bayangkan anda sedang berada di suatu tempat yang lapang, luas dan gelap. anda keseorangan di situ. suasana sunyi dan sepi. anda rasa takut, keliru dan tak tahu kemana harus dituju.
dalam keadaan yang keliru dan takut tu, tiba-tiba anda ternampak satu cahaya. cahaya dari sebuah lorong yang terang benderang. oleh sebab tiada pilihan dan mungkin juga sebab takut, anda pun berjalan masuk ke dalam lorong tersebut.
sampai je dalam lorong tersebut, anda terpaku. wah! cantiknya. lorong tersebut dipenuhi dengan warna warni, bunyi bunyian, tumbuhan dan bunga yang mekar. jalannya pula cantik dan lurus. tiada lopak-lopak atau bengkang bengkok. dalam hati berdetik "aku membuat pilihan yang tepat".
anda pun meneruskan perjalanan dengan perasaan yang gembira dan hati yang berbunga. seolah-olah anda berada di syurga. walaupun anda tidak tahu lagi berapa jauh perjalanan anda dan apa yang berada di depan sana, anda yakin lorong tersebut indah dan cantik.
kemudian, sampai lah anda di pertengahan jalan. lorong yang indah dan cantik yang dipenuhi kecerian tadi, tiba-tiba bertukar menjadi lorong yang suram. tiada lagi warna warni dan bunyi bunyian yang mengasyikkan. jalan pula semakin berlopak dan bengkang bengkok.
anda meneruskan juga perjalanan kerana tiada pilihan. untuk berpatah balik, rasanya tak mungkin sebab anda telah berjalan terlalu jauh. mahu tak mahu perjalanan tetap diteruskan.
berjalan punya berjalan, kemudian anda ternampak ada simpang di depan. anda berasa gembira dan berjalan dengan cepat untuk sampai ke simpang tersebut. anda kini berdiri di depan simpang tersebut dan berasa ragu-ragu untuk masuk ke simpang tersebut. sebabnya anda takut mungkin simpang tersebut tidak seindah yang anda bayangkan. mungkin jalannya lebih teruk dari lorong yang anda lalui tersebut. anda takut untuk untuk mengambil risiko. anda berdiri lama di situ.
akhirnya, anda mengambil keputusan untuk tidak memasuki simpang tersebut dan hanya meneruskan perjalanan di lorong tersebut dengan mengharapkan mungkin di depan lorong tersebut akan kembali seperti di permualaan di tadi... anda meninggalkan simpang tadi yang mungkin lebih indah atau lebih dasyat disebabkan sikap anda yang tidak berani mengambil risiko.
anda rasa betul ke tindakan tu?

No comments:
Post a Comment