18 November 2008

. scandalism .

ada sorang kawan aku tiba-tiba datang mintak tolong. masalah tak besar mana pun. biasalah masalah budak-budak ni. kalau tak masalah cinta, masalah duit. so, kawan aku ni ada masalah cinta. sebagai seorang yang mempunyai pengalaman bercinta hampir 18 kali, maka aku dijadikan bahan rujukan tuk dia. konon-kon aku ni sifoo la. ala-ala Dr. Love gitu. ahaks.

ceritanya begini. kawan aku ni dah ada pakwe. tapi, masih nak menggatal ngan lelaki lain. atau dalam erti kata budak budak zaman sekarang, scandal la kiranya. tapi..yang jadi masalahnya, si mamat scandal tu tadi dah tangkap cintan ngan kawan aku ni. cinta mati la kiranya. sanggup wat apa saja untuk awek tu. siap nak ajak kawen bagai. beria-ia nak soh keluarga datang meminang awek tadi. jadinya, si awek ni pun dah pening. mengikut katanya, dia masih sayangkan pakwe dia tu. yang mamat ni pulak, saje-saje nak wat scandal...wat stok geli-geli. mana tau pulak mamat tu tangkap cintan. nak mintak putus dia tak berani pulak. sebab mamat tu agak saiko la sikit. takut nanti di apa-apakan pulak. kalau kena bunuh takpe lagi, mati terus. kot kena santau ke apa kang tak ke naya. sape yang susah? aku jugak....kena g melawat ape sume. huh, tak nak aku!

so, member aku ni nak mintak idea supaya dia boleh berpisah ngan mamat scandal tu tanpa menjejaskan imej dia dan juga tak nak mencalarkan ego mamat scandal terbabit. supaya mamat scandal tu tak rasa dendam kat dia. sebagai seorang dr. love yang berkaliber haruslah aku mengekalkan kredibiliti aku dengan memberikan idea-idea yang bernas. nasihat aku kat kawan aku tu :-

ko tak yah pening-pening wanie (bukan nama sebenar). ko diam je tuk seminggu. kalau dia col, msg sume jangan jawab. pas seminggu ko ajak dia jumpa. masa jumpa tu, ko jangan mekap ape sume. biarkan je muka ko pucat. nanti mesti dia akan tanya kenapa. pastu ko cakap la.. "awk, saya minta maaf. bukan saya sengaja nak mengelak dari awk..tapi, saya rasa hubungan kita takkan kemana. saya baru je disahkan HIV positif. tapi, tu semua bukan salah saya. saya tak pernah mengamalkan seks rambang atau berkongsi jarum suntikan. dulu, saya pernah accident dan banyak hilang darah. ade hamba allah mana tah baik hati dah mendermakan darah tuk saya. malangnya darah dia HIV positif. secara tak langsung saya jugak telah dijangkiti virus tersebut. saya betul-betul tertekan. saya nak kawen dengan awk. tapi, keadaan saya memaksa saya tinggalkan awk. tapi, saya betul-betul nak kawen dengan awk. saya tau awk mesti sanggup terima saya kan??" kalau boleh masa cakap tu, ko kena wat muka paling sardin sekali la.. kalau boleh nanges lagi bagus. lagi real. then, ko saiko la dia dengan msg hari-hari desak dia kawen ngan ko cepat. aku konpom la pastu mesti dia tak nak dah kat ko punya. so, tak yah la nak pening-pening ok.

bernas tak idea aku?? tapi, kawan aku yang sengal tu leh lak tanya soalan yang agak sengal jugak...

"kalau aku betul-betul HIV positif cane ar?"

jawapan aku..

" ko anggap je la tu balasan tuhan tuk ko sebab memainkan perasaan orang"

huhu....sadis tak aku??

kesimpulannya di sini... kalau dah ade pasangan tu, belajar la untuk setia ye. jangan nak menyundal atau mengote tak tentu pasal. nanti tak pasal-pasal dapat HIV.


sekian, dari aku yang poyo.

11 comments:

bungaditepijalan said...

awak suh dia bg alsn sbb ada hiv?
teheheee.
mmg lah.
kalao bf kita baik,dh cukup sifat sume,nak watpe cri lain ye tak?
nk wat stok geli2,tue dia yg cri psl.
nak geli2,g lah kat bf.
hahahaa.
setia pd yg 1 sahaja yea.
:)

khaleda said...

aah bernas sgt lar idea ko 2 suzan
hiv +ve tuh..

tp cmner lak klu mamat scandal 2 sanggup berkongsi hiv lak ngn dia..
leh wat cite drama pasni..hehehe

susudalambotol said...

orang yang datang dlm masa yang sama semasa kita sedang bercinta antara dua sebab :

satu : orang kedua itu cuba menyelamatkan kita dari bf kita.

dua : dugaan saja.

solat isthikarah. itu yg terbaik. ikut gerak hati, binasa. masih sempat untuk buat keputusan yang terbaik untuk masa akan dtg :)

cujern said...

cik bunga
mgkin bf dia tak cukup sifat kot

khaled
uiks...ade ke yang sanggup nak kongsi hiv+ve tu? isk..kalo aku cam tak sanggup jek

cik hidd
ada satu lagi sebab : orang itu cuba mengambil kesempatan kat kita. hehe
tapi, betul la ckp awk, walau apa pun, solat istikharah tu yang terbaik.. haih, bila la saya nak buat solat istikharah nie.. :)

cik gemuks said...

aku sokong hidd
kembali kepada NYA
mohon petunjuk
insya allah

13may said...

jom bercinta kali yang ke 19 :D

cujern said...

arween
nanti saya pesan kat kawan saya tu :D

en. 13may
jom..jom... :-p

haJa*darLingZ said...

hiv ke??adoiii alasan yg ok

Mawaddah said...

entri ko mmg aku tunggu sokmo :P kalo mamat tuh jawab:

"takpe awak, saya sanggup kawen dengan awak sb saye pun dah lame ade hiv pos+".lagu mana???hahahaha sure kawan ko tadi meninggol daaa.hikhik.

wei 18 kali..dasat ko su.

delphinium said...

ish2 idea yg kelass....
klu aku la snng je utk mengelak dari diburu 22 tingalkn bf n scandal cari yg baru... hahahaha...

13may said...

hi marka...

bila nak updet???

hehhe hehhe