14 August 2007

:: takut nak kawen ::

bila aku cakap macam tu, ramai yang kate "rugi la ko". hehehe. memang la. sape tak nak kawen. sume orang nak kawen. nak bahagia. tapi, melihatkan senario perkahwinan sekarang buat aku rasa fobia nak kawen.

terlalu banyak kecurangan dalam perkawinan. baca je la kat forum tu berapa ramai yang buat pengakuan pernah curang dalam perkahwinan. ade yang menyesal sebab kawen awal. dan bukan lelaki saja yang curang sekarang ni. para isteri pun tak kurang jugak yang pernah curang. menduakan suami. nauzubillahiminzalik. jangan la jadi kat aku.
aku ada sorang kawan. baru kenal. baru sangat-sangat la kiranya. dia seorang lelaki. umo dalam 28 tahun. sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. sorang lelaki sorang perempuan. ceritanya kat aku, dia kenal dengan wife dia dua bulan terus bertunang. lepas 3 bulan bertunang, kawen. kiranya tempoh perkenalan dalam 5 bulan je gitu. aku respek kat dia sebab berani buat keputusan untuk berkawen walaupun dalam usia yang muda. tak silap aku masa tu umur dia dalam 24 dan wife dia pulak dalam 20 tahun.

then sekarang, mengadu nasib dia dan wife dia bermasalah. ceritanya kat aku, wife dia pernah tak balik rumah sebulan. tak tau pergi mana. anak-anak diabaikan. pernah jugak wife dia sepak muka anak sampai pecah bibir. aku tanya kenapa. dia kata wife dia nak bebas. n katanya lagi, makan minum dia, tanggungjawab sebagai isteri memang diabaikan. asal jumpa nak bergaduh. aku cakap balik, kalau dah macam tu keadaannya, kenapa tak buat keputusan nak bercerai? katanya kesian kat anak-anak. erm.. jawapan yang selalu aku dengar. tapi, sekarang ni dia kata dia memang dah berapa kali turun naik mahkamah sebab nak selesaikan hal ni.

mengeluh panjang jugak la aku bila dengar cerita dia. aku pun tak tau nak cakap cemana. sebab aku hanya dengar cerita sebelah pihak. aku pun tak kenal dengan wife dia. tak tau nak kate siapa salah siapa betul. itulah masalah rumahtangga diorang. aku sebagai orang luar hanya mampu memerhatikan sahaja dari jauh. atau sekadar mendengar luahan perasaan dia.

mendengar cerita dia..banyak benda yang aku pikirkan. kadang-kadang aku pikir kawen muda ni elok jugak. mgkin elok untuk elakkan daripada buat maksiat. pastu kehidupan kita akan lebih teratur. ade orang jaga makan minum sume. nanti dah tua anak pun dah besar panjang. tapi, kalau dilihat dari sudut lain pulak, ade jugak keburukannya. macam kes teman aku td la. isteri kawen terlalu muda. akibatnya tak puas nak enjoy. masa tu baru terpikir banyak benda lagi aku belum buat. anak-anak yang sepatutnya jadi penghibur hati, dijadikan tempat melepskan perasaan tak puas hati. akibatnya, anak jadi mangsa. mak bapak bergaduh, anak-anak derita. padahal mak bapak tu dulu kawen bukan sebab terpaksa. memang pilihan hati. memang bercinta sebelum kawen. u lap me, i lap u. tapi, kenapa yer, perasaan tu mudah berubah??

teringat kata-kata seorang teman yang lain pulak. katanya, bila dah berkawin, perasaan tu bukan lagi jadi keutamaan. masa tu tanggungjawab dah jadi no 1. benda-benda lain seperti berkasih sayang, bermanja-manja tu dah letak ke belakang2. masa tu hanya pikir masa depan keluarga, anak-anak, & cemana nak kukuhkan ekonomi keluarga. pendek kate nak beramas mesra, nak bersayang2 macam waktu bercinta dulu memang dah takde. lagipun dah selalu duduk sebumbung. hari-hari pandang muka. adakalanya perasaan rindu pun boleh hilang. pendek kate, alam perkahwinan dan percintaan adalah dua dunia yang berbeza. jangan terlalu mengaharp perkahwinan kita akan semekar dan sewangi cinta kita. sebab tu dia kate lagi banyak keruntuhan rumahtangga berlaku pada bila dah sedekad berkawen.

tapi, itu lah.. itu pendapat orang yang dah berumahtangga. memang la lain orang lain jalan ceritanya. ada orang memang mudah jalan cerita hidupnya. dari dia lahir sampai dia mati hidup dia simple, senang je. nak ape dapat. jodoh senang dapat. hidup pun bahagia. kalau ade pun masalah kecik2 je. tapi, ada pulak orang yang memang selalu diduga tuhan. pendek kate ade je masalah tak selesai. selesai masalah ni, datang masalah lain. bergantung apda kita sendiri untuk selesaikan masalah tu.

tapi, bila aku tengok kawan-kawan aku, alhamdulilah semuanya bahagia dengan pasangan masing-masing. aku pun tumpang gembira jugak. walaupun pernah terdetik dalam hati kalaulah hidup aku simple macam diorang kan. hehehe. takpelah, aku bersyukur dengan ape yang aku ade. mgkin belum masa untuk aku jadi macam diorang.

kepada kawan-kawan yang dah kawen tu, jagalah perkahwinan korang sebaik-baiknya. terimalah pasangan korang seadanya. dah jadi suami isteri kan kenalah tolak ansur. kepada yang baru-baru nak melangkah ke alam perkahwinan tu, yang baru nak bertunang tu, pikirlah sebaik-baiknya. jangan menyesal di kemudian hari. pastikan betul-betul yang dia memang pilihan kita untuk dijadikan pasangan hidup ke akhir hayat. apepun, selamat berbahagia tuk korang.

adios!!