku. Menerima buruk baik aku seadanya..Yang sanggup mendengar apa sahaja masalah aku. Tak pernah jemu dan sentiasa menyayangi aku.
belajar lah jadi seseorang yang tahu menghargai ketiga-tiga anugerah ini. kawan sahabat dan teman....
suzan---------------> dan di mata kalian semua, siapakah aku kalian letakkan? mungkin kawan? sahabat? atau teman?

No comments:
Post a Comment