28 November 2008

. kata-kata semangat .



Antara nasib dan takdir adalah dua perkara yang lebih kurang sama. Mereka hanya akan berubah dengan doa kita dan keizinan Nya.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat katu api.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi, pandanglah semua itu ke depan. Pandanglah masa depan kita.




kata-kata yang dirikim oleh seorang kawan.
simple but sangat mendalam maksudnya.
thanks kawan!!

25 November 2008

. ku tak akan bersuara .


Aku nak tepek AWARD yang aku dapat. Award ini telah diberi oleh PUAN WADAH.
Mekasih ye Puan Wadah. Walaupun takde apa yang best pun kat blog aku ni. Hehe


Aku juga telah ditag oleh PUAN WADAH sekali lagi dan CIK KHALEDA.
Tajuk tag: TAG KEJUJURAN.
Tag ni kena tulis 10 perkara tentang orang yang mengetag aku.
Memandangkan dua orang telah tag aku, so aku tulis 5 perkara je la tentang diorang.

Memula aku nak cerita pasal Cik Khaleda kita.


5 Perkara Tentang Cik Khaleda
  • Orang kampung aku. Muo Besh!!
  • Suka pow aku nye coklat masa kat hostel dulu.
  • Manja ya amat. Memandangkan aku seorang yang ganaz, so kemanjaan dia tu kadang-kadang wat aku rasa rimas. Dulu la...sekarang dah boleh terima. Hehe
  • Dia juga orang yang bertanggungjawab bagi nama SUZAN ni kat aku. Sebab masa kat POLI dulu, dalam kelas kitaorang ada orang lain nama SU jugak. Untuk mengelakkan kekeliruan dia pun panggil la aku SUZAN. Sampai sekarang la lekat nama tu. Mekasih la ye Cik Khaleda sebab bagi nama yang glemer ni kat aku. Hehe
  • Satu perkara yang aku tak boleh lupa tentang dia ialah : masa kat poli dulu, masa dia mula-mula couple ngan tunang dia sekarang ni, diorang penah wat aksi drama kejar mengejar kat kafe hostel cam citer hindustan. Aku tak tau la pasal ape, tapi memang agak kelakar la masa tu. Aku dok sekodeng dari jauh je. Sambil tu kutuk-kutuk gak la. Hahahaha! (kantoi)

5 Perkara Tentang PUAN WADAH
  • Sebenarnya aku tak berapa rapat sangat dengan Puan Wadah ni. Masa kat poli dulu jarang-jarang berbual. Sebab Wadah ni tergolong dalam golongan geng-geng 'Telekung'. Hahaha. Sori laWadah, sebab geng korang geng bebaik, sebab tu kitaorang panggil korang budak-budak telekung.
  • Aku kenal Wadah ni sebab dulu kan, dia penah gaduh ngan classmate aku IZA HAIRANI. Masa tu aku selalu lepak ngan Iza. Iza pulak kawan ngan IEZA yang merupakan teman sebilik Wadah. Ko ingat tak Wadah? Hehehehe.
  • Dulu sebelum pindah dia keje kat Jabatan Bomba. Mesti best kan kenalngan abang-abang Bomba. Rumah terbakar panggil bomba...bomba datang berlumba-lumba....eh..eh..ternyanyi pulak.
  • Aku rasa Wadah ni ade campuran Cina sket la. Sebab muka dia chinese look. Kulit dia pun putih. Gebu gitu.
  • Sekarang Puan Wadah sedang bahagia bersama asben tersayang. En. Syukri Yazam. Hai, bertuah badan En Syukri berlakikan Puan Wadah ni. (Korang tak nak tambah bilangan ahli keluarga ke?)
Ok, dah habis cerita tentang orang yang ditag. Sekarang kena cerita tentang orang yang di tag plak. Adoiyai...aku memang lemah sikit bab cerita diri sendiri ni. Macam buat karangan ' Tentang Saya' masa sekolah-sekolah dulu. Tapi, aku try ar jugak. Layan!!


10 Perkara Tentang Aku aka Flip Flop
  • Aku anak kedua dari 7 adik beradik. Anak perempuan sulung. Menjadi kakak kepada 5 orang adik perempuan amatlah menyeksakan diri. Ditambah pulak adik-adik aku sume jenis degil tak tentu pasal. Langsung tak takut ngan aku. Tak saspek langsung ngan aku.
  • Aku anak paling degil dalam adik beradik aku. Aku penah lari dari rumah dua kali sebab gaduh ngan bapak aku. Aku ngan bapak aku memang tak sebulu. Tapi, semua orang cakap perangai aku ngan bapak aku sama. Mungkin sebab tu jugak la aku tak boleh ngam ngan dia. Tapi,walaupun aku paling degil, tapi aku juga paling banyak berbakti dalam keluarga. (Syurga lah tempat mu..huhu)
  • Aku pernah bertunang. Dua kali. Dua-dua putus. Sebab?? Nanti lah aku cerita lam entry yang lain.
  • Pernah rasa down yang melampau sampai hampir-hampir bunuh diri. Tapi, akhirnya aku sedar. Banyak lagi perkara menarik dalam hidup ni yang perlu aku nikmati. Yeah...let's enjoy ur life!!
  • Dulu masa kat sekolah, masa kat Poli, budak-budak ni suka cakap muka aku ni muka takde perasaan. Ada sesape boleh sexplain kat aku tak muka takde peasaan tu cemana??
  • Aku tak pandai menari. Jangan kata nak menari, nak goyang-goyang badang ikut rentak lagu aku pun aku reti. Memang kayu abes la. Aku rasa korang lebih rela tengok kayu tu bergoyang dari tengok aku menari.
  • Aku tak boleh buat kerja kalau ade orang dok perati ape yang aku buat. Siyes beb. Aku rasa cam serba tak kena je. Rasa cam artis pun ade. Sebab tu kalau aku nak wat keje, aku suka buat time orang takde.
  • Aku dan kenangan memang tak dapat dipisahkan. Pada aku kenangan tu sesuatu yang sangat berharga yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi lagu aku dan kenangan nyanyian Hattan tiada kena mengena dalam hidup aku.
  • Kat sekolah dulu aku samseng. Selalu gaduh ngan budak pompuan lain kat sekolah. Aku pernah bercita-cita nak jadi cam samseng kampung dusun, malangnya muka aku tersangat jelita, tak boleh jadi samseng.
  • Aku ada masalah lost short term memory. Dalam bahasa melayunya hilang daya ingatan sejenak. Aku tak boleh ingat samada aku dah kunci kereta atau belum. Aku selalu tinggalkan anak kunci kat tombol pintu. Aku penah lupa nak tutup balik tank minyak aku pas isi minyak. Paling teruk, baru kejap tadi aku rasa nak membuang air besar. Dah selesai melepaskan hajat, aku masuk balik opis pastu nak sambung updet blog ni. Tapi, aku lupe la... aku dah flush ke belum???


24 November 2008

. marilah berkongsi kegembiraan bersama aku .

Aku sangat happy sekarang. Sebabnya kan....


YANG PERTAMA



TADAAAAAAA...........





Tu la dia album aku yang ilang tempoh hari. Walaupun aku dah agak pasrah dengan kehilangan album aku tu, tapi kalau ada kesempatan memang aku akan cari. Hari rabu lepas, entah cemana aku tergerak hati nak punggah balik kotak-kotak kat umah mak aku. Sedang aku dok iron baju keje lam bilik jahit mak aku, aku terpandang satu kotak atas almari. (Rumah mak aku ni memang banyak kotak. Kalau boleh semua benda dia mak aku nak simpan. Sib baik la aku tak mati dalam timbunan kotak-kotak tu.) Dalam kotak tu memang penuh ngan album lama-lama. Gambar mak bapak aku masa muda-muda pun ada. Tak tau la cemana aku nye album tu boleh terselit dalam tu. Aku pun tak ingat tah bila masa aku gi bawak album ni ke rumah mak aku. Musykil gak la. Aku syak album tu jalan sendiri la. Mungkin dia saje nak main nyorok-nyorok ngan aku kot. Huh, sungguh tak masuk akal.

Apapun, aku sangat bersyukur sebab dapat jumpa balik album aku tu. Betul la orang cakap sabar tu banyak hikmahnya. :-P



YANG KEDUA



AMIR AL HAKIM. Born on 19/11/2008 jam 2.30 pagi. Anak kepada En. Suhaimi dan Puan Zahrah. Comel kan? My first nephew. Sangat teruja ok! Aku dah jadi mak ngah.




Mak ngah?? Alahai.. tak glemernye. Aku nak soh dia panggil aku Aunty Suzan la.Baru la nampak moden dan elegen. Hehehe. Tak rock la panggil Mak Ngah. Mak Ngah tu nampak cam garang je. Aku tak suka. (walaupun aku memang garang). Takpe...nanti bila dia dah pandai cakap, aku akan ajar dia panggil aunty suzan. ehee...

Memandangkan dalam keluarga aku dah lama tak ada baby, ditambah pulak adik beradik aku semua perempuan kecuali abang aku, maka kelahiran AMIR AL HAKIM ni sangat la mengujakan kitaorg. Semua cam jakun je tengok baby. Tak caye tengok la muka-muka jakun di bawah. Hihihi.



Seronok nye ada baby sendiri. Bila la tima aku pulak kan? Haih!!

18 November 2008

. scandalism .

ada sorang kawan aku tiba-tiba datang mintak tolong. masalah tak besar mana pun. biasalah masalah budak-budak ni. kalau tak masalah cinta, masalah duit. so, kawan aku ni ada masalah cinta. sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bercinta hampir 18 kali, maka aku dijadikan bahan rujukan tuk dia. konon-kon aku ni sifoo la. ala-ala Dr. Love gitu. ahaks.

ceritanya begini. kawan aku ni dah ada pakwe. tapi, masih nak menggatal ngan lelaki lain. atau dalam erti kata budak budak zaman sekarang, scandal la kiranya. tapi..yang jadi masalahnya, si mamat scandal tu tadi dah tangkap cintan ngan kawan aku ni. cinta mati la kiranya. sanggup wat apa saja untuk awek tu. siap nak ajak kawen bagai. beria-ia nak soh keluarga datang meminang awek tadi. jadinya, si awek ni pun dah pening. mengikut katanya, dia masih sayangkan pakwe dia tu. yang mamat ni pulak, saje-saje nak wat scandal...wat stok geli-geli. mana tau pulak mamat tu tangkap cintan. nak mintak putus dia tak berani pulak. sebab mamat tu agak saiko la sikit. takut nanti di apa-apakan pulak. kalau kena bunuh takpe lagi, mati terus. kot kena santau ke apa kang tak ke naya. sape yang susah? aku jugak....kena g melawat ape sume. huh, tak nak aku!

so, member aku ni nak mintak idea supaya dia boleh berpisah ngan mamat scandal tu tanpa menjejaskan imej dia dan juga tak nak mencalarkan ego mamat scandal terbabit. supaya mamat scandal tu tak rasa dendam kat dia. sebagai seorang dr. love yang berkaliber haruslah aku mengekalkan kredibiliti aku dengan memberikan idea-idea yang bernas. nasihat aku kat kawan aku tu :-

ko tak yah pening-pening wanie (bukan nama sebenar). ko diam je tuk seminggu. kalau dia col, msg sume jangan jawab. pas seminggu ko ajak dia jumpa. masa jumpa tu, ko jangan mekap ape sume. biarkan je muka ko pucat. nanti mesti dia akan tanya kenapa. pastu ko cakap la.. "awk, saya minta maaf. bukan saya sengaja nak mengelak dari awk..tapi, saya rasa hubungan kita takkan kemana. saya baru je disahkan HIV positif. tapi, tu semua bukan salah saya. saya tak pernah mengamalkan seks rambang atau berkongsi jarum suntikan. dulu, saya pernah accident dan banyak hilang darah. ade hamba allah mana tah baik hati dah mendermakan darah tuk saya. malangnya darah dia HIV positif. secara tak langsung saya jugak telah dijangkiti virus tersebut. saya betul-betul tertekan. saya nak kawen dengan awk. tapi, keadaan saya memaksa saya tinggalkan awk. tapi, saya betul-betul nak kawen dengan awk. saya tau awk mesti sanggup terima saya kan??" kalau boleh masa cakap tu, ko kena wat muka paling sardin sekali la.. kalau boleh nanges lagi bagus. lagi real. then, ko saiko la dia dengan msg hari-hari desak dia kawen ngan ko cepat. aku konpom la pastu mesti dia tak nak dah kat ko punya. so, tak yah la nak pening-pening ok.

bernas tak idea aku?? tapi, kawan aku yang sengal tu leh lak tanya soalan yang agak sengal jugak...

"kalau aku betul-betul HIV positif cane ar?"

jawapan aku..

" ko anggap je la tu balasan tuhan tuk ko sebab memainkan perasaan orang"

huhu....sadis tak aku??

kesimpulannya di sini... kalau dah ade pasangan tu, belajar la untuk setia ye. jangan nak menyundal atau mengote tak tentu pasal. nanti tak pasal-pasal dapat HIV.


sekian, dari aku yang poyo.

17 November 2008

. pendek kata selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja.. .

SILA KLIK UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS.



sekarang umur aku baru 24..
katalah aku pencen umur 56 tahun..
maknanya aku ade lagi 32 tahun untuk aku habiskan sisa-sisa hidup aku kat opis...
uwaaaaa.......tak nak..tak nak....




If U DoN't LiKe SoMeThiNg, ChAnGe It..
BuT iF u CaN't ChAnGe It,
ChAnGe ThE WaY U ThiNk AbOuT It !!



ok, aku kena ubah cara pemikiran aku sekarang