Bercinta itu seharusnya memberi ruang kepada individu untuk membebaskan jiwa daripada ketakutan, memberi keyakinan dan keselesaan untuk kau menjadi diri sendiri ketika bersama dengan pasanganmu.
Dengan si dia, seharusnya dirimu dapat berkongsi segalanya tanpa ada rasa serba salah. Memang benar dalam setiap perhubungan, kompromi itu penting supaya keamanan dapat dikekalkan tetapi pasangan perlu menjaga keseimbangan antara kompromi dan kepentingan diri agar identiti tidak lari.
Cinta itu harus menyayangi dan menghargai. Salah apabila seorang pasangan melakukan segalanya demi seorang yang lain tanpa memikirkan tentang apa yang dirinya inginkan, berkompromi dalam terpaksa atau memendam perasaan atas nama pengorbanan, tidak akan membahagiakan kerana apabila seseorang berkorban, secara tidak langsung hati akan mengharapkan pembalasan.
Kau akan menjangkakan bahawa si dia akan memahamimu apabila kau memerlukan, dan jika dia tidak hadir ketika diperlukan, akibatnya samada kau berduka atau jiwamu akan diselimuti rasa sakit hati umpama bom jangka yang menunggu masa.
Di dalam percintaan, benarkan hatimu mendengar apa yang benar.
Hati tidak akan bahagia jika hanya perhatian hanya diberikan kepada si pasangan. Walau bagaimana keras diri ingin menyakinkan bahawa wujudnya kebahagiaan, kata hati tidak pernah boleh ditipu.
Jangan sesekali takut untuk menjadi tidak sempurna ketika bersama pasanganmu kerana jika kau dan dia benar-benar bercinta, ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan cinta itu sempurna, dia dapat melihat dirimu seadanya dan masih menyayangi.
Jangan takut untuk menonjolkan dirimu dan mencari apa yang kau mahu dalam hidup ketika kau sedang mencintai si dia kerana seseorang pasangan itu perlu memberi galakan, memberi sokongan dan dorongan untuk melihat cintanya mekar sebagai seorang insan.
Biarkan ‘cinta’ itu pergi jika ia menyebabkan kau kehilangan identiti, cinta yang asli tidak akan pernah menidakkan kewujudan dirimu yang begitu istimewa.
Think about it.......